Kasih Juju: January 2017

January 31, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 20

Day 20 : Tempat yang ingin dilawati

Hai korang, best tajuk harini. sebabnya ada banyak gambar saya nak kongsi dengan korang. jangan muak okey.

1st, saya nak ke sabah. eley, dekat je pun kan. masih dalam malaysia jugak. haha.. kenalah kenal negara sendiri dulu sebelum kite beralih ke negara orang.

Selalu dok terbaca post dekat Facebook pasal percutian ke sabah nun. siap bagi tentatif pukul berapa yang sesuai untuk naik flight. haishh.. agak-agaknya ujung tahun ni boleh sampai tak? teringain sangat nak merasa tempat sejuk dekat kundasang tu ha..
Image result for gunung kinabalu

Tempat kedua, ehem... nak pegi korea selatan boleh? haha.. yang ni memang berangan sungguhlah. entah tahun bila lah nak sampai ke negara yang banyak buat pembedahan plastik tu. ngeeeee.... haha... ampunnn. kejap lagi ramai pulak peminat kpop yang bash saya.
Image result for korea selatan
Alasan yang sangat klise bagi penggemar cerita Korea, nak pergi Korea sebab nak jumpa artis Running Man lah. Ape lagi. Haha.. Mimpi jelah nak jumpa diorang tuh. Huhu.

Tapi, selain daripada konon-konon dapat jumpa artis Korea tu, saya nak melawat tempat-tempat menarik dekat sana. Tengok dalam tv tu nampak best jekan kalau dapat pergi sana.

Okkaylah, tu je untuk harini. Sambung next entri pulak ye.
Wassalam.

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 19

Tajuk hari ke-19 : Gambar tulisan jawi.

Alamak, nak kene tunjuk ke gambar tulis jawi saya? seriously buruk giler. hehe.. dulu saya sekolah agama 2 tahun ke kot. masa tu dekat negeri sembilan

Dekat sana kan tak berapa nak tekankan sangat pasal sekolah agama ni. maksudnya terpulang pada parents masing-masing samada nak hantar anak sekolah agama atau tak. senang kata sekolah agama tu tak wajib.

Bukan macam di negeri Johor ni. setiap pelajar sekolah rendah wajib pergi sekolah agama. pengalaman saya interview bawah kerajaan negeri johor, benda pertama yang diorang akan tanya "Sekolah agama sampai darjah berapa? berapa pointer?" huihhh.. terasa diri ini tak layak pula bekerja dibawah kerajaan negeri johor.

Dan saya memang tak dapat pun jawatan tu. telan air liur jelah nak dapat kerja bawah kerajaan negeri. nasib baik juga masa tu dah memang berkhidmat dengan kerajaan persekutuan. takdelah terkilan sangat permohonan kena reject. hikhikhik

kufi bismillah blog kasihjuju
Aci tak guna kufi bismillah ni. Haha.. Ampun korang.... Tulisan jawi saya memang tak cantik langsung.

[nota kaki: eh, saya tak salahkan sesapa pun sebab tulisan jawi saya tak cantik. salah saya sendiri sebab takda effort nak tulis hari-hari]

Okeylah, jumpa dientri seterusnya.
Wassalam

GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA

giveaway blogger, blogger Malaysia, Sephia by Janna Nick, giveaway Nik Ainaa
CARA-CARA SERTAI GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA:

1- FOLLOW instagram Nik Ainaa (@nfa.nikainaa)
2- LIKE FB Page 'Ainaa Azlan Page'
3- FOLLOW blog Nik Ainaa
4- Buat satu entry dengan tajuk "GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA" dan letak banner kat atas (jangan lupa back link banner 

CARA PEMILIHAN PEMENANG:Pemenang di pilih berdasarkan TOP REFERRAL dan sekiranya penyertaan melebihi 100 peserta, Ainaa akan tambah seorang lagi pemenang berdasarkan RANDOM.ORG(boleh baca tips disini 'Cara Menjadi Top Referral')
HADIAH
Minyak Sephia by Janna Nick

giveaway blogger, blogger Malaysia, Sephia by Janna Nick, giveaway Nik Ainaa
TARIKH TAMAT : 19 FEBRUARI 2017

January 24, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 18

Tajuk hari ke - 18 : Kenangan manis.

Haaa... Kalau nak cerita pasal kenangan manis ni memang banyak. Kalau semua nak cerita dekat sini silap-silap boleh jadi novel. Kikikiki... Tapi saya amik satu jelah yek. Karang jenuh pulak nak baca sampai habis. Tu pun rasanya korang skip terus dekat ending. hehehehe..

Kenangan yang paling manis sekali dalam hidup saya ialah saya beranakkan si Firash. Siapa boleh lupa bila anak tu keluar dari perut, lepas tu misi tunjuk kemaluan dia dan bagi kita cium dia. Perasaan masa tu ya Allah, aku dah selamat lahirkan anak. Anak aku ke ni?

Hehe, seronok sangat rasanya masa tu. Aku dah jadi mak. Yahooo... Pengalaman lepas tu tak payah cerita dekat sini yek. Kalau nak tau jugak boleh baca dekat --> http://www.kasihjuju.com/2014/09/pengalaman-bersalin-di-hospital-enche.html

Nah, belanja gambar budak 2.65 kg ni. Kecik comel je masa keluar. Tu pun kena c-zer jugak. Sedih betul.
Okeh, sambung entri hari ke 19 pulak ye.
Wassalam.

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 17

Tajuk hari ke 17 : Kenangan Pahit.
Image result for day 17
Alamak! Dah lama rupanya tak buat entri cabaran ni rupanya. Huwarghhh... Marilah kita bersama-sama memerah otak menaip entri yerk.

Okeh, kenangan pahit.. Apa ek kenangan pahit saya? Hehehe, kenangan pahit sendiri pun tak ingat. Jom baca.

Tahun 2006 ke 2007, tak ingat. Abah kena admit ward sebab ada batu dalam hempedu. Sebelum kena tu memang dah perasan mata putih abah dah kuning. Masa tu dia pun buat macam biasa je sebab tak rasa sakit.

Tapi bila sakit dia datang. Hadoii, pergi hospital check in sendiri. Macam nak gugur rasa jantung. Dah sakit-sakit pun boleh drive sendiri. Bukan nak suruh anak dia hantarkan. Hmmmpphhh....

Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar. Perut dah belah. Batu dah keluar. InsyaAllah tak de batu yang tertinggal dalam hempedu abah. Semua dah keluar. Lega betul rasanya.

Okeylah korang, jumpa di entri hari ke 18.
Wassalam.

January 22, 2017

CONTEST | MENANGI PERCUTIAN KE SURIA RESORT

contest menangi percutian ke suria resort

Assalamualaikum semua,

Harini saya nak join segmen menarik dari blogger syahirahvaliant.com
Korang pun jomlah join sama. Hadiah dia sangat-sangat menarik tau. Rugi kalau korang tak join. Mana tau dapat salah satu hadiah yang ditawarkan.

Jom kita tengok senarai hadiah:
TEMPAT PERTAMA
1. Voucher percutian ( bilik + breakfast )
2. 1 set couple perfume DEXANDRA 35ml

TEMPAT KEDUA
1. Voucher percutian ( bilik + breakfast )
2. 1 set couple perfume DEXANDRA 3ml

TEMPAT KETIGA
1. Voucher percutian ( bilik + breakfast )
2. 1 set couple perfume DEXANDRA 3ml

SAGUHATI
5 orang pemenang akan dimasukkan dalam bloglist syahirahvaliant.blogspot.com

Hah! Amacam? Dah tergoda lom? Jom join.

Kalau korang nak tau, Suria Resort ni ada 5 cawangan dekat Semenanjung Malaysia ni.
1/ Johor
2/ Cherating
3/ Janda Baik
4/ Terengganu
5/ Bentong

Kenapa saya nak bercuti di Suria Resort?

Ha, sebabnya saya pernah berkursus di Cherating. Masa tu memang company saya pilih Suria Cherating ni lah sebagai tempat kitorang berkursus. Bukan sekejap tau masa kitorang kursus tu. Lebih 2 minggu. Dah macam rumah sendiri dah resort tu.

Macam-macam kemudahan yang Suria Resort sediakan. Senang kata, kursus kami dekat sana tak bosan langsung. Petang-petang aktiviti wajib mestilah terjun kolam renang. Kalau tak nak terjun kolam renang pun boleh beriadah. Nak jogging ataupun main bola tampar. Hah, nampak tak favourite game saya ada dekat sana. Jadinya memang takde istilah bosan.

Bilik pulak memang superb!! Selesa sangat-sangat. Segala keperluan semua cukup. Rindunya saya nak bercuti dengan Suria Resort lagi. Huhu.. Semoga ada rezeki saya bercuti ladi dengan Suria Resort.. InsyaAllah Aminnn.

Okeh, korang yang nak join kontest ni boleh klik je dekat gambar atas tu ye. 
Tarikh tutup : 1 Febuari 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 16

Tajuk hari ke - 16 : Senarai nama samaran

Senang giler tajuk ni. Kalau nak diikutkan saya tak banyak nama samaran. Maklumlah, nama saya cuma 5 huruf tu je ha. JULIA. Tapi rasanya korang dah boleh agak apa nama samaran saya. Kan kan kan..
Image result for the name julia in cool letters
picture source google.com
Jom tengok senarai nama samaran saya:

1/ Kak Long.
Sebab saya anak yang sulung dalam keluarga.

2/ Julia Roberts.
Sesapa yang nama dia JULIA mesti tak lepas dari gelaran ni kan. Wey glamer ape nama Julia Roberts ni. Pelakon Hollywood tuh wey.

3/ Juju.
Nama ni kawan sekerja masa dekat Jusco Permas Jaya yang bagi. Diana nama dia. Tapi orang panggil dia Nana. Bila dah berkawan rapat dengan Nana ni. Habis semua kengkawan dia tukar nama. Julia jadi Juju, Jora jadi Jojo, bos pulak jadik Boboss.. Hikhikhik

Tu cerita masa kat Johor. Bila pindah KL ingatkan nama tu dah berkubur dah. Tapi si bff saya boleh pulak panggil saya nama Juju tu. Bukannya ada nama Julia ke ape kat sana. Tapi saya tak kisah pun. Dah nama pun bff kan.

4/ Ju.
Common sangat dah yang ni.

5/ Liya.
Ade beberapa orang je yang panggil saya guna nama ni. Salah sorangnya ex bos. Hehe.. Pelik bila orang panggil Liya. 

6/ Ya.
Nama ni ex boyfriend bagi. Kihkihkih...

Dah dah. Cukuplah tu. Takkan gelaran yang ex-ex bagi semua nak publish. Ish... Membazir masa dan tenaga je menaip. Haha... 

Jumpa entri hari ke - 17 pula ye you ollsss.. Wassalam.

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 15

Tajuk hari ke - 15 : Wallpaper komputer dan juga handphone.

Assalamualaikum semua,

Firstly sorry bebanyak sebab tak sempat nak buat task ni 3 hari berturut-turut. Kesibukkan melanda. Walau macam mana sekali pun, saya akan gantikan entri-entri tu jugak ye. Hehehe.

Okeh, jom tengok gambar dekat pc saya nih...

Haaa... Mintak ampun sekali lagi sebab gambar raya tahun lepas ni muncul lagi. Dah lama nampaknya saya tak tukar wallpaper pc ni. Hahaha.. Selagi belum jemu.

Yang ni pulak wallpaper dekat smartphone. Haha.. Suka gambar ni sebab budak kecik ni berangan kengkonon nak jadi macam Ezad Lazim. Gambar dekat lagu terbaru dia tukan gambar Ezad Lazim tengah berpeluk tubuh. Yang si kecik ni pulak asyik play lagu tu sampai mama dia bosan.

Hehe.. Kelakar kalau ingat balik keletah dia tu. Okeylah korang, jumpa entri hari ke-16 pula.
Wassalam.


January 18, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 14

Our tittle for today is ---> My social media

Hamboi, kemain lagi speaking omputih pepagi ni hah. Dah, tak mo bebel panjang-panjang. Jom tengok apa media sosial yang saya ada.

1. Facebook
Ini facebook saya. Facebook personal saya. Kalau nak kawan dengan saya silalah add saya yek. Ni link fb saya www.facebook.com/juliajamaludin ataupun korang boleh je klik butang follow ni --> 


2. Facebook Page
Yang ni pulak facebook page. Tapi folower saya tak ramai. Minta tolong kawan-kawan like page saya ni ye :) ni link page facebook saya --> https://www.facebook.com/kasihjj/

3. Twitter
Twitter ni pulak sebenarnya tak aktif. Tapi disebabkan saya dah link dengan Facebook, so segala yang post dekat Facebook akan appear juga dekat Twitter. Nampak meriah jugalah kan Twitter saya ni.

