A December to Remember

Kasih Juju

Hai korang, dah masuk bulan Disember rupanya ye. Entri bulan November pun macam sendu je tu. Huh, sadis betul. Tak sempatlah nak menaip entri. KJ cuti bersambung-sambung. Ditambah pula dengan koperasi yang close account bulan Ogos, September dan Oktober. Semua nak kena kejar. Kalau tak kejar nanti tak dapatlah KJ nak sambung cuti bulan Disember ni. Muehehe..

Sebenarnya salah statement tu. Kalau KJ tak kejar, kerja KJ juga yang bertambah-tambah nanti. Tak ada siapa yang boleh tolong. Jadi kenalah siapkan sendiri. Betul tak?

Seronoklah korang yang berjalan-jalan cuti sekolah tu. KJ perati je sorang-sorang jalan kemain jauh lagi ye. Tak pe. Tak pe. Lepas ni turn KJ pula. Yeayy..

Psst, kalau korang tak tau nak pergi mana cuti sekolah ni boleh terjah panggung wayang. Banyak cerita baru tengah tayang sekarang ni. Boleh tengok dulu trailer dia dekat showtimes2u.com. Nak tengokwaktu tayangan pun boleh. So lepas ni boleh buat movie review pula ye.

Happy working you all :)