10 Makanan Untuk Hati

Kasih Juju

Apa sahaja bahan berbahaya yang masuk ke dalam badan anda, ia akan diproses oleh hati. Oleh itu, ia sangat penting untuk menjaga kesihatan hati anda dengan baik. Berikut di senaraikan 10 makanan yang baik untuk organ hati anda.

Bawang Putih
Suka atau tidak, bawang putih mengandungi banyak bahan yang baik untuk hati anda. Ia kaya dengan selenium yang membantu untuk meningkatkan kesan antioksidan dan menyahtoksinkan badan anda. Bawang putih juga mengandungi arginina dan asid amino yang memabntu merehatkan saluran darah dan mengurangkan tekanan darah di dalam hati. Di samping itu, ia juga mengandungi vitamin B6 yang bertindak sebagai ejen anti-radang dan juga vitamin C yang bertindak sebagai pelindung utama badan anda daripada pengoksidaan sel dan kerosakan.

Minyak Zaitun
Minyak Zaitun dara dapat membantu hati anda jika diambil secara sederhana. Ia mengandungi asas lipid yang membantu membuang toksin dalam badan sekaligus membantu organ hati anda dalam menlaksanakan tugasnya.

Herba Dan Sayuran
Ia telah terbukti bahawa sayuran hijau dapat melindungi hati, meneutralkan logam, bahan kimia dan racun perosak yang terkandung dalam makanan yang anda ambil atau dari kawasan sekitarnya. Sayur Arugula, bayam dan chicory dapat meningkatkan aliran hempedu yang berfungsi untuk membuang sisa toksin dari badan. Ubi pula dapat membantu membersihkan darah secara semulajadi dan meningkatkan proses hati dan membantu menjana nutrien. Brokoli, cauliflower, dan Brussels serta sayuran lain dapat membantu organ hati anda menghasilkan enzim untuk membuang toksin.

Teh Hijau
Teh hijau pula kaya dengan antioksidan. Saintis juga percaya bahawa teh hijau dapat membantu melindungi badan daripada pelbagai jenis kanser.

Limau Gedang
Limau gedang bukan sahaja mengandungi banyak vitamin C tetapi juga glutathione yang dihasilkan oleh organ hati. Limau gedang dapat membantu dalam penanaman dan pemulihan tisu, kimia dan pengeluaran protein dan juga pemulihan sistem imun. Limau gedang juga mengandungi lebih daripada 70 mg glutathione yang membantu organ hati untuk menghasilkan enzim detofikasi.

Walnut
Sama seperti bawang putih, walnut mengandungi arginine serta glutathione dan asid lemak omega 3 yang menyokong fungsi detoksifikasi hati. Selain itu, ia juga kaya dengan antioksidan dan lemak tak tepu yang sihat yang dapat menghalang lemak dari terkumpul di dalam hati. Lemak yang sihat adalah perlu untuk mewujudkan sel membran yang kuat di sekitar sel hati.

Epal
Epal pula kaya dengan pektin yang amat penting untuk membersihkan badan dan membuang toksin dari saluran pencernaan dan turut membantu mengurangkan beban pada organ hati.

Serbuk Kunyit
Bahan aktif utama yang terkandung dalam kunyit ialah curcumin, antioksida dan agen anti-radang yang membantu untuk melindungi salur hempedu, mempercepatkan aliran hempedu dan membersihkan hati. Curcumin juga dikatan dapat meremajakan sel hati, mencegah toksin dan alkohol daripada menjadi sebatian berbahaya. Tambahkan sedikit kunyit ke dalam masakan anda bukan sahaja untuk jadikan ia lebih sedap tetapi juga memberikan manfaat kesihatan anda.

Lemon Dan Limau
Lemon dan limau adalah antara buahan yang mengandungi banyak vitamin C dan juga terkenal sebagai buahan yang dapat menjadikan bahan toksin ke dalam sebatian larut aur yang mudah dikeluarkan dari badan. Minum segelas air lemon atau jus limau untuk merangsang organ hati anda.

Avocado
Avocado adalah sejenis makanan yang juga baik untuk organ hati anda. Oa mengandungi glutathione, vitamin C dan E yang bertindak sebagai antioksidan untuk meneutralkan radikal bebas dan melindungi sel hepatik daripada rosak. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin E dan K yang mempunyai unsur anti-radang yang dapat melindungi organ hati daripada kesan yang berbahaya. Lemak sihat yang terkandung dalam avokado juga boleh mengawal tahap kolestrol.