Latest

30 January 2019

Grand Opening MBH Flagship Boutique, Bandar Baru Uda

Pada 26 haribulan Januari yang lalu, telah diadakan satu upacara pembukaan butik MBH yang baru iaitu MBH Flagship Boutique yang bertempat di bandar Baru Uda, Johor. Majlis ini telah dirasmikan oleh bekas adun Johor Bahru iaitu Dato' Ir Hasni bin Mohamad.

Puan Yaya Mohammad bersama Bekas Adun Johor Bahru Dato' Ir Hasni Mohamad

Sebenarnya pihak MBH telah menjenamakan semula butik spa ini supaya bersesuaian dengan konsep yang mereka mahu ketengahkan iaitu menghimpunkan semua servis di bawah satu bumbung. Jika sebelum ini, setiap servis yang disediakan untuk pelanngan perlu ke tempat-tempat tertentu. Tetapi kini pelanggan MBH hanya perlu ke MHH Flagship Boutique untuk mendapatkan semua rawatan.

MBH Flagship Boutique

MBH Flagship Boutique



Rawatan yang disediakan di sini ialah rawatan kecantikan muka, rawatan laser muka, khidmat rawatan rambut serta rawatan kuku manicure dan pedicure. Hah! Senangkan. Semua dah ada dekat sini. Lepas buat muka atau rambut, boleh terus buat kuku.

Kawasan tempat letak kenderaan juga luas. Lokasi butik ini juga strategik kerana terletak berhampiran dengan kawasan corner lot. So masalah parking tu memang boleh tolak tepi. Okeh, jom kita berkenalan dulu dengan butik MBH ni.

Upacara memotong kek
MBH Medispa yang diasaskan oleh Puan Yaya Mohamad merupakan sebuah syarikat perniagaan yang menumpukan rawatan kecantikan dan kesihatan.  MBH telah melebarkan sayap perniagaan dengan membuka premis spa kecantikan yang menawarkan perkhidmatan untuk kecantikan wajah dan badan yang berlokasi di Kajang.
Antara rawatan yang disediakan di MBH Medispa adalah: rawatan wajah dan rawatan estetik.
Kini MBH Medispa mempunyai 19 cawangan di seluruh Malaysia iaitu di Bangi, Ampang, Shah Alam, Senawang, Bandar Seri Permaisuri, Johor Bahru, Wangsa Maju, Kota Damansara, Melaka , Ipoh, Batu Pahat, Sungai Petani, Kuantan, Temerloh, Kluang dan Segamat.
Kenapa kena pilih MBH Medispa?
Beauty consultant

1/ Rawatan yang disediakan mengikut kesesuaian kulit - Kepelbagaian rawatan yang terdapat di spa antaranya seperti rawatan wajah dan rawatan estetik
2/ Pakar Kecantikan yang terlatih - Pakar kecantikan kami yang terlatih yang akan merawat anda secara professional dan berhemah
3/ Persekitaran yang mesra dan selesa - Staf MBH Medispa sentiasa memberikan layanan yang mesra terhadap pelanggan yang berkunjung ke spa kami.

Perkhidmatan make up percuma semasa hari perasmian

Kalau korang nak tau, untuk rawatan muka ni sesuai untuk lelaki dan wanita. Yang menariknya, mereka tidak akan campur bilik lelaki dan wanita. Founder sangat-sangat menitik beratkan persekitaran yang Muslim Friendly. Pakar kecantikan yang terlatih juga akan memakai sarung tangan jika ada pelanggan lelaki yang datang untuk mendapatkan rawatan wajah dan rambut.

Produk keluaran MBH

Jadi korang tak perlu risau sebab rawatan untuk lelaki cuma dihadkan dari leher ke atas sahaja. So, kalau korang bawa suami ke sini bolehlah suami korang buat rawatan muka sekali. Tidaklah lama suami korang menunggu korang sampai habis rawatan.


Produk yang mereka gunakan juga sangat-sangat berkualiti. Hah! sebab apa Juju berani berkata sebegini? Sebab Juju dah terjah sendiri kilang pembuatan produk MBH ini di Kulai tempoh hari. Ha tak semua orang boleh masuk kilang ni tau. So kalau korang nak tau macam mana suasana di kilang tu korang boleh tengok video dekat bawah ni.


Untuk maklumat lanjut mengenai MBH Flagship Boutique ni boleh ke:


Laman web rasmihttp://www.mbhmedispa.com/

Waktu operasi:
Selasa - Ahad 11 pagi hingga 8 malam

Nombor telefon:
07-244 8573/018-7764670

Alamat:
3-01, JALAN PADI EMAS 1/5
UDA BUSINESS CENTRE 

6 comments:

Sis Lin said...

Besar dah kedainyaa..
Nanti nak try juga ke sana nak buat rawatan muka..
Nak gak tanya pakej kuwusss dia hahahha

Sunah Sakura said...

Waaaa boleh bawak suami saya ni..hahahahah

Julia Jamaludin said...

Pakej kurus dia belom ade lagi. Kedai tengah renovate. Dekat BBU jugak. Next ade fatloss dan inchloss. Nantikan kemunculannya

Siti Rohaida Yusof said...

jom pi sama-sama juju. nak cantikkan kulit ni..heheh

Farah Dinah Hassan said...

jom mencantikkan diri di sini.. hahaha

Cik Tie said...

Seronoklah siapa yang berdekatan tu..