4. Instagram
Dulu saya memang tak reti langsung guna Instagram ni. Saya pun bukannya jenis yang suka sangat amik gambo swafoto nih. Tapi memandangkan kerja-kerja dekat blog ni banyak yang nak Instagram, saya bukalah juga. Follow saya dekat Ig juga tau.

5. Blog
And last but not least, my beloved blog lah. Dah sayang sangat dekat blog ni. Ingat senang ke nak kumpul follower yang banyak macam tu. Susah tau. Kena kerja keras sikit. Eh, bukan keras sikit. Keras banyak. Hehe.. Mana yang belum follow blog saya ni silalah follow ye --> http://www.kasihjuju.com/

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 13

Tajuk hari ke-13: 10 perkara yang disukai dan tidak.

Holla. holla... Jenuh jugak ek nak mengabiskan cabaran 31 hari ni. Hahaha, eh, bukan mengeluh tau. Sekarang ni kerja tengah banyak. Tu yang rasa macam tak sempat nak menaip ha. Tapi saya kena menaip jugak. Dah nama pun cabaran kan.

Berbalik pada tajuk harini, kita mula dengan perkara yang saya suka dulu yek.

10 perkara yang saya suka.

  • Tidur - Heaven sungguh kalau dapat tidur lama-lama. Tapi tak boleh selalu. Nanti sakit kepala pula :)
  • Cheese - Kek cheese leleh, beger bakar cheese meleleh huihhhhh......Macam belon lah tak lama lagi.
  • Aidijuma - Dah masuk tahun ke 4 hokey :)
  • Bau masam Firash - Kalau masa dia bangun tidur tu lagi best bau die. hehehe...
  • Prosperity Burger - Nak dekat raya cina je baru ada burger ni dekat Mc Donalds.
  • Main bola tampar - Memang dari zaman sekolah rendah lagi suka dengan bola ni.
  • Travel - Cube bagitau saya siapa yang tak suka travel???
  • Dove dark chocolate - Kengkonon terpengaruh dengan Hanis Zalikha. Tapi dalam banyak-banyak perisa, yang coklat gelap ni jugak saya jatuh hati :)
  • Kopi - Lagi pekat, lagi suka.
  • Suka Gelak - Tak dapat dinafikan lagi.
Image result for coklat dove dark choc
10 perkara yang saya tak suka.
  • Kucing - Well, bukan tak suka kucing. Tapi saya sebenarnya alergik dengan bulu kucing. Pegang sekejap pun boleh bersin satu hari. Hazabbbb
  • Asam jeruk - Tak reti betul nak makan asam jeruk ni. Bau dia.. Perghhh.. Lagilah tak lalu. Masa mengandung pun tak makan jugak. Cemane yek rasa dia?
  • Lipat baju - Kalau bab basuh baju oke lagi nak layan. Tapi bab lipat baju tu ada masalah sikit.
  • Bau perfume strong sangat - Ada satu bau yang saya pening sangat kalau orang pakai. Saya tak tau apa nama perfume tu. Tapi dekat persekitaran saya ni ramai yang pakai. Boleh sakit kepala satu hari. Huh..
  • Mengata saya - Saya ni bukanlah nak kata ada 6th sense. Tapi bila ada orang mengata bukan-bukan pasal saya, mesti saya tau. Tak lama lepas tu mesti cerita tak best tu sampai dekat telinga saya ni ha. Pelik tak? Senang je nak tau ada orang mengata saya ke tak. Kalau tiba-tiba telinga saya berdesing tu memang ada lah yang mengata. (Sebelum pindah Johor ni memang berdesing kuat telinga saya ni. Rupanya........Hmmm, semoga korang diberkati Allah swt. Sila terasa :P)
  • Buat kerja tak habis - Lepas tu tinggalkan dekat saya. Eh, nak kene hempuk ke??
Alamak, macam tak cukup 10 jek. Tapi kira okey lah tu kan. Ada 6 je. Huhu, jenuh fikir apa lagi yang saya tak suka. Hehe.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam

January 16, 2017

31 Day Challenge by JDT Blogger - Day 12

Day 12, tajuk harini - Pengalaman seram.

Okkay, to be honest saya ni tak banyak pengalaman seram pun. Kalau nak kate seram pun bukan saya yang nampak benda-benda yang tak sepatutnya tak nampak tu. Orang lain yang nampak. Senang kata hijab saya ni memang tertutup habis. Sipi-sipi pun tak.

Yang betul-betul seram pun ada satu je. Masa tu saya form 3. Nak PMR kan, jadi kebiasaannya memang akan stay up untuk study lah kan. Kalau korang nak tau. Rumah saya masa ni dekat berek polis Kuala Klawang, Jelebu Negeri Sembilan, blok yang tengah tingkat 1 rumah hujung sekali. Meja study pulak memang mengadap tingkap.

Malam tu saya studylah macam biasa. Tengah kusyuk-kusyuk mentelaah tu tetiba saya perasan ade bayang-bayang orang berjalan dekat luar. Tapi tak dengar bunyi selipar pun. Selalunya saya suka tunggu orang tu ketuk bagi salam. Walaupun dah nampak ada orang lalu, konon-konon macam tak nampak.

Tunggu punya tunggu, eh macam lama je orang ni. Kenapa tak ketuk pintu? Masa tu tak tunggu apa dah. Terus lompat atas katil pura-pura tidur sampai betul-betul tidur. Haha.. Kalau nak difirkan balik, rumah saya hujung sekali. Habis. Takkan dia nak langgar tembok batu tu pula. Hmm.. musykil betul.

Ha tu jelah kisah seram saya. Mesti korang rasa tak seram pun kan. Hehe...
Okkaylah, jumpa hari ke 13 pula ye :)
Wassalam.

January 15, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 11

Warghhh.. Dah Day 11 yek. MAcam sekejap jek dah habis seminggu cabaran ni. Tahniah untuk diri sendiri sebab berjaya menyahut cabaran, ngehngehngeh. Tahniah jugak buat blogger lain yang berjaya join cabaran kali ni.

