JEPUNIAGA l Pencarian Anda Bermula Di sini

Kasih Juju
JEPUNIAGA I Pencarian Anda Bermula Di sini I Assamalualaikum semua. Harini Juju nak share dengan korang yang suka sangat dengan fotografi tapi tak berapa mampu nak beli gadget yang mahal-mahal belaka.

Kalau korang nak tau, Jepuniaga ini merupakan satu-satunya portal yang menyediakan perkhidmatan menjual kamera DSLR terpakai dan juga produk Apple terpakai dari luar negara secara atas talian. Pemilik laman web ini telah memulakan perniagaan semasa menetap di Jepun dan sekarang telah membuka kedai di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.


Antara produk yang dijual ialah camera body, lens, bag, charger, bateri, beg, iphone, imac, macbook dan pelbagai lagi aksesori yang berkaitan.

Selain daripada barang terpakai, pemilik laman web ini juga ada menjual barangan yang baru. Jadi sebelum membeli korang kena baca description atau spesifikasi dengan betul. Dan harga yang ditawarkan pula sangat berpatutan. Bayangkan kalau korang boleh dapatkan harga pembelian sehingga 50% dari harga yang baru. Hurmmm... Eh, Juju pula rasa nak jadi professional fotografer. Hehe..

Soalan yang selalu ditanya oleh pembeli:

Soalan: Selalunya kos pos berapa?
Jawapan: Penghantaran semua kamera, lens dan MacBook adalah percuma kecuali IMac. Kos tambahan yang dikenakan ialah Semenanjung Malaysia RM50 - RM100 dan Sabah Sarawak RM150 - RM200.

Soalan: Berapa lama penghantaran diambil?
Jawapan: penghantaran mengambil masa selama 24-72 jam.

Soalan: Apakah bank yang digunakan untuk membuat pembayaran:
Jawapan: Bank yang kami gunakan ialah Maybank dan CIMB

Soalan: Apakah syarat waranti sesuatu barang?
Jawapan: Waranti untuk setiap barang yang dijual adalah 7 hari setelah barang sampai ke tangan pelanggan. Sekiranya ada kerosakan ataupun barang yang sampai tidak sama, pelanggan hendaklah membuat aduan kepada pihak kami. Jika dalam masa seminggu kami tidak dapat sebarang maklumbalas maka kami tidak akan teragak-agak untuk tidak memulangkan balik duit anda.

Sekiranya apa-apa aksesori hilang setelah sampai, tidak termasuk dalam waranti kami.

Soalan: Apakah polisi pemulangan?
Jawapan: Waranti dalam seminggu dan sekiranya barang tidak OK kami akan memulangkan semula duit anda.

Soalan: Adakah bayaran balik dibuat?
Jawapan: Kami akan membuat bayaran balik sekiranya anda tidak berpuas hati.

Antara senarai barang yang dijual korang boleh rujuk dekat gambar-gambar yang Juju dah screenshot daripada laman web Jepuniaga.




Ini antara senarai barang yang boleh didapati di laman web Jepuniaga. Kalau korang nak dapatkan senarai penuh, boleh layari:

Instagram: @jepuniaga
Email: jepuniaga@gmail.com
No. Telefon: 011-37740744
Alamat: Lot 4, Rumah Alumni Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.

Harap artikel ini dapat membantu rakan-rakan yang mencari aksesori untuk shoot nanti :)