26 March 2018

5 Tahun Pencapaian Dato' Seri Khaled Nordin sebagai Menteri Besar Johor: Misi Membangun Dekad Baharu
5 Tahun Pencapaian Dato' Seri Khaled Nordin sebagai Menteri Besar Johor: Misi Membangun Dekad Baharu 

Assalamualaikum semua, harini kita sembang pasal topik yang lain sedikit daripada lifestyle. Harini Juju nak cerita pasal pembangunan Negeri Johor selama 5 tahun ditadbir urus oleh Menteri Besar Johor iaitu Dato' Seri Khaled Nordin.

Seperti yang kita nampak sekarang ni, pembangunan di Negeri ini terlalu pesat. Juju yang baru 2 tahun kembali berkhidmat di sini pun berasa sangat-sangat teruja dengan kelainan yang dibawa oleh Dato' Seri.


Sebelum kita pergi lebih jauh, jom Juju bawa korang mengenali dengan lebih mendalam lagi misi yang Dato' Seri ingin bawa di negeri ini.


Kajian suara hati Johor (2013).
Kerajaan Negeri Johor telah melantik pasukan penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia untuk penglibatan awam terhadap 100 hari pertama pentadbiran YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin sebagai Menteri Besar Johor dengan tujuan untuk menggubal dasar berdasarkan kehendak, jangkaan dan keperluan rakyat berasaskan tema "Merakyatkan Kerajaan".

Kajian yang dilaksanakan secara atas talian. Klik gambar untuk lebih jelas.

Pelan Suara Hati Johor (2014)
Ia merupakan satu pelan pencapaian berlandaskan pemantauan, ukuran dan berstrategi bagi menangani fokus-fokus utama keperluan dan kehendak rakyat. Pelan ini mendukung 3 Gagasan Utama Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor iaitu Merakyatkan Kerajaan, Memperkasa Muafakat Johor dan Pembangunan Pro-Rakyat.

Pelan ini adalah kesinambunagn dari inisiatif rundingan rakyat Kajian Suara Hati Johor yang telah dijalankan hasil kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Universiti Teknologi Malaysia bagi mendapatkan maklumbalas permasalahan pembangunan rakyat di negeri Johor.

7 Fokus utama
Pendekatan yang diambil ialah:-

  1. Arah tuju strategik
  2. Penepatan
  3. Perlaksanaan
  4. Pemantauan dan Laporan
  5. Laporan Kemajuan
Melibatkan:-
  1. Pengerusi Jawatankuasa Negeri
  2. Ketua Jabatan dikalangan Pegawai Tadbir Negeri
  3. Majlis, Perbandaran dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri
Wawasan

Johor sebagai negeri berpendapatan tinggi serta sebuah destinasi pilihan untuk pelaburan dan kehidupan yang berkualiti di mana kemajuan dan tradisi bergerak seiring. Ia merupakan pertumbuhan ekonomi yang saksama dan mampan didorong oleh teknologi baharu, infrastruktur moden, tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, persekitaran perniagaan serta ekosistem yang berdaya maju dan berdaya saing, serta perkhidmatan awam yang cekap dan responsif.

Johor Berkemajuan


Dekad Baharu Johor

Asas kita
Fokus Kita
Cabaran kita

19 March 2018

Hebahan: Hari Koperasi Negara Peringkat Kebangsaan 2018

Hari Koperasi Negara Peringkat Kebangsaan 2018 akan diadakan pada 20 Mac 2018 (Selasa) bertempat di MITC, Melaka. Program ini akan dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada jam 2 petang.

Pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan. Diantaranya ialah:
  • Pameran Agensi Kerajaan
  • Jualan sejahtera koperasi
  • Kuiz koperasi
  • Karaoke Co-op Got Talent
  • Persembahan Busker (Kumpulan Signature)
  • DJ Jemputan - Abon
  • Artis jemputan - Dato' Nash
Majlis jamuan rakyat juga disediakan selepas progran perasmian. 
Orang ramai dijemput hadir.

