Breaking

29 March 2019

Friday, March 29, 2019

Lirik On My Way - Alan Walker, Sabrina Carpenter, Farruko



Lirik On My Way -  Alan Walker, Sabrina Carpenter, Farruko
I'm sorry but
Don't wanna talk
I need a moment before I go
It's nothing personal

I draw the blinds
They don't need to see me cry
Cause even when they understand
They don't understand

So then when I'm finished
I'm all 'bout my business
And ready to save the world

I'm takin' my misery
Make it my b***h
Can't be everyone's favourite girl

So take aim and fire away
I've never been so wide awake
No nobody but me can keep me safe
And I'm on my way

The blood moon is on the rise
The fire burning in my eyes
No nobody but me can keep me safe
And I'm on my way

Lo siento mucho pero me voy
Por que a tu lado me di cuenta que nada so

Y me cansé de luchar y de guerrear en van
De estar en la línea de fuego y de meter la mano
Acepto mis errores también soy humano
Y tu no vez que lo Hago por que te amo

Pero ya no tengo mas na' que hacer aquí
Me voy llego la hora de partir
En mi propio camino seguiré lejos de ti

So take aim and fire away
I've never been so wide awake
No nobody but me can keep me safe
And I'm on my way

The blood moon is on the rise
The fire burning in my eyes
No nobody but me can keep me safe
And I'm on my way

And I'm on my way
So I've never been
Nobody
Keep me safe
And I'm on my way

So I've never been
Nobody
Keep me safe
And I'm on my way

So I've never been
Nobody
Keep me safe
And I'm on my way

So I've never been
Nobody
Nobody
On my way

So take aim and fire away
I've never been so wide awake
No nobody but me can keep me safe
And I'm on my way

The blood moon is on the rise
The fire burning in my eyes
No nobody but me can keep me safe
And I'm on my way

28 March 2019

Thursday, March 28, 2019

Quad Serum keluaran Ardini Essential


Apa itu Quad Serum?
Quad serum ini merupakan kombinasi 4 formula yang dirumus secara ekslusif untuk membantu pembaikan kulit supaya lebih cerah, terhidrat, memperbaiki dan memperbetulkan semula sel kulit muka. Disebabkan formula 4 campuran pekat ini maka terhasilnya Quad Serum.

Ia membantu mempercepat pembaharuan selular sambil mencerahkan kulit dan menjadikannya lebih sihat, bercahaya dan licin. Serat Quad kami telah dibangunkan secara saintifik dan direka bentuk dengan teliti untuk meningkatkan kesihatan dan penampilan kulit unik anda.

4 fungsi penting Quad Serum:
Cerah
Campuran khas bahan antioksidan dan bahan pemutih semulajadi lembut yang melindungi kulit daripada kesan sel kulit mati, memperbetulkan tona kulit tidak sekata, menghilangkan bintik-bintik gelap dan memberikan kulit yang cerah dan bersinar.

Menjana semula (Regenerate)
Merangsang kulit untuk menggalakkan pengeluaran kolagen dan mempercepatkan proses pembaharuan kulit supaya tekstur dan keanjalan kulit lebih baik.

Hidrat
Memastikan kulit anda terhidrat dan lembut dari dalam ke luar dan pada masa yang sama membantu untuk menghidrat yang akan menjadikan kulit anda lembut, licin dan melembapkan sehingga 72 jam.

Correct Pore
Ia menegangkan kulit anda dan mengetatkan liang-liang muka dan pada masa yang sama mengimbangi pengeluaran sebum dan minyak dalam kulit supaya kulit anda kelihatan lebih halus dan licin.

Kandungan utama Quad Serum

Vitamin C
Pearlets gold yang mengandungi vitamin C berfungsi sebagai antioksida kulit dan menolong merangsang penghasilan kolagen.

Whitegen
Mengunakan WhiteGen/Kojic acid derivative stabil untuk membantu memutihkan kulit .Ianya selamat dan berkesan untuk memutihkan kulit. Sesuai untuk mengurangkan hyperpigmentation pada kulit

Habatussauda
Habatussauda mempunyai anti oksida yang tinggi bagi merawat dan meningkat imunisasi kulit wajah. Ia juga berfungsi sebagai antioxidant pada kulit dan agen pelembap serta menolong mengekalkan elastisiti kulit.

