Kasih Juju: February 2017

February 27, 2017

Giveaway: Happy Birthday Aireen! by Elsaalicious & Sponsors

KLIK BANNER UNTUK JOIN

SENARAI HADIAH YANG MENARIK DARIPADA ELSA & PARA SPONSOR UNTUK ANDA MENANGI!

Nature Republic Essence x 1 pemenang
Topup RM 5 x 1 pemenang

Bloglist selama 3 bulan x 5 pemenang

Topup RM 5 x 2 pemenang

Review Blog & Bloglist selama 2 bulan x 2 pemenang

5. Junzie
Topup RM 30 x 2 pemenang

Topup RM 5 x 2 pemenang

7. Sarah
Bloglist selama 2 bulan x 5 pemenang

8. Syaz
Topup RM 5 x 2 pemenang

9. Liyana
Review Blog & Igshop (jika ada, sponsor akan review igshop anda di instagram beliau) x 3 pemenang

Topup RM 10 x 2 pemenang

11. Farrah
Topup RM 5 x 2 pemenang

Bantal Burung Hantu x 1 pemenang
Topup RM 5 x 1 pemenang

Topup RM 5 x 2 pemenang
Bloglist selama 2 bulan x 5 pemenang

Tunai RM 10 x 2 pemenang

Tunai RM 10 x 2 pemenang

Dreamcatchers x 2 pemenang

17. HADIAH MISTERI DARI ELSA x 1 PEMENANG

Jika penyertaan kurang daripada bilangan seperti yang dicari, kemungkinan seorang pemenang boleh menang banyak hadiah. Siapa tahu kan hehe. AYUH PAKAT RAMAI RAMAI UNTUK JOIN! KLIK BANNER

February 25, 2017

Karnival Jelajah Usahawan MITI Pontian

Tanggal 25 Februari 2017 telah berlangsungnya acara Jelajah Usahawan MITI & Agensi 2017 yang telah diadakan di dataran Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Jalan Pantai, Pontian, Johor.

Program ini telah dirasmikan oleh Y.B Datuk Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Semua rakyat jelata negeri Johor Darul Takzim dijemput untuk memeriahkan lagi Karvival Jelajah Usahawan MITI & AGENSI 2017 Peringkat Daerah Pontian di Dataran Dewan Jubli Intan, Pontian, Johor pada 24 Februari hingga 26 Februari 2017.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari ini dibuka pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

Terdapat pelbagai pameran dan juga aktiviti yang diadakan disepanjang karnival berlangsung selama 3 hari.

Di sepanjang karnival berlangsung, rakyat jelata berpeluang untuk merasai pelbagai aktiviti yang disediakan untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta dan juga sahabat handai.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang karnival ialah :

🍃 Career Fair
🍃 Food Truck
🍃 Forum Perdana
🍃 Innorace / Infotaiment
🍃 Aktiviti Tarikan Pengunjung
🍃 Info Booth Agensi

Pelbagai lagi aktiviti yang menggalakan rakyat jelata datang berkunjung , seperti :

🍃 Pemeriksaan Kereta Percuma
🍃 Program Halal Cilik
🍃 Pameran & Jualan Produk PKS Setempat
🍃 Mini Showcase SDSI
🍃 Pertandingan Catur Bistari
🍃 Khidmat Nasihat Keusahawanan
🍃 Cabutan Bertuah

Jadi, jangan lupa datang ke Karnival Jelajah Usahawan MITI & AGENSI 2017 . Jangan lepaskan peluang untuk bersama - sama memeriahkan lagi karnival ini bersama keluarga tersayang.









