7 Februari 2018

Kisah baru bermula di bulan Februari


Kisah baru bermula di bulan Februari l Assalamualaikum semua, selamat pagi juga. Lama KJ tak menjengah dekat blog kesayangan ni. Walaupun trafik blog KJ ni sendu je. Hehe. Macam-macam dah KJ kongsikan dekat blog kesayangan ni. Suka, duka, jerih perih. Mujur ada blog tempat meluahkan perasaan.


Dan bersempena dengan 7 hari yang berlalu di bulan Februari ni, sajalah KJ nak kongsikan bulan anniversary KJ dengan korang. Ini bukan anniversary perkahwinan mahupun perkenalan dengan suami tau. Tapi anniversary KJ bekerja dengan Wilayah Kota Tinggi.

Haha, tarikh masuk kerja pun sibuk nak simpan. Tak kisahlah kan. Manalah tahu satu hari nanti bila dah tua boleh cerita dekat anak cucu semua. Mesti dorang suka sebab KJ cerita pasal diorang dekat blog ni. Hehehe.. Jiwa sentimental sangat.

Kalau korang nak tau, 2 tahun lepas KJ secara rasminya telah bertukar ke Wilayah Kota Tinggi setelah 2 minggu di Cawangan Negeri Johor. Sebelum dapat bertukar ke Negeri, KJ telah berkhidmat selama 8 tahun Ibu Pejabat. 

Walaupun masa tu dah bersalinkan si Firash, KJ tetap berulang KL-Benut. Dia punya penat dekat atas jalan tu jangan cakaplah. Tapi bila dah jumpa buah hati penat tu pun melayang entah kemana. Part yang paling berat sekali tiap kali nak balik semula ke KL. Berat je hati nak tinggalkan diorang. Meleleh-leleh air mata sepanjang jalan.

Alhamdulillah, penyiksaan tu tak lama. Dapat juga bertukar. Walaupun kena berulang dari Kluang ke Kota Tinggi, tapi hati dah seronok. Nampak anak membesar depan mata. Uruskan makan pakai dia dan suami. Alahai, bahagia sungguh perasaan ini. Hehe

Okkay lah, terima kasih sudi baca luahan hati KJ. 
Jumpa lagi :)

2 ulasan:

  1. pergh gegeh nya KJ...8 tahun tu..bukan sekejap

    BalasPadam
  2. Allah swt sentiasa mendengar doa dari hambanya..Cuma cepat atau lambat je nak dikabulkan doa kita..Yang penting kita kena sabar...bulan ni bulan anniversary kita...hehehe

    BalasPadam