Breaking

14 January 2019

Kisah Firash dan Seluar Dalam Ultraman

Kisah Firash dan Seluar Dalam Ultraman I Macam kelakar je bunyi tajuk blog Juju harini. Hehe. Tapi kisah ni Juju memang nak simpan dekat blog supaya bila dak Firash besar nanti dia boleh baca pasal perangai dia ni.

Kalau korang nak tau, dak Firash ni pergi sekolah selalu tak nak pakai seluar dalam. Jenuh jugalah Juju dan ahli kelurga yang lain memujuk. Tetap tak nak juga dia pakai. Yelah, memang Juju mengaku salah Juju sebab lepas dia mengumumkan talak 3 dengan pampers, Juju tak kenalkan dia dengan seluar dalam.

Juju fikir takdelah efek di masa akan datang. Rupanya ada. Huhuhu.. Sebenarnya agak lambat juga Firash nka cerai dengan pampers. Sepanjang bersekolah di tadika memang dia akan pakai pampers. Acah-acah sorok pampers dekat tempat lain pun tak berjaya juga taktik ni. Lagi mengharukan bila dia kata tak nak pergi sekolah kalau tak pakai pampers. Maka, kami sekeluarga pun akur jelah.

Nak dijadikan cerita, masa cuti sekolah hujung tahun, dekat kemaluan dia tu macam ada bengkak sikit. Puas belek kotlah ade cikenet ke, ade selumbar ke. Tak de pun. Tak tahu apa punca bengkak tu. Tapi bila sapu minyak gamat lama-lama surut jugalah.

Masa bengkak tu memang dia tak pakai pampers. Sebenarnya kalau dekat rumah memang dia tak pakai pampers. Pandai je pergi bilik air kalau nak kencing. Yang tak pandai kalau nak buang air besar je. Berebut berlari nak pakai pampers kalau sakit perut. Lepas tu menyorok belakang langsir.

Pernah juga Juju ajar dia cangkung dekat tandas. Tapi dia boleh jerit kuat-kuat. Dia cakap ape tau,
Mama, taik saya tak nak keluar
Haha. Tak berebut kau nak pakaikan pampers dekat anak tu. Karang terbantut pula hasrat dia nak melepaskan hajat.

Sejak peristiwa kemaluan dia bengkak tu memang dia tak pakai pampers dah. Yang peliknya kalau nak buang air besar boleh pulak keluar najis dia tuh. Hadoi. Mama kena game rupanya dengan Firash.

Okeh berbalik pada selaur dalam Firash, nak dijadikan cerita, Juju silap beli selaur track sekolah dia. Seluar tu nipis sangat. Jadi memang sejuklah bontot dia kalau tak pakai seluar dalam. Tapi dia tetap berdegil tak nak pakai seluar dalam. Dia ke sekolah pun tak pakai seluar dalam. Hadoi, kesiannya anak aku.

Seluar dalam Ultraman
Dan akhirnya Juju cari seluar dalam ultraman dia dekat Shopee. Agak mahal jugalah sebab 6 helai RM30.00 termasuk pos. Tapi nak mengajar dia juga supaya pakai selaur dalam ni. Kalau tak ajar dari sekarang nanti sampai ke sudah tak mo pakai.

Pengajaran untuk diri sendiri jugak. Lain kali lepas anak bercerai pampers kena terus ajar dia pakai seluar dalam. Muehehehe... Peringatan untuk anak seterusnya yang entah bila. Doakan untuk Juju ya :)

14 comments:

Siti Rohaida Yusof said...

Berdekah dengau cite dak firash ni tau...hahahah...eh..tapi kan .pengajaran jugak buat akak..sebab lepas naura cerai pampers ni, akak memang tak pakaikan dia seluar dalam.sebab dia selalu mengadu asyik terselit je...hahaha...ingat senanglah nanti dia nak kencing bila tak pakai seluar dalam tu...nampaknya kena ler ajau jugak ni

Julia Jamaludin said...

Hahaha..kena biasakan kak.kalau tak jenuh nak mengajar dia nanti..kihkihkih

mamapp said...

Comel je firash haha

ejulz said...

hehehe.. semoga dipermudahkan firash tanpa pampers. mesti satu cabaran nak pisahkan diorang kan.. hehe. ejulz belum ada pengalaman lagi.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Yash ni kelako.. hahaha

Julia Jamaludin said...

hehe..comel ke comot

Julia Jamaludin said...

memang cabaran besar..hehe.. semoga ada rezeki ejulz lepas ni ya :)

Julia Jamaludin said...

geram kak..rasa nak cubit-cubit je ha..hehe

Sis Lin said...

Kesah Amat dulu siap Sis marah dia masa umur 2tahun dah tak pakai pampers tapi nak suruh dia pakai suar dalam dan Sis cakap kat dia..
Amat kalau tak pakai seluar dalam, nanti bebird Amat jatuh kelantai, nanti kucing amik kucing makan, Amat takde bebird..sejak dari tu, terus nak pakai seluar dalam, sehingga kini...hahahahahaha

Julia Jamaludin said...

hahaha..macam-macam ek akal mak mak ni..hehehe..boleh ugut macam ni nanti..thanks sis :)

Sunah Sakura said...

harap2 dengan seluardalam ultraman, firash akan rajin pakai seluar dalam lepas ni...hahahah...macam2 karenah dak firash ni yeee

Julia Jamaludin said...

Jangan tinggal harapan je.. Botak kepala mak dia fikir cemane nak pujuk lepas ni.. Muehehehehe

Anisa Anuar said...

ilmu baru ni...hehehe...

Shahida Dzulkafli said...

Nak ajar dia pakai seluar dlaam emmang kena belikan seluar dalam yang ada karekter kartun kesukaan dia.. Sha punya pengalaman dengan anak sha yang no 2.. jenuh gak nak suruh berseluar dalam.. yang kakak okay je..