30 September 2018

Blog Walking Segment By KasihJuju
Blog Walking Segment By KasihJuju l Hai korang, dah lama sangat Juju tak buat segmen dekat blog ni. Engkorang tu entah ingat lagi ke tidak dekat Juju ni ha. Hehe.. Gurau je. Jadi sementara Juju tengah free ni (free ke? Mampus kang kejap lagi bos jumpa blog anak buah dia!), Juju nak buat segmen yang simple untuk korang semua join.



Syarat Penyertaan:
  1. Wajib ada blog.
  2. Buat satu entri bertajuk: Blog Walking Segment by KasihJuju
  3. Letakkan banner segmen dan link kan semula ke entri ini,
  4. Follow blog Kasih Juju,
  5. Follow Facebook Page Blog Kasih Juju -->  
  6. Follow Instagram Helmi Julia di www.instagram.com/helmijulia
  7. Publish dan tinggalkan link anda di ruangan komen entri ini sahaja.
Segmen ini bermula dari 19 September 2018 hingga 30 September 2018 jam 11.59pm

Ataupun korang boleh copy dan paste coding dibawah ni diruangan HTML,

Di akhir segmen ini nanti Juju akan buat satu entri lain untuk kita sama-sama blogwalking ye. Juju pun dah rindu sangat nak jalan-jalan dekat blog kawan-kawan blog Juju ni ha. Kekangan kerja dekat office ni membuatkan Juju tak sempat nak buka blog sorang-sorang. Minta maaf ya kalau Juju tak terjah blog korang. 

27 September 2018

Lirik Lagu Mama Papa Larang by Judika

Lirik Lagu Mama Papa Larang by Judika
Separuh nafasku 
ku hembuskan untuk cintaku
Biar rinduku sampai 
kepada bidadariku

Kamu segalanya,
Tak terpisah oleh waktu
Biarkan bumi menolak, 
Ku tetap cinta kamu

Biar mamamu tak suka, 
Papamu juga melarang
Walau dunia menolak ku tak takut
Tetap ku katakan ku cinta dirimu

Karena kamu bintang di hatiku
Takkan ada yang lain 
Mampu goyahkan rasa cintaku 
Padamu

Kamu segalanya, 
Tak terpisah oleh waktu
Biarkan bumi menolak, 
ku tetap cinta kamu

Biar mamamu tak suka, 
Papamu juga melarang
Walau dunia menolak ku tak takut
Tetap ku katakan ku cinta dirimu

Sudah jangan kau usik lagi
Cinta yang tertanam di hati 
Akan ku bawa sampai mati

Kamu segalanya, 
Tak terpisah oleh waktu
Biarkan bumi menolak, 
Ku tetap cinta kamu

Biar mamamu tak suka, 
Papamu juga melarang
Walau dunia menolak ku tak takut
Tetap ku katakan ku cinta dirimu oooh

25 September 2018

Dapatkan Pakaian Musim Sejuk di FashionMia.com
Dapatkan Pakaian Musim Sejuk di FashionMia.com l Hai korang. Sekarang ni kita dah berada di penghujung bulan September. Sekejap sangat masa berlalu. Dah nak masuk hujung tahun dah. Tetiba macam terkesima. Apa pencapaian yang aku dah buat sepanjang tahun 2018 ni? Aduh, banyak lagi yang belum tercapai.

Okeh, kita ketepikan dulu cerita pencapaian yang entah tak tahu tercapai ke tak tahun ni. Memandangkan hujung tahun semakin menghampiri, musim sejuk pun semakin mendekati jugak. Bukan saja musim sejuk, musim cuti sekolah pun semakin melambai-lambai ni.

Dengarnya tempat-tempat peranginan dekat Malaysia ni dah fully booked. Hadoi!! Advance sungguh engkorang ye. Huhu. Juju juga yang takda plan nak kemana-mana. Eh, eh! Juju bukan nak cerita pasal tempat peranginan, tapi Juju nak cerita pasal baju. Muehehehe.

Untuk korang yang dah plan nak bercuti keluar negara, dah beli ke winter outerwear aka baju musim sejuk korang? Juju sebenarnya terbuka satu website ni. Eh macam tergoda pula tengok baju musim sejuk diorang ni. Dah lama berangan nak pakai baju macam dekat gambar di bawah ni.

https://www.fashionmia.com/Products/lapel-double-breasted-plain-long-sleeve-coats-196866.html

Cantikkan coat dekat atas ni. Tapi tak boleh nak pakai dengan cuaca kita dekat Malaysia ni. Kena travel ke negara sejuk barulah feel ala-ala perempuan sofistikated lagi elegen. Muehehehe..