A SFRNFZL Giveaway

Saya suka berblogging kerana saya suka dengan penulisan. Walaupun dulu masa sekolah BM Penulisan saya tidaklah flying colors, tapi bolehlah kan. Hehe.

Selain daripada tu Juju juga suka kumpul dan simpan lirik-lirik lagu. Kalau dulu simpan dalam buku conteng-conteng. Sekarang ni dah ada blog terus letak jelah dalam blog ni ha. Nak cari pun senang.

Okeh, Kalau korang nak join segmen ni boleh klik je dekat banner segmen dekat atas tu ye.
Tarikh tamat: 3 April 2018 jam 11.58 tengah malam

16 March 2018

Lirik Lagu Ku Sesat Dalam Rindu - Aiman Tino

Lirik Lagu Ku Sesat Dalam Rindu - Aiman Tino
Ku ukir namamu
Di pintu hatiku
Walaupun kau pergi
Masih namamu disini

Tak mudah
Untuk ku lupakan
Kisah yang terindah
Sewaktu denganmu

Kini ku sendiri tanpamu
Merindu belaian mu

Ke mana kau bawa hatiku
Jauh pergi rindu
Tergapai ku mengejarmu

Tiada selain darimu
Pengubat rinduku
Tidak lagiku mahu
Sesat dalam rindu

Tak mudah
Untuk ku lupakan
Kisah yang terindah
Sewaktu denganmu

Kini ku sendiri tanpamu
Merindu belaian mu

Ke mana kau bawa hatiku
Jauh pergi rindu
Tergapai ku mengejarmu

Tiada selain darimu
Pengubat rinduku
Tidak lagiku mahu
Sesat dalam rindu

Ke mana kau bawa hatiku
Jauh pergi rindu
Tergapai ku mengejarmu

Tiada selain darimu
Pengubat rinduku
Tidak lagiku mahu
Sesat dalam rindu

Woo woo, sesat dalam rindu

15 March 2018

Lirik Lagu Pernah Memiliki - D'Masiv ft Rossa


Malam ini ku tak bisa tidur
Memikirkan kamu yang disana
Apakah kau baik - baik saja
Tuhan... Ku hanya ingin tahu kabarnya

Dibawah bulan purnama
Kita pernah berjanji
Bersama sehidup semati
Temani aku disini

Namun apa daya tanganku
Tak sampai menggapaimu
Takdir tak berpihak padaku
Tuk mempertahankanmu

Semoga kau bahagia
Hidup bersamanya

Harusnya ku bisa sadar diri
Aku sudah punya kekasih hati
Tapi tak ada salahnya bila
Ku merasakan rindu

Rindu kamu yang pernah 
Jadi milikku

Dibawah bulan purnama
Kita pernah berjanji
Bersama sehidup semati
Temani aku disini

Namun apa daya tanganku
Tak sampai menggapaimu
Takdir tak berpihak padaku
Tuk mempertahankanmu

Semoga kau bahagia
Hidup bersamanya
(Kita takkan pernah)
(Saling memiliki)

Andai ku bisa mengulang
Waktu yang dulu menjadi
Cerita terbaik didalam
Kisah cinta kita

Dibawah bulan purnama
Kita pernah berjanji
Bersama sehidup semati
Temani aku disini

Namun apa daya tanganku
Tak sampai menggapaimu
Takdir tak berpihak padaku
Tuk mempertahankanmu

Semoga kau bahagia
Hidup bersamanya

14 March 2018

Tukar Baju Blog Dengan sishawadotcom
Hai korang, perasan tak apa yang berubah dekat blog Juju harini? Kalau korang rajin blogwalking ke blog Juju ni mesti perasan apa yang berubah kan. Ye betul, Juju buat major makeover dekat blog kesayangan Juju ni. 

Sebelum ni asyik tengok je Sis Hawa ni dok makeover blog orang lain. Memang dah jatuh hati dengan sentuhan dia. Juju pun apa lagi, menyelit jugalah. Alhamdulillah, masa tu Sis Hawa ni masih lagi terima tempahan. Adalah rezeki Juju untuk makeover blog tahun ni.

