Tempat makan Best di Taman Universiti, Skudai Restoran Ateh Corner - Kasih Juju

July 11, 2018

Tempat makan Best di Taman Universiti, Skudai Restoran Ateh Corner

Hai korang,

Kalini Juju nak berkongsi dengan korang, salah satu kedai makan yang boleh korang cuba kalau ke Taman Universiti, Skudai, Johor iaitu Restoran Ateh Corner. Sebelum ni restoran ni beroperasi di warung MPJBT iaitu di Jalan Kebangsaan 29, dan sekarang telah berpindah ke restoran yang lebih luas dan selesa.


Terdapat pelbagai menu yang disajikan di restoran ini. Ada sajian melayu dan barat. Goreng-goreng pun ada. So kalau korang tak tau nak makan apa, Juju nak suggest kan makanan yang paling istimewa dekat sini.



Mantou bun yang dimakan dengan ikan siakap masak stim nyonya style. Kalau korang tak nak makan ikan siakap pun boleh tukar ikan lain. Saiz ikan pun boleh pilih S, M, L atau XL. Eh, dah macam baju pulakkan. 

Kuah stim nyonya tu rasa dia masam-masam sikit. Jadi bila korang cicah dengan mantou bun tu rasa dia sangat perfect. Roti tu padat dan manis. Ditambah pula dengan isi ikan yang sangat fresh. Memang sedap sangat-sangat. 

Kalau korang rasa tak nak makan dengan roti pun tak pe. Korang boleh makan dengan nasi putih. Macam haritu kitorang order juga nasi putih separuh, untuk makan dengan lauk-lauk yang lain. Bila dah order lauk stim nyonya ni, owner restoran ni tak suggest korang order tom yum. Sebabnya nanti korang tak dapat nak merasa kesedapan stim nyonya ni nanti. Ataupun dalam bahasa mudahnya, rasa dia lari. 






Gambar-gambar dekat atas ni antara yang kami order pada malam tu. Udang, sotong, kerang dan kupang dia semua segar-segar. Kerang tu kalau tak nak masak sambal korang boleh mintak yang rebus. 

Juju suka sangat dengan ikan pari bakar sambal tu. Sambal dia sedap sangat. Cuma agak pedas. Pedas yang sedap. Kalau dulu masa di Kuala Lumpur, tak banyak restoran yang menyediakan ikan bakar sambal. Kalau ada pun mesti bakar cicah air asam. Jadi bila dah tau restoran Ateh Corner ni ada ikan bakar sambal yang sedap, Juju dah mark kedai ni. Lepas ni kalau teringin nak makan ikan bakar sambal, wajib datang kedai ni.



Selain itu, makanan barat yang dihidangkan dekat restoran ni tak kurang juga sedapnya. Lamb chop dia marvelous sangat. Tak terlalu garing, dan tak terlalu mentah. Just nice bak kata orang putih. Muehehe. 

Junior Chicken Chop ni memang hidangan untuk budak-budak. Dia akan asingkan kuah blackpepper dan saiz chicken chop pun kecil sedikit berbanding yang biasa. Untuk budak-budak je kan. Diorang bukannya makan banyak sangat. Penyudahnya mak ayah juga yang kena habiskan. 

Tapi nampaknya si Firash lebih sukakan lamb chop. Lepas suap sekali dia mintak lagi dan lagi dan lagi. Adakah ini bermakna dia lebih sukakan kambing daripada ayam? Hurmmmm. 


Bagi peminat laksa Johor, korang boleh cuba sendiri laksa Johor hidangan Restoran Ateh Corner ni. Memang padu rasa ikan dia tau. Kalau suka pedas boleh request sambal belacan lebih ye.




Kalau korang tak nak makan makanan yang berat-berat tu, ada juga disediakan hidangan yang ringan-ringan dekat sini. Eh ringan ke? Ha tengok tiga gambar dekat atas ni. Kira hidangan yang ringan-ringanlah ni.

Kalau korang nak jumpa kawan ke atau lepak-lepak nak tengok bola ke sambil-sambil tu boleh order sotong kangkung ke, rojak petis atau tauhu bakar. Sambil berbual sambil mengunyah. Sambil tengok bola wajib mengunyah jugakkan. So Juju suggest korang try tiga hidangan ni. Sedap hingga menjilat sudu garfu.


Terbaru di Restoran Ateh Corner sekarang ni beroperasi bermula jam 7.00 pagi hingga jam 2.00 pagi. Ada pelbagai menu sarapan disediakan. Macam gambar nasi lemak ayam dekat atas ni. Ayam yang dihidangkan adalah ayam chicken chop. Ha.. Ko ado?

Selain nasi lemak, soto dan lontong juga ada disediakan.









Air yang dihidangkan juga sedap-sedap belaka. Juju cadangkan korang cuba cendol durian dan ais jagung special. Memang sedap you ollsss. Hirup tak pandang kiri kanan. Tau tau habis. 


Apa yang menarik dekat restoran ni, sistem order dia menggunakan sistem online. Maksudnya setiap kali order terus sampai dekat dapur. Tak pakai sistem kertas dah. Canggih hoi kedai makan sekarang nih.

Yang paling best sekali, korang tak perlu tunggu lama untuk dapatkan makanan. Belum panas punggung makanan dah sampai. Laju hokeh. Thumbs up sikit dekat owner restoran ni iaitu Puan Linda yang sangat-sangat peramah. 

Alhamdulillah, kali ni Juju berkesempatan untuk menyertai food review dengan kawan-kawan dari JDT Blogger. Sebelum ni Juju dapat tengok je diorang ke sana ke sini buat food review. Kalini diberi kesempatan dan masa yang sesuai untuk join diorang. Sempat jugalah membawang barang sebiji dua. Muehehehe.



Ini adalah sebahagian geng JDT Blogger yang hadir.
Jom serbu Restoran Ateh Corner di:
Restoran Ateh Corner
Jalan Pendidikan 5, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor

Di buka dari jam 7am sehingga 2am
Di tutup pada hari Isnin. 

Atau boleh layari akaun facebook page : Restoran Ateh Corner 

*Kemudahan Surau juga di sediakan juga tandas yang bersih dan wangi . 










4 comments:

  1. Memang sedap meletop semua. Nant boleh datang lagi ulang-ulang ...

    ReplyDelete
  2. semua sedap oii...sotong kangkung dia tu dengan koci leleh buat i tak tido mlam...kahkah

    ReplyDelete
  3. Ya ALLAH, saya terliur tengok air pelbagai air..rasa nak sedut jer semuaaa ! hahaha

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.