6 May 2018

Apa itu 'River of Life'?

Mula-mula masa Juju dengar pasal River of Life ni pun Juju macam blur-blur je. Macam tak pernah dengar je pasal projek ni dekat Kuala Lumpur. Nak tambah sungai baru ke dekat KL tu? Eh, macam-macamlah yang bermain dekat fikiran Juju ni.

Setelah Juju mencari maklumat dan pembacaan di sana-sini barulah Juju faham. Rupa-rupanya projek River of Life ni merupakan salah satu projek permulaan di bawah Program Transformasi Ekonomi bagi Greater Kuala Lumpur. Tujuan dia adalah untuk mentransformasikan Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk menjadi ikon laluan air terkemuka, manakala tebing sungainya mempunyai nilai ekonomi yang tinggi.


Okeh, masih samar-samar lagikan. Meh sini Juju permudahkan maksud dia. Projek ni bermaksud dia nak mengindah dan mencantikkan sungai-sungai yang ada dekat Kuala Lumpur tu. Apa yang Juju nampak sepanjang 8 tahun bekerja dekat Kuala Lumpur tu, sungai dekat sana memang tak menarik dipandang mata. So, inisiatif kerajaan nak mencantikkan semula sungai-sungai tu. Barulah menjadi tumpuan pelancong.


Serius cantikkan sungai yang dah siap dicantikkan ni. Barulah sejuk mata memandang. Tapi macammana pula kejadian dia kalau hari siang? Cantik ke tidak?



Sudah tentulah cantik juga. Lagi jelas kelihatan monumen yang diletakkan di tengah-tengah tu. Kalau nak tengok yang berlampu boleh datang sini waktu malam. Kalau datang siang tak dapatlah nak tengok lampu. Entah bilalah Juju nak jejak ke Kuala Lumpur ni lagi.

Sejak-sejak dah tak kerja di Kuala Lumpur ni dah jarang sangat dah ke sana. Rasa rindu pula dengan jalan sesak dekat KL nun. Beruntung sangat penduduk di Kuala Lumpur. Banyak kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.

Semoga warga kota dapat menjaga dan tanamkan sifat first world mentality dalam diri. Bila dah ada first world mentality dalam diri, barulah kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan kekal indah sehingga tahun-tahun seterusnya. Biarlah seiring dengan pembangunan. Bila negara dah membangun, jangan pula dirosakkan perkhidmatan ini.

Semoga negara kita terus maju di masa hadapan. InsyaAllah.

Picture source: google.com

Previous Post
Next Post

post written by:

16 comments:

  1. tak pernak cuci mata sini, rasa tertarik lepas tengok gambar ni . :D

    ReplyDelete
  2. Cantik gile sungai biru tu...kalau tengok depan mata agaknya lagi cantikkannn...

    ReplyDelete
  3. best ni kalau dapat cuci mata dekat pemandangan yg cantik macam ni.

    ReplyDelete
  4. Cantik sangat sungai ni. Macam tak percaya dulu sungai ni takde apa pun. Bila dah transform cantik betul

    ReplyDelete
  5. Tak sangka dah berubah macam ni sekali ye

    ReplyDelete
  6. Cantiknya dulu sungai ne penuh dengan sampah jew. Tahniah DBKL

    ReplyDelete
  7. cantiknya sungai ni waktu malam kan.

    ReplyDelete
  8. cantik sekarang ni, sungai dibandar lagi menarik waktu malam sebab ada neon yang sedap mata memandang.

    ReplyDelete
  9. Indahnya tak terkata.. Bagaikan di luar negara... Hebat KL :)

    ReplyDelete
  10. cantiklah river of life ni..rupanya dulu tak berapa dikenali skrg ni menjadi GAH

    ReplyDelete
  11. cantik sungguh. satu usaha yang bagus.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  12. nanti nak bawa the ilhams jalan2 sini

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.