Kalau korang nak tahu lagi, last Juju makeover blog pada tahun 2016 dengan sentuhan daripada Sis Maisarah Sidi. Sentuhan dia pun power juga tau. 2 tahun lamanya Juju setia. Tapi dah jadi fitrah manusia kan. Suka bertukar-tukar mood dan suasana.

Kalau korang nak tengok hasil-hasil blog yang dapat sentuhan dari Sis Hawa ni, korang boleh ke http://www.sishawadesign.com/
Dekat situ korang boleh tengok portfolio yang dah Sis Hawa buat. Ada juga pakej-pakej edit blog yang boleh korang pilih. Ikut pada bajet masing-masing.

Lepas korang tengok blog Juju yang jelita ni korang tak teringin ke nak tukar baju blog juga? Hehe.. Saja meracun. Okkaylah korang. Sampai berjumpa lagi :)









Selesaikan Masalah Tayar Pancit Anda Dengan KRONOS FLATNOMORE Tyre Sealant & Inflator
Assalamualaikum semua. Okeh siapa dekat sini ada pengalaman tayar kereta pancit? Kalau korang nak tau, Juju dah dua kali kena tayar pancit masa kerja di Kuala Lumpur dulu. Nasib baik masa tu Juju tak keseorangan. Ada adik dan juga rakan sekerja merangkap BFF masa tu. 

Muka memang cuak dah masing-masing sebab tak reti tukar tayar. Tapi buat-buat pandai je. Berhenti tepi, pasang double signal lepas tu semua keluar dari kereta. Konon-konon macam pandailah nak tukar tayar tu. 

Pertama kali kena dekat jalan Bukit Tunku. Masa tu dah perasan dah tayar ni lain macam je bunyinya. Tapi memang tidaklah kami nak berhenti dekat kawasan Bukit Tunku tu. Dengan jalan bengkang-bengkok, sunyi pulak tu. Sanggup redah sampai ke jalan besar baru berhenti.

Kali kedua tu kena dekat bukit apa tah nama dia. Juju dah lupa. Bukit tu kalau kita dari Pusat Bandar Damansara nak ke Kerinchi. Ada satu jalan potong dekat situ. Tak payah ikut jalan besar. Jalan dia  agak mencabar juga. Bengkang-bengkok dan sunyi. Kawasan perumahan orang-orang kaya. Serius lupa nama bukit tu. Hehe, banyak sangat makan semut kot.

Tapi rakyat Malaysia ni memang prihatin sangat tau. Dua kali tayar pancit tu, dua kali jugak ada yang bermurah hati nak tolong tukarkan tayar. Terharu sangat. Tak perlu kotorkan tangan angkat tayar kereta. Part yang paling takut sekali nak jack tayar tu ha. Betul ke tidak boleh naikkan kereta. Haha. Kuat ke tak nak buka nat tu ha. Dah lah sekian maklum ketat dia. 

Tu antara scene yang pernah Juju lalui. Nasib baik juga masa tu Juju tak keseorangan. Dan apa yang Juju nak kongsikan dengan korang ni adalah sesuatu yang korang perlu ada dalam kereta untuk kegunaan masa tayar pancit nanti. Bukan perlu ada je tau. Dah tahap wajib ada dalam kereta. lebih-lebih lagi kalau korang lady driver macam Juju.

KRONOS FLATNOMORE Tyre Sealant & Inflator

Kronos Flatnomore merupakan satu-satunya produk yang boleh membantu di saat tayar korang pancit di tengah jalan. Cara penggunaan yang sangat mudah menjadikan ianya salah satu barang yang wajib ada dalam kereta korang.