Selain daripada baju coat ni, Juju suka juga yang pattern hoodie. Lagi-lagi kalau jumpa cheap hoodies, fuh! memang melekat lamalah dekat website tu. Untuk pattern yang ada hoodie ni dia nampak lebih stylo sikit. Ala-ala budak skate gitew. Haha. Contohnya macam gambar dekat bawah ni.

https://www.fashionmia.com/Products/plain-long-sleeve-hoodies-209255.html

Kalau baju macam ni, bolehlah kita pakai dekat tempat kita ni. Pakai waktu malam-malam pun oke. Nampak macam "Wow, sejuk sungguh Malaysia malam ni" Haha. Dulu Juju ada sehelai sweater yang ada hood ni. Tapi dah tak muat dah nak pakai. Maklumlah, kain sekarang ni bukan boleh percaya. Cepat betul mengecil. Eh!?

Okeh, sila jangan percaya. Sebenarnya Juju yang makin membesar. Sebab tu sweater tu dah tak muat dah. Mampu gantung je dalam almari. Tak mampu nak pakai dah. Hah! Apa lagi? Jomlah beli sweater yang ada hoodie baru ni.

Untuk dua jenis baju yang Juju dah print screen ni, korang boleh dapatkan di fashionmia.com. Ada banyak sangat pilihan baju musim sejuk dan sweater yang boleh korang pilih. Penghantaran pula seluruh dunia. Kalau nak pilih matawang Malaysia pun boleh. Takda masalah.

Okey korang, selamat mencuci mata. Jangan lupa baca Bismillah dulu ye :) 

24 September 2018

Lirik Lagu Anta Permana - Dato Sri Siti Nurhaliza

Lirik Lagu Anta Permana - Dato Sri Siti Nurhaliza
Bicara minda dendangan hati
Jiwa dan raga yang melengkapi
Bagaikan bagaikan hangat mentari
Cinta yang sejati
                      
Jauh di mata dekat di hati
Jika dirindu jangan curangi
Ke mana ke mana kan terbawa pergi
Terduga diuji
                       
Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi
                     
Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafas ku yang terakhir
Masih ku cinta
Kerna ku pasti kau tiada pengganti
                       
Sedangkan lidah tergigit jua
Inikan pula cinta manusia
Melayang marayau di bawah pawana
Diri dicintamu
                        
Biar dikenang kasih, budi dan sayang
Biar biarkan cinta anta permana

23 September 2018

Beauty Giveaway By Mrs Pip

syarat syarat BEAUTY GIVEAWAY BY MRS PIP

1. Post banner di atas dalam entry korang dan backlink kan ke entry mrs pip ni
2. Tulis tajuk entry korang Beauty Giveaway By Mrs Pip
3. Follow blog mrs pip ni
4. Follow IG mrs pip >>> mrspip18 <<<
5. Follow facebook page mrs pip >>> mrspip18 <<<
6. Follow Twitter (jika ada) >>> mrspip18 <<<
7. Kena karang sedikit ayat untuk mrs pip ... cer bagitau mrs pip
    >>> apa yang korang suka mengenai blog mrs pip?
    atau
    >>> ada apa-apa soalan yang korang nak tahu mengenai mrs pip tak?

8. Giveaway ni berlangsung dari ianya dipublish , dan akan tamat pada 6 Oktober 2018.

Okeh, Juju nak komplen sikit blog Mrs PIP ni. Eh bukan komplen. Lebih kepada pendapat je sebenarnya. So overall Juju suka sangat dengan blog Mrs PIP ni sebab:
- loading laju
- tidak terlalu padat dengan gadget
- sedap mata memandang

22 September 2018

Domino’s Spreads Love     with Free Extra Cheese For All Pizzas!
Domino’s Spreads Love with Free Extra Cheese For All Pizzas!

September 21, 2018 – Cheese, cheese and more cheese! And the best part is, it’s for free! Domino’s Pizza is splurging on giving free extra cheese for all pizzas to all its customers.

It is no secret that Cheese is the key ingredient to pizzas as it brings together all the flavors of the pizza toppings. Known for its promise in delivering value in exciting ways and forms, Domino’s Pizza is delighted to offer customers an enjoyable experience with one of Malaysia’s favorite ingredients. Inspired and always driven by its customers love for cheese, Domino’s is expected to give out free extra cheese from now until 7 October, 2018. 


Shamsul Amree, Deputy President, Operations, Domino’s Pizza Malaysia and Singapore, said, “Domino’s Pizza is committed to enrich the lives of our customers and we are pleased to create value by giving extra cheese on all pizzas, without any additional cost for the entire month of September. The fact that many would opt for extra cheese is a strong indication of Malaysians love for cheese. This has inspired us to create this value campaign, especially to give back to our customers.” 

“With current sentiments, customers are more cautious and thrifty with their spending. We understand what they may be facing and this was at the forefront of our thoughts as we created this campaign. We are proud to offer the best deals in town for our customers and we hope our customers will enjoy this month-long free cheese for all, in celebration of our love for all Malaysians.”

Committed to ensuring high quality products for its customers, Domino’s Pizza uses a specially developed cheese for its pizzas. It’s new and improved Mozzarella cheese presents a luscious, indulgent and creamy taste, the perfect combination for cheese lovers. As appealing as the taste, is the stringy and melted cheese texture in every bite that enhances the taste of the pizza toppings, without overpowering it.