Olive Oil
Mempunyai 3 jenis anti-oksida iaitu vitamin E, Polifenol, Phytosterol untuk melindungi kulit dari kesan radikal bebas apabila terdedeah dengan cahaya matahari yang menyebabkan penuaan sebelum waktunya. Ia menguatkan sel kulit dan melembutkan serta mencantikkan kulit.


Kalau korang nak tau, serum ini datang dalam bentuk gel cecair yang tidak bewarna berasaskan air bersesuaian dengan Iklim Malaysia supaya tiada kesan berminyak atau melekit dimana ia cepat meresap ke dalam kulit selepas penggunaan.

Ianya juga merupakan Serum wajah yang ada manfaat Farmaseutical ( Mencantikkan & Merawat). Dengan menggunakan teknologi terkini untuk membawa bahan aktif premium menembusi lapisan kulit terus kedalam sel-sel akar kulit dengan cepat dan berkesan. Antioksidan, Antibakteria & Anti-inflammatori

Fungsi extra
  • Merawat wajah dari dalam kulit dengan lebih berkesan berbanding pelembab yang hanya dipermukaan kulit sahaja.
  • Mengecilkan pori wajah.
  • Mengurangkan pertumbuhan jerawat dan kemerahan kulit apabila kulit terdedah pada kekotoran dan debu.
  • Menyamaratakan tona warna kulit.
  • Mengekalkan keremajaan kulit untuk jangka masa panjang.
  • Melembapkan kulit kering.
  • Menarik kelembapan kedalam kulit agar sentiasa segar dan lembap.
  • Mengurangkan minyak berlebihan.

Apa yang menarik perhatian Juju adalah serum ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. Ianya juga telah melalui proses SIRIM dan telah didaftarkan dengan NOT180901625K

Review Juju:

Jujur Juju katakan yang Juju dah jatuh cinta dengan serum ni. Maklumlah, susah nak cari serum yang sesuai dengan kulit muka Juju ni. Lagi susah nak cari buatan Malaysia yang dah  melalui pelbagai prosedur bagi memastikan ianya selamat digunakan. Lagi-lagi nak dapatkan NOT tu bukan perkara yang mudah.

Lagi satu Juju suka bau dia wangi. Cepat je meyerap dekat muka. Tak melekit. Gunakan sebelum make up boleh jadikan muka glowing lepas make up. Ops, terlajak cantiklah Juju lepas ni. Hehehehe..

So korang boleh gunakan produk ni tanpa was-was okeh.

CARA PAKAI QUAD SERUM ARDINI ESSENTIALS
1. Pastikan cuci muka sebersihnya dengan cleanser dalam urutan memutar selama 30 saat, kemudian cuci dan lap kering dengan kain yang bersih.

2. Kemudian picit 1 atau 2 pam Quad Serum Ardini Essentials dan ratakan ke seluruh muka dari arah bawah ke atas dan tap secara pelahan di seluruh bahagian muka.

3. Gunakan secara konsisten pagi dan malam sebelum tidur. Untuk siang pastikan guna sunblock.

☘ Serum pakai 2x sehari pagi dan malam sebelum tidur.
☘ Simpan serum dalam suhu bilik.
☘ Elakkan serum terdedah bawah cahaya matahari yg boleh menghilangkan khasiat serum

TO BE LAUNCH SOON!
**After a year of R&D by SIRIM Malaysia skincare expert
**Tested on real Malaysian Women Skin
**95% highest effective result.
**1st in the World with QUAD technology

More info click here : http://quadserum.wasap.my
Website : Ardini Essentials
Instagram : Ardini Essentials






26 March 2019

Tuesday, March 26, 2019

Aloe AC Clean Bubble Cleanser by Hansaegee Nature

Hai korang,


So kali ni Juju nak share dengan korang produk keluaran Korea. Hah, korang semua suka dengan produk keluaran Negara Korea ni kan. Okeh, sama jugak dengan Juju. Juju pun suka dengan produk keluaran Korea ni. Ko tengok jelah artis-artis Korea tu ha. Flawless betul. Jeles Juju tengok.

