28 May 2018

Adab Bersedekah


ADAB – ADAB BERSEDEKAH ADALAH :
1. Tangan di atas memberi lebih baik daripada tangan di bawah (menerima)

2. Ikhlas dalam bersedekah – wajib mengikhlaskan sedekah hanya kerana Allah dan demi mendapatkan keredhaan-Nya. Sedekah dengan menunjuk-nunjuk dan berbangga diri menyebabkan kerugian di Akhirat kelak

3. Mendahulukan sedekah yang wajib – sebagaimana yang disebut dalam hadis Qudsi yang bermaksud: “…dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada apa – apa yang aku telah Aku wajibkan keatasnya..” (Riwaya t Al-Bukhari)

4. Tidak boleh menunda untuk membayar sedekah (zakat) yang wajib tanpa adanya keuzuran

5. Sedekah atau zakat yang dikeluarkan hendaklah dipastikan diberikan kepada mereka yang benar – benar memerlukan seperti orang miskin, anak – anak yatim, janda dan sebagainya. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya zakat hanya untuk orang fakir, miskin, pengurus-pengurus zakat, para mualaf, hamba untuk dimerdekakan, yang berhutang, yang berjuang dijalan Allah dan orang yang bermusafir.” (surah al-Tawbah 9: 60)

6. Bersedekah dengan harta yang halal – antara sebab sedekah tersebut diterima oleh Allah dan membuahkan hasil

7. Tidak mengungkit – ungkit sedekahnya – Sebagai mana firman Allah “Wahai orang – orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekah mu dengan menyebut-menyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima)..” (Surah al-Baqarah 2: 264)

8. Wajib keatas pemberi sedekah merenung nikmat Allah S.W.T ke atas dirinya kerana Allah memberikan rezeki yang lebih

9. Mendahulukan sedekah kepada waris terdekat – “Sedekahlah kepada orang miskin (mendapat satu pahala), sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala silaturrahim.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

10. Jangan buruk siku – Tdak harus seseorang mengambil kembali sedekahnya daripada orang yang menerimanya. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Perumpamaan orang yang bersedekah kemudian dia mengambil kembali sedekahnya, seperti anjing yang memuntahkan sesuatu kemudian ia menjilat muntahnya untuk memakannya kembali.” (Riwayat Muslim)

Sedekah jariah yang diberikan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah adalah salah satu saham akhirat yang akan mengalir terus pahalanya walaupun ia telah kembali menemui Allah SWT di alam Barzakh.

Kekayaan sebenar bukanlah kerana banyak ‘memiliki’ tetapi kerana banyak ‘memberi’.

Maka bersedekahlah!

Previous Post
Next Post

post written by:

3 comments:

  1. kadang tu terdetik sedikit ungkit mengugkit
    JanjiKita

    ReplyDelete
  2. kadang2 dlm byk point tu ada je yg kita terlupa kan..

    ReplyDelete
  3. terima kasih juju kerana mengingatkan akak ni hah.kadang² sampai terlupa nak bersedekah.

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.