Kenapa perlu menggunakan Kronos Flatnomore?
  1. Tidak perlu tukar tayar
  2. Senang untuk digunakan
  3. Menampal lubang tayar dalam masa 90 saat
  4. Tidak memerlukan sebarang peralatan
  5. Tidak merosakkan tayar dan rim kereta
  6. Formula yang mesra alam dan tidak mudah terbakar
  7. Dibuat daripada 100% polimer organik
  8. Jangka hayat selama 3 tahun dari tarikh pengilangan
  9. Waranti 2 tahun
This are important notes that we dont shout out but important for you guys and ladies to know
Perkara penting yang pengguna harus tahu

1.     It covers holes up to maximum 6mm
Ia boleh menampal lubang sehingga 6mm

2.     It is only for emergency fix not to use as permanent. 
Digunakan hanya untuk penampalan sementara

3.     The solution after being inside the tyre even for 3 days is in liquid form and easily can be washed off in any tyre shop.
Cecair latex boleh tahan di dalam tayar untuk beberapa hari dan boleh dicuci dengan senang

4.     Once used inside tyre, they will need to find tyre shop and repair it. It will NOT DAMAGE THE TYRE FROM INSIDE. 
Selepas menggunakan produk ini, pengguna haruslah mencari dan membuat menampalkan yang lebih sempurna dan kekal. Ia TIDAK AKAN MEROSAKKAN TAYAR

5.     Do not drive above 130kmh after using this product. As it will be cause vibration as there is liqiud in tyre.
Dilarang membawa kereta melebihi had laju 130kmj selepas menggunakan produk ini. Sedikit getaran akan dialami oleh pengguna disebabkan oleh cecair di dalam tayar

6.     It is one of the largest product in market with the best price yet.
Produk ini adalah salah satu botol yang terbesar di pasaran

7.     For warranty. The packaging has to be at least 90% intact if there is any leakage or loss of pressure in bottle. We will refund one to one with no questions asked. It has 2 years warranty. 3 years shelf life from january 2018
Produk ini mempunyai waranti 2 tahun dari Januari 2018 dan mempunyai jangka hayat 3 tahun dari januari 2018

Kronos Flatnomore juga didatangkan dalam 650ml yang merupakan salah satu botol terbesar dipasaran.

Untuk cara penggunaan, korang boleh tengok video dekat bawah ni

Harga pengenalan cuma RM49.99 sahaja. Selepas ni harga akan kembali normal menjadi RM69.99 tau. kalau korang nak grab satu boleh pm Juju. Juju boleh tolong orderkan untuk korang. Kos pos untuk sebotol RM10.00

Agens dan Distributor DIPERLUKAN
E-mel: inquiry@keystons.com

Juju dah grab 1. Standby je dalam kereta. Letak bawah seat ataupun dekat bonet. Jangan bagi terdedah sangat dekat matahari ye.

Terima kasih sudi baca :)

12 March 2018

Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends
Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends
SYARAT PENYERTAAN

🔀 Terbuka kepada semua Blogger Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja

🔀 Buat 1 entry yang bertajuk "Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends"
🔀 Copy banner diatas dan backlink ke entry ini
🔀 Follow link di bawah :- 

Blog Lea Azleeya     |    FB Page Lea Azleeya     |     IG Lea Azleeya

FB Page Shad       |        IG Shad


FB Inspirasi Azatie     |     FB Kak Yang      |    IG Kak Yang Store
Lirik Lagu Ewah Ewah - Wany Hasrita

Lirik Lagu Ewah Ewah - Wany Hasrita
Tak dapat aku lukiskan
Manisnya hidup denganmu
Cintamu untuk hamba
Terletak elok dikalbu

Tak sempat hati mengenang
Kau datang memujuk rindu
Sejambak mawar cinta
Mewangi kamar jiwaku

Kalau rajuk ku dipujuk
Kalau lari ku dicari
Bertaut kasih sejunjung sireh 
Bertingkah rindu sama
Serentak 
Bertingkah


Manis-manis hidup dengan mu sayang (Ewah)
Tidak pernah hati terseksa (Ewah)
Siang dan malam hidup berteman
Rasa bagai disyurga loka

Benar-benar kata para pujangga (Ewah)
Kalau cinta merasuk jiwa (Ewah)
Alam terbentang menjadi taman
Taman kasih kan berdua

Manis-manis hidup dengan mu sayang (Ewah)
Tidak pernah hati terseksa (Ewah)
Siang dan malam hidup berteman
Rasa bagai disyurga loka

Benar-benar kata para pujangga (Ewah)
Kalau cinta merasuk jiwa (Ewah)
Alam terbentang menjadi taman
Taman kasih kan berdua

Oooooo ooooooo ooooooooo
Siang dan malam hidup berteman
Rasa bagai disyurga loka

Ooooooo Oooooo Ooooooo
Alam terbentang menjadi taman
Taman kasih kan berdua


11 March 2018

D.N.D Vendor Boutique & Cafe, Kota Tinggi
D.N.D Vendor Boutique & Cafe I Assalamualaikum semua. Harini Juju nak share satu kedai makan yang unik sikit konsepnya dekat Kota Tinggi ni. Nak tau kenapa Juju cakap cafe ni unik? Ha korang kena baca entri Juju ni sampai habis ye.

Mula-mula Juju dan kawan-kawan datang ke cafe ni kami tak dapat tempat duduk dan tak dapat nak order makanan langsung. Mungkin sebab cafe ni baru buka dan tak cukup kakitangan. Masa tu rasa kecewa sangat. Dah sampai kedai tapi tak dapat nak makan.

Dan setelah beberapa bulan selepas tu kami kembali ke cafe ni dengan harapan cerita yang dulu tu tak berulang kembali. kali ni Juju dah order siap-siap dan booking tempat sekali. Hah! Puas hati. Sampai cafe boleh terus mentekedarah. Hehe.

So, konsep cafe ni adalah butik dan kafe. Dalam butik ada kafe. Pada pandangan mata Juju, kafe ni sangat menarik sebab sambil korang tunggu makanan korang sampai, korang boleh cuci mata dulu. Macam-macam barang ada jual dekat cafe ni. Dari baju membawa ke alat solek. Semua ada. Tinggal nak dengan tak nak je membeli.

Kalau korang plan nak makan dekat sini waktu lunch hour, Juju suggest korang book dulu awal-awal. Sebab kalau korang main terjah je takut nanti takda tempat duduk. Dan macam yang korang nampak dekat gambar tu, cuma ada 4 buah meja sahaja. Jadi untuk memastikan korang dapat makan dekat sini, silalah booking dulu.

Okkay jom kita tengok pula menu yang disediakan.

Melty Macaroni Meatball

Fries Bolognese

Ice Kepal Milo Hazel
Dan tiga gambar dekat atas ni antara yang Juju dan kawan-kawan order. Rasa dia memang tak menghampakan. Lebih-lebih lagi yang ais kepal tu ha. Cukup rasa dia. Pekat, likat. Ais dah cair pun masih pekat lagi rasa dia. Memang termimpi-mimpilah. Hehe.


Wajah-wajah bahagia sebab bila sampai cafe ni belum ada orang dan makanan pun dah tersedia dihidangkan diatas meja. Yeay, tak sempat ronda tengok barang-barang yang diniagakan. Makan dulu sebab perut dah berkeroncong.

Dan kalau korang tu peniaga yang nak letak barang dekat butik pun boleh juga tau. Tengok syarat yang diletakkan oleh butik ni:


Pengumuman untuk yang baru berniaga, yang ingin meluaskan lagi brand anda, yang ingin menambah jualan product anda!! 📢📢📢
.
@dnd_vendorboutique mencari vendor untuk meriahkan lagi ruang butik kami dengan product anda sama ada pakaian kanak2, aksesori wanita, perfume, headband, make up product, skin care, handbag, kasut, dan bermacam lagi.
.
BERMINAT?? Jangan ragu whatsapp kami sekarang jugak 😘
.
.
*tertakluk pada terma & syarat.


Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi dan gambar-gambar menu dan produk yang diniagakan, korang boleh ke:
Alamat: No. 3A, Jalan Niaga 8, 81900 Kota Tinggi, Johor.




7 March 2018

Apa Itu Darah Tinggi?