Kita kalau nak bercakap pasal penjagaan kulit muka memang tak boleh nak lawan lah dengan korang yang lagi expert dan pro pasal bab-bab kecantikan ni. Yang penting korang kena tahu cara yang betul untuk menggunakan sesuatu produk tu.

Kalau kita guna dengan cara yang tak betul nanti cepat je korang claim produk ni tak baguslah, tak sesuai dengan kulit koranglah ape semualah. Tapi rupa-rupanya cara penggunaan korang tu yang tak betul. Okeh meh sini Juju kongsi sikit macam mana kita nak tau kulit muka kita ni jenis apa.

Picture source: google

Selalunya kulit rakyat Malaysia ni kebanyakkan combination. Macam kulit muka Juju ni bahagian T zone tu memang berminyak. Tapi kawasan yang lain pulak kering. Okeh bila kita dah tau kulit muka kita ni macam mana, barulah kita boleh pilih pencuci muka yang sesuai dengan kita.

Picture source: google

Hah, dah nampak dah pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka korang, barulah pergi beli. Barulah betul cara nak guna pencuci muka. Bukan main beli sebarang-sebarang je.

Aloe AC Clean Bubble Cleanser by Hansaegee Nature



Dan kalini Juju nak kenalkan dengan korang produk pencuci muka jenis foam keluaran dari Hansagee Nature iaitu Aloe AC Clean Bubble Cleanser.

Apa yang menariknya dengan produk ini ialah bila kita pum je kat tangan dia terus keluar buih. Tak keluar cecair. Hah senanglah macam ni. Tak perlu basahkan tangan boleh terus dapat buih. So kalau kita tengok jadual pencuci muka tu untuk jenis foam ni sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat. Dah memang sesuai sangatlah dengan kulit muka Juju nu.

Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni berfungsi secara berkesan untuk menyingkirkan kotoran, sel-sel kulit mati dan makeup. Okeh, untuk makeup ni korang kena cuci betul-betul sebab dia tak 100% remove makeup tu. So, Juju cuci 2 kali baru bersih sepenuhnya. Lagipun bau dia wangi dan buih dia lembut sangat.

1 pum ke 2 pum? 2 pumlah baru meriah buih dekat muka. Kalau muka basah pun lagi banyak buih dia keluar.


Bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan pencuci muka ni ialah daun lidah buaya atau aloe vera dan juga tea tree leaf oil. Memang dah sedia maklum sifat-sifat daun lidah buaya yang sangat-sangat membantu untuk soothing, melembutkan, melembab, dan mengecilkan liang roma.

Urut sikit dekat muka biar sabun ni meresap terus dalam liang kulit, jangan bagi peluang pori muka tersumbat.
Bilas bersih-bersih
Rasa fresh dan segar betul

Untuk pembelian dan info:




--------------------------------------------------------------------------------------------
 About Hansaegee Nature
“Hansaegee” is derived from 2 combinations of Korean Word “한국” & “세기” become “한세기” means Korea Century 韩国世纪.

Hansaegee Nature is a skin care brand based in Malaysia and all products are made in Korea. Established since 2011, we start up with direct importing high quality & Original skin care product from Korea. And all ingredients of products legally approved and safety to used. Our aim is to share good quality skin care products with Malaysian ladies in simple way and safety method.

One of our best seller product will be Gold Nano CC Cream for many years, and in order to provide more complete skin care experience to customers; In 2016, we have started launching in house Brand “Hansaegee Nature” Aqua Whitening Cream. Follow up Hansaegee Nature by Aloe AC Bubble Cleanser in year 2018, all products of course Original made in Korea. Furthermore, we also venture into Eye Care, Facial Mask and lots of new skin care product.

All the Hansaegee Nature skin care products are ONLY available at our official Website shop www.hansaegee.com/shop  . Unable to get these products from any others retail shop or online shop channel. Is specially only for Hansaegee Nature website.