During the campaign period, all pizzas will be topped with extra cheese for items bought as ala carte or through Domino’s various value for money deals. For even greater value, order the 2 Pizza Deals with free extra cheese at only RM28.30, RM47.15 and RM66.05 for the two Regular pizzas, two Large pizzas and two Xtra Large pizzas respectively. *Surcharge applies.


Get your extra cheese at all Domino’s Pizza stores. Visit our stores, order online at http://www.dominos.com.my/, or call 1300-888-333 to make an order. 

To learn more about Domino’s Pizza Malaysia’s Value Campaign as well as other ongoing promotions, visit us at http://www.dominos.com.my/.

20 September 2018

Lirik Lagu Hikayat Benladin - Benladin
Picture source: google image

Lirik Lagu Hikayat Benladin - Benladin

Benladin...Benladin

Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa
Niat enson matakaji semar ngiseng
Aku lah Benladin
Hikayat Benladin

Suara dah bergema
Suara sakti hamba
Dalam gelombang bawa aura ke udara
Separa manusia separa luar biasa

Gurau senda dengan kata-kata sang pujangga
Kalau main api janganlah tambah gasolin
Mesti hati-hati janganlah seperti lilin
Jika mahu terang biar terang dengan betul

Jangan jadi arang jadi arang buat kotor
Kerna atas muka ada selendang suci
Maka hias ia biar terpampang seri

Akulah ilustrasi definisi gergasi
Terhasil dari ekperimentasi radiasi bunyi
Buka mata minda luas seperti lautan
Usah fikir bukan-bukan, kata bukan-bukan
Nenek tua si bongkok tiga
Cubalah nenek cari cucu dimana ada (ohhhh...)

Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa
Niat enson matakaji semar ngiseng
Aku lah Benladin
Hikayat Benladin

Masuk tempat orang jadi kucing bukan singa
Jangan cuba jadi cacing nak jadi garuda
Jika mulut murai tukar paruh jadi tiong
Kalau cuma gusi jangan lagaknya bersiong

Setakat dua tangan janganlah nak berangan
Si tikus datang bekal dua belas beruk baran
Telan lauk enak lepas makan pandai simpan
Pandai-pandai lah tanggung binasa perbuatan

Pecut laju-laju sampai dia terpelanting
Bukan perkara bijak lari-lari bawa gunting
Diajak berteman rupanya musang berjanggut
Pura-pura sejuk masuk berkongsi selimut

Baik berpada-pada jahat jangan sekali
Hidup punya hukum karma kau harus mengerti
Salam perkenalan dengan ritma dan puisi
Nama patik Benladin mengundurkan diri

Putih-putih melati Ali Baba
Merah-merah mawarnya Si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata

Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada (di mana)
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa
Niat enson matakaji semar ngiseng
Aku lah Benladin
Hikayat Benladin

Putih-putih melati Ali Baba
Merah-merah mawarnya Si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata
Oohhh...oohhh (Benladin...Benladin)
(Benladin...Benladin)


18 September 2018

Sinopsis Drama Vila Ghazara

Sinopsis
Teratak yang diberi nama hasil gabungan nama pemiliknya iaitu, Dr. Ghazaly Baqri (Ghaz), seorang doktor kosmetik yang juga ahli lembaga pengarah sebuah hospital swasta terkenal bersama isterinya iaitu Zaharah (Zara). Siapa sangka Vila Ghazara yang terlihat indah di luarannya, para penghuninya tidak sebahagia yang disangka.

Kejayaan Dr. Ghaz sebagai seorang doktor kosmetik yang tersohor dan ahli perniagaan berjaya membuatkan dia sering mengongkong dalam menentukan arah tuju lima puteranya iaitu Zarul (Syed Aiman), Adrian (Aidil Aziz), Hariz (Shukri Yahaya), Dazrin (Hafeez Mikail) dan Azrel (Amirul Faqeem). Walau terlihat hebat dengan keluarga sempurna di mata ramai, selama lima tahun lamanya, Dr. Ghaz menyimpan rahsia bahawa sebenarnya dia mempunyai seorang isteri lain bernama Maria (Elly Mazlein).

Kerana sikapnya yang mahukan kesempurnaan, dia mengatur kehidupan anak-anaknya tanpa memikirkan kemahuan atau minat tersendiri anak-anaknya. Tidak mahu hidupnya terus diatur, Hariz bertindak untuk meninggalkan Vila Ghazara. Apabila Hariz mengingkari arahannya, Dr. Ghaz terus menidakkan hak Hariz sebagai zuriatnya. Membawa diri selama 15 tahun, Hariz akhirnya pulang juga ke Villa Ghazara namun kepulangannya tetap tidak mengubah pandangan Dr. Ghaz terhadapnya. Bagi Dr. Ghaz, Hariz pulang tanpa sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan berbanding anak-anaknya yang lain

Seperti mana dia pernah merancang kehidupan anak-anaknya dulu, Dr Ghaz kini mula menyusun perancangan untuk cucu tunggalnya iaitu Alisha yang kini tinggal bersama mereka setelah anaknya, Adrian yang juga seorang juruterbang, diberhentikan kerja. Sejak dibuang kerja, Adrian dan isterinya, Sofea (Tunku Hanis) sering bertengkar dan mengabaikan Alisha.