Tajuk harini: Pengalaman bercinta

Alamak, nak kena bongkar ke sejarah cinta dulu-dulu tu? Tak payah kot. Kita cerita kisah cinta kita dengan suami kita ye. Mohon jangan muntah baca ayat manis-manis pulak ye :)

Saya kenal dengan suami ni dah lama dah. Sejak zaman sekolah lagi. Jiran rumah makcik. Tiap kali raya mesti beraya umah makcik ni. Dah nama pun makcik kan, kenalah datang beraya. Lagipun masa tu family kitorang je yang duduk dekat negeri Sembilan. Yang lain semua duduk dekat Johor.

Jadinya tiap kali balik mesti nampak ada sorang mamat hensem dekat sebelah rumah makcik ni ha. Pastu risik-risik dekat sepupu. Eh, sebaya rupanya. Kenal masa form 3 lagi dik hoi. Dulu kan mana ada telefon bimbit ni semua. Yang ada pun telefon rumah je. Tu pun susah giler si jiran makcik ni nak call kite. Hahaha.. Eleh, kite nak kawan je pun. Sombong kemain lagi.

Eceh, rupenya jiran makcik ni pemalu yakmat lahai. Atau pun dalam erti kata lain penakut dengan perempuan. Ada jugak eh spesis macam ni. Haha.. Serius baru tau.

Lepas tu nak kata bercinta tu tak lah. Cuma main-main mata je. Haha, gatal betul saya masa tuh. Tapi tak lama lah. Lepas habis form 5 dah tak nampak dah mamat jiran nih. Taim raya pun tak nampak. Mungkin dah kerja tempat lain, ataupun dah ada awek kot.

Entah macamana, bila datang rumah makcik ternampak pulak mamat tu baru balik kerja. Dah tak kerja dekat Senai rupanya. Dah buka carwash dekat depan simpang utama. Fuyyooo.. Mamat ni berniagalah pulak. Tak ingatlah tahun bila. 2010 ke 2011 cenggitu. Hakak form 5 tahun 2001 dik oi.

Masa ni saya memang tengah bercinta dengan sorang mamat ni. Tapi masa tu saya memang tengah ada krisis sikit. Biasalahkan. Mana ada cinta yang tak bergolak. Haha.. Amik masa yang lamalah jugak nak fikirkan kesudahan cinta dengan mamat tu. Last-last mamat jiran ni ajak kita keluar.

Tup tup dia ajak kita tunang pulak. Eh, betul-betul serius nih. Kita pun on lah memandangkan orang tua pun dah setuju dengan pilihan yang ni. Hehe.. Tak ambil masa lama pun kenal rapat dengan mamat jiran tu. Makcik pun bagi green light, apa lagi. Kahwinlah kiteorang.
Image may contain: 7 people
Doakan semoga ikatan perkahwinan kitorang ni kekal sampai syurga ye korang.
Terima kasih banyak-banyak.
Wassalam.

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 10

Tajuk harini : Single atau berkahwin?

Hai korang, sorry sebab tak bersiaran semalam. Jadi sebagai ganti harini saya bagi 2 entri yek. Nasib baiklah tajuk semalam dengan harini senang jek. Kalau tak jenuh jugalah nak menaip entri. Hehe..

Rasanya ramai yang dah tau saya ni dah berkahwin. Tahun ni baru nak masuk tahun ke-empat. Alhamdulillah. Dikurniakan anak seorang. Buah hati pengarang jantung tu jelah yang buat gaduh dekat rumah hari-hari.
Haaa... Mintak ampun bebanyak sebab gambar ni naik lagi. Tak banyak family potret macam ni. Sebab suami ni jenis tak suka bergambar. Si kecik tu pula ingat nak duduk diam macam tu? Bukan namanya Firash lah kalau nak duduk diam je. Silap-silap yang pegang camera phone tu die terkamnya. Lagi-lagi kalau yang pegang selfie stick tu. Walaupun bukan mama dia punya, tapi dia buat macam dia punya.

Okeh lah korang, terpaksa menaip sikit je harini. Sebab nak cerita lagikan lepas ni. Tunggu eaaaa.
Wassalam

January 13, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 9

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah masih lagi on track di hari ke-9. Tajuk kita harini; Seseorang yang membanggakan

Senang je tajuk ni. Jawapan dia tak lain dan tak bukan, my lovely abah la. Setiap masa membanggakan. Mana pernah tak bangga. Siap jadi idola hakak hokey. Jom kenal abah saya.
Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Abah saya yang pakai kemeja!
Ini abah saya. Tahun ni umur dia 57 tahun. Masih bekerja dalam satu pasukan unit beruniform. Bila saya tanya bila nak pencen dia kata tunggulah nanti kalau suasana kerja dah tak best. Dapat boss yang tak best ke, masa tu nanti abah pencenlah.

Macam tulah jawapan dia. Dah lama sangat dah dia kerja. Sejak habis sekolah lagi dah dapat tawaran berkhidmat dalam pasukan beruniform tu. Seronok sangat agaknya berbakti pada negara. Dalam erti kata lain, abahlah hero saya.

Satu lagi perangai abah ni dulu, masa saya kecik-kecik dulu, abah ni garang orangnya. Saya pula degil. Entah berapa banyak hanger yang patah masa mengajar saya dulu. Huhu, garang dia bersebab. Dia tak nak tengok anak dia tercicir dalam pelajaran. Nak tengok anak-anak dia berjaya.

Tapi tu dululah, masa saya sekolah rendah. Sekarang ni dah tak garang snagat dah. Untung adik-adik yang bawah saya. Tak de pun kena tengking masa belajar. Tapi nasib baik jugaklah diorang tu pandai. Huh, manja. (Haha, nampak tak hakak diorang ni dengki)

Okey guys, sampai sini dulu. Jumpa besok ye.
Wassalam

January 12, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 8

Cabaran hari ke-8; Gambar makanan yang sedang di makan sekarang.

Haaaa... Tajuk harini mesti ramai yang post gambar makanan yang sedap-sedapkan. Saya makan kuih seri mukan je pagi tadi. Lepas makan baru tengok cabaran post harini. Terlupa langsung pasal makanan. Dah selamat dah masuk perut 3 ketul kuih seri muka tu. Tak dapat nak tunjuk dekat korang.

