Pengalaman Pertama Kali Membeli-belah di Lazada Malaysia

Kasih Juju
Pengalaman Pertama Kali Membeli-belah di Lazada Malaysia l Hai korang. Harini KJ nak share dengan korang pengalaman KJ masa pertama kali membeli-belah di Lazada. KJ ni sebelum nak membeli sesuatu barang dalam talian, KJ akan baca dulu review-review dari pembeli yang lain. Kalau ada yang meragukan memang KJ tak akan belilah. Tapi kalau tak ada yang review, KJ akan beli barang yang harga dia murah dulu. 




Kalau barang tu ok, penghantaran cepat dan sistem online banking dia betul-betul secure baru KJ akan repeat membeli-belah lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Hehe..

Barang pertama yang KJ beli di Lazada Malaysia
Dan macam yang KJ dan bagitau tadi, barang yang KJ beli tu murah je. Dah kata tadi nak test dulu kan. Jadi KJ pilih Nivea Fairy Tale Care Pack. Losyen ni memang KJ guna setiap hari. Dah alang-alang losyen ni nak habis, baik KJ standby dulu. Dan KJ pun cubalah klik sana-sini dekat website Lazada. 
Masa beli losyen ni harga dia RM16.84 sahaja. Murah tu wey. Dalam set ni ada:-
  • Nivea Fairy Tale Creme 60ml
  • Nivea Intensive Moisture Lotion 125 ml
  • Nivea Protect and Care Roll On 50ml
  • Nivea Essential Lip 4.8g
Banyak yang KJ dapat dengan harga yang murah macam tu. Berbaloi sangatkan. Pada awalnya nak beli losyen je. Tapi boleh dapat barang-barang lain pula. Harga postage pula berbaloilah dengan barang yang KJ beli tu. Dan sejak saat itu, KJ dah bookmark website Lazada ni. Hehe.

Jenis barang yang KJ pilih jika membeli di Lazada
Kalau diberi pilihan, KJ akan pilih aksesori telefon. Tapi buat masa sekarang ni, KJ pilih semua produk. Sebab pilihan harga dan macam-macam pilihan jenama yang boleh kita pilih. 

KJ selalu susah nak cari cover telefon dekat kedai telefon. Kalau ada pun tak banyak pilihan. Lepas buka website Lazada ni punyalah rambang mata KJ ni ha. Semua patern cantik-cantik. Rasa macam nak grab semua. Tapi kena kawallah kan. Boleh pilih barang lain pula.

Apa yang KJ suka dengan online shopping
1/ Jimat Masa - Memang banyak sangat masa yang boleh KJ jimat. Sambil-sambil masak pun boleh shopping you alls. Tak payah nak fikir pasal parking. Boleh belek barang yang kita nak beli tu puas-puas.

2/ Diskaun - Kadang-kadang kita terfikir nak membeli belah waktu tengah sale kan. Tapi memikirkan kena merempuh orang ramai dekat mall tu yang melemahkan semangat nak keluar. Jadi, shopping online jelah. Korang jangan tak tau, kalau korang shopping online pun boleh dapat diskaun tau. Silap-silap boleh dapat diskaun lagi banyak daripada yang dekat mall tu.

So, memandangkan besok dah bermula Online Revolution, KJ dah survey awal-awal dah barang yang KJ nak beli. Murah wey.

Midea Vacuum Cleaner.
Nampak tak harga dia tu? Dari RM199.00 dah jadi RM78.00. Berbaloi sangat beli vacuum ni. Memudahkan kerja kita. Lebih-lebih lagi kalau dapat isteri yang terlebih 'rajin' macam KJ ni ha. Vacuum ni memang sangat-sangat membantu KJ buat kerja rumah. Memang dah lama simpan dalam wish list KJ. Harap-harapnya dapatlah beli kalini.

Korang jangan lupa pula besok dah start Lazada Online Revolution. Pelbagai diskaun yang Lazada tawarkan. Harap-harapnya dapatlah kita sama-sama mengawal nafsu membeli-belah. Hehehe


Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017





Tags