Dr. Ghaz kemudiannya mengupah Arianna (Azira Shafinaz) graduan bidang perguruan yang terdesak mencari pekerjaan untuk menjadi guru tuisyen dan mengajar Alisha di rumah. Rupa-rupanya, Arianna dan Hariz saling mengenali. Hariz membenci Arianna kerana Arianna pernah menyebabkan Hariz terlepas penerbangannya ke London suatu ketika dahulu. Kerana itu juga, sepanjang Arianna berada di Villa Ghazara, mereka sering berselisih faham.

Apakah kesudahan konflik keluarga dalam Vila Ghazara ini? Adakah Dr. Ghaz akhirnya akan menerima dan berbangga dengan Hariz? Mungkinkah rasa benci di antara Arianna dan Hariz akan membibitkan rasa cinta? 

Barisan Pelakon:
- Shukri Yahaya sebagai Hariz
- Azira Shafinaz sebagai Ariana
- Mustapha Kamal sebagai Dr Ghazaly baqri (Ghaz)
- Haleeda sebagai Zaharah (Zara)
- Aidil Aziz sebagai Adrian
- Hafeez Mikail sebagai Dazrin
- Syed Aiman sebagai Zarul
- Amirul Faqeem sebagai Azrel
- Tunku Hanis sebagai Sofea
- Elly Mazlein sebagai Maria
- Zarynn Min
- Cik Manggis
- Sofia Liyana
- Puteri Rafasya sebagai Alisha

Drama terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd ini akan memenuhi slot Akasia di TV3 bermula 17 September 2018. Drama 40 episod ini akan ditayangkan pada jam 7-8 malam.

Source:Vila Ghazara 

Resepi Ringkas Spageti Bolognese

Resepi Ringkas Spageti Bolognese
Bahan-bahan:
- Mi spageti
- Daging atau ayam cincang
- Sos bolognese Kimball atau Prego
- Sosej
- Garam 
- Bawang merah (cincang halus)
- Bawang putih (cincang halus)
- Cili padi (optional)

Cara-caranya:
1/ Rebus mi spageti. Letakkan sedikit minyak dan garam. Rebus sehingga mi lembut. Kemudian toskan.
2/ Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi. Cili padi ni optional ye.
3/ Masukkan daging cincang. Juju tukar daging dengan ayam. Tumis sampai daging tu masak.
4/ Masukkan sosej.
5/ Masukkan sos spageti kimball. Tambah sedikit air dan garam secukup rasa.
6/ Sedia untuk dihidangkan.

Disebabkan suami dan Firash tak suka makan pedas, jadi Juju potong cili padi dan taburkan diatas kuah. Tekak melayu sangat tau. Hehe.

Selamat mencuba.

17 September 2018

Sambutan Hari Lahir Firash di Tadika
Sambutan Hari Lahir Firash di Tadika l Alhamdulillah. Tahun ni genaplah usia Firash 4 tahun. Tahun ni tarikh lahir dia jatuh pada hari Jumaat. Jadi Juju dah plan nak buat sambutan hari lahir dia dekat sekolah. Mengenangkan tahun depan nak sekolah tempat lain, jadi tahun ni kita sambut dekat sekolah dulu ya.



Juju belikan kek dan bungkus sedikit makanan untuk Firash dan kawan-kawan dia. Untuk goodies bag pula Juju belikan beg di Mr DIY. Suka betul Juju tengok beg tu. Beg tu ada gambar kartun. Tapi belum diwarnakan. Masa beli beg ni dia datang sekali dengan kaler magik.



Untuk kek pula Juju beli dekat kedai Milky, Kluang. Lupa betul nak tempah awal. Kononnya nak tempah kek yang ada gambar ultraman dekat atas dia. Tapi entah sibukkan apa sampai tak sempat Juju nak ke bandar. Tak pelah. Mama hutang dulu ye Yash.


Okeh nyanyi dulu sebelum potong kek. Cikgu dia pun sporting. Melayan je permintaan Juju nak buat sambutan hari jadi. Rupanya yang lain pun sambut juga. Cuma diorang tak publish dekat group whatsapp.



Sampailah sesi suap menyuap. Sebenarnya ada juga gambar Juju suap Firash dan Firash suap Juju. Tapi gambar tu tak melepasi piawaian. Jadi Juju simpan untuk tontonan sendiri saja. Hehe.

Oh ya, tarikh lahir Firash sebenarnya 3 hb Ogos, fud, dah lebih sebulan baru nak update dekat blog. Hadoi. Banyak sangat kerja yang ada due date. Jadi entri peribadi terpaksalah delaykan sedikit.