Jadinya, terpaksalah tunjuk gambar makanan tengahari ni ha. Mohon lap air liur yang meleleh tu ya. Hehehe.
Hah, amacam? Terliur tak? Nasi kerabu ayam berempah. Nasi kerabu yang paling sedap pernah makan dekat Kota Tinggi ni. Portion ayam dia pun besar wey. Ni kalau mintak yang belah dada mesti perut kenyang giler sampai besok pagi. Haha.. Percayalah sangat. Silap-silap petang nanti pergi pasar malam beli ayam gunting. Hikss..

Mak Teh Mee Celup
Saya beli nasi kerabu ni dekat kedai Mak Teh Mee Celup. Betul-betul sebelah petronas. Dekat dengan carwash. Senang je nak cari. Kalau nak tengok menu apa yang ada lagi dekat kedai tu korang boleh search facebook dekat sini --> Facebook Mak Teh Mee Celup

Okeylah korang. Sampai sini dulu. Jumpa lagi entri hari ke 9.
Wassalam.

Tookar.My - Revolusi Penjualan Kereta Terkini

Assalamualaikum korang, and greetings to non muslim :)

Harini saya nak bawa cerita yang lain sikit daripada diri saya. Lebih kepada product review sebenarnya. Jom tengok apa isi yang saya nak sampaikan harini.

Korang pernah tau tak kewujudan satu website yang nama dia http://www.tookar.my ? Mesti korang tak pernah dengarkan. Secara jujurnya saya pun baru pertama kali dengar pasal website ni. Bila dah klik baru saya tau, ini website jual kereta secara atas talian. Ye betul! Beli kereta online weh.

Hebat kemain lagikan dunia teknologi sekarang ni. Beli kereta pun main order online je. Kalau korang nak tau lagi. Sekarang ni kalau beli kereta dengan Tookar ni, korang akan dapat Ang Pow! Ye wey, saya serius nih. Bukan main-main, bukan cobaan jugak.

Lagi satu masa-masa macam nilah korang boleh jimatkan duit korang. Maksud saya beli kerata masa perayaan. Sebab selalunya masa perayaan diorang akan bagi macam-macam gift. Lagipun menurut kepercayaan kaum Cina, beli kerata masa Tahun Baru Cina ni sama macam beli baju baru, good luck will always follow you. Kiranya macam permulaan yang baik untuk tahun baru.


Meet the Tookar Team!

Founders

Dato’ Wei Chuan Beng


Angel Investor & Co-Founder - An industry veteran of 27 years, Dato’ Wei is the Group Managing

Director of REDtone International Berhad and REDtone Asia Inc. Both are listed on Bursa Malaysia and the US OTC Bulletin Board respectively. He is the driving force behind the REDtone Group as one of the founding members. Under his guidance and spirit of innovation, the Group - which started off with REDtone Telecommunications Sdn Bhd in 1996 - is today an integrated telecommunications solutions provider catering to niche market segments. He continues to play an instrumental role in shaping the Group’s strategic directions and policies to grow the business locally and internationally. Dato’ Wei is particularly focused and passionate about the development of digital business. He believes that the way forward for businesses is to go digital and within 10 years, all businesses will be “digitalised”. Traditional businesses must have a concrete plan to digitalise or face falling behind. He is involving himself in the education of other business leaders on the opportunities and threats arising from the digitalisation of businesses and what’s in store for the digital future.


Cara nak beli.
Korang ikut je carta yang dia dah buat ni. Senang je kan. Boleh pilih-pilih, boleh fikir-fikir nak kaler apa, nak model yang mana. Setakat harini ada 8 jenama kereta yang korang boleh pilih.


Using Tookar.my

1. Select your car and colour.
2. Look through the deals.
3. Grab the deals before someone else does
4. Pay a small booking fee to secure your deal.
5. Relax at home and wait for the dealer will contact you.

Okeh, yang last ni part paling menarik. Kalau korang nak booking kereta dekat website ni, saya nak bagi kupon booking promo SL1E8PC2  khas untuk pembaca blog saya je tau. Cepat grab okeh :)

Sampai berjumpa lagi.
Wassalam :)




January 11, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 7

Image result for day 7
Assalamualaikum korang,

Berjumpa kita di cabaran hari ke tujuh. Tajuk cabaran hari ni; SEKARANG SEDANG BUAT APA?

Fuhhhh, nasib baik tajuk harini senang je. Kalau tak jenuh jugak nak perah otak fikir nak cerita pasal apa harini.

Sekarang ni saya dekat office. Ofcourse lah tengah bekerja. Tapi saya belum mula kerja lagi. Biasalahkan pagi-pagi ni. menacari mood dulu sebelum nak buka fail yang menimbun dekat atas meja ni ha.

Okeh, honestly saya sebenarnya tengah baca review satu resort yang saya nak pergi hari Jumaat ni. Kengkononnya nak buat family day. Eh, ape pula kengkononnya. Dah confirm booking dah pun. Cuma saya ni selalunya lepas booking baru terhegeh-hegeh nak baca review.

Tapi insyaAllah oke kot tempat ni. Baru pertama kali nak pergi tempat tu. Buat masa sekarang ni kena rahsiakan dulu. Yang saya boleh bagitau tempat tu dekat daerah Kota Tinggi. Hint dia lagi, ofcourse lah tepi laut. Yeayyyy, I love beach very much. Muehehehe....

Tunggi saya buat entri pasal resort tu ea. Jumpa besok pulak.
Wassalam :)
(Psst... sorry ea arini tak de gambar saya :P )

January 10, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 6

Cabaran hari ke-6 : Gambar ber make up atau tanpa make up.

Secara jujurnya saya tak berapa pandai nak make up sendiri. Kalau ada pun tak banyak hasil yang saya make up sendiri.

Korang nak tengok ke? Ops... Macam malu pulak nak tunjuk. Tapi, demi menyelesaikan tugas harini saya tunjuk jugalah ye.
Image may contain: 1 person
Tadaaaa.. Hehe. Make up simple je. Tak pandai nak shading. Kening pun tak reti nak buat. Masa ni event Hari Koperasi Negara 2015 dekat Kuching. Saya join koir. Jadi kenalah make up kan. Barulah glamer hakak dekat atas stage tu. Huh, glamerlah sangat.

