Rasai Kenikmatan Asam Pedas Melaka di Restoran Berkat Salam - Kasih Juju

20 Januari 2019

Rasai Kenikmatan Asam Pedas Melaka di Restoran Berkat Salam

Hai semua, kalau korang nak tahu, cuti sekolah bulan 12 tahun lepas, Juju sekeluarga telah membuat keputusan untuk bercuti di Melaka. Memandangkan Juju dan Firash terlepas family trip ke Perak, jadi Juju plan nak bawa si Firash mandi kolam di Bayou Lagoon Resort, Melaka. Yes, ini kali kedua kami ke sini. Tapi apa yang Juju nak share dekat sini bukan pasal Bayou Lagoon. Tapi pasal restoran yang Juju dan keluarga singgah untuk makan malam.

Restoran Berkat Salam, Melaka
Okeh, malam tu Juju terdengar abah call kawan dia bertanyakan mengenai tempat asam pedas yang diorang makan masa event motor diorang haritu. Lepas abah google tempatnya, tak jauh pun dari Bayou Lagoon. Tak sampai 1 kilometer pun. Huh, giler senang nak makan lagi kalau stay dekat Bayou Lagoon.

Berkat Salam, Melaka
Ini juga merupakan kali pertama Juju ke Restoran Berkat Salam ni. Tertanya-tanya juga apa yang sedap sangat dekat sini sampai abah nak ke kedai ni lagi. Sedap sangat ke asam pedas dekat sini? Hurmmm.. Jom kita cuba.

Penuh rakyat jelata :p
So untuk malam tu, Juju order asam pedas telur ikan mayong dan asam pedas ikan ape tah ni. Lupe dah. Kembung ke selar ek? Muehehehehe. Plating dia pun kreatif. Setiap lauk tu dia hidangkan dalam kuali kecil dan ada periuk kecil pula yang akan jadi alas kuali tu. Kreatif sangat. Nampak macam makan dalam kuali pulak kan. Haha.

Asam pedas telur ikan mayong
Asam pedas ikan

Asam pedas telur ikan mayong
Disebabkan kami sekeluarga makan malam disini, jadi kami pilih nasi mengikut set-set yang ada dalam menu. Setiap hidangan asam pedas ni datang sekali dengan nasi putih, ulam dan sambal belacan. So kira complete set dah ni.

Korang tengok gambar telur ikan tu. Berebut-rebut kitorang nak habiskan dalam kuali masing-masing. Ini kali pertama Juju makan asam pedas telur ikan mayong ni. Sedap sangat-sangat. Macam terigau-igau dah dengan asam pedas telur ikan mayong ni. Aduh, mak jom pegi sini lagi jommmmm. Haha.

Aneka asam pedas


Selain daripada asam pedas, ada juga menu lain untuk korang cuba. Antaranya masak lemak cili api, masakan bergoreng dan masakan thai juga ada disediakan disini. So kalau kata korang tak nak makan asam pedas, boleh juga cuba lauk-lauk yang lain.

Aneka  masak lemak cili api

Aneka lauk (Picture source: https://www.facebook.com/Foodhuntermelaka89). Tomyan, kailan ikan masin, kerang sambal dan kerabu sotong.

Ikan siakap masak stim (Picture source: https://www.facebook.com/Foodhuntermelaka89/)
Sotong goreng tepung. (Picture source: https://www.facebook.com/Foodhuntermelaka89/)
Siakap masak stim ni memang recommended sangat-sangat. Ramai pelanggan yang memuji-muji keenakan dan kesedapan ikan siakap masak stim ni. Aduh, macam rugi pula masa Juju berkunjung ke sini tak order sekali ikan ni. Kan dah menyesal. Haha.. Tak pe tak pe. Melaka dengan Johor ni bukan jauh mana pun.

Lempeng untuk minum petang
Okeh, ini untuk sampingan pula. Korang pernah makan tak lempeng gula melaka? Masa kecik-kecik dulu mak Juju selalu buatkan minum petang lempeng gula melaka. Setiap kali nampak mak buat lempeng gula melaka tu mesti kami adik beradik akan tunggu tepi kuali. Tak sempat letak dalam pinggan kami dah ngap dulu. Sampai kena marah sebab abah tak sempat nak makan. Huhu rindu betul dengan lempeng gula melaka.

Tak sangka pula bila dekat restoran Berkat Salam ni ada sediakan lempeng gula melaka. Aduh, terus terimbau kenangan lama.

Lempeng gula melaka
Selain daripada lempeng gula melaka, ada juga lempeng pisang dan lempeng kelapa. Sedap di makan bersama kuah asam pedas. Sesuai juga untuk di makan pada waktu petang sambil santai-santai bersama keluarga.

Picture source: https://www.facebook.com/Foodhuntermelaka89/

Picture source: https://www.facebook.com/Foodhuntermelaka89/

Air bunga
Laici kang
Ha ni baru gambar je tau. Korang kena pergi dan rasa sendiri keenakan asam pedas dekat kedai ni. Memang lain daripada yang lain. Kawan abah Juju kalau nak balik kampung di Johor akan keluar dulu di Melaka semata-mata nak makan asam pedas dekat kedai ni.

Juju yang baru makan sekali dekat sini pun dah angau inikan pula kawan abah tu. Bezanya dia lalu situ tiap-tiap bulan. Juju pulak sebulan tak sekali ke Melaka tu. Tapi Juju ada makcik dekat sana. Hah! Boleh jadikan alasan ni. Muehehehehe.

So kalau korang nakkan maklumat lanjut atau nak contact owner kedai ni boleh ke:


Waktu operasi:
4.00 petang - 1.30 pagi
Sabtu, Ahad, Public Holiday dan Cuti Sekolah: 11.30 pagi - 1.30 pagi

Alamat:
Jalan Tun Hamzah,
Bukit Katil, Melaka.

Messenger: m.me/berkatsalam

Waze / Google maps: Berkat Salam Restaurant




12 ulasan:

  1. Terliur akk tngok Asam Pedas Telur Mayong tu Jujuice

    BalasPadam
  2. Wowww.. sedapnya.. pernah nampak restoren ni tp x pernah singgah. Next time balik melaka boleh try la..

    BalasPadam
  3. Recommended. Ju kena rasa lempeng kelapa cicah kuh asam pedas. Nyaman...

    BalasPadam
  4. Dekat Melaka mmg syurga Makanan. Hahaa cx orang Melaka ni pon tak semua tempat kami pergi. Selalu ke kedai yg mmg dah in dgn tekak huhu tp terbaik juju share!

    BalasPadam
  5. uishhh sedapnyaaa. terasa lapar terus tgk gambar!

    BalasPadam
  6. kak oii..nape share banyak sangat gambar makanan ni???? asam pedas saje tak boleh ke??? arghhhhhhh lapoooorrr

    BalasPadam
  7. sedap la telur ikan mayong tu...aduii..balik melaka ni akak nak pi terjah la...

    BalasPadam
  8. Sedapnya.. Telur ikan lagi tu.. Memang best..

    BalasPadam
  9. Tadi anak aku gi Melaka, dia pergi test makan situ..
    Dia kata tak sedap hahahah adoiii..
    Tekak budak muda, tunggu aku pergi nanti aku cuba pulak..huhuhu

    BalasPadam