Terima kasih sudi baca :)



16 September 2018

Lirik Lagu Selamat Tinggal Sayang - Haqiem Rusli

Lirik Lagu Selamat Tinggal Sayang - Haqiem Rusli
Bertahun lama
Dalam menyemai cinta
Terbakar saat kau nyalakan ia
Aku tidak berdaya
Tuk beri segalanya cinta

Selamat tinggal sayang
Ku ucapkan kepadamu
Pergi kau dari hidupku
Ku tak ingin disakiti

Tersedar dari mimpi
Langkah menyusun pergi
Melihat kau bersama yang lain
Tersiksa jiwa ini
Terluka hati ini sayangku

Selamat tinggal sayang
Ku ucapkan kepadamu
Pergi kau dari hidupku
Ku tak ingin disakiti

Hapus segala derita yang ada
Tidak lagiku hanpir ke lubuk hatinya
Bisa yang kuterima
Kini hilang semuanya

Selamat tinggal sayang
Kini ku punya kisah yang baru
Pergi ku dari hatimu

Selamat tinggal kasih
Kubucapkan kepadamu
Pergi kau dari hidupku
Selamat tinggal
Selamat tinggal sayang


Pertandingan Pakaian Beragam di Tadika Firash
Pertandingan Pakaian Beragam di Tadika l Bersempena dengan bulan kemerdekaan yang lalu, Juju percaya ramai anak-anak kita yang masuk pertadingan pakaian beragam yang bertemakan bendera. Tadika Firash pun tak melepaskan peluangnya. Dan Juju pula dengan berbesar hatinya mendaftarkan nama si Firash untuk pertandingan pakaian beragam tu. Maklumlah, tahun depan nak bersekolah di tempat lain.

Hari yang pada awalnya dijadualkan akan berlangsung pada 30 Ogos, tapi entah kenapa tarikh tu ditunda ke 31 Ogos. Juju pun awal-awal dah pesan dekat Firash yang Juju tak dapat nak tengok Yash 30 haribulan tu. Ada bengkel di pejabat. Tapi bila cikgu tukar tarikh memang Juju tak lepaskan peluang untuk bersama-sama beri semangat dekat Firash nanti.

Upacara pagi tu dimulakan dengan nyanyian lagu Negeri Johor dan lagu Negaraku. Comel je tengok anak-anak yang masuk pertandingan ni dengan pakaian masing-masing. Dulu zaman Juju sekolah tadika memang takda pun pertandingan pakaian baju bendera ni. Yang ada cuma pertandingan pakaian beragam. Hehe.


Lepas menyanyi, kami menuju ke kelas tadika. Acara pertama pakaian beragam bendera. Firash antara peserta ke empat yang membuat peragaan baju. Boleh pulak dia pusing laju-laju masa cikgu suruh posing. Juju gelak sampai keluar air mata. Ada potensi jadi model rupanya anak aku ni. Memang tak tau malu.




Ha tengoklah gaya dia tu. Bukan main laju lagi dia berpusing. 



Barisan peserta yang join. Kalau ikutkan masa awal-awal bagi nama dulu tak ramai pun yang join. Sekali tiba hari kejadian ramai pula yang join. Meriah betul. 

Firash dapat nombor 6 kalau tak silap. Jadilahkan. Juju keluar modal sikit je beli bendera untuk tampal dekat songkok dia. Baju tu pinjam sepupu Juju punya. Kebetulan tahun ni tadika dia takda pertandingan pakaian beragam..Hehe, jimat sikit.


Saja Juju nak bagi dia simpan kenangan banyak sikit dekat tadika ni. Tapi nampak gayanya macam dah sayang sangat dekat tadika tu. Agak-agaknya tahun depan dia mengaruk tak dekat sekolah baru? Hmmm..

15 September 2018

Adakah Anak-Anak Kita Makan Dengan Betul?
Adakah anda biasa dengan senario ini?

Kasim suka snek manis
Kasim, 7 tahun, berlebihan berat badan untuk umurnya. Apabila terasa lapar antara waktu makan, dia mengambil coklat dan snek manis. Ibu bapanya khuatir kerana dia sudah mula bersekolah dan mereka tidak dapat mengawalnya daripada mengambil snek yang tidak sihat di kantin sekolah.

Sara yang ingin jaga imej badan
Ibu Sara mengejutkannya setiap pagi hanya 20 minit sebelum loceng sekolah berbunyi. Justeru, Sara yang berusia 12 tahun ini selalu kelam kabut dan tidak sempat mengambil sarapan. Sara memang tidak berminat untuk bersarapan kerana dia sudah mula mementingkan penampilan diri dan ingin menjaga imej badan.

Kumar sentiasa sibuk
Kumar, 10 tahun, kurang bersenam kerana dia sentiasa sibuk. Sebagai persiapan untuk menduduki peperiksaan UPSR, ibu bapanya mendaftarkan Kumar dalam pelbagai kelas tuisyen selepas waktu sekolah. Kumar menghabiskan masa lapangnya dengan bermain komputer untuk merehatkan fikirannya. Apabila ibunya berleter, dia menjawab: “Takkan tak boleh main sekejap pun. Bosanlah kalau belajar sepanjang masa.”

