23 October 2018

Lirik Lagu Bangun dari Aman RA


[Intro]
It's a one
It's a two
It's a one, two, three, come on!

[Verse 1]
(Woo!)
Dulu asyik mengadu kata aku tak ada apa
Selagi aku bernyawa, aku rasa aku berharta
Akal celik dan jiwa kental benda bukannya murah
Semua nak ke puncak, tak semua sanggup menghadap susah (brrahhh!)
Hari-hari aku bersyukur Ya Rabbi
Hidup sehari lagi untuk aku cuba lagi
Nak dipermudahkan urusan dan murah rezeki
Kalau jatuh sekali aku bangun tiga kali!

[Chorus]
Budak flat, bangun!
Budak flat, bangun!
Budak flat, bangun!
Budak flat, bangun!
Budak flat, bangun!
Budak flat, bangun!
Budak flat, bangun!
Budak flat (budak flat)

[Verse 2]
Izinkan aku memperkenalkan diri
Barangkali budak flat yang mungkin jadi Tan Sri
Hati bukan merah padi tapi merah 'rarri
Hajat masih sama, kaya sebelum mati
Sejuta akan datang, tarik masuk entah bila
Tapi aku nak pindah keluar dari flat ke villa
Kata aku gila, I don't give an F macam FILA
Aku hanya kejarkan gol aku macam FIFA
Dulu lepak bawah blok, sekarang lepak rooftop
Sampai peminat sendiri kata "wa taknak lu stop"
Wa sanggup tunggu lebih setahun untuk lu drop
Wa jaga cakap bohong betul nak tengok lu top
6 peratus dah cam kenal aku pasti
Tahu nama aku naik macam GST (ay)
Pimpin' ain't easy, man believe me
AU3, do you feel me
Modal diri 100cc
Tengah-tengah bulan tak cukup gaji
Kenapa khayal sebab sakit hati
Diri tercandu pada duniawi
Modal diri hanya 1.3
Tengah-tengah bulan tak cukup gaji
Kenapa khayal sebab sakit hati
Diri tercandu pada duniawi (brrahh!)

[Chorus]
Budak flat, bangun!
Budak flat, bangun!
Budak flat, bangun!
Budak flat, bangun!
Budak flat, bangun! (brrrahh!)
Budak flat, bangun!
Budak flat, bangun!
Budak flat (budak flat)

[Verse 3]
Dulu asyik mengadu kata aku tak ada apa
Selagi aku bernyawa, aku rasa aku berharta
Akal celik dan jiwa kental benda bukannya murah
Semua nak ke puncak, tak semua sanggup menghadap susah (brrahhh!)
Hari-hari aku bersyukur Ya Rabbi
Hidup sehari lagi untuk aku cuba lagi
Nak dipermudahkan urusan dan murah rezeki
Kalau jatuh sekali aku bangun tiga kali!

[Chorus]
Budak flat, bangun!
Budak flat, bangun!
Budak flat, bangun!
Budak flat, bangun!
Budak flat, bangun! (brrrahh!)
Budak flat, bangun!
Budak flat, bangun!
Budak flat, bangun! (brrrahh!)

[Outro]
Budak flat
Budak flat (bangun!)
Budak flat
Budak flat (woo, bangun!)
Budak flat
Budak flat (bangun!)
Budak flat (woo)
Budak flat (bangun!)
Bangun, bangun

22 October 2018

Ginvera World Spa Lavender Shower Scrub
Hai semua,



Siapa suka mandi guna skrub? Skrub tu maksudnya biji-biji halus macam pasir yang ada dalam sabun mandi. Juju suka sangat guna sabun yang ada skrub ni sebab senang nak sental semua daki-daki yang ada dekat badan. Tapi skrub ni korang tak boleh nak guna selalu sebab dia akan menipiskan kulit. Jadi kalau guna seminggu dua kali tu dah okey sangat dah.


Baru-baru ni Juju ada jumpa satu shower scrub yang korang boleh guna hari-hari. Yup, yang boleh guna hari-hari. Shower scrub jenama GINVERA. Macam dah lama betul tak dengar pasal jenama GINVERA ni kan. Dulu masa kecik-kecik memang popular sangat jenama GINVERA ni. Cuma sekarang je macam suam-suam sikit.