February 21, 2017

GIVEAWAY SAMPLE COLLAGEN SOAP NURRAYSA BEAUTY

collagen soap nurraysa beauty
KOLAGEN MARIN ASLI- mengandungi mineral, asid amino, beta karotein, serta protein yang membantu mengekalkan kolagen dalam kulit

MINYAK ZAITUN - berkesan membersih dengan mendalam tanpa menyumbat pori - pori dan telah digunakan secara meluas dalam industri kecantikan di barat kerana kandungan vitamin E yang tinggi yang boleh merawat kulit muka serta anti penuaan yang sangat dipercayai

SUSU KAMBING- mengandungi selenium dan vitamin A iaitu makanan penting untuk kulit yang cantik menawan. Kaya dengan asid laktik yang berupaya membuang sel kulit mati yang degil di kulit, melembabkan serta mencerah kembali kulit yang kusam. Barat menggelarkan ia sbg 'healing miracle'

*Herba terpilih
*Habbatussauda'

Inginkan kulit anda mendapat manfaat dari bahan-bahan hebat di atas? 

Sabun ini juga sesuai untuk:
✔ Bayi seawal baru lahir
✔ Kaum lelaki & wanita yg mempunyai masalah kulit
✔ Eczema, gatal serta kurap
✔ Boleh guna satu badan

February 16, 2017

Cara Merawat Ekzema dan Psoriasis

Assalamualaikum semua,

Sebelum kita pergi pada penyelesaian masalah ekzema, apa kata kita tengok dan kaji dulu apa itu penyakit ekzema dan psoriasis ni. Mungkin ada yang tak pernah tahu langsung pasal penyakit ni. Jom baca okeh.

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.

Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.

Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa)
Psoriasis adalah penyakit peradangan kronis dan bersifat auto imun (penyakit yang muncul sebagai akibat dari reaksi sistem kekebalan atau sistem imun tubuh) yang terjadi pada kulit yang ditandai dengan tompokan putih atau merah bersisik tebal di bahagian tubuh terutama pada kaki, punggung, lutut, siku, tangan, dan kulit kepala. Penyakit tidak menular ini biasanya terjadi pada orang dewasa, walaupun ada juga beberapa kes pada kanak-kanak dan remaja. 

Gangguan pada kulit ini disebabkan oleh faktor persekitaran, serangan kekebalan tubuh (autoimun) kerana jumlah limfosit yang tidak normal, dan sistem kekebalan tubuh yang terlalu aktif. Psoriasis dipercayai disebabkan oleh proliferasi atau penyebaran sel-sel kulit yang sangat cepat. Psoriasis boleh bersifat ringan, sedang, ataupun berat. Meskipun pesakit dengan kes ringan hampir tidak terasa simptomnya, tetapi pesakit yang menderita kes yang lebih parah akan memperlihatkan gejala seperti kulit tebal, merah, dan bersisik pada seluruh tubuh mereka.

Penelitian terbaru menunjukkan bahawa orang dengan Psoriasis memiliki risiko yang lebih tinggi untuk terkena penyakit jantung, diabetes, dan penyakit darah tinggi atau hipertensi.

(Source : https://www.docdoc.com/id/info/condition/psoriasis)

Cara Penyelesaian:

blog kasihjuju.com
Bedak Asmak diperbuat dari bahan semulajadi 100% iaitu bedak tanah liat putih berkualiti tinggi.Selamat digunakan untuk semua peringkat umur.Bedak dari tanah liat telah digunakan sejak zaman -berzaman lagi dan menepati saranan Rasulullah saw berkenaan penawar dari tanah untuk masalah kulit.

Merawat ruam pada bayi,ekzema,psoriasis,kudis buta,kurap,panau,kayap,gatal,cacar air,luka dan lain-lain

Apa keistimewaan Bedak Asmak ?

Selain merawat masalah kulit di atas, ia juga mampu mengecutkan jerawat, mencantikkan dan mencerahkan kulit jika diguna selalu. Boleh dipakai setiap malam sebelum tidur

Mempunyai kadar UVA ratio yang tertinggi iaitu 0.88 di dalam Boot Star Rating untuk perlindungan UVA,jadi ia mempunyai kadar perlindungan MAKSIMUM terhadap UVA yang mengelakkan kedutan.Tidak menyumbat liang pori dan mampu merawat masalah kulit.