Yang bawah ni pula gambar tak pakai make up.
Haha, kantoi bekas jerawat bersepah. Tak tau dah nak guna produk apa. Ada satu produk tu dia putihkan kulit muka. Tapi bekas-bekas jerawat tu nampak lagi gelap. Sekarang tengah guna produk tempatan. Dah habis dah guna sabun muka, tapi macam tak nampak perubahan langsung. Hmm... Redha jelah. Kena cuba produk lainlah gamaknya ni.

Okaylah korang. Sampai sini dulu. Jumpa besok ye :)
Wassalam.

January 9, 2017

Back To School Giveaway by Abam Kie


Korang, klik je gambar dekat atas ni kalau nak join yek.
Mudah sangat syarat yang Abam Kie ni minta. :)

31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER - DAY 5

Hai korang, cabaran harini bertajuk ---> 6 perkataan yang melambangkan diri saya.

Hmm, banyak juga tu 6 perkataan. Nak gambarkan macammana yek? Hehe, nak kena jujur ni. Takut nanti kena kecam pula kalau terlalu bagus. Haha.. Jom baca.

SUKA GELAK
Di awal kemunculan saya dalam dunia blog ni saya tak guna nama Kasih Juju. Tapi saya guna nama Suka Gelak. Kalau tak percaya korang boleh refer entri post saya tahun yang lepas-lepas.

Kenapa saya guna nama Suka Gelak? Mesti korang nak tau kan. Kalau tak nak tau pun saya nak cerita juga. Sebabnya ramai yang kenal saya mesti cakap "Julia yang kuat gelak tu ke?" Hehe, dah memang dari zaman sekolah lagi perangai macam ni. Tak tau cemane nak ubah. Biar jelah kan. Barulah meriah hidup korang.

SUKA TIDUR
Perangai yang satu ni memang susah nak ubah. Balik kerja sementara nak tunggu waktu Maghrib pun boleh terlelap. Kadang-kadang sampai terlajak. Hah, korang jangan ikut ye perangai saya ni.

Tapi tu dulu lah. Masa duduk KL. Sekarang dah duduk dekat dengan family jangan haraplah dapat tidur yang berkualiti. Asyik kena sepak je dengan si Firash. Lasak betul budak tu tidur.

SUKA SWAFOTO DALAM KERETA 
Perangai yang mesti sama jugak dengan korangkan kan kan.. Meh hakak belanja himpunan gambar swafoto dalam kereta. Mohon tahan muntah :P

AIDIJUMA
Saya memang suka dengan tudung Aidijuma. Tudung bawal je. Senang. Tak payah nak lilit sana sini. Tapi sesekali pakai jugak shawl. Kenalah ikut peredaran zaman kan. Tak delah orang kata ketinggalan zaman.

BOLA TAMPAR
Dalam banyak-banyak sukan, yang satu ni je saya suka main. Alah, bukan main sungguh-sungguh pun. Setakat nak hilangkan stress je pun. Kalau main sungguh-sungguh kang semua pertandingan pun nak masuk. Ada kerja hakiki kan. Jadinya kenalah sedar diri. Huhuhu..

COFFEE
Dulu saya sangat-sangat suka dekat kopi. Hari-hari setiap pagi mesti nak secawan. Sampai tahap ketagih. Kalau 1 hari tak minum kopi mesti rasa lain macam.

Tapi tu dululah. Sekarang dah tak lagi. Bukan kata dah lupa terus. Tapi kenalah beringat. Lagi-lagi yang 3 in 1 tu. Tak bagus. Gula banyak sangat dalam tu.

Okeh, okeh. Entri harini dah habis. Sambung besok pula ye.
Wassalam.

January 8, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 4

Assalamualaikum korang,

Kembali bersiaran di hari ke-4. Tajuk harini seram sikit. Haha. Apa ada dalam beg.

Okeh, kalau nak diikutkan saya ada 2 beg. 1 handbag 1 lagi beg bekal. Haaa.. Saya bawak bekal sarapan tau pergi kerja. Mak mertua saya hari-hari buatkan sarapan untuk saya. Untunglah saya kan. Duit makan pun jimat :)

Ni lah beg yang saya bawak ke hulu ke hilir. Tak da jenama pun. Beli dekat nile.com.my. Banyak sangat pilihan handbag dekat situ. Kebanyakkannya yang fesyen macam korea. Saya pun terpengaruh jugalah. Manalah tau kan lepas pakai beg ni boleh nampak macam orang korea pulak. Hahaha....

Ni part yang paling seram. Nak selongkar barang-barang dalam beg ni ha. Macam-macam harta karun ade. Tapi saya nak ucapkan terima kasih jugalah dekat admin sebab buat tajun ni. kalau tak sampai bila-bila pun saya tak kemas handbag saya ni. Ke sana ke sini bawak sampah.

Ni senarai barang-barang saya:
- Krim muka
- Serum vitamin c
- Lipstik
- Lip pallete
- Pen
- Lip balm
- kunci kereta
- kunci rumah
- pendrive
- purse
- ubat
- buku asb, bank rakyat
- pasport (dah expired dah)
- shiseido mask (dapat free masa beli barang)
- sampul duit raya (duit da takda)
- kertas-kertas tulah campur sampah sarapnya.

Korang tengok tuh, resit-resit masa pergi Ho Chi Minh tahun lepas pun saya simpan lagi. Nak buat apalah banyak-banyak tu simpan dalam beg hoi. Okeh, simpan dalam laci meja pulak. Ihikss...

Okey, sampai sini dulu. Jumpa lagi.
Wassalam.

January 7, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 3

Hai korang, okey, cabaran harini GAMBAR DENGAN KAWAN.

Hah, kalau saya masukkan semua gambar dengan kawan mau panjang berjela entri saya harini. Meh tengok 1, 1 meh... Mohon jangan jemu :)


Okeh, kita mula dengan gambar pertama ni. ni gambar masa raya tahun biler ntah. ni geng kawan sekerja masa dekat jusco permas jaya shopping centre. hah kenape gedik sangat nak letak shopping centre dekat belakang tu kan. hehe sebabnya nak membezakan yang kitorang ni jaga tenant. tak jaga barang-barang yang dekat dalam jusco tu.

Best sangat team kerja masa ni. walaupun kerja stress giler, tapi suasana kerja tetap ceria. kalau korang nak tau, yang berdiri dukung anak tu lah bos kitorang. kalau die marah, seorang pun tak nak duduk dalam office. semua buat-buat sibuk meronda.