Hansaegee Nature office based in Malaysia, and all products Original Made in Korea and direct import legally into Malaysia. Since the products will be delivery from warehouse in Malaysia, customer will be receiving the product within faster period of time. This is to make sure all the products are legally approved by local authority, safe and maintained at the good quality,




25 March 2019

Monday, March 25, 2019

Big Bad Wolf 2019 Mydin Mall Mutiara Rini, Johor Bahru

Hai semua,

Bersempena dengan cuti sekolah yang dah pun bermula dari 22 Mac 2019 hingga 30 Mac 2019 ni, apa kata korang bawa anak-anak atunpun ahli keluarga korang untuk ke pameran buku Big Bad Wolf yang sedang berlangsung sekarang ni dekat Mydin Mall Mutiara Rini.

Jangan lupa selfie
Yeay BBW dah ada dekat Johor. Kalau sebelum ni memang ada dengar pasal jualan buku BBW, tapi semua dekat Kuala Lumpur dan Selangor je. Bila BBW dah turun Johor ni makanya Juju wajib terjah juga. Dan kebetulan pula buat waktu cuti sekolah, memang Juju angkut dak Firash sama-sama cari buku untuk penuhkan musim cuti sekolah dia.

Kalau korang nak tau, ada pelbagai genre buku yang ada dijual di sini. Bukan sahaja ada buku untuk kanak-kanak dan remaja, untuk kita yang dewasa ni pun ada juga. Senang kata semua yang korang nak cari ada dekat sini. Bermula dengan buku ilmiah membawa ke buku masak-masak, dekorasi rumah, aktiviti kanak-kanak. Fuh memang rambang matalah.


Novel ni RM10.00 je senaskah.
Dah nak puasa dah ni, nesti laku keras buku-buku resepi ni
Selain itu, BBW ni sebenarnya aktiviti yang wajib korang dan satu keluarga buat. Tengok aksi si Firash sendiri, dia yang paling teruja untuk mencari buku-buku yang dia suka. Tenmpat pertama yang dia tuju mestilah dekat buku Boboiboy dia tu. Dan mama pun ambil buku kamus bergambar untuk dia.

Kemain membelek, padahal tengok gambar je tu
Memandangkan masa Juju ni datang ke sini Juju belum gaji, jadi terpaksa kawal sikit nafsu membeli tu. Banyak belikan buku untuk Firash je. Biar cuti sekolah dia ni tak main je. Kena selak-selak juga buku. Walaupun belum pandai membaca lagi.

So sambil-sambil korang membeli buku tu, jangan lupa untuk selfie sekali tau. Masukkan tanda pagar (hashtag) #BBWJOHORSELFIE2019 boleh memang voucher buku RM50.00. Wow, dapat banyak juga buku dengan RM50.00 tu.

Antara buku yang menarik perhatian Juju adalah buku keluaran Little Hippo ni ha. Nak tau sebab apa Juju tertarik? Sebab dia boleh tengok dalam 3D. Cuma download aplikasi Little Hippo Book dan korang dah boleh rasai sendiri kartun tu muncul dekat atas buku tu. Juju dah beli 2. Rasa macam nak tambah lagi ni. 1 buku ni rm15.00 je.

Punya happy dapat buku ni.




Dan korang mesti nak tau buku apa yang Juju dah beli kan? kan? kan? Okeh, jujur Juju bagitau yang budget Juju memang tak banyak. Jadi Juju memang peruntukkan RM50.00 je untuk beli buku-buku dekat sini. Walaupun hati memberontak nak beli lebih lagi, tapi apakan daya.

Hasil rembatan :P
Ha meriah kan? RM50.00 pun penuh beg plastik tau. Berbaloi sangat-sangat. Macam-macam jenis buku boleh dapat. Juju belikan sekali puzzle tu untuk Firash. Eh memang semuanya untuk Firashlah. Juju punya kena tunggu next visit. Muehehehehe.

Muka bangga dapat siapkan puzzle
So jangan lupa temujanji kita yek. Big Bad Wolf Mydin Mutiara Rini ni bermula dari 21 Mac 2019 hingga 31 Mac 2019 jam 10 pagi hingga 12 tengahmalam.