Penggunaan berterusan mampu merawat masalah kulit, mengelakkan kedutan, menghilangkan jerawat, melicinkan dan menjadikan kulit wajah lebih halus.

Bedak ini telah terbukti merawat ekzema, psoriasis, ruam,kudis buta, kurap, panau dan lain-lain.

Boleh dimakan untuk masalah Cirit-birit dan gout. Selamat dan suci.

Teksturnya lebih halus, mudah serap, dan sejuk bila dipakai.

Beratnya 150g+-
Harga cuma RM38
Produk premium pada harga TERENDAH!

Mesti dimiliki oleh setiap keluarga.

Cara Pakai untuk masalah kulit : 
Dipakai sekerap yang mungkin.

Mempunyai permintaan tinggi semenjak dikeluarkan.

Pilihan Terbaik zaman-berzaman
Penagih dadah pun guna bedak asmak 

blog kasihjuju.com

Testimoni daripada mereka yang telah mencuba sendiri bedah asmak:

blog kasihjuju.com

blog kasihjuju.com

blog kasihjuju.com

blog kasihjuju.com

Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen,boleh ke link di bawah atau hubungi terus  :
blog kasihjuju.com
Hotline HQ : 019 - 970 8897
Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/
Ig : mham.sdnbhd
https://www.instagram.com/mham.sdnbhd/
Fb Page Produk :
Penawar Ruam Pada Bayi
https://www.facebook.com/bedakasma
Penawar Ekzema Mujarab Terkini
https://www.facebook.com/kulitcantiktanpaekzema
Album Testimonial Bedak Asmak page Penawar Ruam Pada Bayi
https://www.facebook.com/1591204454498940/photos/?tab=album&album_id=1752651998354184

Info Bedak Asmak juga boleh didapati di fb page :
Penawar Asma Mujarab
https://www.facebook.com/penawarasma/
Minyak Herba Asmak HQ
https://www.facebook.com/minyakherbaasmamujarabsdnbhd/

February 10, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 31

Day 31 - Gambar Selfie @ Bersama Tersayang

Alhamdulillah, berjumpa juga di entri terakhir cabaran ni. lama betul rasanya nak habiskan cabaran ni. heheh.. tapi bagus juga. semangat nak menaip entri tu ada.

Jom tengok tajuk cabaran harini ; gambar swafoto bersama tersayang.
Kasihjuju.com
Ni lah buah hati pengarang jantung saya. hero-hero saya tau ni. sumber kekuatan berulang kerja kluang - kota tinggi. kalau tak sebab diorang ni saya pun tak taulah cemana rupanya keadaan hidup saya hari-hari.

Okkaylah korang. jumpa lagi di entri yang lain je. terima kasih sebab sudi follow entri cabaran 31 jari saya ni.
Wassalam.

February 8, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 30

Day 30 - Ucapan untuk Followers

Assalamualaikum korang.

Wah! Tak sangka betul dah buat entri sampai hari yang ke 30. So, bersempena denagn hari yang ke 30 ni saya nak ucapkan ribuan terima kasih dekat follower blog saya yang sudi membaca dan support blog saya selama ni. 
Image result for thank you
picture source : google image
Daripada blog saya sikit je follower sampai sekarang dah ada 1651 follower. Alhamdulillah. Satu jumlah yang sangat-sangat saya banggakan. Walaupun trafik blog saya ni agak sendu, tapi saya berjaya juga kumpulkan follower sebanyak ni. 

Sebabnya saya ni bukanlah rajin sangat up entri. Menaip pun ikut mood. Ditambah pula dengan kerja hakiki yang melambak-lambak ni. Up entri pun waktu rehat je. Tulah, dulu masa kerja senang tak nak usaha naikkan traffik blog. Bila kerja dah melambak ni ha baru terhegeh-hegeh nak naikkan traffik blog. Tapi walau apa pun saya sahut juga cabaran tu. Hehe, semangat kena ada. 

