25 Januari 2018

Benefits Of Olive Oil For Babies and Toddlers

Benefits Of Olive Oil For Babies and Toddlers
1/ Hydrates baby's skin and keeps it soft
2/ Keeps baby's hair smooth and glossy
3/ A natural remedy for head lice
4/ Relieves consti[ation (external application)
5/ Olive oil massage aids bone and muscle development
6/ Cures surgical suures and prevents scars
7/ The oleic acid in olive oil promotes growth and development of baby's brain
8/ Soothes and heals diaper rashes

24 Januari 2018

Cara Rasulallah SAW Menjaga Kesihatan Diri

Cara Rasulallah SAW Menjaga Kesihatan Diri
1/ Bangun sebelum Subuh
2/ Aktif menjaga kebersihan
3/ Tidak pernah makan berlebihan
4/ Gemar berjalan kaki
5/ Tidak pemarah
6/ Optimis dan tidak putus asa
7/ Tidak iri hati
8/ Pemaaf

23 Januari 2018

DIY Healing Foot Treatment

DIY Healing foot treatment.

Ingredients:
Vaseline jelly + Socks

Directions:
1/ Before bed, apply a layer of Vaseline Jelly to the heels and ball of your feet
2/ Cover feet with a pair of socks anf let feet soak in Vaseline Jelly Overnight
3/ Remove socks in the morning and wipe off the remaining Vaseline Jelly
4/ For best results, use once or twice a week.

22 Januari 2018

Apa yang Menarik di Tasik Kenyir dan Traveloka CNY Contest 2018

Tasik Kenyir, Terengganu l Hai dan Assalamualaikum korang. Korang ingat lagi tak KJ pernah ceritakan pengalaman KJ ke Kuala Terengganu?  Alah yang KJ cerita jalannya masuk kebun kelapa sawit tu. Okeh kalau tak pernah baca boleh baca dekat sini -- http://www.kasihjuju.com/2017/12/dari-johor-ke-kuala-terengganu.html

Perjalanan dari Kuala Terengganu mengambil masa dalam sejam untuk sampai ke Tasik Kenyir. Ini pun kami guna applikasi waze. Walaupun banyak papan tanda, tapi kami tetap guna waze. Hehe manalah tau kalau-kalau ada rintangan atas jalan.

Sebelum ke Tasik kenyir, kami jalan-jalan dulu di Pasar Payang. Tak sah rasanya kalau ke Terengganu tapi tak ke Pasar Payang. Mesti rasa terkilan nanti. Dekat sini kita boleh dapatkan macam-macam buah tangan contohnya keropok ikan, kain batik, kain ela, songket tenun dan macam-macam lagilah.

KJ with beloved parents
SI Firash dan Kakak Tisya
Dan untuk si Firash pula, tak lepas dengan Ultraman dia. Sebenarnya dari memulakan perjalanan lagi dia dah minta. Tapi KJ buat tak reti je. Dekat Pasar payang ni dia boleh nampak pula. Nak tak nak terpaksalah belikan. Kalau tak memang sepanjang perjalanan ni mulut dia tak berhenti minta.

Lepas ke Pasar Payang kami makan keropok losong pula di Kampung Losong. Sedap betul makan keropok tu panas-panas. Kami tak bawa balik pun memandangkan banyak lagi tempat persinggahan yang akan kami pergi. Takut lari pula rasa dia bila dah sampai rumah nanti.

Seterusnya kami bergerak ke Tasik Kenyir. Perjalanan dari Kuala Terengganu memakan masa selama lebih kurang sejam perjalanan melalui jalan biasa. Agak mencabar juga jalan nak ke sini memandangkan struktur jalan yang kurang rata dan jalannya yang bengkang-bengkok.

Plan asalnya kami nak mandi dulu di Water Park Kenyir dan kemudian baru kami akan menjelajah Tasik Kenyir. Tapi apakan daya, Water Park tutup sehingga bulan 3. Agak terkilan jugalah sebab tak disiarkan di mana-mana media yang mengatakan water park ini ditutup sementara waktu. Anggap sajalah tiada rezeki. Entah bila dapat merasa ke sini lagi. Huhu..

