6 Jun 2018

Resepi Ikan Siakap Stim Limau

Resepi ikan siakap stim limau.


Bahan-bahan;
  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 2 inci halia ditumbuk
  • 8 - 10 biji cili api. ditumbuk (kalau tak nak pedas kurangkan)
  • Serai di ketuk
  • Halia di hiris
  • Kiub ayam
  • Sos ikan
  • 2 biji limau kasturi
  • Daun ketumbar

Cara-caranya;
  • Ikan dibersihkan dan dikelar badannya. Lumur dengan kiub ayam
  • Halia dihiris dan serai diketuk masukkan di sebelah dalam ikan
  • Dalam mangkuk lain,  satukan halia, bawang putih, cili api, limau, sos ikan dan daun ketumbar. 
  • Curahkan di atas ikan dan kukus sehingga ikan masak.
  • Hiaskan dengan daun ketumbar, hirisan bawang dan tomato

Mudah je kan nak masak ikan ni. Lagipun menu yang sihat. Selamat memcuba semua :)

5 ulasan:

  1. wah nampak sedap giler ikan siakap masak stim tu..bila ntah nak cuba resepi ni..nmpk mudah je.

    BalasPadam
  2. Fuyooo masuk sini je terus kecur nengok, stim je mata den hehehe

    BalasPadam
  3. sedap ni kalau makan dengan nasi panas

    jemput join : http://www.shfyqhazhr.com/2018/06/giveaway-suka-suka-by-shfyqhazhrcom.html

    BalasPadam