Gambar yang kedua ni pulak kawan-kawan seperjuangan dekat office masa kerja di Kuala Lumpur. nampak comel je semua pakai blazer sedondon kan. team koir ni. masa ni ade show dekat subang kot. tak ingat pula.

P/s: masa ni tengah mengandung 5 bulan kot. hakhak
Gambar ketiga ni pulak paling special. sebabnya melambak-lambak gambar dengan 2 orang makcik nih. hikhikhik. anyway ni lah bestfriend saya.

Diorang ni baik sangat tau. rasa bersyukur sangat-sangat sebab dapat kawan dengan diorang ni. kawan susah senang nih.

Psst...yang pakai baju hijau tu masih single.. sapa nak doublekan die kene interview dulu dengan kawan die yang lagi dua orang ni yeh... haha lariiiiiii.....
Last but not least ni lah kawan baru saya. baru setahun kawan dengan diorang ni. diorang ni jelah yang saya hadap hari-hari dan tahun-tahun akan datang.

Kawan baru sejak berpindah kerja dekat kota tinggi ni. banyak sangat ilmu yang kakak pakai spek tu ajar. tak tau nak ucapkam terima kasih cemane dekat die. hehehe...

Sebenarnya ada ramai lagi kawan saya. kawan masa sekolah, kawan masa kerja dekat arisun simpang renggam. tapi bila cari gambar dalam phone ni tak jumpa lah pulak. sadis betul.

Okeylah korang. jumpa di cabaran hari ke empat pulak yek.
Terima kasih sudi baca.
Wassalam.







January 6, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 2

Cabaran hari ini ialah GAMBAR SETAHUN LALU.

Okeh guys, marilah kita sama-sama menyemak memory handphone masing-masing. Haaa...

Setelah di belek-belek, diselak-selak, rupenya tak de gambo pada tarikh harini. Huh, sadis betul. Yang ada pun gambar bertarikh semalam. Tapi saya masih ingat apa yang berlaku tarikh hari ini pada tahun lepas. Jom tengok gambar dulu.
No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Gambar dekat atas ni dua-dua bertarikh 5/1/2016. Masa ni saya masih bekerja di Pusat Bandar Kuala Lumpur. Balik kampung naik bas sebab besoknya ada interview dengan SPA Johor dekat Pejabat Tanah Pontian.

Perasaan masa nak interview ni jangan cakaplah. Walaupun dah bertahun kerja. Bila kena panggil interview ni dis punya cuak sama je dengan masa interview kali pertama dulu.

Okeh, meh saya kongsi dengan korang perbualan antara saya dengan penemuduga tu.

Jawatan yang saya mohon masa tu Pembantu Tadbir N19. Dalam masa yang sama saya bekerja juga dengan jabatan kerajaan dengan jawatan Pembantu Ehwal Ekonomi. Bila penemuduga tu nampak je jawatan saya tu dia tanya, dah berapa lama kerja dengan kerajaan. Saya bagitau dah hampir 7 tahun.

Penemuduga "7 tahun tu mesti sekarang ni awak dah confirmkan. Jadi kenapa awak nak apply jawatan ni. Awak tau tak kalau kami terima awak bekerja, awak mula balik dari bawah. Awak kena pergi kursus untuk confirm, awak kena ambil semula peperiksaan SPA tu. Rugi gred gaji awak ni."

Terasa kena bebel pulakkan dalam tu. memang saya ingat lagi setiap ayat penemuduga tu. Lepas tu saya pun terangkanlah dekat dia.

"Saya sebenarnya nak kerja di Johor. Sebab saya dah lama sangat dekat Kuala Lumpur, lagipun saya dah berkahwin. Dan saya duduk berjauhan dengan suami"

Penemuduga " Okeh kalau macam tu saya nasihatkan awak buat surat, hantar dekat SUK Johor, minta tukar jabatan. Tapi dengan syarat jabatan awak ni boleh lepaskan awaklah. Lepas tu 3 bulan sekali awak kena follow up permohonan awak dengan pejabat SUK Johor. Sayang ni, gaji awak pun dah banyakkan"

Ha, masa ni memang mengangguk jelah. Lagipun saya dah dapat surat pindah. Hehehe....

Wah, dah jadi macam novel pulak entri saya harini kan. Okeylah korang. Jumpa di cabaran besok pula.
Wassalam.

January 5, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 1

Assalamualaikum semua.

Image may contain: text

Harini saya nak memeriahkan segmen yang dianjurkan oleh admin page JDT Blogger nih. Manalah tau dapat special gift yang admin blog nak bagi. Hehe.. Jom tengok syarat penyertaan dulu yek.


Syarat join 31 Days Challenge by JDT Blogger :

1. Post entry menggunakan tajuk "31 Days Challenge by JDT Blogger"
2. Like page  --> JDT Blogger
3. Save and Copy banner di atas dan backlink semula ke ENTRI INI.
4. Paste LINK JOIN ANDA di ruangan komen dibawah


Cara buat  31 Days Challenge by JDT Blogger :

1. Buat 1 entry 1 tajuk setiap hari mengikut urutan no di atas selama 31 hari (31 entry) 
2. Kumpulkan link entry dari 1- 31days di LINK JOIN ANDA untuk semakan
3. Sertakan sekali hashtag #jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger di setiap entry

** Boleh juga post status/gambar mengikut tajuk dari 1-31days itu dan beserta hashtag #jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

** 31 Days Challenge by JDT Blogger bermula harini ini iaitu 5 Januari 2017 - 4 Februari 2017. 

TARIKH TAMAT

4 Februari 2017

Okkay today I would like to share with you all about me, myself and I. Huh.. It's takes 6 years of blogging untill i have the confident to finally introduce myself to the world. Hahahah.. Pity me.

I've started blogging at 2011. At that time, my sister were studying at Politeknik Ungku Omar in IT Management. So, she ask me if I interested in blog. And I said, "Okeh, let's give it a try, who knows I'll become a successfull blogger in future. LOL"

Saya seorang penjawat awam. Nak kena bagitau ke jabatan mana? Korang carilah sendiri yek. Senang je nak stalk saya dekat blog saya ni. Hehe.. Berblog ni pun sebab dulu kerja saya sangat santai. Maksudnya saya boleh buat dua kerja dalam masa yang sama.

Tapi sekarang tak lagi. Saya kena curi masa untuk update blog. Harap-harapnya saya sempatlah habiskan cabaran ni dalam masa 31 ni.