Okkaylah korang. Jumpa di entri terakhir ye. Ops..entri terakhir segmen ni je.
Wassalam

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 29

Day 29 - Menu sarapan

Hai korang,

Ha nampak tak menu sarapan saya harini. Biasa-biasa je. Nama pun nasi goreng biasa. Hehe.. Nasi ni mother in law saya yang masakkan tau. Hah, nampak tak mertua saya sayang saya.. Kikikiki...

Memang selalunya mertua saya yang buat sarapan. Eh, bukan sarapan je. Makan tengahari sekali. Wakakaka.. Dah saya kerja. memang lah mertua yang masak. Saya masak kalau suami request nak makan something je.

Opsss, jangan kata saya tak masak yek. Mertua saya dah masak. Kalau saya masak karang bertambah-tambah pula lauk dekat rumah tu. Orang dekat rumah tu pun bukannya pemakan sangat. Patutlah adik ipar semua kurus kering. Haha... Ampunnn.. Termengata pula dekat sini.

Okeh, sambung entri ke 30 pulak ye.

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 28

Day 28 - Pakaian hari ini

Hai korang. Tajuk harini, outfit of the day ataupun lebih dikenali dengan OOTD. Disebabkan saya ni tak berapa nak reti nak selfie full picture, so saya just share je baju yang kebetulan memang saya ada pakai di hari yang lain yek. Memang sama sebijik.

jeti sedili besar
Betul!! Inilah baju yang saya pakai harini. Jubah hitam dengan tudung Aidijuma pink ade love kaler merah dekat belakang. Hehe..

Gambar ni diambil oleh officemate saya, kak miza. Masa ni dekat Sedili Besar. Baru habis attend mesyuarat agung tahunan. Koperasi punya hokeh. Dah nama pun hakak kerja dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Jadinya wajiblah hadir mesyuarat agung koperasi.

Dah alang-alang saya share pasal sedili besar ni kan. Nak bagitau korang. Tempat ni cantik giler... Air laut die hijau jernih. Kagum yang amat weh. First time dapat tengok sendiri air laut jernih. Eley, korng jangan nak cok hakak ni jakun pulak. Taulah korang dah banyak kali jumpa air laut jernih.

Eh, eh, teremosi pulak. Haha.. Okeh, cukup untuk entri baju ni yek. Sambung entri hari ke 29 pulak.
Wassalam.

February 7, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 27

Day 27 - Gajet saya

Setakat hari ni, saya cuma ada 3 je gajet yang memang betul-betul saya punya. Hehe, jom tengok apa yang saya ada.

1/ Laptop Asus
Gambar ihsan dari google picture
Lama dah saya beli laptop ni. Kalau tak silap saya tahun kedua kerja dekat Kuala Lumpur. Tahun 2009. Hah, dah 8 tahun dah laptop ni dengan saya. Tak guna untuk buat kerja sangat pun. Condition sangat tip top. Cuma part bateri jelah. 

Eley, tipulah kalau kata bateri laptop korang masih okey setelah bertahun-tahun guna kan. Mesti ada masalah punyalah. Dulu selalu update blog guna laptop ni. Lepas tu share drama Korea dengan housemate, download game macam-macam. Hehe, nampak tak kegunaan dia yang tak beapa nak penting tu.

Sekarang ni kalau tak da dia ni, saya tak boleh nak buat kerja dekat rumah dan jugak kalau ada klinik akaun dekat luar office. Eh eh, jangan salah anggap. Saya tak bawa balik kerja pejabat dekat rumah pun. Cuma sesekali je. 

Untuk klinik akaun pula laptop pejabat ni memnag ade 1 je. Susah saya nak buat kerja dekat tempat orang sana tuh. Mesti nak ada juga. Sebab saya ni kalau buat akaun mesti dan wajib nak mengadap buat sendiri. tak nak duduk sebelah. Macam tak buat kerja je rasanya kalau duduk sebelah.