Anak-anak anda yang sudah bersekolah mungkin menghadapi masalah yang sama seperti Kasim, Sara dan Kumar. Ini adalah masalah yang biasa dihadapi oleh ramai kanak-kanak dan ibu bapa mereka. Apabila ini berlaku, waktu makan yang sepatutnya menyeronokkan bagi ibu bapa dan anak-anak, akan bertukar menjadi keadaan yang merimaskan.

Mengasuh anak-anak makan dengan betul
Sebagai ibu bapa, banyak yang anda boleh lakukan untuk menyemaikan tabiat makan yang sihat dalam diri anak anda. Anda yang menentukan apa yang perlu dimasak dan dihidangkan untuk keluarga anda. Ini adalah kerana anda merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan mereka, dan paling layak untuk menggalakkan tabiat makan yang sihat.

Lebih penting lagi, anda berpeluang untuk menunjukkan teladan yang baik. Anak-anak menganggap anda sebagai suri teladan. Lantaran itu, anda boleh memainkan peranan paling berkesan dalam usaha melentur anak-anak dan membiasakan mereka dengan tabiat makan yang sihat, baik di rumah mahu pun di luar. Setelah menerapkan amalan ini dalam diri mereka, anda tidak perlu lagi bimbang tentang kemungkinan mereka membuat pilihan makanan yang salah.

Malangnya, masih terdapat ramai ibu bapa di Malaysia yang tidak berusaha untuk memberi anak-anak mereka makanan yang berkhasiat dan menanamkan tabiat makan yang baik sejak mereka kecil, atau apabila mereka mula bersekolah.

Adakah kanak-kanak Malaysia mengalami masalah pemakanan?
Kebanyakan kanak-kanak Malaysia mendapat makanan yang secukupnya. Walau bagaimanapun, masih terdapat juga ramai kanak-kanak yang mungkin mengalami masalah malpemakanan. Masalah ini timbul sama ada disebabkan mereka tidak mendapat kalori dan nutrien secukupnya atau mereka mengambil makanan secara berlebihan. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) III yang dijalankan di seluruh negara pada 2006, satu daripada lima kanak-kanak kita mengalami masalah pemakanan, dengan berat badan dan ketinggian yang tidak sepadan dengan usia mereka.

Makan secara berlebihan
Kumpulan kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan adalah mereka yang berumur antara 7 hingga 13 tahun. Kanak-kanak yang makan secara berlebihan akan menjadi gemuk apabila dewasa. Kajian menunjukkan bahawa keadaan ini boleh meningkatkan risiko mereka menghidap penyakit seperti diabetes (kencing manis) dan hipertensi (tekanan tinggi) apabila usia mereka meningkat. Berlebihan berat badan atau kegemukan juga menyebabkan mereka menjadi lebih prihatin terhadap penampilan diri dan boleh menimbulkan perasaan rendah diri.

Kekurangan zat makanan 
Kanak-kanak dianggap kurang mendapat zat makanan apabila mereka tidak mendapat cukup tenaga daripada makanan. Ini juga boleh mengakibatkan kekurangan pengambilan pelbagai nutrien penting. Kanak-kanak ini lebih mudah mendapat jangkitan dan selalunya tidak mencapai potensi pertumbuhan yang optimum.

Mengapa kanak-kanak mengalami masalah pemakanan?
Rakyat Malaysia boleh dikatakan hidup senang dan dimanjakan dengan banyak pilihan makanan. Jadi, mengapa masih ramai kanak-kanak kita yang mengalami masalah pemakanan? Sebab utama ialah tabiat makan yang tidak betul dan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Ini berpunca daripada kekurangan pengetahuan tentang pemakanan di kalangan ibu bapa, dan juga kekurangan perhatian dan penjagaan ibu bapa.

Satu kajian yang dijalankan dua tahun lepas oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas lebih 9,000 murid sekolah rendah berumur 7-12 tahun menunjukkan bahawa kanak-kanak di Malaysia mempunyai tabiat makan yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Hasil kajian itu juga menunjukkan:

1.    Tidak mengambil sarapan
Satu dalam setiap tiga murid sekolah rendah tidak mengambil sarapan. Apabila anak-anak anda tidak mengambil sajian pertama yang penting dalam sehari, mereka tidak mendapat cukup tenaga untuk membolehkan mereka cerdas dan memberi tumpuan dalam kelas. Mereka juga menjadi lesu dan mudah merasa letih.

 2.    Snek tidak sihat
Empat daripada sepuluh murid sekolah rendah mengambil snek setiap hari. Tabiat makan snek yang tidak sihat, sama ada mengambil snek terlalu hampir dengan waktu makan atau mengambil snek dengan kalori tinggi dan nutrien rendah seperti kentang goreng, coklat dan gula-gula, boleh mengganggu selera anak-anak untuk makan sajian yang sihat apabila tiba waktu makan.