Bila Juju jumpa je shower skrub ni dekat kedai, Juju terus rasa nak cuba. Kebetulan memang shower scrub dah habis dekat rumah.


Korangv tau tak shower skrub ni ada manik-manik mikro yang selamat untuk korang gunakan setiap hari. Jadi memang takda masalah kulit kering ye. Malah kulit akan lebih lembut dan lembab.

Bau dia pun wangi sangat. Tenang sungguh lepas guna sabun ni. Rasa nak mandi lama-lama. Hehe. Korang boleh dapatkan shower scrub ni di kedai-kedai berhampiran atau pun di drugstore.

Terima kasih sudi baca. :)



14 October 2018

Lantak Festival, 19 - 20 Oktober 2018 Mydin Mutiara Rini
LANTAK FEST adalah sebuah karnival pesta yang menggabungkan 5 elemen LANTAK. Platform aktiviti yang akan membariskan pelbagai menu dan aktiviti sihat ini akan diadakan pada 19 - 21 Oktober 2018 di Mydin Mall, Mutiara Rini, Johor Bahru.
Lantak Festival

Antara aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang Lantak Fest:
Senarai aktiviti

1. BATTLE KARAOKE

Open battle (18 tahun ke atas)

Apa jua jenis genre lagu.
Daftar RM30.

Markah dikira:
1. Suara
2. Showmanship
3. Gaya dan penampilan


2. MASTERCHEF LANTAKFEST

Penyertaan berkumpulan (2 dewasa, 1 kanak-kanak)

Menu: Bread and Sandwich
Inti & peralatan disediakan.

Daftar RM30 satu kumpulan.

+ Setiap kumpulan akan diberi voucher RM50 untuk sesi run and get di Pasaraya Mydin
+ Live FB akan dibuat sepanjang program

+ Markah dikira daripada segi:
Ketepatan waktu
Hiasan & Kekemasan
Presentation skill kepada juri


3. KOMPANG HIPSTER

Saksikan kreativiti pasukan kompang berirama secara battle competiton dengan gaya tersendiri.


4. LANTAK DOODLE

Terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
Daftar RM30.

Daftar dan lukis doodle di rumah-upload ke FB-Menang hadiah menarik

*Penyertaan dibuka juga di pentas utama pada 13 Oktober 2018 jam 2.30 petang. Hubungi kami.


5. KING & QUEEN LANTAK:

Daftar RM5.
Siapa paling pantas makan dan dikira pemenang!


6. SUKANEKA LANTAK:

Daftar PERCUMA
Aktiviti keluarga, dewasa & kanak-kanak

Apalagi? Jom daftar dan menangi banyak hadiah menarik.

Pameran Mistik



Facebook:
https://www.facebook.com/LantakFest/

13 October 2018

Susu Fernleaf UHT, 100% mmmmm
Assalamualaikum semua. Hai korang.

Harini Juju nak bercerika sikit pasal susu. So, siapa yang suka sangat minum susu korang kena baca apa yang Juju nak kongsikan ni sampai habis ye. 

Kalau korang nak tau, Juju suka sangat minum susu. Bukan susu coklat tau. Susu yang putih. Tak kiralah samada dalam bentuk serbuk ataupun yang jenis cecair. Semua Juju bedal. Huh, gelojoh sangat bunyinya tu.

Ada sesetengah orang yang memang tak suka langsung minum susu putih ni. Hanyirlah, tak boleh telanlah. Eh macam-macam lagilah alasan yang Juju pernah dengar. Ada satu kes tu, mengandung, tapi tak nak minum susu. Juju jadi tertanya-tanya. Tak kurang ke kalsium untuk baby dalam perut tu? Kesian dekat ibu mengandung ni. Mesti selalu sakit pinggang.

Fernleaf UHT
Fernleaf UHT
Bercakap mengenai susu Fernleaf, korang sedar tak masa korang duduk asrama dulu atau sekarang, waktu minum malam mesti ada air milo kan. Korang tau tak susu tepung yang acik kantin tu guna dari jenama Fernleaf? Ha kalau tak percaya boleh tanya dekat acik kantin tu. Hehe. 

