5 Tahun Pencapaian Dato' Seri Khaled Nordin sebagai Menteri Besar Johor: Misi Membangun Dekad Baharu

Kasih Juju
5 Tahun Pencapaian Dato' Seri Khaled Nordin sebagai Menteri Besar Johor: Misi Membangun Dekad Baharu 

Assalamualaikum semua, harini kita sembang pasal topik yang lain sedikit daripada lifestyle. Harini Juju nak cerita pasal pembangunan Negeri Johor selama 5 tahun ditadbir urus oleh Menteri Besar Johor iaitu Dato' Seri Khaled Nordin.

Seperti yang kita nampak sekarang ni, pembangunan di Negeri ini terlalu pesat. Juju yang baru 2 tahun kembali berkhidmat di sini pun berasa sangat-sangat teruja dengan kelainan yang dibawa oleh Dato' Seri.


Sebelum kita pergi lebih jauh, jom Juju bawa korang mengenali dengan lebih mendalam lagi misi yang Dato' Seri ingin bawa di negeri ini.


Kajian suara hati Johor (2013).
Kerajaan Negeri Johor telah melantik pasukan penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia untuk penglibatan awam terhadap 100 hari pertama pentadbiran YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin sebagai Menteri Besar Johor dengan tujuan untuk menggubal dasar berdasarkan kehendak, jangkaan dan keperluan rakyat berasaskan tema "Merakyatkan Kerajaan".

Kajian yang dilaksanakan secara atas talian. Klik gambar untuk lebih jelas.

Pelan Suara Hati Johor (2014)
Ia merupakan satu pelan pencapaian berlandaskan pemantauan, ukuran dan berstrategi bagi menangani fokus-fokus utama keperluan dan kehendak rakyat. Pelan ini mendukung 3 Gagasan Utama Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor iaitu Merakyatkan Kerajaan, Memperkasa Muafakat Johor dan Pembangunan Pro-Rakyat.

Pelan ini adalah kesinambunagn dari inisiatif rundingan rakyat Kajian Suara Hati Johor yang telah dijalankan hasil kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Universiti Teknologi Malaysia bagi mendapatkan maklumbalas permasalahan pembangunan rakyat di negeri Johor.

7 Fokus utama
Pendekatan yang diambil ialah:-

  1. Arah tuju strategik
  2. Penepatan
  3. Perlaksanaan
  4. Pemantauan dan Laporan
  5. Laporan Kemajuan
Melibatkan:-
  1. Pengerusi Jawatankuasa Negeri
  2. Ketua Jabatan dikalangan Pegawai Tadbir Negeri
  3. Majlis, Perbandaran dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri
Wawasan

Johor sebagai negeri berpendapatan tinggi serta sebuah destinasi pilihan untuk pelaburan dan kehidupan yang berkualiti di mana kemajuan dan tradisi bergerak seiring. Ia merupakan pertumbuhan ekonomi yang saksama dan mampan didorong oleh teknologi baharu, infrastruktur moden, tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, persekitaran perniagaan serta ekosistem yang berdaya maju dan berdaya saing, serta perkhidmatan awam yang cekap dan responsif.

Johor Berkemajuan


Dekad Baharu Johor

Asas kita
Fokus Kita
Cabaran kita