 3.    Gaya hidup santai dan kurang aktiviti fizikal
Dua daripada lima murid sekolah rendah tidak aktif. Semakin ramai kanak-kanak menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti santai seperti menonton televisyen, membaca, dan leka dengan permainan komputer/elektronik. Tiada perbezaan besar antara kanak-kanak bandar dan luar bandar.

Permulaan hari yang sihat
Jika anak anda cerewet makan, langkah pertama ialah kenal pasti punca masalah. Adakah mereka tidak mengambil sarapan? Kurang aktiviti fizikal atau kerap makan snek? Apabila sudah mengenal pasti puncanya, anda boleh mengambil langkah yang sesuai untuk menangani masalah ini.

Sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan yang sangat penting untuk memperkasakan diri anda sendiri, supaya anda dapat menanamkan tabiat makan yang sihat di kalangan anak anda sejak kecil. Pelajari asas pemakanan yang baik dan turunkan pengetahuan ini kepada anak-anak anda.

Ajar anak anda memilih makanan mereka dengan bijak, serta mengamalkan tabiat makan yang sihat dan gaya hidup aktif sejak kecil. Ini akan memastikan mereka mempunyai asas yang kuat untuk membesar menjadi remaja dan orang dewasa yang sihat sepanjang hayat.


Rencana ini dibawakan kepada anda oleh Jawatankuasa Pemandu Bulan Pemakanan Malaysia (NMM) Kebangsaan.



14 September 2018

Garlic Balm by ZM Beauty
Hai semua,  harini juju nak membebel pasal bawang putih. Seperti yang kita tau,  ada banyak kebaikan bawang putih.  Terkini,  bawang putih dijadikan sebgai snek harian kepada ibu-ibu yang lepas melahirkan.

Juju suka sangat tengok Instagram Story Dato' Seri Siti Nurhaliza dan Sari Yanti semasa mereka berpantang. Dalam menu makanan mereka memang hari-hari disediakan bwang putih goreng. Nampak macam sedap je hoi.

Masa Juju beranakkan si Firash dulu bawang putih goreng ni masih belum viral lagi. Hadui, nak mengandung cepat-cepatlah gini. Korang tolong doakan Juju hamil anak kedua ya. Hehe

Selain itu, bawang putih juga terkenal sebagai makanan superfood untuk mencegah selsema. Fuh,  kalau si Firash selsema, kemain resah lagi hati Juju ni. Orang ada sejarah semput ni lain sikit penjagaannya. Nak kena cepat-cepat pantau selsema dia. Kalau lambat memang cepat jelah semput dia menyerang.

Ha, sekarang ni Juju dah jumpa penawar semulajadi bagi mencegah selsema si Firash daripada melarat.

Garlic Balm by ZM Beauty



Kegunaan Garlic Balm membantu:
- Merawat batuk dan selsema
- Menghilangkan kahak
- Menghangatkan badan
- Merawat kembung perut
- Boleh dijadikan minyak bayi


Kelebihan Garlic Balm ZM Beauty:
- Garlic Balm ini adalah alternatif.
- Garlic Oil untuk memudahkan mak-mak bantu redakan masalah selsema, kahak, batuk, masalah kembung perut anak-anak.
- Tak berangin dan tak panas. Jadi InsyaAllah sesuai digunakan untuk anak semasa dalam pantang.
- Sesuai untuk semua peringkat usia, daripada bayi hingga ke dewasa boleh menggunakannya.
- 100% homemade, tiada bahan terlarang atau bahan kimia berbahaya yang terkandung dalam balm ni.
- Tiada sebarang penggunaan essential oil dalam balm ini. Ia adalah 100% menggunakan bahan semulajadi iaitu bawang putih asli, minyak zaitun dan beeswax (lilin lebah).
- Produk Muslim dan telah mendapat kelulusan KKM. 


Cara Guna Garlic Balm:
Sapukan di telapak kaki, belakang badan, dada (rusuk kiri dan kanan), tengkuk, ubun-ubun, bahagian sinus (dahi dan tepi kiri & kanan hidung).
Kalau kembung perut, sapu pada perut dan pusat.

Kena simpan satu dalam handbag. Maklumlah, sakit tu kalau dia nak datang bukan boleh di tangguh-tangguh. Yang menariknya bila sapu garlic balm ni, nyamuk pun tak nak dekat sebab bau dia yang agak kuat. 

Dapatkannya di sini: 
FB : Zuraini Muhammad
Page : Garlic BALM zm beauty
IG : @zmbeautybrand
Website : www.garlicbalm.com
Whatsap : 01132484182
Call : 07-7550792


13 September 2018

T-Shirt Printing Kajang - Murah, Selesa, Penghantaran Seluruh Malaysia
T-Shirt Printing Kajang - Murah, Selesa, Penghantaran Seluruh Malaysia l Korang perasan tak baju yang Team JDT Blogger pakai masa aktiviti Flying Fox dekat Bukit Gambang Resort City haritu? Okeh, mesti korang macam perasan tak perasan kan, meh sini Juju refresh balik.