24 March 2019

Sunday, March 24, 2019

“Jom Makan” with Hilton Hotels in Malaysia Makes A Comeback

“Jom Makan” with Hilton Hotels in Malaysia Makes A Comeback
Make Hilton Hotels in Malaysia your choice for breaking of fast and experience a cultural

In the month of Ramadan this year, Hilton Hotels in Malaysia invites guests to dine with Jom Makan at Hilton - a special celebration of food and culture inspired by Ramadan’s true spirit of giving and sharing. Bringing back last year’s successful “Jom Makan” theme, Hilton Hotels in Malaysia encourages guests to dine together as the sun sets while relishing the companionship
of many.

As Malaysians, we are brought together by the diverse and unique flavours of our food. Hence the theme “Jom Makan”, a local lingo that is affectionately embraced by all Malaysians. It is a joyful merriment of good food, get-togethers and a time to celebrate with loved ones.

This year throughout the fasting month, Hilton hotels in Malaysia will be highlighting a
widespread of all-time favorite Malaysian cuisine. With over 150 authentic dishes served, diners are definitely spoilt for choice. Each Hilton property will portray a unique theme that showcases the very best of Malaysia’s spice trails.

With Taste of Malaysian Heritage as its guiding theme, Makan Kitchen will be bringing
diners on a culinary adventure through all the 14 states of Malaysia with beloved dishes such as Mee Bandung from Johor, Tiger Prawns with Sambal Petai from Selangor, Gulai Tempoyak Ikan Patin from Pahang, Daging Batang Pinang Masak Kayu Manis from Penang, Sago Gula Melaka, and many more. Diners will be treated to a delicious fare of traditional Malay cuisines from all over Malaysia in one convenient location with live band entertainment.





As for the prices:
Early Bird Voucher for Makan Kitchen Buka Puasa Buffet Dinner is now available for purchase till 30 April 2019 at a discounted price of RM158nett per adult and RM79nett per child.

From 1 May till 4 June 2019, full rate Buka Puasa Buffet Dinner at RM178nett per adult and RM89nett per child.

Makan Kitchen Buka Puasa Buffet Dinner will be served from 6.30pm to 10.30pm, from 5 May till 4 June 2019.

Hari Raya Buffet Dinner will be served from 6.30pm – 10.30pm on 5th till 6th June 2019, price for Adult at RM178nett and RM89nett per child.

Raya Hi-Tea Buffet on 5th - 6th June 2019, price for adult at RM108nett and RM54nett for child


Banquet Buka Puasa Package will be served from 6.30pm to 10.30pm, 13 May till 31 May 2019.

Feast@11 offers the best assortment, where you can enjoy a buffet of more than 100 Asian
cuisines with live food stations and a wonderful ambiance for you, your family and friends.

Must try : Fresh Durian Stall.

As for the prices:
Banquet Package Early Bird Vouchers are available from 15 th March – 30 th April 2019
from 6.30pm - 10.30pm starting from Adult: RM 118 Nett and Child: RM 59 Nett.
From 1 st May – 31 st May 2019, Adult: RM 178 Nett and Child: RM 89 Nett.
Dining Date from 13 th May to 31 st May 2019

For reservations, please call +07 2686 868 or email JohorBahru.events@hilton.com

Come celebrate and get together with family and friends and experience the best of authentic traditional local cuisine with us as we invite you to “Jom Makan”!


19 March 2019

Tuesday, March 19, 2019

Nutribear - Sihat Sambil Beramal

Hai korang,

Sebagai wanita yang dah masuk dipertengahan umur 30an ni, Juju sangat-sangat risau dengan nutrisi dan kekurangan zat-zat yang diperlukan dalam badan. Maklumlah, rutin harian bejrja pun tak memerlukan Juju untuk selalu bergerak. Kalau sampai masa kerja tengah menimbun tak perasan duduk je dari pagi sampai tengah hari. Sekali bangun dari duduk kemain sengal lagi segalan sendi-sendi yang ada. Uish.. Tak boleh diamalkan ni.

Duduk terlalu lama boleh menyebabkan ketegangan otot dan kecederaan kecil yang lain. Jadi untuk mengatasi masalah ni, Juju kena lakukan senaman regangan ringkas untuk meningkatkan peredaran darah dan mengelakkan tekanan yang berlebihan pada sendi badan.