Seterusnya kami terus ke tempat meletak kenderaan yang disediakan di kawasan pesisir tasik. Di sini juga kami mendapatkan khidmat pemandu bot laju dan juga bersetuju dengan pakej yang ditawarkan. RM200 satu bot untuk 3 tempat. Terus terang KJ bagitahu yang KJ tak buat survey langsung pasal pakej mengelilingi Tasik Kenyir ni. Almaklumlah, baru pertama kali ke sini. Pakej ni pun abah tanya dekat penjaga parking dan kebetulan pula memang pemandu bot tu ada di kawasan situ.

Ini adik bongsu KJ, tahun ni umur dia 16 tahun. Baru naik tingkatan empat.

Firash dengan nenek a.k.a mak
Rumah bot dekat belakang tu agak mahal juga kalau nak sewa. Tapi berbaloi-baloi sebab ada banyak bilik, ruang tamu, ruang memasak. So kalau korang rasa nak buat family day bolehlah sewa rumah bot tu. Harga untuk satu malam dalam RM1,500.00. Kena buat tempahan awal tau. Kalau main terjah je memang tak dapat.

Tengoklah aksi si Firash tu. Kali pertama pakai jaket keselamatan dan juga kali pertama naik bot laju. Dulu masa pergi Langkawi, ambil pakej naik bot yang bagi burung helang makan tu dia tak dapat ikut sebab masih kecil lagi. Sekarang dah besar sikit baru boleh buat aktiviti yang lasak untuk dia.

Muka cuak naik bot laju
Tengok anak bertuah tu, tak mahu duduk dengan KJ nak duduk dengan mak dia. Okkay fine. Cucu manja mak sangat tau si Firash ni. Tapi okay juga tu, kasi can mama dia ambil gambar selfie, wefie segala bagai. Mehehehe..
Singgahan pertama kami di Taman Rama-rama. Jom layan gambar dulu ya.
Kengkonon nak selfie dengan pintu gerbang butterfly island ni
Depan butterfly island
Atok dan kakak
Depan  butterfly island
Cantikkan pemandangan dekat sini
Mak kata ni pesan-pesan. Kalau kena gigit tak sempat tinggal pesan
Selain daripada rama-rama, terdapat juga pelbagai jenis unggas yang dipamerkan di sini, ada yang hidup dan ada juga yang telah di awetkan macam gambar labah-labah dekat atas ni. Pelbagai jenis lipas juga ada dipamerkan. Lipas ni yang hidup punya tau. Cuma KJ tak ambil gambar sebab bulu ruma dah meremang. Dok terbayang cemana agaknya kalau serangga-serangga ni hurung KJ. Uish, selisih hoi. Choiii..

Seterusnya kami ke Taman Herba. Masa nak ke sini hari dah mula nak hujan. Sebenarnya dah hujan dah pun. Tapi kami redah je sebab memang dah masuk dalam list aktiviti basah-basah hari ini. Lagipun dekat tasik mana ada ombak besar. Jadi, kalau hari hujan pun InsyaAllah tiada gelombang besar macam ombak tu dekat tasik ini.

Air herba percuma
Sejarah Taman Herba
Budak ni posing je
Air-air herba tu memang dah siap dihidangkan. Jadi kalau korang dah sampai sini, boleh cuba semua air herba yang disediakan. Air ni semua percuma sahaja. Tapi kalau dah namanya herba boleh ke korang habiskan 1 bekas? Errr, KJ tak rasa pun air-air ni sebab jaga budak-budak dekat kedai jual cenderamata.

Dan destinasi terakhir yang kami tuju ialah air terjun.. Yeayyy..

Jauh perjalanan luas pemandangan
Seronok ye dapat main air
Peace yo
Buat apa sorang-sorang tu
Main dekat air cetek saja.
Jauh giler nak ke sini
Peace
Punyalah banyak gambar dekat air terjun ni. Hehe, sebenarnya air terjun dia tak nampak. Nak kena masuk ke dalam lagi baru boleh jumpa dengan air terjun. Tapi kami tak masuk sampai dalam pun sebab bawa budak-budak tu macam tak sesuai je kan.

