30 May 2018

Ramadhan Buffet @ Swiss-Inn Johor Bahru

Ramadhan Buffet @ Swiss-Inn Johor Bahru l Hai korang, kalau korang tak tahu nak berbuka puasa dekat mana, Juju cadangkan korang berbuka di Hotel Swiss-Inn Johor Bahru. Pelbagai juadah pembuka selera boleh korang dapatkan disini.

Alhamdulillah, Juju dapat juga merasa food review tahun ni. Walaupun datang untuk cover event CSR, tapi tak salah pun kalau nak buat food reviewkan. (Baca entri Program Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Pekak anjuran Swiss-Inn Johor Bahru di SINI) Sambil menyelam minum air. Eh, tak boleh minum air. Puasa.

Juju hadir ditemani adik dan juga si Firash. Ayah dia kerja, tak dapat nak ikut. Apa yang buat Juju teruja dekat sini, cara persembahan makanan dia. Unik sangat. Letak dekat atas tong, lepas tu letak makanan dalam kuali. memang rare lah. Okeh jom kita tengok gambar-gambar makanan yang dihidangkan.

Ikan tongkol masak kari bersama terung

Daging masak hitam pedas.
Juju suka betul dengan daging masak hitam pedas ni. Daging dia tak liat dan pedas dia tu boleh tolerate lagi. Sedap. Makan pula dengan nasi minyak. Macam makan lauk kenduri kahwin.

Ayam mask gulai bersama timun

Nasi minyak

Sayur lodeh tambak Johor

Kailan ikan masin ni sebenarnya sayur campur. Ada cendawan butang dekat celah-celah sayur tu. Sedap sangat.

Udang masak nestum.

Nasi putih
Kalau dah namanya hotel, tak sah kalau tak ada kambing kan. Jadi menu yang istimewa dekat sini ialah kambing bakar bersama nasi beriyani. Korang rasa Juju nak tengok je kambing tu posing maut dekat dalam tray tu. Adoi.. Meleleh air liur.

Kambing bakar bersama nasi beriyani

Aneka kerabu

Pelbagai ulam-ulaman dan sambal pencicah
Kita ni kalau takda sambal belacan memang bukan nama tekak melayulah kan. Kalau makan nasi wajib ada sambal belacan. Kalau takde belacan pun cencaluk pun jadi. Aduhai. Sedapnya.

Rojak buah

Pecal

Mihun sup

Aneka spageti
Juju cuba dua-dua kuah spageti yang dihidangkan ni. Bolognesse dengan carbonara. Sedap sangat. Makan panas-panas.

Air panas dan sejuk
Adik Juju suka betul dengan mesin air panas ni. Ada 8 jenis air panas yang boleh korang pilih. Tekan je butang air apa yang korang nak. Nanti dia akan keluar. Juju pilih white coffee. Hadoi. Padu betul kopi dia. Gula kena tambah sendiri. Air sejuk tu pun Juju ambil juga. Nak bilas air kopi tadi. Haha, patutnya bilas dengan air masak. Eh, air masak pun ada disediakan juga tau. Air cuckoo.

Sate daging

Sate ayam

Goreng pisang dan keropok lekor
Si Firash suka betul dengan keropok lekor ni. Berulang 4 kali jugalah Juju ambil keropok lekor ni. Suruh makan nasi dia tak mau. Dah makan keropok lekor tu nak yang itu je. Suapkan nasi pun tak nak.

Otak-otak

Pelbagai pilihan ikan bakar

Bubur pulut hitam

Buah-buahan tempatan

Sup tulang rawan
Sup tulang rawan ni pun antara signature dish dekat sini. Daging dia empuk sangat. Tak liat. Nak pisahkan daging dengan tulang tu pun mudah je. Tabur pula bawang goreng dengan daun sup. Pergh...
Laksa Johor

Puding pelbagai perisa

Kalau nak buat tempahan, korang boleh hibungi:

RAMADHAN BUFFET @SWISS-INN JOHOR BAHRU
17 May to 14 June 2018

@ Rilek The Café

Special Deal – Buy 5 Adult Vouchers FREE 1 Voucher

Normal Price
RM98 nett (Adult)
RM40 nett (Child)

For reservation & enquiries, please call
07-218 3333 or email at info@sijb.swissgarden.com





Previous Post
Next Post

post written by:

4 comments:

  1. Uiii kecur masuk sini.
    Paling suka laksa johor dia dan asam pedas dia. Mabelesssss..
    Sedap sangat !

    ReplyDelete
  2. banyak oi makanan sedap.SUp tulang rawan tu sedap..mesti hernee tambah banyak kali kan...hehehe

    ReplyDelete
  3. nak sup tulang rawon pelisss..

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.