Senaman ringkas
Berikut ialah senarai senaman ringkas yang boleh anda lakukan, disahkan oleh Universiti North Carolina State. 
Mata
Bagi melegakan mata yang kering, pejam mata anda ketat-ketat selama sesaat, dan kemudian beliakkan mata anda (ulang beberapa kali). Tumpukan semula mata anda seketika pada objek yang berada sekurang-kurangnya enam meter dari anda. 
Pergelangan tangan
Dengan meluruskan siku, bengkokkan pergelangan tangan anda ke dalam semaksimum mungkin, tahan selama tiga saat dan kemudian lanjutkan pergelangan tangan anda ke belakang sejauh mana ia boleh pergi. Ulang beberapa kali. 
Leher
Pusingkan kepala ke sisi secara perlahan dan tahan selama 10 saat. Ubah kepada sisi yang lain dan ulang beberapa kali. 
Bahu
Perlahan-lahan angkat bahu anda dengan gerakan putaran ke hadapan. Lakukan secara berselang-seli dengan gerakan putaran ke belakang. Sentuh hujung jari kedua-dua tangan anda di bahagian belakang atas kepala tanpa membiarkan tangan anda menyentuh kepala, gerakkan siku anda ke arah belakang, tahan selama lima saat dan kemudian regangkan badan anda. Ulang beberapa kali. 
Bahagian bawah belakang
Dengan tangan di pinggul dan kedua-dua kaki terbuka mengikut lebar bahu, condongkan pinggul ke hadapan dan bahu ke belakang secara perlahan-lahan. Regang dan tahan selama lima hingga 10 saat. 
Ketajaman mental
Wujudkan senarai harian untuk membantu anda memberi fokus pada perkara yang perlu diselesaikan dalam jangka pendek. Asingkan tugasan anda mengikut segmen yang spesifik supaya anda lebih jelas dengan kerja anda. Elakkan daripada bertangguh ke hari yang seterusnya. 
Kajian menunjukkan bahawa pekerja menghabiskan masa yang lama untuk mengarang dan membalas e-mel. Peruntukan masa untuk memeriksa e-mel supaya kemungkinan gangguan boleh dikurangkan. 
Kurangkan keadaan kucar-kacir di stesen kerja anda. Meja yang kemas bukan sahaja membantu anda mengatur kerja anda, bahkan dari segi psikologi anda akan berasa kurang tertekan untuk bekerja lewat di pejabat, kerana anda sering menepati tarikh penamat kerja.
Perkongsian dari: https://leaderonomics.com

Selain itu, ada banyak juga makanan tambahan yang boleh kita ambil bagi memastikan tahap kesihatan kita supaya berada ditahap yang memuaskan. Sebagai contoh NutriBear Collagen Supplement ni. Eh, apa itu kolagen NutriBear?

Nutribear - Collagen Supplement


Product Description
Extracted from the scales of freshwater fish, The Bear Essential is a pure hydrolyzed fish collagen supplement with a molecular weight of 3,000 daltons (making for easier absorption).

Ia mengandungi gliserin, proline, hydroxyproline, alanine, dan arginine dalam dos yang lebih tinggi daripada purata sehingga anda dapat melihat perbezaan yang ketara dalam peningkatan kesihatan korang.

Inilah yang akan berlaku bila korang consume The Bear Essential setiap hari:
  • Menguatkan sendi & otot supaya anda boleh menjadi lebih aktif
  • Menghidratkan kulit untuk melambatkan kedutan & garis halus
  • Mengurangkan selulit untuk penampilan yang lebih baik
  • Mencerahkan permukaan kuku 
  • Menyuburkan folikel rambut supaya rambut lebih bersinar dan kuat
Cara bancuh dia sangat mudah. Macam yang Juju buat ni, Juju campurkan 1 skop NutriBear dalam air minuman favourite Juju. Mudah sangat. Kalau korang nak campur dalam masakan pun boleh. Macam-macam khasiat yang korang boleh dapat.


Kalau korang nak ambil dengan supplement lain pun boleh juga.
Contohnya:
1/ Apabila diambil bersamaan dengan Vitamin C, hidrolisis kolagen dapat menyokong pengeluaran protein dalam tubuh - terutamanya kulit, tulang rawan & organ.

