1 April 2018

Perumahan dan Pemilikan Tanah di Negeri Johor

Seperti dalam entri yang sebelum ini (rujuk sini), Juju dah ceritakan serba sedikit mengenai pencapaian negeri Johor sepanjang 5 tahun dibawah pentadbiran Datuk Seri Hj Mohamed khalid Nordin. So harini Juju nak sambung lagi topik perumahan dan pemilikan tanah di Negeri Johor.

"Apa yang kita laksanakan di Johor harini dalam menyediakan rumah mampu milik dan pemberian hak milik tanah adalah melebihi dari apa yang telah dijanjikan dan perumahan mampu milik akan terus menjadi keutamaan kita pada masa depan"
Facebook Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin - 31 Mac 2018

Fokus kerajaan negeri dalam bab ini ialah meningkatkan penyediaan perumahan dan rumah mampu milik dan juga mengurniakan hak milik tanah kepada rakyat.

Status akujanji

  • Menyediakan rumah mampu milik Johor (RMMJ)
  • Menyelesaikan projek rumah terbengkalai
  • Pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR)
  • Meneruskan Program Bantuan Rumah
  • Mengurniakan hak milik tanah kepada peneroka Felda di Johor.

Sorotan Utama

1/ Pembinaan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)
    Status pencapaian = 267%
   6,000 unit dijanjikan. Tetapi 16,010 unit telah siap dibina dan 100,000 unit lagi bakal siap dibina menjelang 2023.

2/ Menyelesaikan projek rumah terbengkalai
    Status pencapaian - 250%
    14 projek dijanjikan. tetapi 35 projek telah berjaya diselesaikan.

3/ Pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR)
    Status pencapaian = 134%
   5,000 unit dijanjikan. Tetapi 1,170 unit telah siap dibina dan 6,717 unit lagi menjelang 2021.

4/ Program bantuan rumah
    Status pencapaian = 201%
   2,000 unit dijanjikan. Tetapi 4,029 unit telah dibaikpulih ataupun bina baharu.

5/ Hak milik tanah kepada peneroka felda.
    Status pencapaian = 114%
   8,000 peneroka dijanjikan. Tetapi 9,102 orang peneroka yang telah menerima hak milik tanah.

Sumber:









Previous Post
Next Post

post written by:

1 ulasan:

  1. Pergh banyak juga rumah rakyat yang dibina dekat negeri Johor ini

    BalasPadam

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.