2/ Smartphone Samsung
samsung galaxy grand duos
Handphone ni sebebnarnya mintak dekat abah. Sebabnya dia sepah-sepah je dekat rumah. Macam tak da orang nak guna. Saya pun amiklah. Hehe, sebab handphone samsung yang kucik tu memang dah nazak sangat. Abah pun bagi pulak kita amik phone ni. So, memang tak tunggu lamalah.

Saya letak nombor maxis dekat phone ni. Phone untuk kerja hakiki dan jugak kerja-kerja blog. So sapa-sapa nak saya review produk korang, boleh whatsapp je saya okeh +6011 1213 0836. Hotline.

3/ Smartphone Sony
sony xperia t2 ultra white
Last but not least, my beloved sony xperia t2 ultra. Yang ni suami bagi. Hadiah mengandung katenye. Hehehe.. Letak nombor celcom dekat sini. Maklumlah, dalam banyak plan internet prepaid, celcom buat masa ni yang saya rasa sangat-sangat menarik perhatian.

Setia dengan celcom sejak dia bagi internet tanpa had seminggi rm7.00. Lama jugalah celcom bagi guna plan macam tu. Puas download Running Man. Haha.. 

Tapi sekarang nih mana nak dapat internet tanpa had cam dulu. Sumenya nak kena bayo. Saya guna plan xpax RM30/month 5gb. Siap dapat extra 3gb lagi, cuma tambah RM5 je. Maksudnya RM35 dapat 8gb sebulan. Kira okkay lah tu. Korang nak ke nombor celcom saya ni? Ish.. Tak payahlah. Personal use only. Hehehehe.

Terima kasih sudi singgah.
Wassalam.

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 26

Day 26 - Perangai manusia yang tak disukai

Bila bercerita pasal perangai nih, mestilah semua yang negatif tu kita tak suka. Contohnya macam suka menipu, pengotor, panjang tangan, pinjam barang tak pulang dan macam-macam lagilah. Cuba bagitau saya siapa yang suka dengan semua benda yang saya taip tadi tu? Saya nak unfriend siap-siap.

Dulu saya ada kenal sorang hamba Allah ni. Masa awal-awal kawan dengan dia tu tak nampak lagi perangai dia ni macam mana. Tapi lepas dah kenal MasyaAllah mulut dia. Me'laser' orang je keja dia. Ada jugak sesekali saya ter'laser; dekat dia. Hamboi, kemain sentap lagi dengan kita. Sejak dari peristiwa tu terus saya menjarakkan diri daripada terus rapat dengan dia.

Orang-orang macam ni lah yang kita patutkan jauhkan diri. Personaliti dia tu banyak yang negatif. Orang sana tak betul, orang sini tak betul. Eh, dia sorang jelah yang betul.
Image result for negative people at work
Dalam kehidupan kita seharian pun kita tak boleh nak serapkan nilai-nilai negatif ni dalam diri. Lebih-lebih lagi dalam pekerjaan. Setiap nilai hasil titik peluh kita bekerja tu haruslah berkat. Tanamkan dalam diri ikhlas dalam bekerja. InsyaAllah takkan timbul masalah-masalah remeh.

Bila korang jadikan kerja ni satu beban, nanti masalah yang kecil pun boleh buat korang mengganggu persekitaran kerja. Kalau yang kerja sengsorang tu tak pelah jugak. Ni bila dah mengganggu rakan sekerja kita pun naik menyampah.

Okeylah korang. Kang terbebel panjang pulak pasal orang-orang yang negatif nih. Saya ni memang cukup tak suka kalau bercerita pasal hal-hal yang negatif nih. Boleh stress dibuatnya.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 25

Day 25 - Gambar 3 tahun yang lalu dan sekarang

Hai korang, dekat bawah ni gambar saya 3 tahun yang lepas. Masa ni di awal fasa mengandungkan si Firash. Tak tau pun masa ni dah mengandung. Bergasaklah join koir dekat Bukit Tinggi, Pahang tu ha. Tinggi hoi bukit yang naik ke rumah Jepun ni. Bila difikirkan balik nasib baiklah tak jadi pape dekat saya masa tu.