Masa sampai dekat sini, ada satu rumah bot yang tengah parking dekat sini. Diorang pesan hati-hati sebab risau kepala air turun. Kami pun memang sedia maklum dengan keadaan yang tengah hujan ni kita tak tahu bila kepala air tu akan turun. Dan Alhamdulillah, sepanjang kami dekat sini tiada apa-apa yang berlaku. Kami juga dinasihatkan supaya sentiasa memakai jaket keselamatan.

Cuma kena hati-hati dengan pasir jerlus dan tanah yang licin. KJ dan abah dah tergelincir dah. Memang habis kotor baju kami. Dan part yang paling best sekali air dekat tandas takda. Maka berhuhuhulah kami keluar dari Tasik Kenyir mencari stesyen minyak terhampir.

Kami tidak ke tempat ikan kelah kerana tempat ini juga ditutup semasa kehadiran kami. Dah double kecewa dekat sini. Takpalah, mungkin ada hikmahnya kami tak dapat pergi ke sana.

Dah alang-alang KJ bercerita pasal percutian ni, KJ nak ambil kesempatan untuk menguar-uarkan sesuatu yang sangat best dekat korang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Sekarang ni Traveloka sedang mengadakan satu kontes di website iaitu CNY 2018 Contest. Cara untuk menyertai cabaran ini sangat mudah, korang cuma perlu ikut arahan yang dipaprkan di skrin sahaja.

KJ dah main banyak kali dah. Sangat mudah permainannya. Cuma kena pastikan kapal terbang tak berlanggar dengan awan, layang-layang dan segala monumen. Kalau nampak gambar tiket korang kena langgar, barulah dapat 10 markah. 1 markah akan diberikan untuk setiap halangan yang berjaya dilepasi. KJ selalu sangkut dekat tali layang-layang. Huhu..









Ini adalah contoh gambar tiket yang perlu korang langgar. Selain daripada tiket ni korang jangan langgar pula. Halangan dia ada dekat atas dan bawah. Walaupun korang nampak awan tebal sekalipun sila jangan langgar. Hah!! KJ bagi tips ni.

Syarat kelayakan untuk menyertai cabaran ini ialah korang wajib ada akaun Facebook dan korang kena jadi follower Traveloka Malaysia Facebook Fan Page. Dalam 1 hari korang boleh share score game sebanyak 5 kali sahaja.

Hadiah yang ditawarkan pula ialah:
  • Grand Prize - Percutian 6 hari 5 malam ke Seoul, Korea Selatan untuk 2 orang
  • 1st Runner Up - Percutian 5 hari 4 malam untuk 2 orang ke Phuket, Thailand
  • 2nd Runner Up - Percutian 4 hari 3 malam untuk 2 orang ke Pulau Langkawi

Dan kalau korang bertuah, pihak Traveloka akan pilih 2 orang pemenang berdasarkan daripada perkongsian Traveloka Fly & Win Challenge di Facebook. Pemenag akan membawa pulang voucher bernilai RM1,000.00 setiap seorang. Pemenang dipilih secara rawak dan sebarang keputusan adalah muktamad. Cepat-cepat join tau.

KJ doakan semoga kita sama-sama menang hadiah utama tu nanti. Amin..










4 Minute Morning Makeup Routine

1/ Start with a tinted moisturizer.
2/ Cover dark under-eye circles and blemishes with concealer
3/ Add a touch of bronze
4/ Look for a 'ane-and-done' product for your eyes
5/ Use a nude-colored eyeliner on your waterline
6/ Top off with mascara
7/ Define your brows
8/ Multitask with lips and cheeks
9/ Take out your top knot.

21 Januari 2018

Febian's Kembali Dengan "Untuk Apa Lagi"
Assalamualaikum….
Sesekali terdengar lagu kumpulan Rock yang popular ketika dahulu memang menggamit memori la beb ( hahaha gaya tulis ni pun dah Rock la Bro dan Sis ) . Saya rasa ramai yang mengenali dan meminati Kumpulan Rock yang agak terkenal satu ketika dahulu iaitu Febians…Saya juga antara ribuan peminat Kumpulan Febians yang terkenal dengan lagu Penantian , Masih dan Kehancuran Sebuah Cinta .
Febian`s Untuk Apa Lagi

Sejarah Dan Latar Belakang Serta Penubuhan Febian`s

Kumpulan Febians ditubuhkan pada tahun 1979 di Johor Bahru Johor. Asalnya kumpulan ini dianggotai oleh Aziz Mohamed ( Aziz ), Abdul Rahman ( Man Burger ), Kemat Hassan ( Kemat ), Samsuri Hj. Tahir ( Sham ) dan Jasmin Zainal ( Hana ). Asalnya dikenali sebagai D’Febians.
Mula menempa nama dalam arena muzik tempatan pada tahun 1983 hingga ke arena Juara Juara Rock. Dinobatkan gelaran Raja pentas pada era 86 – 88 kerana sering muncul dengan persembahan mantap dan bertenaga.
Pada tahun 1988, lahirnya album sulung Febians yang menggunakan nama Febians sebagai judul album. Ketika itu dianggotai oleh Aziz Mohamed (Aziz), Nasabandi Jumat (Nasha), Sufian Samiran (Ians), Harun Rahman (Harun) dan Samsuri Hj. Tahir (Sham).
Melihat sambutan hangat yang diterima menerusi album sulung, Febians muncul kembali pada tahun 1989 menerusi album kedua yang diberi judul 1001 Malam.
Pada tahun 1991, Febians muncul kembali dengan album ketiga yang diberi judul Satu Antara Sejuta. Menerusi album ini, lagu Penantian, Masih dan Kesan telah menjadi hits ketika itu. Album ini merupakan album terakhir buat pengasas yang juga pemain drum Febians saudara Sham, pemain bass saudara Harun dan juga gitaris kedua, saudara Ians.
Pada tahun 1994, album terakhir Febians berjudul Lang Buana menjengah ke pasaran. Kali ini Febians muncul dengan kemasukan Seth Jamal yang menggantikan tempat Harun selaku pemain bass dan Samad Isa yang menggantikan tempat Sham selaku pemain drum.
Selepas era 94, Febians hanya bergerak menjayakan persembahan di sekitar Johor. Berlaku juga banyak pertukaran ahli, namun mereka masih setia meneruskan perjuangan dengan membawa nama Febians.
Beberapa percubaan untuk mengaktifkan kembali Febians telah dibuat sepanjang tahun 2001 – 2005 oleh beberapa anggota yang pernah bersama Febians, namun ianya menemui jalan buntu.
Tahun 2006, Aziz telah memanggil As selaku drummer, Din selaku pemain bass dan Wai selaku penyanyi utama untuk meneruskan kembali perjalanan Febians. Namun gabungan ini hanya mampu bertahan sehingga 2013 sahaja sebelum diteruskan dengan beberapa lagi cubaan oleh anggota yang lain tetapi berakhir dengan kegagalan.
Selepas melalui pelbagai detik jatuh bangun, langkah yang lebih serius mula diambil. Dengan Samsuri Hj. Tahir kembali mengemudi posisi selaku pemain drum, beliau telah berganding bersama wajah-wajah baru.
Untuk memantapkan lagi permainan, posisi gitaris utama diisi oleh Norkamal Abd. Ghani (Nano), Dg. Rahmat mengisi slot selaku pemain gitar kedua, Hassan Bachok selaku pemain bass serta penambahan posisi pemain keyboard diisi oleh bekas pemain keyboard kumpulan Metal Child iaitu saudara Hisham Zainon manakala saudara Raymie Hj. Tahir mengisi kekosongan selaku penyanyi utama.
Febians atau kini dikenali sebagai Febian’s akhirnya mengambil keputusan untuk merakamkan sebuah single yang bakal dimuatkan di dalam sebuah projek terbaru. Untuk projek ini, Febian’s bekerjasama dengan seorang producer yang tidak kurang hebatnya iaitu saudara Wawa Jinggo di bawah naungan Meenz Music Record. Febian’s kini sudah muncul kembali dengan single terbaru berjudul ‘Untuk Apa Lagi’.

Lirik Untuk Apa lagi – Febian`s

Untuk Apa Lagi – Febian’s
Untuk apa lagi
Kau ingin kembali
Setelah hatiku ini kau lukai
Untuk apa lagi
Kau ingin mencari
Cinta suci sendiri kau nodai
Untuk apalah ertinya
Impian cinta kita bina
Janji harapan ku anggap sempurna
Kian jadi impian kosong semata
Apalah hendak dikata
Cintamu tidak setia
Terbayang wajah mu jelita
Belaian memori yg indah
Inikah balasan yang ku terima
Bila ku hadirkan untuk mu cinta
Pergilah kau ku doakan mu berbahgia
Untuk apa lagi
Kau ingin menyesali
Sekadar menyakitkan hatiku ini
Untuk apa lagi
Kau ingin kembali
Usahlah kau mencari cinta dari ini

Video Klip Untuk Apa lagi – Febian`s

Video klip kredit kepada Meenz Tv

Febian’s GiveAway Contest Edisi Januari 2018!

Apa tunggu lagi..? Serlahkan bakat yang terpendam..Febian’s GiveAway Contest Edisi Januari 2018! Bersempena musim hujan ni , anda perlu cover salah satu lagu hits Febian’s mengikut kreativiti anda dalam bentuk rakaman video & upload di laman Facebook anda. Jangan lupa untuk share & tag Febian’s TV. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30hb Januari 2018.
Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti anda. Oh, jumlah LIKE pada video anda juga turut memainkan sedikit peranan tau. Jadi apa tunggu lagi? Jom, serlahkan bakat serta kreativiti anda !
p/s : Video di sini contoh je, jangan copy bulat-bulat pulak. Yang contoh ni tak boleh dikira sebagai penyertaan tau.

Caller Ring Tone Dari Febian`s

Anda juga boleh abadikan lagu terbaru Febian`s ini di dalam nada dering telefon kesayangan anda . Mesti nampak bergaya dan rock apabila pemanggil mendail nombor anda sambil layan lagu ni nanti . Boleh rujuk poster di bawah untuk senarai Caller Ring Tone ini :-
crt febian`s
Untuk mendapatkan CD dan maklumat yang lebih lanjut boleh ke :
Facebook Febian`s Tv : https://www.facebook.com/FebiansTV/

20 Januari 2018

Tasneem Naturel Penyelamat di Musim Sejuk

Tasneem Naturel Penyelamat di Musim Sejuk l Hai korang, seronokkan sekarang ni negara kita sedang dilanda satu fenomena yang sangat jarang berlaku iaitu fenomena sejuk luarbiasa. Hal ini berlaku akibat perubahan angin monsun yang menjadikan negara kita ni rasa sejuk dan nyaman je.

Selalunya cuaca macam ni kita boleh rasa bila kita pergi ke tempat-tempat tinggi macam Cameron Highland, Genting Highland dan Bukit Tinggi. Tapi sekarang dah tak perlu dah nak ke sana untuk merasai suasana sejuk. Dekat rumah pun dah sejuk dah.

Tapi, dalam seronok mesti ada yang tak seronoknya. Cuaca sekarang ni boleh membuatkan sesiapa yang ada penyakit asthma mudah jatuh sakit.

Contohnya si Firash sendiri. Dia memang ada sejarah masuk hospital sebab masalah asthma. Bila dah sampai musim sejuk ni sangat mudah untuk dia selsema. Kalau dah selsema tu dia mesti ada pakej batuk dengan demam. Aduhai. Kita yang mak-mak ni mesti hati runsing sebab anak tak sihat.

KJ sendiri gelisah dekat pejabat. Dahlah si Firash masih lagi dalam tempoh menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dia. Baru nak rasa seronok bersekolah terpaksa pula bercuti. Berperang jugalah KJ nak pujuk dia pegi sekolah.

Mujurlah dikala hati runsing memikirkan kesihatan si anak, sampai pula penyelamat. Alhamdulillah, KJ berpeluang untuk mencuba satu produk untuk bayi yang sangat sesuai digunakan di musim sejuk ni.

Tasneem Naturel - Kit Bayi Semulajadi
Balm bayi Tasneem Naturel merupakan kit semulajadi yang memberi manfaat kepada ibu bapa yang mempunyai bayu atau anak kecil. Balm ini dirumus khas daripada bahan semulajadi serta kombinasi minyak pati (essential oil) yang bermutu tinggi.

Tanpa sebarang bahan kimia yang berbahaya seperti paraben, SLS, dan bahan pewarna, balm bayi Tasneem Naturel ini diperakui selamat dan mendapat kelulusan daripada KKM. Sehubungan itu, balm ini menjadi pilihan ibu bapa yang pri hatin terhadap nilai kesihatan anak masing-masing.

Balm ini didatangkan dengan 4 pilihan iaitu CF Rub, Calm Time, Sleep Time dan F Time. Jom kita tengok satu per satu fungsi ke semua balm bayi ini.

CF Rub
Dirumus khas bagi membantu ibu bapa yang berhadapan dengan masalah anak demam, batuk dan selsema. Bahan-bahan seperti eucalyptus oil, cypress, tea tree dan lemon membantu melegakan pernafasan, mengurangkan batuk dan mencairkan kahak serta mengurangkan suhu anak-anak.

Cara guna yang amat mudah, ibu bapa cuma perlu sapu balm ini di tapak kaki, dada, tekak dan tulang belakang.

Calm Time
Calm Time pula berfungsi untuk memberi keselesaan kepada bayi dan anak kecil anda. Diadun khas menggunakan minyak pati tulen seperti lavendar, bergamot, frankinsense dan marjoram, balm ini membantu anak kecil anda menjadi lebih tenang dan ceria.

Ibu bapa hanya perlu sapu balm Calm Time ini di tapak kaki, nadi, belakang telinga dan tulang belakang.

Sleep Time
Prihatin terhadap masalah yang sering membelenggu ibu-ibu yang berhadapan dengan masalah anak sukar tidur dan aktif pada waktu malam, Tasneem Naturel telah merumus khas balm Sleep Time yang berfungsi untuk membantu anak supaya mudah lena dan bangun dalam mood yang ceria.

Pati-pati tumbuhan seperti Cedarwood, Vetiver, Roman Chamomile dan Ylang-ylang akan membantu anak-anak untuk mendapat tidur yang berkualiti.

T Rub
Balm T Rub cukup digemari oleh ibu-ibu kerana balm ini selamat dan boleh menggantikan minyak telon. Ibu-ibu pasti akan teruja setiap kali mengurut dan menyapu balm ini ke perut bayi kerana balm ini boleh melegakan perut kembung, sembelit dan membuang angin berlebihan. Selain itu, ianya juga turut membantu masalah penghadaman dengan adanya Fennel, Ginger, Lemongrass dan Anise sebagai bahan utama dalam pembuatan balm ini.

Ibu bapa boleh sapukan balm ini di tapak kaki dan perut. Untuk sapuan di bahagian perut, ibu bapa disarankan supaya membuat urutan seperti urutan love bagi memastikan si manja anda lebih selesa.

Testimoni KJ
Dan dikala anak tak sihat ni, CF Rublah menjadi peneman KJ dan si Firash. Risau betul tengok dia asyik batuk dan selsema. Alhamdulillah, bila KJ sapu CR Rub ni dekat dada dan belakang badan dia nampak dia lega sangat. Walaupun masih batuk dan selsema, tapi KJ tau dia mesti lega.

Nak tidur pun mesti dia datang dekat KJ bawa CF Rub ni. Minta KJ sapukan dekat dada dia. Budak kecil macam ni pun faham kebaikan yang dia dapat bila dah sapu balm ni. Kita yang dewasa ni pun terasa juga nak sapu. Cemburu tengok dia tidur lena sangat.
KJ pun apa lagi. Terus ambil Sleep Time. Sapu dekat diri sendiri. Dan kesannya, KJ dapat tidur yang berkualiti. Alhamdulillah.

Dan untuk pengetahuan korang, balm ini juga berkesan dekat kita yang dewasa ni. Bukan hanya untuk bayi dan anak kecil. Malah sesuai digunakan untuk seisi keluarga.

Cara pembelian:
Hotline: 011-2096 4665 (order)
010-845 3469 (Daftar agen dan stokis)

IG: TASNEEM NATUREL (Official HQ)
FB: TASNEEM NATUREL HQ
Website: www.tasneem naturel.com

Alamat:
Tasneem Naturel Network,
15-1, Jalan Putra Kajang,
Taman Putra Kajang,
43000 Kajang, Selangor.


16 Januari 2018

Petua Mujarab Hilangkan Sakit Gigi
PETUA MUJARAB HILANGKAN SAKIT GIGI....👇👇👇

Dua tiga hari ni aku mengalami sakit gigi..  tapi malam ni laa paling sakit sekali.. tak tidur malam... nak gi klinik gigi.. semuanya dah close.. Google punya google.. ada satu petua yg aku nak share ngn korang semua.. kalau ko orang sakit gigi.. pergi cari dlm almari dapur ko orang ekstrak vanila.. Yaa...! Ekstrak vanila yg mak2 korang buat kuih.. kek.. biskut.. puding dan lain2 tu...

Cara2 nya.. ambik kapas atau tisu bersih.. celup dgn ekstrak vanila ni.. then tampal atau sapu kat tempat yg sakit... Alhamdullah.. dgn Izin Allah.. sekejap jaa sakit gigi atau sakit gusi dah hilang... sesuai utk gigi berlubang juga..

Aku tak tau laa sapa yg bagi idea utk letak ekstrak vanila.. tapi ia betul2 berkesan... Bila dah baik tu, jangan lupa laa pergi check ngn doktor pulak.. mungkin doktor akan nasihatkan untuk cabut gigi tu atau tampal mana yg berlubang.. anyway terima kasih pada yg memberi idea petua ni.. mungkin lepas ni akan ada kajian dan produk yang berasaskan ekstrak vanila untuk pesakit gigi..

Mohon share pada kawan2 korang yg sakit gigi dan gusi.. 😉

KREDIT ANGIN RINDU (Facebook Viral Media Johor)

14 Januari 2018

Laman Web Cari Jodoh Patuh Syariah di Malaysia
Laman Web Cari Jodoh Patuh Syariah l Assalamualaikum semua, harini KJ nak memperkenalkan dekat korang satu laman web cari jodoh yang patuh syariah yang memudahkan korang mencari pasangan sejati. 

Seiring dengan perkembangan dunia teknologi yang cepat dan sangat canggih sekarang ni, kebanyakkan daripada kita terlampau sibuk dengan urusan kerja. Terlalu sibuk bekerja sehingga terlupa pasal diri sendiri. 

Pada pendapat KJ laman web ini boleh memudahkan carian pasangan hidup untuk korang yang masih bujang. Yang dah berkahwin tu bagi laluan dekat yang bujang dululah ye.

Kenapa mesti daftar dengan baituljannah.com?
Patuh syariah
Setiap calon yang berdaftar akan ditapis dahulu oleh pihak baituljannah.com. Malahan setiap sesi taaruf dipantau bagi tujuan menjaga adab ikhtilat

Privasi anda terjamin
Nama, nombor telefon dan emel anda adalah dirahsiakan dan tidak dipaparkan di profil anda.

Bebas spam
Pihak baituljannah mengawasi sebarang bentuk spam. Anda boleh melaporkan sekiranya terdapat sebarang salah laku oleh calon yang mendaftar.

Anti-SEO
Identiti anda tidak akan berada di sebarang enjin carian seperti Google, Yahoo dan lain-lain kerana dilengkapi dengan sistem anti-SEO.

4 Langkah mudah untuk mendaftar.

  1. Daftar dan isi borang - Anda boleh mendaftar di https://baituljannah.co/ Pihak baituljannah menapis setiap borang bagi menjaga kualiti informasi yang diberikan oleh setiap calon.
  2. Mesej dan taaruf - Setiap sesi taaruf dipantau bagi menjaga adab ikhtilat.
  3. Perbincangan Keluarga - Setelah bertaaruf, setiap calon boleh berbincang dengan keluarga bagi melangkah ke arah yang lebih serius seperti merisik dan pertunangan. (Buat masa ini pihak baituljannah tidak memainkan peranan dalam proses ini)
  4. Bina keluarga - Sekiranya anda mendapati beliau adalah calon pasangan sejati yang dicari, seharusnya dipercepatkan proses nikah dan walimatulurus. (Buat masa ini pihak baituljannah tidak memainkan peranan dalam proses ini)

Hah, menarik tak laman web ni? Kalau nak tengok-tengok dulu pun boleh. Tiada paksaan pun. KJ ni pun nak permudah cara korang je. Mana yang perempuan tu mesti malu kan. Hehe.. Selamat mencuba.

Wassalam :)














13 Januari 2018

Beautiful Quotes

Maaf,
Mungkin selama ini aku bukanlah sahabat yang baik.
Maaf juga,
Mungkin selama ini aku membuatmu rasa sedih tersisih.
Maaf juga,
Mungkin selama ini aku sering melalaikanmu.
Maaf lagi,
Mungkin selama ini aku membuatmu rasa sedih tersisih.
Maaf juga,
Mungkin selama ini ada bicaraku yang pedih.
Maaf sungguh,
Mungkin selama ini aku sering tidak memahami.
Maaf aku hanya hamba yang biasa.
kerana kelemahanku itu sering aku panjatkan doaku padamu dikesempatan yang ada.
Moga Allah selalu menyayangimu kerana siapa pun kamu,
kamu itu sahabatku.

12 Januari 2018

Beautiful Quotes

Jauhkan diri dari mereka yang sengaja
dan berulangkali melakukan sesuatu yang mereka tahu akan
membuat anda marah dan kecewa.

11 Januari 2018

Beautiful Quotes

Nak jadi jahat, sekelip mata.
Nak jadi baik, bertalu-talu ujian melanda.
Sabarlah, Allah kan ada.

'Dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. 
Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat."

Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Amaran Cuaca Buruk

AMARAN CUACA (BURUK) 


Dikeluarkan pada : 05:25am pada 11 Januari 2018

SEKSYEN A: AMARAN CUACA (BURUK) - Dikeluarkan pada 04:30 petang, 10 Januari 2018.

Hujan lebat dijangka berterusan berlaku di negeri Johor (Daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai) dan Pahang (Daerah Pekan dan Rompin) sehingga Jumaat, 12 Januari 2018.


SEKSYEN B: AMARAN CUACA (WASPADA) - Dikeluarkan pada 04:30 petang, 10 Januari 2018.

Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Johor (Daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian), Pahang (Daerah Kuantan, Maran dan Bera), Negeri Sembilan (Jempol & Tampin), Melaka (Jasin) dan Sarawak: Bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Sarikei and Mukah sehingga Jumaat, 12 Januari 2018.


SEKSYEN C: AMARAN RIBUT PETIR- Dikeluarkan pada 5:25 pagi, 11 Januari 2018.

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Sabah : Bahagian Kudat dan Sandakan (Daerah Beluran dan Sandakan) dijangka berterusan sehingga 9:00 pagi, Khamis 11 Januari 2018.

10 Januari 2018

Lirik Lagu Biar Cinta By Syamel

Biar Cinta - Syamel

Kisah bermula saat kau melangkah jauh
Terdiamku tersedar engkaulah permata
Dulu kau cinta kabur mata tak peduli
Dan bila ku mencari diriku kau benci

Ku sedar diriku berdosa
Dirimu tiada ku menjaga
Hadirkanlah kemaafan dihatimu

Manakah mampu kau menanggung
Disaat tangismu selalu
Tiada aku ketika itu

Biar cinta pergi dari diriku
Terseksanya jiwaku
Biar cinta pertemukan dirimu
Permata yang kan menyinar hidupmu

Ku sedar diriku berdosa
Dirimu tiada ku menjaga
Hadirkanlah kemaafan dihatimu

Manakah mampu kau menanggung
Disaat tangismu selalu
Tiada aku ketika itu

Biar cinta pergi dari diriku
Terseksanya jiwaku
Biar cinta pertemukan dirimu
Permata yang kan menyinar hidupmu

Biar cinta pertemukan dirimu
Permata yang kan menyinar hidupmu