31 Disember 2018

Goodbye 2018



Pejam celik, pejam celik sampai dah kita di hari terakhir dalam bulan 12 dan merupakan hari terakhir juga dalam tahun 2018. So, apa yang kita dah capai tahun ini?

Kalau nak cerita pencapaian blog, Alhamdulillah. JDT Blogger semakin dikenali ramai. Walaupun JDT Blogger ini masih baru lagi dalam dunia blog, tapi berkat kerjasama dan kesungguhan ahli-ahli JDT Blogger yang sentiasa memikirkan arah tuju JDTB ni dan si sinilah kami sekarang.

Juju sendiri tak sangka blog Juju ni dah bawa Juju jalan-jalan. Merasa jugalah jadi travel blogger. Muehehehe. Juju juga mendoakan semoga rakan-rakan blogger yang lain juga diberi peluang merasai pengalaman yang bermakna dalam melaksanakan tugas sebagai blogger.

Nampak macam mudah je kerja sebagai blogger ni. Tapi cabaran dan dugaan yang mendatang tu korang kena ambil kira juga. Bila datang writters block tu dia punya tahap sampai tak boleh nak sambung menaip. Terpaksa tunggu idea mengarang tu datang. Barulah entri yang dihasilkan tu berkualiti.

Itu dari segi blog, untuk kehidupan pula alhamdulillah juga. Firash berjaya menghabiskan sesi persekolah di tadika dia pada usia 4 tahun. Mula-mula eksaited dak Yash tu, lepas tu dia punya drama sampai rasa nak mengamuk je rasanya. Syukur dikurniakan suami dan keluarga yang sangat-sangat membantu.

Okaylah, berjumpa lagi di entri tahun 2019 ya :)

4 ulasan:

  1. Selamat menyambut tahun baru 2019 :)

    BalasPadam
  2. weee selamat tahun baru kak juju! semoga persahabatan kite semakin kuat dan jdtblogger semakin dikenali di negeri johor. 🤗🤗🤗

    BalasPadam