2/ Apabila diambil bersamaan dengan Vitamin D, Kalsium, Magnesium dan Zink, ia akan membantu dalam pembaikan tulang korang dari semasa ke semasa.


Setiap pembelian NutriBear akan menyelamatkan beruang yang terancam!
Dalam 10 tahun akan datang, populasi beruang di seluruh dunia dijangka menurun dengan ketara. Untuk membantu memerangi keadaan yang menakutkan ini, kami mendermakan 5% daripada jualan kolagen NutriBear untuk menanggung pemuliharaan.

Dengan setiap produk kolagen yang korang beli, korang bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan tapi dapat juga membantu menyelamatkan kehidupan beruang yang terancam. Matlamat kami adalah untuk mendermakan sekurang-kurangnya $ 50,000 menjelang akhir tahun 2023 dan itulah sebabnya kami mencari anda untuk menyertai keluarga NutriBear.

Jika anda mengambil berat mengenai kehidupan beruang, maka ikutilah kami untuk membantu menyelamatkan mereka daripada kepupusan.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh ke:


14 March 2019

Thursday, March 14, 2019

Neem Balm keluaran ZM Beauty - Melembabkan Kulit Anda

Asaalamualaikum korang,

Pernah dengar tak pasal Neem Balm? Kalau Juju memang pernah dengar pasal neem. Tapi tak pernah nak amik tau pun apekebendanya neem tu. Eley korang pun mesti tak tau juga kan. Lepas tu tak amik kisah pun nak tau. Sebab belum jadi lagi masalah kulit tu dekat korang. Okeh sekarang ni apa kata korang luangkan masa sikit untuk ambil tau apa itu Neem Balm ni.

Neem Balm Keluaran ZM Beauty
Sebenarnya neem tu bermaksud daun semambu. Alah daun yang selalu mak-mak kita guna kalau ada anak-anak dia kena demam campak ataupun chicken pop tu. Selalunya masyarakat India suka tanam pokok semambu ni. Ha nampak tak diorang dah lama tau pasal kelebihan daun semambu ni.


Oleh itu, dengan sedikit sentuhan teknologi, founder ZM Beauty telah menginovasikan daun semambu ni supaya sesuai dengan kegunaan harian kita. Makna kata takdalah setiap kali ada masalah kulit kering kena panjat pokok semambu ni. Boleh sapu guna Neem Balm je sekarang.

Kandungan dia sangat organik. Hanya menggunakan serbuk neem, minyak zaitun, minyak bunga, lavendar dan tea tree. So bila dah guna bahan-bahan yang organik insyaAllah tiada kesan sampingan.

Neem balm ini sangat sesuai digunakan oleh bayi sehingga orang dewasa. Dan yang paling penting, Neem Balm ini telah diuji di Permulab Sdn. Bhd dan telah mendapat kelulusan KKM NOT 181101999K. Jadi korang boleh gunakan balm ini tanpa was-was.

Pengalaman Juju
Juju dah cuba dah pun neem balm ni. Sapukan dekat kulit yang kering, sekejap je dia melembabkan semula kulit Juju ni. Kulit Juju ni kalau kena gigit nyamuk memang cepat je berbintat. Tak macam kulit si Firash. Langsung tak nampak nyamuk gigit dekat mane. Tapi Juju memang standby je bawak neem balm ni dalam handbag. Mana tau boleh guna saat kecemasan.

Lagi satu Juju suka sangat dengan bau balm ni. Wangi hoi. Bau dia sedap. Rasa macam nak makan. Ops, neem balm ni hanya untuk kegunaan luaran sahaja ya. Tak boleh di makan. Firash pun suka. Kerja dia asyik nak sapu dekat lutut je.


Cara guna pun mudah sangat. Cuma sapukan dekat tempat yang bermasalah. InsyaAllah akan mengurangkan masalah tu. Sesuai juga untuk korang yang sukakan kelembapan kulit dan wangikan kulit.

So kalau korang beli Neem Balm ni, dia datang sekali dengan bekas yang super cute ni. dan korang akan dapat termometer untuk cek suhu kalau anak korang demam. Cantik tak termometer yang Juju dapat ni? Warna pink tau. Macam tau-tau je termometer dekat rumah ni dah habis bateri.