Apa itu darah tinggi?
Darah tinggi bermakna apabila bacaan tekanan darah (BP) menunjukkan bacaan sistolik 140mm Hg atau lebih dan atau diastolik 90mm Hg atau lebih mengambil ubat darah tinggi.
BP > 140mmHg /> 90

Pemeriksaan darah tinggi
  • Pemeriksaan tekanan darah
  • Pemeriksaan jantung seperti echocardiography (ECG), & X-Ray dada
  • Pemeriksaan mata
Komplikasi
 - Penyakit jantung koronari
 - Strok / angin ahmar
 - Kegagalan fungsi buah pinggang

30% daripada populasi rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai tekanan darah tinggi. Kajian tinjauan kebangsaan kesihatan dan morbiditi 2015.

Cara menurunkan tekanan darah dan mengawal darah tinggi
 - Amalkan cara hidup sihat dengan bersenam secara konsisten sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
 - Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Kurangkan garam dan lemak
 - Makan ubat darah tinggi mengikut nasihat doktor

Faktor risiko penyakit darah tinggi
 - Berat badan berlebihan dan obes
 - Umur semakin meningkat
 - Merokok
 - Tidak bersenam
 - Stress dan tekanan.


6 March 2018

Olive Oil For Beauty

Olive oil for beauty
  • Soften your hands
  • Cure hang nails
  • Strengthen nails
  • Create soft, shiny hair
  • Treat dandruff
  • Diminish wrinkles
  • Relieve dry skin
  • Soothe itchy skin
  • Remove makeup


5 March 2018

Lyric If We Were Destined by Ben Ost Korean Odyssey

 Hwayugi – If we were destined Lyrics –Romanized
unmyeongigessjyo
jeonghaejyeo issneun geogessjyo
uri cheoeum mannamkkajido

bakkul sun eopsgessjyo
sarangi kkeutnaji anheul georamyeon

dalbiccmajeodo gureum dwie sumeun bamcheoreom
gaseumi kkamahge muldeureoyo

naerineun bie geuriumeul dama bonaeyo
hoksi geudaega nal ijeobeorilkka bwa

unmyeongiramyeon badadeurilgeyo
sarangiran ge joega doendamyeon

dasi bol su issgessjyo
jeongmal saranghandamyeon

uriga jeongmal inyeoniramyeon
uriga jeongmal unmyeongiramyeon

byeolbiccmajeodo gureum dwie sumeun bamcheoreom
nado ttara bicceul ilheogayo

buneun barame geuriumeul sireo bonaeyo
hoksi geudaega nal ijeobeorilkka bwa

unmyeongiramyeon badadeurilgeyo
sarangiran ge joega doendamyeon

dasi bol su issgessjyo
jeongmal saranghandamyeon

uriga jeongmal unmyeongiramyeon

bamsae naerineun bissorimajeodo seulpeo
nae mam aneun geot gata

keojyeoman ganeun
bogo sipeun mamman ganjikhalgeyo
nareul ijji marayo jebal

unmyeongiramyeon badadeurilgeyo
sarangiran ge joega doendamyeon

dasi bol su issgessjyo
jeongmal saranghandamyeon

uriga jeongmal inyeoniramyeon
uriga jeongmal unmyeongiramyeon


Hwayugi – If we were destinedLyrics -English Translation
If it is a destiny
It is already been set
even our first meeting as well

We cannot change it
if our love would not end

Like a night even the moonlight hides behind of the cloud
my heart is getting dark