Ha baju yang hitam nilah yang Juju maksudkan. Baju ni kami temoah di T-Shirt Printing Kajang. Alhamdulillah, puas hati sangat-sangat dengan kualiti kain. Selesa sangat-sangat. Walaupun kami pakai untuk aktiviti lasak, tapi kami semua tak rimas pun. 

Diorang semua amik baju lengan panjang. Juju punya je yang lengan pendek. Hehe. Juju lagi suka baju lengan pendek sebenarnya. 

Kami siap berflying fox lagi tau. Memang selesa sangat-sangat.
Selain mengambil tempahan printing t-shirt, syarikat ini juga ada menyediakan servis printing lain seperti totebag dan pencil case. Mereka turut menerima segala tempahan percetakan baju seperti Baju Rewang (bekwoh/kenduri), Baju Family Day, Baju Kelab/Persatuan, Baju Kelas, Baju Event, Baju Program dan lain-lain.

Jenis Cetak/ Printing
  • Heat Press
  • Silk Screen
  • Sulam

Kenapa harus memilih T-Shirt Printing Kajang?

  • Mempunyai Tenaga yang Mahir & Pakar
  • Menawarkan harga yang sangat MURAH
  • Mampu menyiapkan tempahan secepat mungkin.
  • Penghantaran ke SELURUH MALAYSIA
  • Mempunyai Pelbagai Mesin Cetak seperti Heat Press, Silk Screen, Sulam, dan lain-lain.


Untuk maklumat lanjut, boleh ke

Untuk Tempahan,
Call / WhatsApp terus ke :
+6010-2511422

Alamat :
Arked Mara Kajang
Tingkat 2, Kedai No.40.

Waku Operasi :
10.00 pagi – 8.00 petang


Lirik Lagu Kau Pun Sama - Syamel
Lirik Lagu Kau Pun Sama - Syamel


Jangan kau tanya siapa semalam
Takut bibirku kan menyakitkan
Abaikan saja ku kan disini
Melayani mu setiap hari

Tapi tak ku sangka
Satu hari terjumpa
Pesanan ringkasnya baby you di mana…
Kelu kau terpinga
Tapi tak mengapa
Kau dan aku kita sama

Aku tahu
Siapa mahu
Bermadu cinta
Lalala

Tak ku paksa
Engkau setia
Aku kan terima

Kau kata cinta mu tulus dan setia
Kau kata ku dusta
Tapi engkau pun sama
Tapi engkau pun sama
Kau pun sama

Oh sayang ku
Oh sayang ku
Oh sayang ku
Oh sayang ku (kau pun sama)

Oh sayang ku
Oh sayang ku
Oh sayang ku
Oh sayang ku

Aku tahu
Siapa mahu
Bermadu cinta

Tak ku paksa
Engkau setia
Aku kan terima

Aku tahu
Siapa mahu
Bermadu cinta
Lalala

Tak ku paksa
Engkau setia
Aku kan terima

Kau kata cinta mu tulus dan setia
Kau kata ku dusta
Tapi engkau pun sama
Tapi engkau pun sama

Kau kata cinta mu tulus dan setia
Kau kata ku dusta
Tapi engkau pun sama
Tapi engkau pun sama

Kau kata cinta mu tulus dan setia
Kau kata ku dusta
Tapi engkau pun sama
Tapi engkau pun sama
Kau pun sama

11 September 2018

Lirik Lagu Pendusta Cinta - Wani Ft Waris

Lirik Lagu Pendusta Cinta - Wani Ft Waris
Di malam ini
Ku mendengar suara rintihan hatiku
Di malam ini
Ku meluahkan rasa cintaku padamu

Namun tetapi di sudut hati
Aku tidak pasti
Kerna engkau selalu mempermainkan ku

Aku tak percaya
Kan dirimu pendusta cinta
Kau mendua kan cintaku
Ku terluka 
Kerna egomu

Suatu hari 
Kau pasti kan pulang mencari diriku
Suatu hari
Ku berharap kita tetap bersama

Namun tetapi di sudut hati
Aku tidak pasti
Kerna engkau selalu mempermainkan ku

Aku tak percaya
Kan dirimu pendusta cinta
Kau mendua kan cintaku
Ku terluka 
Kerna egomu

Aku bukan pendusta
Cuma aku cuba jaga hati
Supaya kau tidak terluka
Takut tuk bersemuka kerna hati berubah
Bila ku berjumpa kamu rasa ingin semula
Jadi ku bertukar arah
Ah…terlalu marah
Tak dapat ku berfikir mana betul mana salah
Teruskanlah berbalah aku mengaku kalah
Dah tiba masa aplikasi ini aku pangkah
Tak dapat aku fikirkan aku yang mempermainkan
Aku punya pilihan lain lebih menjanjikan
Mercu kebahagiaan bajerat percintaan
Maafkan undur diri
Putus sudahnya ikatan

Aku tak percaya
Kan dirimu pendusta cinta
Kau mendua kan cintaku
Ku terluka 
Kerna egomu

Aku tak percaya
Kan dirimu pendusta cinta
Kau mendua kan cintaku
Ku terluka 
Kerna egomu