Image may contain: 1 person

Gambar yang tudung oren ni pulak gambar terkini saya. Giler banyak jerawat tumbuh. Hormon tak stabil ke ada sebab lain ek? Puas dah tukar pencuci muka. Masih belum ada yang serasi. Kena usaha lagi nih. Tak boleh biarkan jerawat terus menghodohkan muka ni. Bertindak sebelum melarat. Muhahaha..

Terima kasih sudi singgah dekat blog saya ni.
Wassalam

February 6, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 24

Day 24 - 3 warna kegemaran.

Senang je tajuk hari yang ke 24 ni. Semua dah ada dalam kepala. Tinggsl nak meluahkan je. hehe.. Jom tengok kaler apa yang saya minat beserta dengan maksud dia sekali. Cekidaut..

1/ Merah
Image result for sitinurhaliza baju merah
MERAH 
  • Mendesak, mudah diransang dan lincah.
  • Mempunyai cita-cita yang tinggi, dan apabila menginginkan sesuatu akan dilakukan dengan pantas.
  • Cuba melakukan sesuatu dalam keadaan yang terbaik.
  • Kurang peka pada perasaan orang lain apabila diri menjadi tumpuan.
  • Perlu belajar menjadi pendengar yang baik.
  • Sedikit memaksa dan mudah membuat keputusan apabila bertindak dalam keadaan terdesak atau mencemaskan.
  • Mempunyai kelebihan yang boleh disalurkan untuk memimpin, membangunkan atau mengembangkan sesuatu.
  • Berani dan peramah namun mudah marah sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak.
  • Perlu belajar untuk sabar.

2/ Kuning
Image result for aishwarya rai yellow saree
KUNING
  • Penuh minat dan ceria
  • Aktif dalam apa jua aktiviti.
  • Mempunyai semangat yang tinggi dan mampu hadapi cabaran hidup.
  • Kuning cerah menggambarkan sikap yang spontan dan bijak berkomunikasi.
  • Sentiasa menginginkan dan berharap untuk mencapai kegembiraan.
  • Idea dan pemikiran tinggi.
  • Sentiasa baru dan moden dan mengalami perkembangan.
  • Sentiasa memerlukan ketenangan apabila konflik.

3/ Pink
Image result for sitinurhaliza baju pink
MERAH JAMBU
  • Bersikap penyayang, menyintai alam semula jadi.
  • Mudah bersimpati dan memahami.
  • Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi.
  • Sentiasa memerlukan dorongan dan sokongan orang lain.
  • Sedikit keanak-anakan.
  • Sentiasa menyayangi dan menghargai diri sendiri. 

February 5, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 23

Day 23 - Senarai cerita seram favourite saya

Tanpa perlu membebel intro panjang-panjang, marilah sama-sama kita tengok senarai filem seram favourite saya.

1/ Pontianak Harum Sundal Malam
Image result for pontianak harum sundal malam
Hah, sape suka cerita ni sila angkat tangan. hehe, dulu kemain takut lagi nak tengok cerita ni. Takutnya tu sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Suka tengok cerita ni pun sebab ada maya karin. Lagipun kan masa zaman cerita ni keluar, cerita seram ni semua mana nak glamer lagi. Lepas je keluar cerita hantu ni terus melambak-lambak cerita seram keluar panggung.

2/ Ghost Adventure
Image result for ghost adventures
Cerita ni layan mase bujang-bujang dulu. Masa duk menyewa dekat Vista Angkasa. Tak tau nak layan cerita apa sebab member serumah semua tengok cerita omputih. Nasib baiklah kita ni pandai bawa diri. Terjebak sampai minat nak tengok.

Kadang-kadang rasa macam diorang nu berlakon, tapi kadang-kadang macam nampak real pulak. Kalah cerita Seekers yang dekat NTV7 dulu tu. Maklumlah, mat saleh ni gajet dia kemain canggih lagi kan.

