22 February 2018

Perbualan anak-beranak sebelum tidur malam tadi

Assalamualaikum semua, mood menulis bulan dua ni memang kelaut China Selatan dah ni. Jadi sementara ada mood nak menaip ni apa kata korang baca je kisah yang Juju nak kongsikan ni. Hehe.


Semalam Juju dengan si Firash sampai rumah dalam jam 6.30 petang. Setelah dua malam bercuti riang ria dekat Port Dickson. Memang sengaja bercuti masa budak-budak sekolah. Sebab tak ramai orang. Boleh mandi kolam puas-puas. Puas dia tu sampai si Firash tak nak balik. Kemain lagi ko ye, mula-mula takut air. Lepas tu ko lah hero dekat kolam tuh. Kemain lagi.

Nak dijadikan cerita, kami 3 beranak masuk bilik awal malam tadi. Dalam jam 9 macam tu bilik dah gelap. Kemain masing-masing kan. Macam penat sangat. Tiba-tiba si Firash bersuara:

Firash: Mama, kita nak susu boleh tak?
Mama: Aik, tadikan baru lepas susu. Yash haus ke?
Firash: Ala kita nak susu lagi.
Mama: Asyik mintak kat mama je. Mintak dekat ayah la pulak.
Firash: Ok mama.

Dan si anak pun berpaling mengadap ayah dia yang pura-pura dah lena sangat.

Firash: Ayah, Yash nak susu.
Firash: Ayahhhh, Yash nak susulah.
Ayah: Alah tadikan dah minum susu.
Firash: Yash nak susu lagi.
Ayah: Hurmmm Yash minum air masak jelah.

Firash terus berpaling mengadap Juju.

Firash: Mama....... Tengok ayah ni. Yash tak nak air masak.
Gambar sekadar hiasan :)
Mama dengan ayah dia dah terkekeh-kekeh menggelakkan si Firash. Yang ayah dia pun kemain kejam lagi tak nak buatkan susu. Ada ke disuruhnya anak tu minum air masak je. Mendera perasaan dan perut anak betullah suami Juju ni. Sabar ajelah dak Firash.


Previous Post
Next Post

post written by:

24 comments:

  1. ahahahhahaha adoi nakal lah sakat anak 😂

    ReplyDelete
  2. ala..kesiannya dia..heheh..saje kan nak sakat dia

    ReplyDelete
  3. haha..somel..sian firash..ada ke ptt ayah suh minum air masak je...

    ReplyDelete
  4. haha..somel..sian firash..ada ke ptt ayah suh minum air masak je...

    ReplyDelete
  5. Hahahha! Kaki menyakat jugak si ayah tu. Bengkek je dak firash kena sakat ngan ayah..😅

    ReplyDelete
  6. Hahahaha.. nak tergelak baca ni.. kelakar mak dengan bapak sama naik pekenakan anak.. hahaha.. tapi comel sangat korang ni.. hahahaha

    ReplyDelete
  7. kadang kan ..Sal suka gak nyakat anak anak...lawan hujah...kelakar gak..last last nanti ada yang merajuk

    ReplyDelete
  8. Sian anak kena sakat dengan mak ayah 😄

    ReplyDelete
  9. Kesian kena sakat dgn mama abah ye. Buli balik mama abah ye comel.

    ReplyDelete
  10. Hahaha.. kemahin ayah sakat anak ya..

    ReplyDelete
  11. Hahaha..sian Yash nak susu tak dapat..kejam sungguh ayahnya..suka sakat anak..

    ReplyDelete
  12. Tak putus asa firashh, nampak sangat nak susu tuhh..aahahaha

    ReplyDelete
  13. Hahaha nasiblah firash ui at the end dapat dak susu? Hehe

    ReplyDelete
  14. pakse rela minum air masak... he he he comel jer anak beranak ni

    ReplyDelete
  15. Comel je dak firash. Pandai dan cerdik budaknya...:)

    ReplyDelete
  16. haha. ida pon dah start bagi baby ida air masak. haha

    ReplyDelete
  17. si ayah pun suka mengusik anak yer.. sian dia nak susu tak dapat.

    ReplyDelete
  18. alolo firash... kena sakat ayah ya...

    ReplyDelete
  19. Hahhaha alahai, kesian Firash kena buli. Firash umur berapa tu kak? Hehe.

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.