12 April 2018

Reka Sendiri Hadiah Hari Lahir Anda Dengan Printcious Gift

Reka Sendiri Hadiah Hari Lahir Anda Dengan Printcious Gift


Hai semua. Kalau bercakap mengenai Printcious rata-ratanya dah mengenali website ni kan. Kalau ada yang masih belum kenal dengan website ni, jom Juju cerita serba sedikit pasal laman web Printcious ni.


Kalau korang nak tahu, Printcious ni adalah laman web yang menyediakan perkhidmatan personalised dan customised gift idea. Contohnya kalau korang nak abadikan gambar kenangan pernikahan, sambutan hari lahir atau moment kelahiran anak, korang boleh cuba letak gambar tu dekat bantal ke, cawan ke. kalau nak letak dekat tshirt pun boleh.

Sebenarnya Juju memang dah lama setia dengan laman web Printcious ni. Dah macam-macam produk dia yang Juju dah cuba. Dari bantal membawa ke fridge magnet. Mousepad je belum pernah cuba beli. Kalini Juju nak cubalah. Tengok material description dia nampak berkualiti.

Hah! Menarik sangatkan. Jom kita tengok macam mana kita nak buat sendiri. Ini contoh Juju sendiri tau. Korang boleh tengok cara dia step by step dekat bawah ni:-

 Step 1.
Pilih dulu produk apa yang korang nak. Ada banyak pilihan disediakan. Antaranya ialah tshirt, mug, bantal, canvas print, ceramic tile, puzzle, mouse pad, tote bag dan macam-macam lagi.

Dekat bawah ni Juju pilih mouse pad.

Step 2.
Lepas tu korang klik dekat "Create Your Mousepad Now" dan korang akan di bawa ke page untuk edit gambar macam dekat bawah ni.


Step 3.
Bila dah keluar page macam ni barulah korang boleh masukkan gambar. Edit sikit warna latar belakang, tambah perkataan atau ayat-ayat yang korang nak letak dan seterusnya klik "Done".


Step 4.
Lepas klik done tu dia akan keluar gambar macam dekat atas ni dan korang boleh terus "Add to Cart". Lepas tu jangan lupa check out pula ye. Karang dah penat-penat design tapi tunggu barang tak sampai-sampai. Kalau korang nak design lebih dari satu pun boleh. Sebabnya kalau korang beli lebih dari RM 70.00 korang akan dapat free postage.

Dari segi pembayaran pula dia menggunakan sistem MolPay yang memang sangat-sangat secure. kalau tak secure takkanlah Juju dah beli banyak kali kan. Kalau korang tak yakin guna online payment, korang boleh juga gunakan cash deposit machine ataupun ATM. Ikutlah yang mana senang korang nak guna.

Dan kalau korang berbelanja lebih dari RM 80.00 pula korang boleh beli barang secara Purchase With Purchase dari harga serendah RM 2.40. Wow murah sangat tu. Naik juling mata Juju skrol laman web Printcious ni ha.

Yang buatkan Juju lebih tertarik dengan produk ni, dia ada cawan yang kalau korang isi air panas, ada gambar yang akan keluar dekat cawan tu. Menarik betul. Magic Mug nama dia. Cawan ni pun boleh buat kejutan untuk orang yang kita sayang. Mana yang kerja dekat pejabat tu pesan dekat dia kalau nak buat air panas, guna cawan magik ni. Jangan guna cawan lain. mesti si dia pun teruja tengok ada gambar yang tiba-tiba muncul. Hehe..

Jadi korang tunggu apa lagi. Cepat-cepat terjah lama web Printcious sekarang. Boleh cuba-cuba dulu masukkan gambar ke, cuba buat mug yang boleh keluar gambar tu ke. Okeh, selamat mencuba.

If you are looking for button badge for college, don’t forget to contact them.
Or if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, photo booth rental is your best entertainment.”





Previous Post
Next Post

post written by:

14 ulasan:

  1. sha suka order dari printcious ni, kualiti dia memang tiptop!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah..suka sangat printcious.barang pun dah bertambah

      Padam
    2. kak, banding dengan pixajoy?mana lebih bagus quality? sebab tu harga memang murah kat pixajoy

      Padam
  2. Eh bestnyaa, Sis nak cuba gak laa...TQ Juju ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best sis lin..sila cuba.jangan ragu-ragu

      Padam
  3. Kadang blur tak tahu nak bagi hadiah dekat orang tersayang. Buka printcious macam macam ada kan

    BalasPadam
  4. el dah byk kali dah order dr printcious ni
    yg best boleh design sendiri kan terbaiklah

    BalasPadam
  5. Best kan dapat buat hadiah sendiri macam nie..

    BalasPadam
  6. Memang sukalah. . Buat hadiah dekat printcious. . Sgt senang, mudah. .Nak reka apasaja hadiah dan harga murah

    BalasPadam
  7. Warghh..menarik gak dan harga pun berbaloi..mampu tempah..hehhe

    BalasPadam
  8. Marsha suka dengan printcious ni. Hasilnya memang terbaik

    BalasPadam
  9. Barang-barang dekat printsious memang best. Banyak pilihan.

    BalasPadam
  10. Kita pernah tempah barang dari Printcious juga. Best sebab boleh DIY dan barang pun berkualiti.

    BalasPadam
  11. Printcious ni macam-macam boleh print dan jadikan sesuatu tu lebih bermakna

    BalasPadam

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.