3/ Ghost Whisperer
Image result for ghost whisperer
Suka giler dekat cerita ni. Tak ingat ada berapa season masa tu. Tapi layan jugak. Cerita ni pun member serumah juga yang ajak tengok. hehe

Teringat dulu ada satu part tu suami dia mati, saya boleh menangis meleleh-leleh air mata. Hahah, kelakar betul kalau ingat balik. Tapi suami dia mati pun lepas tu dia banyak tolong isteri dia ni selesaikan kes hantu-hantu tu.

Okeylah, siap entri hari ke 23. Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 22

Day 22 - Bila start berblog?

Assalamualaikum semua,

Okeh, korang boleh tau bila saya start berblog dengan klik dekat ruangan archive sebelah kiri ni ha. nampak tak? tahun 2011 lagi dah start berblog.

Sebelum tu, saya ni saja je suka-suka buat blog ni. tapi lama-lama jatuh cinta pula. tapi belum sampai tahap nak buat fulltime lagi lah. jauh lagi sasaran saya untuk buat fulltime. lagipun ada komitmen yang perlu saya tanggung. InsyaAllah kalau dah sampai masanya nanti teringin juga nak jadi macam Bro framestone dengan otai blog bro Hasrul Hasssan. jeles betul tengok diorang duduk rumah sambil berblog. huhu. boleh dijadikan visi dan misi nih. haha..
Okeh, day 22 ni simple je ye korang :)
Wassalam

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 21

Day 21 - Makanan kegemaran selain makanan melayu

Assalamualaikum korang, best tajuk harini. hehe, apa yang tak best kalau bercerita bab makanan kan. baru cerita dah mengidam nak makan macam-macam. tu belum tengok gambar lagi tu. hah, meh tengok apa yang saya suka.

1. Spageti.
Image result for spaghetti
Kononnye western sangat kan. dulu saya memang tak pandai betul makan spageti bollognese ni. sebab saya tau kuah yang merah tu tomato. saya pulak bukan suka tomato. tapi bila member suruh cuba, saya pun makanlah sikit. masa tu tekak still lagi tak boleh terima. tapi bila member saya bagi saya makan yang dia masakkan masa tu juga terus jadi favourite. haha..

Sebabnya, member tu masak dengan kasih sayang. tu yang saya pun sayang dengan masakan dia. hahaha, percayalah sangat. dia masak spageti tu pedas. lepas tu letak meatball banyak-banyak. ditabur pula dengan cheesse. perghhh.. terus belajar masak sendiri.

2. Kambing golek.
Image result for KAMBING GOELK
Eh, ni bukan makanan melayu kan. tapi tak kisahlah. nak cerita juga. dulu saya tak suka makan kambing sebab tiap kali masak kambing mesti kari, tak kari pun briyani. memang tengok jelah lauk tu. tak sentuh pun.

Lepas tu bila dah kerja dekat KL. masa hari raya, hotel yang area office ni ramai pula yang jemput open house, kami pun apalagi. makan free beb. orang kata rezeki jangan ditolak. belom masa rehat lagi dah terjah hotel tu. member ni awal-awal lagi dah aim kambing golek. saya pun follow je die beratur. haha.. bila dah makan tu. homaigaddd, kambing golek curah kuah blackpepper ni kemain heaven lagi rasa dia.

Haha, sedih betul. dah berapa tahun hidup baru kenal dengan kambing golek. kesian.

3. Ayam pedas korea.
Image result for ayam pedas korea
Hah, yang ni memang terpengaruh betul dengan cerita korea. tak pernah terfikir pun nak merasa sendiri makanan dekat kedai makan korea yang melambak-lambak dekat malaysia sekarang ni. yang ni pun atas hasutan member gak. diorang dah pernah ke korea. jadi dah pernah rasa ayam tu cemane.

Sedap korang ayam tu. dia di goreng dgn tepung, lepas tu die salut dengan sos ape tah. macam sticky and ada bijan. tapi sedap. mungkin campuran madu dan serbuk lada. hmmm... boleh buat sendiri ni.

Dah, sampai sini dulu. Nanti sambung lagi ea.
Wassalam


Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign