Sabai-sabai Thai Food Festival 2018

Kasih Juju
Rasai budaya Thai dan pelbagai persembahan Thai di Sabai-sabai Thai Food Festival 2018. Dianjurkan oleh Jabatan Perdagangan Antarabangsa Promosi, Kementerian Perdagangan Thailand (DITP), HeroMarket dan HPG Marketing (M) Sdn. Bhd, Festival ini diadakan di semua 24 gerai Pasaran Hero dari 3 - 31 Ogos 2018. 

Sabai-sabai yang bermaksud rasa bahagia, santai atau selesa dengan sempurnanya merangkumi budaya dan gaya hidup Thai. Dengan tema ini, pesta ini telah menampilkan pelbagai produk makanan Thai dan makanan ringan yang akan dijual di HeroMarket seluruh negara. Selain itu, terdapat banyak tawaran-tawaran istimewa untuk produk Thailand terpilih.

Cik Patcha Wutipan daripada Kementerian Jabatan Persagangan Promosi Antarabangsa Thailad berkata, "ini adalah Pesta Makanan Thai SabaiSabai 18' yang pertama dianjurkan bersama HeroMarket dan kami menjangka lebih daripada 70,000 pengunjung sepanjang tempoh perayaan. Sejak kebelakangan ini, kami melihat peningkatan dalam permintaan produk Thailand yang berkualiti daripada pengguna Malaysia."

"Kami memilih HeroMarket sebagai rakan kongsi untuk promosi ini kerana semangat dan sokongan berterusan mereka. Di samping itu, kami berkongsi wawasan yang sama untuk pengguna Malaysia, iaitu untuk terus memberi lebih banyak pilihan produk berkualiti baik dari Thailand." katanya.



Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 18' untuk mempromosikan produk dan budaya Thailand dengan para pelanggan kami. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Kementerian Jabatan Perdagangan Promosi Antarabangsa Thailan untuk inisiatif ini, dan mengalu-alukan kerjasama yang sama pada masa akan datang." Kata Francis Teng, Pengarah HeroMarket.

Sepanjang tempoh perayaan, pelbagai produk baru akan dilancarkan di Malaysia. Ini termasuk snek buah-buahan inovatif dari J Fruit, produk gula-gula terkenal Thai - HACKS, keropok beras Jepun - Doca, udang gorang dan kerepek ketam - Manora, senk ciklat Pocky, snek ikan rangup - 'Madam Fish', kerepek beras Tawan, snek kacang panggang - Otori, asam manis dari Tamarind House serta maknan ringan dan minumam dari jenama antarabangsa yang dihasilkan di Thailand, seperti Schweppes + C Lemon Falvor Soft Drink, Jus 100% Malee, Birdy 3-in-1 coffee, Hales Blue Boy Syrup dan banyak lagi. Pengguna Malaysia juga boleh mendapatkan tawaran harga istimewa dari jenama sedia ada yang terdiri daripada makanan ringan, gula-gula dan minuman.


Pelanggan dari selatan boleh mengunjungi Desa Tebrau, Johor Bahru dan menikmati lebih banyak persembahan kebudayaan Thailand bersama dengan pesta makanan Thai dan bazaar antarabangsa. Pada 16 - 18 Ogos 2018, pelanggan yang membelanjakan lebih dari RM30.00 di HeroMarket, Desa Tebrau akan menerima urutan Thai percuma selama 15 minit dari Than Thara.


Sepanjang Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 2018 ini dijalankan, setiap pembelian produk Thai RM5.00 di HeroMarket dari 3-31 Ogos 2018, pelanggan layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah-hadiah menarik. Pemenang hadiah pertama akan menerima 2 tiket penerbangan ke Phuket dengan penginapan untuk 4 hari 3 malam, manakala pemenang hadiah kedua berpeluang memenangi dua tiket penerbangan ke Hua Hin dengan penginapan 3 hari 2 malam. Pemenang hadiah ketiga akan menerima hamper bernilai RM500.00, kadiah keempat hamper bernilai RM300 dan hadiah kelima hamper bernilai RM200.00

Untuk maklumat lanjut mengenai 'Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 18', sila layari
https://www.facebook.com/myheromarket/
https://www.facebook.com/thinkthailandmy