Kesilapan Kerap Dalam Bulan Ramadhan

Kasih Juju

  • Makan dan minum denganbebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam)
  • Tidak menunaikan solat ketika berpuasa
  • Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasa berpuasa
  • Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat
  • Tidak memperbanyakkan doa ketika berpuasa dan ketika berbuka
  • Makan sahur di tengah malam kerana malas bangun di akhir malam
  • Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana solat terawih
  • Lelaki hadir dengan berbau busuk dan perempuan pula dengan berwangian
  • Berbuka dengan merokok, atau selain makan minum
  • Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat
  • Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi harta haram
  • Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain
  • Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat ingin meriah
  • Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur sehingga apabila terlambat bangun atau makan pada waktu itu dianggap telah batal puasa atau tidak boleh berpuasa
  • Hadir berjemaah solat terawih tetapi tidak hadir berjemaah solat 5 waktu
  • Tidur selepas sahur tanpa bersolat sunat dan tidak Subuh berjemaah
  • Terlalu sibuk dengan persiapan raya, terutama pada 10 hari terakhir dan mengabaikan peluang menggandakan ibadah khusus.
Sumber: www.zaharuddin.net

Tags