SDS "Messy Bun" Let's Get Messy!

SDS "Messy Bun" Let's Get Messy! Hai semua, kalau korang perasan minggu ni Team JDT Blogger ramai sangat yang post gambar comot-comot makan roti. Juju pun tak ketinggalan juga diberi peluang untuk mencuba sendiri roti keluaran SDS ni. So let's check it out.

SDS "Messy Bun"

Chocolate croissant with chocolate filling, coated with chocolate ganache and cocoa powder
Originated from Korea since early 2017
Become popular in Korea, China, Taiwan, and Malaysia recently. Celebrities, influencers, public and kids are crazy for its deliciousness of it, and posted photos of messy look when eating the bun
Why is it “Messy”: Cocoa powder will easily leave stain on face, while chocolate ganache causing teeth dirty. The person eating the bun will look “Messy” in the end
You can eat any way you like as long as it gets messy.

Ha sebab tu nama dia Messy Bun. Masa makan roti ni jangan haraplah korang boleh control ayu. Memang comot teruk tau. Kau sedialah tisu banyak manapun, takkan mampu setiap kali kunyah kau nak lap mulut. Penyudahnya Juju pun lantakkan ajelah. Hehe..



Si Firash ni pun pada awalnya suka sangat dengan roti. Yelah, siapa yang tak suka, ada coklat ganache dekat topping diakan. Tapi bila dia tengok tangan dengan muka dia comot terus dia berlari cari tisu. Haha, pembersih sangat tau si anak ni. Tapi lepas tu dia sambung makan lagi. Sampai menjilat jari.

Juju pun makan tau roti ni. Mane boleh tengok si Firash makan sorang-sorang. Lagi-lagi bila sampai part dia jilat jari tu ha. Eh, membuak-buak perasaan nak rasa roti ni.





Ha tengok, Juju pun makan comot. Haha, masa makan ni Juju dah gelak-gelak dah dengan Firash. Lepas tu si Firash lap mulut mama, mama pulak lap mulut Firash.

Kalau korang nak dapatkan roti ni, boleh dapatkan dengan harga pre-launch special price bermula 13 hingga 15 April 2018 iaitu RM 3.00 sahaja di outlet SDS terpilih iaitu di Kota Tinggi, Paradigm Mall Johor Bahru, AEON Mall Kulai Jaya, FANPEKKA Kafe by SDS, Taman Johor Jaya, Plaza Pelangi dan Giant Plentong sahaja. Bagi outlet SDS yang lain akan dijual bermula 16 April 2018 dengan harga RM 5.80 sebuku.


Yang di Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain kalau nak rasa Messy Bun keluaran SDS ni silalah datang ke Johor. Sambil-sambil melawat tempat menarik dekat Johor ni. Bolehlah cuba sekali roti ni.

Untuk maklumat lanjut:
Official Facebook www.facebook.com/sdsgroups @SDS Bakery & Cafe
Official Instagram https://www.instagram.com/sdsgroups/ @sdsgroups


21 Comments

Sis Lin said…
Sekali makan gigit mesti comot tapi mesti nak lagi dan lagi hehehehe
Hernee Nazir said…
suka eh firash..sedap..hehehe
Ana Suhana said…
Alahai terliur pula kita tengoknya.sedap sangat nampaknya tu. Awat kat johor je ada ni. I is sedih.
Mas Zull said…
assalamualaikum ju...messy nyer firash...
Farahain ZFA said…
hasil bukti comot jelas disitu.hahahhaa..
julia jamaludin said…
Gigit lagi dan lagi..lepas tu lantaklah comot ke tak.yang penting roti sedap
julia jamaludin said…
Suka kak hernee.tapi pembersih sangat.lepas gigit nak lap mulut.rajin plak mama dia nak layan.haha
julia jamaludin said…
Tu maksudnya ana kena turun johor lagi dan lagi dan lagi
julia jamaludin said…
Walaikumsalam mama..messy kejap je tu mama..lepas tu dia suruh lap
julia jamaludin said…
Anaknya comot tapi comel.mamanya comot .memang comot habis.hahaha
Mimi Azirah said…
Memang messy sungguhlah makan bun nih
el said…
dia punya pun tu npk fluffy sgt..coklat penuh..heyy tingin nak rasa cam na tu
Kak Sue said…
Nama roti tu menarik kan, lain dari yang lain. Kak Sue nak cuba jauh betui, nak kena turun Johor nanti nie.. hehehe..
Mar Mansor said…
bila makan mesti messy.
marsha said…
Tengok dalam pakaging dah terliur. Tengok lepas makan lagi teringin...masuk wishlist ni
Sedap pulak tengok roti tu.
Lia Hasty said…
Nampak sedap nye. Harga pun murah je mampu beli.
sama-samalah kita ber"messy" kan..yang penting sedap..
takut pulak nak makan..confirm akan comot.hihi..tapi kalau dah sedap, lupa dah comot tu
Salina Johari said…
Balik Johor nanti nak cari gak la...nampak sedap !!