I send my longing with the rain
just in case you forget me

If it is a destiny,i will take it
if the love can be a sin

May be we can see each other again
if we love each other sincerely

If we were destined
If we were destined

Like a night even the starlight hides behind of the cloud
I also lose my light

I send my longing with the wind
Just in case you forget me

If it is a destiny, i will take it
If the love can be a sin

Maybe we can see each other again
If we love each other sincerely

If we were destined

Even the voice of rain sounds sad
It seems like it knows my mind

I will just keep my mind which is full of longing
Please, do not forget me

If it is a destiny, i will take it
if the love can be a sin

Maybe we can see each other again
If we love each other sincerely

If we were destined
If we were destined


2 March 2018

Foods You Should Eat Everyday

Foods You Should Eat Everyday

1/ Garlic - anti-bacterial, anti fungal, anti-viral and antiseptic properties
2/ Tomatoes - rich in vitamin C
3/ Avocado - lower your cholestrol
4/ Hemp seeds - hemp seeds are a complete protien
5/ Spinach - Anti-inflammatory
6/ Kale - high in iron
7/ Cucumbers - hydrate the body
8/ Grapefruit - boost liver function
9/ Peppers - loaded with antioxidants

1 March 2018

JEPUNIAGA l Pencarian Anda Bermula Di sini
JEPUNIAGA I Pencarian Anda Bermula Di sini I Assamalualaikum semua. Harini Juju nak share dengan korang yang suka sangat dengan fotografi tapi tak berapa mampu nak beli gadget yang mahal-mahal belaka.

Kalau korang nak tau, Jepuniaga ini merupakan satu-satunya portal yang menyediakan perkhidmatan menjual kamera DSLR terpakai dan juga produk Apple terpakai dari luar negara secara atas talian. Pemilik laman web ini telah memulakan perniagaan semasa menetap di Jepun dan sekarang telah membuka kedai di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.


Antara produk yang dijual ialah camera body, lens, bag, charger, bateri, beg, iphone, imac, macbook dan pelbagai lagi aksesori yang berkaitan.

Selain daripada barang terpakai, pemilik laman web ini juga ada menjual barangan yang baru. Jadi sebelum membeli korang kena baca description atau spesifikasi dengan betul. Dan harga yang ditawarkan pula sangat berpatutan. Bayangkan kalau korang boleh dapatkan harga pembelian sehingga 50% dari harga yang baru. Hurmmm... Eh, Juju pula rasa nak jadi professional fotografer. Hehe..

Soalan yang selalu ditanya oleh pembeli:

Soalan: Selalunya kos pos berapa?
Jawapan: Penghantaran semua kamera, lens dan MacBook adalah percuma kecuali IMac. Kos tambahan yang dikenakan ialah Semenanjung Malaysia RM50 - RM100 dan Sabah Sarawak RM150 - RM200.

Soalan: Berapa lama penghantaran diambil?
Jawapan: penghantaran mengambil masa selama 24-72 jam.

Soalan: Apakah bank yang digunakan untuk membuat pembayaran:
Jawapan: Bank yang kami gunakan ialah Maybank dan CIMB

Soalan: Apakah syarat waranti sesuatu barang?
Jawapan: Waranti untuk setiap barang yang dijual adalah 7 hari setelah barang sampai ke tangan pelanggan. Sekiranya ada kerosakan ataupun barang yang sampai tidak sama, pelanggan hendaklah membuat aduan kepada pihak kami. Jika dalam masa seminggu kami tidak dapat sebarang maklumbalas maka kami tidak akan teragak-agak untuk tidak memulangkan balik duit anda.

Sekiranya apa-apa aksesori hilang setelah sampai, tidak termasuk dalam waranti kami.

Soalan: Apakah polisi pemulangan?
Jawapan: Waranti dalam seminggu dan sekiranya barang tidak OK kami akan memulangkan semula duit anda.

Soalan: Adakah bayaran balik dibuat?
Jawapan: Kami akan membuat bayaran balik sekiranya anda tidak berpuas hati.

Antara senarai barang yang dijual korang boleh rujuk dekat gambar-gambar yang Juju dah screenshot daripada laman web Jepuniaga.




Ini antara senarai barang yang boleh didapati di laman web Jepuniaga. Kalau korang nak dapatkan senarai penuh, boleh layari:

Instagram: @jepuniaga
Email: jepuniaga@gmail.com
No. Telefon: 011-37740744
Alamat: Lot 4, Rumah Alumni Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.

Harap artikel ini dapat membantu rakan-rakan yang mencari aksesori untuk shoot nanti :)