3 December 2018

Kambing Golek Frozen Johor Bahru

Hai korang, Assalamualaikum.

Korang tau tak Juju ni memang suka sangat makan kambing golek atau pun kambing bakar. Kalau yang jenis masak gulai tu Juju tak berapa suka. Bukan tak suka langsung tau. Tapi kalau diberi pilihan, Juju suka yang di bakar atau panggang atau grill. Rasa dia lebih enak dan sedap.

Gambar dari Facebook Kambing Golek Johor
Dan baru-baru ni, Juju diberi kesempatan untuk mencuba sendiri kambing golek yang telah siap di bekukan keluaran dari Kambing Golek Johor. Wow! Lama sangat tak makan kambing golek nih.

Apa yang menariknya, dalam setiap bekas kambing golek ni, dia datang sekali dengan sos blackpepper. Dah tak perlu nak buat kuah untuk curah diatas kambing tu nanti. Cuma panaskan dan boleh terus dimakan.

Cara memasak pula terpulang pada korang. nak guna air fryer ke, nak guna oven ke apa ke tak kisah. Macam Juju, Juju cuma guna non-stick pan je. Macam tak puas pula tengok dia masak dalam oven tu nanti. Baik masak atas pan ni. Boleh pantau. Hehe.


Rasa dia dah tentulah sedap. Aduh. terbayang-bayang pula kesedapan kambing ni. Tak ada rasa hamis langsung tau. Kalau ada pun rasa dia hujung-hujung je. Tak menjejaskan rasa keseluruhan pun. Yang penting sedap sampai tak sempat tengok dua kali dah habis.


TENTANG KAMBING GOLEK JOHOR
"Kambing Golek Johor ( No Perniagaan : JM0799704-H ) mula beroperasi awal tahun 2015 di johor bahru. Kami menyediakan perkhidmatan katering kambing golek, kambing panggang dan kambing perap untuk majlis perkahwinan, pertunangan, aqiqah, hari jadi, majlis keramaian dan sebagainya.

Hidangan istimewa yang amat menyelerakan ini dipanggang 100% menggunakan arang kayu berkualiti dan akan di masak di tempat majlis anda berlangsung. Kemudian, ianya akan dipotong secara professional di dihidangkan berbuffet kepada para tetamu.

Perapan kambing sehari sebelum majlis kami buat dengan resipi istimewa ini akan menghilangkan bau hamis kambing dan ianya amat sedap dan menyelerakan dihidangkan kepada para tetamu untuk apa jua majlis.

Kambing yang kami gunakan juga adalah dari kambing yang berkualiti diimport dari New Zealand, Australia dan juga di ladang ternakan tempatan. Kami menjaga kualiti hasil masakan tersebut agar ianya dapat memberikan kepuasan kepada para pelanggan.

Kawasan yang kami akan hidangkan adalah di sekitar Johor Bahru, Skudai, Kempas, Tampoi, Kulaijaya, Larkin, Pasir Gudang, Permas, Tiram dan Kota Tinggi. Namun kami juga boleh ke mana-mana lokasi. Ianya tertakluk kepada jarak dari pusat kami di johor bahru. Sekiranya terlalu jauh, caj tambahan akan dikenakan."

Kalau nak dapatkan maklumat lanjut atau nak berhubung terus dengan owner kambing golek ni, korang bolrh terus ke:-

No telefon : 011-3773 5976
Previous Post
Next Post

post written by:

7 comments:

  1. terliur nya tengok kambing ni.airah memang suka kambing.nanti nak cuba la dah dekat ni

    ReplyDelete
  2. Kita belum siap lagi post kambing ni., adeiii..
    Esok laa nak masak kambing..

    ReplyDelete
  3. Memang sedap sangat... Sesuai dimakan seisi keluarga.. Ain sangat2 rekomen untuk orang2 johor merasainya sendiri πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

    ReplyDelete
  4. terus rasa nak order lagi kambing perap ni wehhh

    ReplyDelete
  5. Peminat kambing golek confirm suka dah ada ang frozen ni boleh makan anytime.

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.