Gambar kat atas nilah keluarga kecil saya. Baru ada anak sorang. Hah, jangan nak tanya bila nak tambah lagi sorang yek. Sebab saya tengah usaha ni nak bagi adik dekat si Firash. Muehehehe...

Oh ye, lupa pulak nak bagitau. Saya sekarang ni bekerja dekat Kota Tinggi. Tapi tinggal di Kluang. Nampak macam jauhkan berulang-alik ke tempat kerja. Tapi dulu lagi jauh. Tetiap minggu berulang dari Kuala Lumpur ke Kluang. Setakat Kota Tinggi - Kluang tu apalah sangatkan. Haha.. Sedih sungguh bila mengenangkan kehidupan yang terpaksa berjauhan dengan anak dan suami.

Okeylah korang. Tu je dulu kot. Kalau nak tau lebih-lebih sila PM. Hikhikhik...
Jumpa lagi.
Wassalam.

January 4, 2017

1ST GIVEAWAY BY BAJETCIPUTSELEREBESAR


Ok pada yang nak join senang je cara dia:

1.  Follow blog BCSB.
2. Follow IG sis. (Optional!!) Boleh kita say hello to each other dekat sana nanti.
3. Buat entri bertajuk 1st GA by BAJETciputseleraBESAR, letak banner, backlink

Okeh kengkawan, klik banner kalau nak join yek :)

January 3, 2017

Giveaway Untuk Bloggers #2

giveaway safirulamar

Syarat penyertaan:
1) like faceboook page saya di SINI.
2) Follow Blog Abe Jaq
3) Like facebook Abe Jaq di Sini
4) Selepas itu Buat Entri mengenai Giveaway Ini "Giveaway Untuk Bloggers #2".

Guys, klik banner kalau nak join giveaway ni yek.
Hadiah tempat pertama RM100
Tempat kedua RM50
4 hadiah saguhati.

Cepat-cepat join yek. Tamat harini pukul 12.00tghari.

January 2, 2017

Kisah Sedih Aku dan Roti Gardenia

Hai korang,
Seronok baca azam tahun baru memasing. Hehe, boleh jugak saya jadikan inspirasi.

Okehlah, berbalik pada tujuan asal saya menaip harini. Sajalah nak kongsikan dengan korang. Hari Sabtu yang lepas, lepas saya dah siap mengemas rumah, pergilah ke dapur nak makan sarapan.

Dalam kepala ni dah terbayang-bayang dah nak makan roti gardenia wholemeal tu dengan segala sayur-sayur yang dah beli. Hajat di hati nak buat sandwich.

Sedapnya sayur salad + kobis ungu + tomato ceri + perahan lemon + mayonis. Makan pulak dengan roti wholemeal. Kemain healthy lagi sarapan saya pagi tu.

Tapi bila bukak je plastik roti tu korang nak tau tak apa yang jadi? Ha silalah tengok gambar yang dekat bawah ni.
Hah, korang rasa kenapa plastik roti tu jadi cenggitu?

  1. kena kokak dek nyamuk
  2. kena koyak dek lipas
  3. firash gigit
  4. kena kokak dek tikus
Ha....... Siapa yang pilih jawapan last sekali saya bagi 100 markah. Haha.. Ini bukan giveaway yek. 

Jawapan die kena gigit dengan tikus. Spoil mood betullah tikus nih. Dah tak program healthy food saya minggu ni. Kuang ajak punya tikus. Ko tak payahlah jaga badan. Biarlah aku je yang nak jaga kesihatan. Hadoi..

Tapikan, segala sayur tu gaul dengan mayonis pun dah sedap sangat dah. Tak payah nak buat sandwich pun. Makan sampai lupa nak snap gambar. Hehehe. Lepas ni kena simpan dekat tempat bertutuplah. Dan nak kena buat projek menangkap tikus besar-besaran. Siap sedialah korang.

Okeylah, sampai sini dulu. Jumpa lagi :)

January 1, 2017

Azam Tahun 2017

Happy New Year from Google!
Assalamualaikum korang,
Selamat tahun baru semuanya.

Rasanya dari semalam lagi dapat main bunga api dekat facebook kan. Walaubagaimanapun, bunga api tu cuma dapat tengok dekat smartphone je. Kalau buka dekat pc tak nampak pun bunga api tu.

Sama jugak kalau korang tukar kaler background status dekat facebook. Kalau tengok dekat pc tak jadi ape pun. Huhu, sedih. Patutnya si Mark tu kena la selaraskan dengan smartphone. Barulah Facebook dia ni nampak menarik jugak kan? Hehehe.. Membebel pulak pepagi tahun baru ni.

Okeh, bercerita pasal tahun baru, mestilah berkait dengan azam baru. So, apa azam korang tahun ni?

Azam
Azam saya tahun lepas Alhamdulillah dah terlaksana sebelum habis tahun pun. Ngeeee... So, apa pulak azam saya tahun ni? Hmm, tak minta banyak pun tahun ni. Cuma berharap kehadiran si tecik dalam keluarga kecil kami ni. Sian dak Firash belum ada kawan nak bergaduh. Haha..

Lagipun tahun ni si Firash dah 3 tahun. Allahu, cepat sangat masa berlalu. Rasa macam baru je keluar hospital. Bau hospital pun masih melekat-lekat lagi dekat hidung ni ha. Haha, punyalah tak suka dengan bau hospital tu. 

Azam Blog
Tu cerita untuk keluarga, untuk blog pulak saya berazam untuk lebih rajin menulis. Haha, sama je tiap-tiap tahun. Tapi bila tengok balik entri yang dah di taip tak mencapai sasaran langsung. Huh!

Tapi kena amik kira faktor kerja juga. Dulu kerja bahagian yang santai-santai je. Bolehlah duduk ngadap blog je. Sekarang ni kalau ngadap blog je memang tak siaplah kerja yang menimbun ni ha. Sadis.

Okeh, kena juga tetapkan target blogpost untuk tahun ni. Huhu, berapa ek nak letak? Sebulan 30 post oke tak? Maksudnya 1 hari 1 post. Oke la tuh kan. Sikit-sikit lama-lama banayk juga. Yeah.....

Okeylah korang. Nak sambung kerja ni. Jumpa lagi :)

babab.net

Lilypie Second Birthday tickers Blogged.my

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign