30 July 2018

Fenomena Jangan Benci Cintaku

Assalamualaikum semua,

Wah, nampaknya rakyat Malaysia sekarang sedang dilanda demam drama Jangan Benci Cintaku. Mana taknya, setiap kali Juju scroll timeline di Facebook mesti ada sahaja yang meluahkan rasa mengenai drama tu.

Juju sendiri tak mengikuti drama tu sebab waktunya sangat tak sesuai untuk Juju lepak depan tv. Selalunya waktu-waktu macam tu lah Juju baru sempat nak mandi dan solat. Juju ni jenis tak suka tengok cerita tengah-tengah. Nanti tak feel.

Tapi apa yang Juju dapat simpulkan dekat sini, ada dua watak yang selalu disebut-sebut atau dal erti kata lainnya watak yang paling rakyat Malaysia menyampah sekarang ni iaitu Husna dan Nek Pah. Rata-rata menyatakan rasa tak puas hati dengan dua watak ni. Watak hero pun tak kurang juga terkena tempiasnya.

Tahniah Juju ucapkan kepada penulis novel ini iaitu Emy Roberto kerana berjaya menghasilkan sebuah karya yang terbaik. Tahniah juga dekat barisan pelakon drama ini yang berjaya mendalami watak yang diberikan.


Jom kita baca sikit sinopsis drama novel ni:
Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. Bagi Shahrizal (Saharul Ridzwan), tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa (Zahirah MacWilson) tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Lantas, Sunderland dan sambung belajar menjadi alasan.

“Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar.” – Shahrizal

‘A NO is always a NO Shah.’ Itu jawapan hati Rafeeqa. Awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan. Kembali dan mahu berubah. Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal.

Tetapi…

“Your instinct was right. There is someone else besides you.” - Shahrizal

Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. Dia sudah terlewat rupanya. Shahrizal sudah ada orang ketiga. Tapi, dia tidak mahu mengalah.

"Make him fall for you!" - Damia

Ya! Dia akan berusaha agar Shahrizal kembali menyintainya. Cuma, Husna (Niena Baharun) itu bukan sembarangan wanita. Usaha Husna untuk merampas suaminya kadangkala buat Rafeeqa mahu menyerah kalah.

“Fika, you’ve lose weight.” – Shahrizal

“Berat saya masih okey lagi, Shah.” - Rafeeqa

“Mari, saya peluk.” - Shahrizal

Jika dah tak cinta, kenapa masih mengambil berat? Kalau dah tak sayang, kenapa masih ingin membelai dan dibelai? Siapa sebenarnya yang Shahrizal pilih? Rafeeqa yang berusaha untuk berubah dan menjadi isteri yang baik? Atau Husna yang berusaha untuk merampas dan menguasai semuanya?

Barisan pelakon:
Saharul Ridzwan sebagai Shahrizal Hayrat
Zahirah Macwilson sebagai Rafeeqa Huda
Niena Baharun sebagai Husna
Luqman Hafidz sebagai Faris
Izzue Islam sebagai Syazwi
Amelia Henderson sebagai Damia
Daler Yusuf sebagai Irwan
Dilla Ahmad sebagai Zaida
Esma Dainal sebagai Tuan Shariman
Azizah Mahzan sebagai Nek Pah
Catriona Brian Ross sebagai Puan Azlin
Laila Nasir sebagai Puan Julia
Zul Edward sebagai Uncle Jay
Meor Mohd sebagai Hazri
Emelie Hanif sebagai Nelly 

LAGU TEMA / OST 
Misha Omar - Sampai Bila
Aizat Amdan - Sampai Ke Hari Tua


26 July 2018

Punca Doa Tidak Di Makbulkan


Orang-orang yang ditolak doanya adalah disebabkan beberapa perkara seperti berikut :

1. Orang yang menggunakan barang-barang haram
Orang-barang yang menggunakan keperluan hidupnya dari benda-benda yang haram seperti pakaiannya haram, memakan benda yang haram seperti pakaian dan makanan dengan wang yang haram doanya tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.

Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah s.a.w, " Ya Rasulullah s.a.w saya telah pun berdoa tetapi tidak diterima. Rasulullah s.a.w menjawab, Ya Saad tinggalkanlah makanan yang haram, maka sesungguhnya tiap perut yang telah dimasukkan makanan yang haram maka tidak diterima doanya selama empat puluh hari".

Abu Hurairah menceritakan, " Satu hari Rasulullah s.a.w menceritakan perihal seorang lelaki yang telah jauh perjalanannya, kasut dan berdebu rambutnya, dia menadahkan tangannya ke langit dan berdoa "Ya Tuhan Ya Tuhan". Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan perutnya dipenuhi dengan barang-barang haram, maka bagaimanakah Tuhan akan memperkenankan doanya". (diriwayatkan oleh Muslim)

2. Ingin Disegerakan Doanya
Seseorang yang memohon sesuatu hajat kepada Allah s.w.t tidak boleh meminta atau berharap doanya dikabulkan dengan segera, seolah-olah ia memaksa Allah s.w.t mengikut kehendaknya. Cara yang demikian akan menjadikan ia cepat putus asa apabila doanya atau permintaannya tidak dikabulkan oleh Allah s.w.t, sedangkan orang yang putus asa terputus dari rahmat Allah s.w.t dan apabila tiada rahmat Allah s.w.t menyebabkan doanya tiada dimakbulkan.



Firman Allah s.w.t yang bermaksud, " Dan janganlah kau berputus asa daripada mengharap rahmat Allah s.w.t kerana sesungguhnya tiadalah yang putus asa dari rahmat Allah s.w.t kecuali orang-orang kafir".
( Surah Yusuf, 87)

3. Tidak Yakin
Seseorang yang berdoa atau memohon sesuatu kepada Allah s.w.t hendaklah mempunyai angapan atau sangkaan yang baik bahawa permintaanya akan diterima dan apabila was-was atau separuh yakin doanya akan dikabulkan oleh Allah s.w.t menyebabkan doanya di tolak.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, " Hendaklah kamu berdoa kepada Allah s.w.t dengan yakin akan perkenan doanya, dan ketahuilah sesungguhnya Allah s.w.t tidak memperkenankan doa orang-orang yang berhati lalai dan alpa".


25 July 2018

Syampu dan Losyen Good Virtues Co.

Good Virtues Co. - Syampu
Tak tau nak pilih syampu yang bagus dan sesuai untuk kulit kepala korang? Cuba guna Anti Dandruff Shampoo with Nourishing Hair Fall Protection ni. Dia ada formula perlindungan yang mampu mencegah dan mengawal kelemumur. 

Ekstrak akar Maca dan vitmin B5 juga bertindak untuk menguatkan akar rambut sekaligus mengurangkan rambut gugur.

Juju suka sangat dengan bau dari syampu ni. Lembut dan tenang je rasanya. Untuk syampu ni, dia ada 3 pilihan. Clarifying Shampoo, Healthy Hair & Scalp Shampoo dan juga syampu yang Juju pilih ni. So, korang boleh pilih mana satu yang sesuai dengan kepala korang.



Good Virtues Co. - Losyen
Dan kalau korang ada masalah kulit kering pulak, cuba guna Good Virtues Co. Intensive Care Hand & Body Lotion For Dry Skin ni. Ia mengandungi minyak black seed organik yang bertindak sebagai ejen meremajakan kulit. Manakala Cocoa Butter, Shea Butter dan Pentavitin bertindak secara intensif dan mengekalkan kelembapan kulit. 

Juju suka sangat pakai losyen. Lagi-lagi yang berbau wangi. Memang asyik nak pakai je. Untuk losyen jenama Good Virtues Co ni, dia ada dua pilihan. Satu untuk lightening dan satu lagi untuk anti-aging. Dan dah tentulah Juju pilih anti-aging. Ehemmm...

Korang boleh dapatkan produk ni dekat pasaraya ataupun drugstore berdekatan korang. Harga pun pada Juju sangat berpatutan. Senang kata harga dia murahlah. Mampu milik. Hehe.

23 July 2018

Wangikan Kulit Kepala Anak Anda Dengan Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster
Hai korang,

Siapa dekat sini ada masalah yang kepala anak dia kalau lepas bermain tu ada bau kuat yang tak menyenangkan? Kalau tak berpeluh okay je bau dia. Tapi kalau lepas bermain bau dia makin menjadi-jadi, ditambah pula dengan kulit kepala yang berpeluh dan berminyak. Ewwww, macam nak sental je kepala dia masa tu juga. .

Faham sajalah anak-anak ni kalau disuruh mandi bukan main susah lagi. Bila dah mandi dia mandi lebih kurang je. Takdanya nak sental betul-betul. Makin panas hati mak ni anak oi. 

Penting untuk kita tahu yang syampu untuk orang dewasa sangat tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Penggunaan syampu dewasa kepada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepala dan rambut terutama bagi kanak-kanak berusia 6-12 tahun. Ini kerana kulit kepala kanak-kanak yang halus dan amat sensitif. Maka cara yang terbaik adalah menggunakan syampu yang dirumus khas agar rambut dan kulit kepala yang sihat dapat dikekalkan.

Pernahkah anda mengalami bau yang kuat dari kulit kepala dan rambut yang berpeluh selepas anak anda bermain di luar atau pulang dari sekolah? Baunya menjadi lebih teruk apabila kulit kepala anak anda berminyak dan berpeluh. Satu-satunya cara untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini adalah dengan memastikan anak anda mencuci rambutnya selepas waktu sekolah, atau bermain di luar. Mengekalkan kebersihan rambut akan dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala selain memastikan mereka berbau segar. 

Ha kalau korang nak tau, jenama sabun kanak-kanak terkenal yang satu ni dah mengelurkan produk yang akan menyelesaikan masalah kita ni. Siapa lagi kalau bukan Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster . Alhamdulillah, Carrie Junior sangat memahami masalah kaum ibu macam Juju ni.


Memahami keperluan kanak-kanak terhadap produk yang lembut dan selesa pada kulit, CARRIE JUNIOR memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER, syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, si manja pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar kediaman. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat.

CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian. CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER boleh didapati dalam dua saiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.10* di Semenanjung Malaysia dan RM 10.60* di Sabah & Sarawak. Manakala CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER bersaiz 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak. Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara.

Ha tengoklah si Firash tu. Dia suka sangat dengan bau syampu Carrie Junior ni tau. Juju pun suka. Rasa nak makan je. Haha. Setiap kali mandi mesti dia tanya boleh guna syampu ni tak? Kalau untuk kebersihan apa salahnya. Firash suka, mama lagi suka. Kini, ibu bapa boleh memeluk anak-anak selepas bermain walaupun berpeluh namun masih kekal segar dan berbau aroma buah buahan sepanjang hari!

*Harga tertakluk kepada perubahan berdasarkan cukai yang akan diumumkan oleh Kerajaan

Tentang CARRIE JUNIOR 
CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyuburkan, melembapkan dan melindungi rambut dan kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berbau segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Diiktiraf HALAL, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga hadir bersama bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.




18 July 2018

Ekspo Elektronik Shopee - Potongan Harga Sehingga 90%

Ekspo Elektronik Shopee, Potongan Harga Sehingga 90% - Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan bakal melancarkan Kempen Ekspo Elektronik Shopee - Jaminan Harga Terendah (LPG), satu siri promosi hangat dari 23 hingga 26 Julai 2018. Lebih daripada 20 jenama elektronik turut serta termasuklah Armaggeddon, Alcatroz, honor, Mono Digital, Philips, Russell Taylors, Tefal, Vivo, Xiaomi dan banyak lagi. Terdapat lebih daripada 1,000 produk termasuklah telefon pintar, gajet, kelengkapan rumah, komputer dan aksesori yang boleh dibeli dengan potongan harga sehingga 90%. Menerusi usahasama teguh dengan jenama ini, pengguna boleh menikmati harga terendah ke atas semua produk yang dilabel ‘Lowest Price Guaranteed’ (Jaminan Harga Terendah) dan sekiranya mereka terjumpa produk yang sama dijual di platform lain pada harga lebih rendah, Shopee komited untuk menebus semula 120% daripada perbezaan harga tersebut dalam bentuk syiling Shopee.


“Shopee telah bertumbuh pesat sepanjang tahun 2018 dan kami telah menjalinkan usahasama dengan pelbagai jenama terkemuka untuk mengembangkan lagi kategori produk berkaitan elektronik seperti Mobil & Gajet, Komputer & Komputer Riba dan Kelengkapan Rumah untuk menawarkan produk berkualiti kepada lebih 10 juta pengguna. Contohnya, jualan murah eksklusif honor 9 Lite yang berjaya menjual 1,000 unit dalam tempoh lima minit, membuktikan kecenderungan rakyat Malaysia yang memilih produk elektronik bertaraf premium. Dengan Ekspo Elektronik ini, Shopee mengambil selangkah lagi untuk menjadi pusat sehenti platform membeli-belah dalam talian yang memenuhi keperluan dan kehendak rakyat Malaysia,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.


Pada 23 Julai, Shopee menawarkan Jualan Kilat Shocking Sale sepanjang tempoh 24-jam yang membariskan potongan harga ke atas pelbagai produk elektronik berjenama. Pada hari ini, pengguna boleh merebut jualan murah produk elektronik untuk keperluan profesional dan peribadi. Mereka boleh mendapatkan aksesori komputer seperti papan kekunci dan tetikus wayarles daripada jenama Logitech. Sementara itu, penggemar music boleh mendapatkan alat bantuan audio (headphones) daripada jenama Marshall dengan harga istimewa. Pelbagai lagi produk berkualiti dijual pada harga menarik termasuk cakera keras storan (external drive) daripada jenama Seagate dan rangkaian jam pintar untuk mereka yang aktif.


Selain daripada jualan kilat Shocking Sale, pengguna boleh mendapatkan ratusan produk di LPG Tech Zone sepanjang 4 hari Ekspo Elektronik ini berlangsung. Setiap hari, Shopee akan menampilkan dua jenama elektronik terkemuka dengan barisan produk pada harga menarik. Dalam masa yang sama, pengguna boleh membeli-belah dari rangkaian jualan murah mengikut tema kempen bagi memenuhi keperluan elektronik mereka. Di “LPG Tech Zone”, lebih 500 produk termasuk telefon pintar bertaraf premium, kamera dan komputer riba daripada Xiaomi, Huawei, honor, ASUS dan pelbagai lagi jenama besar turut menyertai kempen jaminan harga terendah. Pengguna yang mencari kelengkapan rumah yang moden boleh meninjau kempen jualan murah “Everything for Your Home” sepanjang ekspo ini untuk menikmati promosi hebat ke atas produk daripada jenama Philips, Senheng, Tefal, Midea dan banyak lagi. Untuk penjimatan berganda, tebus baucar bernilai sehingga RM100,000 sepanjang kempen untuk pembelian mereka.


Akhir sekali, bagi memberi ganjaran kepada peminat Facebook kami, Shopee akan melancarkan pertandingan “Tag a Bro, Win Like a Pro” dari 23 hingga 26 Julai. Peminat media sosial hanya perlu mencari satu produk elektronik dengan label LPG di Shopee, ambil gambar produk tersebut dalam troli membeli-belah, kemudian tag seorang kawan lelaki dan tinggalkan komen mengapa mereka ingin memenangi produk tersebut. Pemenang bertuah akan menerima produk elektronik kegemaran mereka bernilai hingga RM1,000 setiap satu untuk dikongsi bersama rakan baik mereka.

Untuk maklumat lanjut, layari https://shopee.com.my/m/electronics-expo bermula 16 Julai 2018. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA di App Store atau Google Play.


16 July 2018

Lirik Lagu Kepuraanmu - Luqman Faiz

Lirik Lagu Kepuraanmu - Luqman Faiz
Tersingkap segalanya terang dan bersuluh
Balikan kepuraan bicara yang palsu
Memusnahkan perasaan ini terhadap mu

Ternyata hakikatnya amat memedihkan
Terlucut semuanya harapan untukku
Kemanakah sumpah dan setia
Yang pernah mengikat hatimu padaku

Kau telah dikaburi
Dengan sekadar budi dan janji
Yang telah ditaburi
Hingga aku terusir

Aku yang berusaha
Mengharap kau kan setia
Namun kau berpaling dan aku tersia
Kemanakah sumpah dan setia

Ternyata hakikatnya amat memedihkan
Terlucut semuanya harapan untukku
Kemanakah sumpah dan setia
Yang pernah mengikat hatimu

Kau hancurkan segala janjimu
Kau telah dikaburi
Dengan sekadar budi dan janji
Yang telah ditaburi
Hingga aku terusir

Aku yang berusaha
Mengharap kau kan setia
Namun kau berpaling dan aku tersia
Kemanakah sumpah dan setia

Yang pernah mengikat hatimu
Padaku

15 July 2018

Open House Hari Raya JDT Blogger


Assalamualaikum korang,

Nampaknya lambat betul Juju update cerita gathering JDT Blogger ni. Hehe. Kesibukkan yang melampau gamaknya. Asal nak update blog je tak de idea nak menaip. Asal nak menaip mood hilang entah kemana. Adakah ini dinamakan writters block? Muehehehe..

Sebenarnya kitorang tak ada proper plan pun pasal gathering ni. Cuma sembang-sembang dalam group whatsapp dan tetiba ade sorang ni suggest (maaf tak ingat siapa yang suggest) buat gathering raya dekat rumah blogger Sis Lin. Tuan punya rumah pulak sporting habis. Makanya plan pun on.

Tuan rumah cuma masak 3 menu je. Selebihnya kami bawa sendirilah. Tuan rumah dah kasi pinjam rumah pun dah cukup baik dah kan. Hehe.. Terima kasih Sis Lin. Sudi bagi kami buat kecah dekat rumah sis. harap-harap sis tak serik terima kunjungan kami lagi. Korang kalau nak kenal dengan Sis Lin ni boleh terjah blog dia dekat --> http://www.sislin76.com/

Kalau dah namanya blogger, memang pantang nampak makanan. kena ambil gamabr dulu sebelum keseksian makanan tu dicemar oleh orang lain. Food blogger sangat faham situasi ni. Wajib tau ambil gambar dulu. Hehe. Jom tengok makanan apa yang kitorang bawa.













Sedap teruk makanan yang diorang bawak ni. Juju cuma bawak sandwich je. Tu je yang sempat Juju buat. Haha. Maklumlah, orang paling jauh. Luar daerah Johor Bahru tu kira jauhlah kan. Blogger MiaLiana bawak air cendol dengan air kotak. Tapi Juju nak snap cendol kak Mia. Hehehe.

Dekat bawah ni pulak gamabr-gambar Juju dengan blogger-blogger gempak yang sporting yang hadir pada malam tu.

Boleh tersama pulak tudung Juju dengan dak Uyul neh. www.uyulrosli.com

Nilah tuan rumah yang sporting habis tuh. Hehe. www.sislin76.com

Nilah kakak paling garang sekali dalam group JDT Blogger. www.kisahsidiary.com

Yang ini kak Seri. Sedap giler rendang daging dia. www.sariyusa.blogspot.my

Ini blogger dilah. Super mom neh. www.ceriteraibu.com

Ni ain. Budak paling meriah dalam group. Dia kalau bergabung dengan Uyul memang boleh runtuh rumah orang. Kihkihkih www.akuainkausiapa.blogspot.my

Nilah makcik cendol malam tu. Lupe nak ambil gambar air cendol kak mia. Ampunnn.. www.mialiana.com

Yang ini sunah. Tokey brownies. Kalau nak order brownies boleh contact sunah ye. www.sunahsukasakura.com
Ada 3 orang lagi yang Juju lupa sangat nak ambil gambar. Kakak garang JDT Blogger nombor 2. Kak Hernee Nazir. Haha.. Sibuk sangat membawang sampai lupe nak snap gambar dengan Kak Hernee. Blogger Kim pun lupa jugak nak ambil gambar. Lagipun dia balik awal. Yang si Nona pulak kitorang dah sibuk-sibuk nak balik dia baru sampai. Memangtak teringatlah nak ambil gambar dengan dia. 

Nanti kita jumpa kita snap-snap gambar lagi ye. 
Love JDT Blogger.





11 July 2018

Tempat makan Best di Taman Universiti, Skudai Restoran Ateh Corner
Hai korang,

Kalini Juju nak berkongsi dengan korang, salah satu kedai makan yang boleh korang cuba kalau ke Taman Universiti, Skudai, Johor iaitu Restoran Ateh Corner. Sebelum ni restoran ni beroperasi di warung MPJBT iaitu di Jalan Kebangsaan 29, dan sekarang telah berpindah ke restoran yang lebih luas dan selesa.


Terdapat pelbagai menu yang disajikan di restoran ini. Ada sajian melayu dan barat. Goreng-goreng pun ada. So kalau korang tak tau nak makan apa, Juju nak suggest kan makanan yang paling istimewa dekat sini.



Mantou bun yang dimakan dengan ikan siakap masak stim nyonya style. Kalau korang tak nak makan ikan siakap pun boleh tukar ikan lain. Saiz ikan pun boleh pilih S, M, L atau XL. Eh, dah macam baju pulakkan. 

Kuah stim nyonya tu rasa dia masam-masam sikit. Jadi bila korang cicah dengan mantou bun tu rasa dia sangat perfect. Roti tu padat dan manis. Ditambah pula dengan isi ikan yang sangat fresh. Memang sedap sangat-sangat. 

Kalau korang rasa tak nak makan dengan roti pun tak pe. Korang boleh makan dengan nasi putih. Macam haritu kitorang order juga nasi putih separuh, untuk makan dengan lauk-lauk yang lain. Bila dah order lauk stim nyonya ni, owner restoran ni tak suggest korang order tom yum. Sebabnya nanti korang tak dapat nak merasa kesedapan stim nyonya ni nanti. Ataupun dalam bahasa mudahnya, rasa dia lari. 






Gambar-gambar dekat atas ni antara yang kami order pada malam tu. Udang, sotong, kerang dan kupang dia semua segar-segar. Kerang tu kalau tak nak masak sambal korang boleh mintak yang rebus. 

Juju suka sangat dengan ikan pari bakar sambal tu. Sambal dia sedap sangat. Cuma agak pedas. Pedas yang sedap. Kalau dulu masa di Kuala Lumpur, tak banyak restoran yang menyediakan ikan bakar sambal. Kalau ada pun mesti bakar cicah air asam. Jadi bila dah tau restoran Ateh Corner ni ada ikan bakar sambal yang sedap, Juju dah mark kedai ni. Lepas ni kalau teringin nak makan ikan bakar sambal, wajib datang kedai ni.



Selain itu, makanan barat yang dihidangkan dekat restoran ni tak kurang juga sedapnya. Lamb chop dia marvelous sangat. Tak terlalu garing, dan tak terlalu mentah. Just nice bak kata orang putih. Muehehe. 

Junior Chicken Chop ni memang hidangan untuk budak-budak. Dia akan asingkan kuah blackpepper dan saiz chicken chop pun kecil sedikit berbanding yang biasa. Untuk budak-budak je kan. Diorang bukannya makan banyak sangat. Penyudahnya mak ayah juga yang kena habiskan. 

Tapi nampaknya si Firash lebih sukakan lamb chop. Lepas suap sekali dia mintak lagi dan lagi dan lagi. Adakah ini bermakna dia lebih sukakan kambing daripada ayam? Hurmmmm. 


Bagi peminat laksa Johor, korang boleh cuba sendiri laksa Johor hidangan Restoran Ateh Corner ni. Memang padu rasa ikan dia tau. Kalau suka pedas boleh request sambal belacan lebih ye.




Kalau korang tak nak makan makanan yang berat-berat tu, ada juga disediakan hidangan yang ringan-ringan dekat sini. Eh ringan ke? Ha tengok tiga gambar dekat atas ni. Kira hidangan yang ringan-ringanlah ni.

Kalau korang nak jumpa kawan ke atau lepak-lepak nak tengok bola ke sambil-sambil tu boleh order sotong kangkung ke, rojak petis atau tauhu bakar. Sambil berbual sambil mengunyah. Sambil tengok bola wajib mengunyah jugakkan. So Juju suggest korang try tiga hidangan ni. Sedap hingga menjilat sudu garfu.


Terbaru di Restoran Ateh Corner sekarang ni beroperasi bermula jam 7.00 pagi hingga jam 2.00 pagi. Ada pelbagai menu sarapan disediakan. Macam gambar nasi lemak ayam dekat atas ni. Ayam yang dihidangkan adalah ayam chicken chop. Ha.. Ko ado?

Selain nasi lemak, soto dan lontong juga ada disediakan.









Air yang dihidangkan juga sedap-sedap belaka. Juju cadangkan korang cuba cendol durian dan ais jagung special. Memang sedap you ollsss. Hirup tak pandang kiri kanan. Tau tau habis. 


Apa yang menarik dekat restoran ni, sistem order dia menggunakan sistem online. Maksudnya setiap kali order terus sampai dekat dapur. Tak pakai sistem kertas dah. Canggih hoi kedai makan sekarang nih.

Yang paling best sekali, korang tak perlu tunggu lama untuk dapatkan makanan. Belum panas punggung makanan dah sampai. Laju hokeh. Thumbs up sikit dekat owner restoran ni iaitu Puan Linda yang sangat-sangat peramah. 

Alhamdulillah, kali ni Juju berkesempatan untuk menyertai food review dengan kawan-kawan dari JDT Blogger. Sebelum ni Juju dapat tengok je diorang ke sana ke sini buat food review. Kalini diberi kesempatan dan masa yang sesuai untuk join diorang. Sempat jugalah membawang barang sebiji dua. Muehehehe.



Ini adalah sebahagian geng JDT Blogger yang hadir.
Jom serbu Restoran Ateh Corner di:
Restoran Ateh Corner
Jalan Pendidikan 5, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor

Di buka dari jam 7am sehingga 2am
Di tutup pada hari Isnin. 

Atau boleh layari akaun facebook page : Restoran Ateh Corner 

*Kemudahan Surau juga di sediakan juga tandas yang bersih dan wangi .