Apa yang Juju tau, sekolah tadika Kemas tempat si Firash memang guna susu jenama Fernleaf ni. Sedap tau. Lagi-lagi sekarang ni dah ada susu Fernleaf dalam bentuk kotak. Lagi senang nak minum. Tak payah nak bancuh-bancuh. Tuang je dalam cawan.


Jeling-jeling sambil fikir bila dapat bedal semua air ni..

At Fernleaf, our cows are at the heart of our dairy farming business and farmers take their welfare very seriously.
Due to climate, New Zealand is one of the few places in the world where dairy cows can graze outdoors almost all year round on fresh grass that gives them the best from nature to produce nutritious milk.
As a country, we’re experts at growing grass. Well-cared-for cows fed with natural grass are healthy cows; and healthy cows produce high quality nutritious milk.
New Zealand is a country with fertile soil, excellent rainfall and abundant sunshine, making it one of the best places in the world to produce milk.
With high quality of grass, cozy climate, clean air and water, our happy cows produce milk naturally without needing any form of milk booster.
With over 140 years of experience in dairy farming, our farmers’ heritage and expertise have made New Zealand a world leader in dairy today.
That is why the taste of Fernleaf UHT milk is 100% MMMMM
Firash suka susu Fernleaf. 

Apa yang menarik tentang susu Fernleaf ni adalah, mereka cuma mengambil susu dari lembu tenusu yang dibiarkan bebas meragut rumput di sana. Seperti yang kita tau, iklim di New Zealand adalah sejuk dan hal ini menghasilkan pengeluaran rumput yang sangat berkualiti tinggi.

Firash pun suka sangat susu Fernleaf ni. Dia kata macam susu dekat sekolah. Ha dari situlah Juju tau sekolah tadika Kemas guna susu ni juga. Bagus. Cikgu tadika pun tau khasiat susu ni. Jadi korang pun kena dapatkan juga susu Fernleaf UHT. 100% mmmmm.



9 October 2018

50Gram X SWANICOCO - LIMITED EDITION BLACK EDITION Show the Velvet Lipstick
Hai korang, pernah dengar tak pasal SWANICOCO? Okeh, Juju pun sebenarnya pertama kali juga dengar pasal jenama SWANICOCO ni. Macam eksklusif sangatkan jenama dia. Rupa-rupanya jenama di berasal dari Korea. Sebelum Juju bercerita lebih lanjut, jom kita berkenalan dulu dengan jenama SWANICOCO.

SWANICOCO


Ia memulakan perniagaannya dengan mengeluarkan sabun yang melalui proses penapaian (fermented) secara semulajadi. Untuk menghasilkan sabun yang terbaik, ia memilih dengan lebih teliti ubat-ubatan herba, rebus dan melakukan proses penapaian. Buat masa sekarang ini, ia merupakan satu-satunya syarikat pengeluar kosmetik yang menggunakan bahan semulajadi di Korea.

Apa yang menarik perhatian Juju disini ialah nama brand yang digunakan oleh syarikat ini. Swan membawa maksud angsa. Ia juga membawa maksud gaya keanggunan yang di bawa oleh angsa tersebut atau dalam erti kata lainnya feminin. Coco pula diambil dari perkataan "coconut" yang membawa maksud bahan botanik semulajadi yang digunakan dalam penghasilan produk mereka. Selain itu, coco juga membawa maksud kecomelan dalam bahasa Perancis.

Limited Edition Black Edition Show The Velvel Lipstick (Juliet Red)

Kali ini, Juju telah diberi peluang untuk mencuba salah satu lipstik keluaran terhad dari SWANICOCO iaitu Show The Velvet Lipstick Juliet Red. Juju suka sangat dengan warna merah oren yang ditampilkan untuk keluaran kali ini. 

Kalau bibir korang jenis yang cepat kering, asyik merekah je, boleh cuba guna lipstik ini sebab dia ada carnauba wax dan natural oils. Ha ape pulak carnauba wax ni? Dia sama dengan Brazil wax dan palm wax yang berfungsi sebagai agen pelembut yang memberi kelembutan kepada bibir korang. Natural oil pula berfungsi untuk memberi kelembapan yang berpanjangan dekat bibir korang.


Satu benda yang korang kena ingat! Once lipstik ni sold out, syarikat ini tidak akan restock. Jadi kalau dah minat sangat dengan warna ni, kena beli cepat-cepat.

Kandungan
"Octyldodecanol, Isononyl Isononanoate, Silica, Ricinus Communis (Castor) Seed Oil, Isoeicosane, Ozokerite, Ethylhexyl Palmitate, Microcrystalline Wax, Paraffin, Phenyl Trimethicone, Caprylic/Capric Triglyceride, Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Polyhydroxystearic Acid, Kaolin, Tocopheryl Acetate, Caprylyl Glycol, Argania Spinosa Kernel Oil, Pentaerythrityl Tetra-Di-T-Butyl Hydroxyhydrocinnamate, Hexylene Glycol, Fragrance, Phenoxyethanol, Ci 15850, Ci 45410, Ci 15985, Ci 19140, Ci 15850"


Kalau korang nak tau, lipstik ni ada bau yang sangat best. Bau dia sangat menyenangkan. Nak tau sebab apa bau dia menyenangkan? Sebabnya lipstik ni berbau bunga ros. Segar je rasa weh.

Nak apply dekat bibir pun lancar je. Cukup sekali sapu dah dapat warna yang Juju nak. Kalau korang suka pakai pekat-pekat pun boleh apply 2 atau 3 kali. Hasilnya memang sangat mengagumkan. Juju pakai dari pagi pun boleh tahan sampai tengahari. Memang sesuai untuk Juju yang banyak kerja di luar.
Okeh, ready nak kerja luar

How to purchase?

Buat masa sekarang ni, 50Gram merupakan satu-satunya syarikat pertama yang diberi tanggungjawab untuk menjual lipstik ini buat masa sekarang.

Boleh terus klik dekat --> https://50gram.com.my/product/swnccstvljr/ untuk pembelian.


7 October 2018

Lirik Lagu Agama Kedamaian by Dato Aliff Syukri ft Datin Shahida


Agama Kedamaian by Dato Aliff Syukri ft Datin Shahida
Kalla hadzil ard mataqfii masahah
Lau na’isibila samahah
Wanta’ayasna bihab
Lau tadiqil ardi naskan kalla kolb

Abtahiyyat wabsalam
Ansyuru ahlal kalam jainuddin
yahtirom
Abmahabbat wabtisam
Ansyuru bainil anam hadahu din
assalam

Kalla hadzil ard mataqfii masahah
Lau na’isibila samahah
Wanta’ayasna bihab
Lau tadiqil ardi naskan kalla kolb

Abtahiyyat wabsalam
Ansyuru ahlal kalam jainuddin
yahtirom
Abmahabbat wabtisam
Ansyuru bainil anam hadahu din
assalam



Hadirlah kedamaian
Sebarkanlah ucapan
Yang penuh kemanisan
Kasih sayang
Dan senyuman
Sebarkan seluruh alam
Agama kedamaian

Hadirlah kedamaian
Sebarkanlah ucapan
Yang penuh kemanisan
Kasih sayang
Dan senyuman
Sebarkan seluruh alam
Agama kedamaian
#JDTBlogger

Anda memenuhi syarat-syarat dibawah?

  1. blogger Johor
  2. blog aktif bukan krik-krik setahun
  3. blogger adalah anak jati Johor yang menetap di Johor
  4. anak jati Johor tapi tidak menetap di Johor
  5. bukan ic Johor tapi menetap di Johor

Jom sertai kami dalam komuniti JDT Blogger.
  1. Rohaida
  2. Hernee 
  3. Uyul
  4. Mama Maszull
  5. Onlajer
  6. Wazy
  7. Juju
  8. Mialiana
  9. Mar Mansor
  10. Dilah
  11. Nona
  12. Sis Lin
  13. Mselim
  14. Kak Seri
  15. Cik Tom
  16. Rossaimi
  17. Ain
  18. Huda
  19. Sunah

3 October 2018

Senarai Peserta - Blog Walking Segment by KasihJuju
Alhamdulillah, ramai juga yang join segmen yang Juju dah lama tak buat ni. Okeh sekarang tibalah masanya untuk kita sama-sama blogwalking ya. Di zaman blog sekarang ni orang kata pepatah mat salleh yang berbunyi "What You Give You Get Back" tu sangat sesuai. Maklumlah, kalau kita yang tak mulakan dulu, yang lain takkan nak datang. Samalah dengan komen di posting blog. Kalau kita yang tak komen dulu, tuan punya blog pun tak mahu datang tempat kita. Ye tak? Hehe..

Senarai Peserta;

10/ http://www.ceriteraibu.com/2018/09/blog-walking-segment-by-kasihjuju.html

11/ http://www.shikinrazali.com/2018/09/blog-walking-segment-by-kasihjuju.html
12/ http://www.adianiez.com/2018/09/blog-walking-segment-by-kasihjuju.html
13/ http://www.mialiana.com/2018/09/blog-walking-segment-by-kasihjuju.html
14/ http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2018/09/blogwalking-segmen-by-kasihjuju.html
15/ https://z3tty.blogspot.com/2018/09/blog-walking-segment-by-kasihjuju.html

16/ https://www.rasadantips.com/2018/09/blog-walking-segmen-by-kasihjuju.html
17/ http://www.sayidahnapisah.com/2018/09/blog-walking-segment-by-kasihjuju.html
18/ http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/09/blog-walking-segment-by-kasihjuju.html
19/ http://bercakapdenganbintang.blogspot.com/2018/09/blog-walking-segment-by-kasihjuju.html
20/ https://www.fatinsyaza.com/2018/09/blog-walking-segment-by-kasih-juju.html

21/ http://www.ciktie.com/2018/09/blog-walking-segment-by-kasihjuju.html
22/ https://akuainkausiapa.blogspot.com/2018/09/blog-walking-segment-by-kasihjuju.html
23/ http://ciklapunyabelog.blogspot.com/2018/09/blog-walking-segment-by-kasihjuju.html
24/ http://www.papaglamz.com/2018/09/blog-walking-segment-by-kasihjuju.html
25/ http://penselduabee.blogspot.com/2018/09/blog-walking-segment-by-kasihjuju.html

26/ http://www.huhahuhajerr.com/2018/09/blog-walking-segment-by-kasihjuju.html
27/ http://www.aimanabdullah.com/2018/09/blog-walking-segment-by-kasihjuju.html
28/ http://balqisbutnotbalqis.blogspot.com/2018/09/blog-walking-segment-by-kasihjuju.html
29/ https://madey09.blogspot.com/2018/09/blog-walking-segment-by-kasihjuju.html
30/ http://thejagungspirasi.blogspot.com/2018/09/blog-walking-segment-by-kasihjuju.html
31/ http://www.syazaredzuu.com/2018/09/blog-walking-segment-by-kasihjuju.html

Sila maklumkan dekat Juju kalau ada nama yang tertinggal ya. Okeh jom kita blogwalking......
Terima kasih banyak-banyak support segmen Juju. Sambutan sangat-sangat menggalakkan macam ni InsyaAllah boleh Juju buat giveaway pulak ya. 




2 October 2018

Welcome October
Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, dah masuk bulan yang kesepuluh dah tahun ini. Masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas di bumi bertuah ini. Rasa macam masih je 1 Januari. Tetiba dah bulan 10. Allahu, cepat sungguh masa berlalu.


Sibuk sangat sekarang ni. Banyak sungguh perkara yang menuntut perhatian yang lebih. Tak boleh nak buat sambil lewa. Imej dan personaliti wajib dijaga. Bukan sahaja untuk kerja hakiki, kerja di blog juga perlu di jaga. InsyaAllah akan terhasillah kerja yang memuaskan hati semua pihak.

Bagi kawan-kawan yang dah join segmen simple Juju, terima kasih banyak-banyak Juju ucapkan. InsyaAllah besok Juju akan publish senarai peserta segmen. Bolehlah kita blogwalking sama-sama ya.