11 March 2018

D.N.D Vendor Boutique & Cafe, Kota Tinggi

D.N.D Vendor Boutique & Cafe I Assalamualaikum semua. Harini Juju nak share satu kedai makan yang unik sikit konsepnya dekat Kota Tinggi ni. Nak tau kenapa Juju cakap cafe ni unik? Ha korang kena baca entri Juju ni sampai habis ye.

Mula-mula Juju dan kawan-kawan datang ke cafe ni kami tak dapat tempat duduk dan tak dapat nak order makanan langsung. Mungkin sebab cafe ni baru buka dan tak cukup kakitangan. Masa tu rasa kecewa sangat. Dah sampai kedai tapi tak dapat nak makan.

Dan setelah beberapa bulan selepas tu kami kembali ke cafe ni dengan harapan cerita yang dulu tu tak berulang kembali. kali ni Juju dah order siap-siap dan booking tempat sekali. Hah! Puas hati. Sampai cafe boleh terus mentekedarah. Hehe.

So, konsep cafe ni adalah butik dan kafe. Dalam butik ada kafe. Pada pandangan mata Juju, kafe ni sangat menarik sebab sambil korang tunggu makanan korang sampai, korang boleh cuci mata dulu. Macam-macam barang ada jual dekat cafe ni. Dari baju membawa ke alat solek. Semua ada. Tinggal nak dengan tak nak je membeli.

Kalau korang plan nak makan dekat sini waktu lunch hour, Juju suggest korang book dulu awal-awal. Sebab kalau korang main terjah je takut nanti takda tempat duduk. Dan macam yang korang nampak dekat gambar tu, cuma ada 4 buah meja sahaja. Jadi untuk memastikan korang dapat makan dekat sini, silalah booking dulu.

Okkay jom kita tengok pula menu yang disediakan.

Melty Macaroni Meatball

Fries Bolognese

Ice Kepal Milo Hazel
Dan tiga gambar dekat atas ni antara yang Juju dan kawan-kawan order. Rasa dia memang tak menghampakan. Lebih-lebih lagi yang ais kepal tu ha. Cukup rasa dia. Pekat, likat. Ais dah cair pun masih pekat lagi rasa dia. Memang termimpi-mimpilah. Hehe.


Wajah-wajah bahagia sebab bila sampai cafe ni belum ada orang dan makanan pun dah tersedia dihidangkan diatas meja. Yeay, tak sempat ronda tengok barang-barang yang diniagakan. Makan dulu sebab perut dah berkeroncong.

Dan kalau korang tu peniaga yang nak letak barang dekat butik pun boleh juga tau. Tengok syarat yang diletakkan oleh butik ni:


Pengumuman untuk yang baru berniaga, yang ingin meluaskan lagi brand anda, yang ingin menambah jualan product anda!! 📢📢📢
.
@dnd_vendorboutique mencari vendor untuk meriahkan lagi ruang butik kami dengan product anda sama ada pakaian kanak2, aksesori wanita, perfume, headband, make up product, skin care, handbag, kasut, dan bermacam lagi.
.
BERMINAT?? Jangan ragu whatsapp kami sekarang jugak 😘
.
.
*tertakluk pada terma & syarat.


Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi dan gambar-gambar menu dan produk yang diniagakan, korang boleh ke:
Alamat: No. 3A, Jalan Niaga 8, 81900 Kota Tinggi, Johor.




Previous Post
Next Post

post written by:

11 comments:

  1. Ramai jugak butik yang dah buat konsep cafe butik ni kan.airah je tak berpeluang nak pergi lagi hihi
    Dah la smua makanan nampak sedapppp

    ReplyDelete
  2. Ini kalau makanan dtg lambat sikit pon xpe sebab boleh usha usha barang kat butik dulu..haha. seriously makanan dia nampak sedap tapi sayang meja ada 4 jer.

    ReplyDelete
  3. konsep makanan western ye.nampak menyelerakan.

    ReplyDelete
  4. Sedap nampaknya menu2 tu. Ais kepal tu plg menarik. Viral pun ais kepal skrg ni kan.

    ReplyDelete
  5. Konsep macam nilah best... Bary syok nak window shopping..tapi dugaan besar jugak masuk cafe ni..nanti akak nak.terjah lah

    ReplyDelete
  6. Konsep butik ada cafe mmg best! Sambil shopping penat boleh rest kejap kan.


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  7. Menarik konsep cafe butik macam nie kan. Suka Kak Sue..

    ReplyDelete
  8. lama sungguh tak ke kota tinggi, juju.
    last dulu jalan2 masa ke desaru.

    ReplyDelete
  9. Femes betul ice kepal milo tu yer. Tak pernah rasa lagi.

    ReplyDelete
  10. sekarang dah mula ramai ye ada cafe dan butik. banyak kali juga termasuk cafe boutique. tengok cafe kat sini pon menarik nak p kan

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.