Untuk pembelian dan maklumat lanjut, korang boleh ke:

Whatsapp : 601132484182

12 March 2019

Tuesday, March 12, 2019

Giveaway :: Road to 8 million pageview


Cara menyertai “Giveaway :: Road to 8 million pageview”

1) Wajib follow blog ini www.ceriteraibu.com
2) Wajib follow IG : afdilah17 dan gajet_ibu_moden
3) Wajib like/follow facebook norafdilahlias , ceriteraibudotcom & GajetIbuModen 
4) Buat 1 entry bertajuk “Giveaway Road to 8 Million Pageview” dan backlink kan.

Kengkawan, jom join giveaway dari Blogger Dilah ni. Mana tau boleh dapat pressure cooker. Muehehehehe. Eh gurau je. Hadiah belum declare lagi. Klik je dekat banner untuk join ya.

Good luck semua.

Tuesday, March 12, 2019

Grab your vivo V15Pro at DIGI from RM22 per month

From today onwards, you may purchase a vivo V15Pro at DIGI with the lowest price of RM22 per month. Once you sign up DIGI Postpaid Plan, you may enjoy PhoneFreedom 365 Plan that comes with RM0 upfront payment and 0% Interest Rate all year long. Free protection of DIGI SHIELD is available too.
The details of DIGI Postpaid Plan are as below:
Digi Postpaid
Digi Postpaid 80™ Plan
Digi Postpaid 120™ Plan
Digi Postpaid 160™ Plan
Digi Postpaid 190™ Plan
Monthly Fees
RM64
RM47
RM34
RM22

V15Pro is the newest V series smartphone that launches in Malaysia. It is equipped with the World’s First 32MP Elevating Front Camera, Ultra FullViewTM Display, 48MP AI Triple Camera and In-Display Fingerprint Scanning Technology.
The Ultra FullViewTM Display of V15 pro comes at 6.39 inches, the 19.5:9 Super AMOLED display produces awe-inspiring visual design, utterly seamless from end-to end. With the earpiece, light and proximity sensors all concealed from view, the side and top bezels are reduced to just 1.75mm and 2.22mm respectively, resulting in a maximized screen-to-body ratio of 91.64%.
The Ultra FullViewTM  experience of vivo V15Pro comes courtesy of a radical breakthrough in technology - the Elevating Front Camera. The 32MP Elevating Front Camera captures selfies with unrivalled clarity. V15Pro’s AI Triple Camera brings you an upgraded experience of taking professional photography with just a click.
For more information, please visit official website of DIGI and Vivo Malaysia on FacebookInstagramTwitter and Youtube.
###
About Vivo
Vivo is a leading global technology company committed to creating trendsetting smart mobile products and services. Vivo is devoted to forming a vibrant mobile internet ecosystem, and currently owns and operates an extensive network of research operations, with R&D centers in the US (San Diego) and China (Dongguan, Shenzhen, Nanjing, Beijing and Hangzhou). These centers focus on the development of cutting-edge consumer technologies including 5G, AI, mobile photography and next-generation smartphone design.
Vivo has over two hundred million users enjoying its mobile products and services around the world. Vivo is present in 18 markets globally and features offline retail stores in over 1,000 cities worldwide.
More information about our innovative smartphones can be found at www.vivo.com/my.

7 March 2019

Thursday, March 07, 2019

Penjagaan Bayi Semudah ABC dengan Asmak Baby Care

Hai semua,

Harini Juju nak share dengan korang produk penjagaan bayi yang lengkap dari kepala sampai ke kaki. Kalau korang nak tau, MHAM sebelum ini sangat terkenal dengan Minyak Herba Asmak Mujarab yang sangat berkesan dalam melegakan dan mengurangkan penyakit asma. Kini syarikat MHAM telah mengembangkan lagi produk keluaran mereka yang sangat menarik untuk korang cuba.

Asmak Baby Care.
Asmak Baby Care
Produk yang Juju nak share dengan korang ni adalah Asmak Baby Care. Packaging dia sangat menarik. Dia datang dalam satu kotak dan ada 5 jenis barang di dalamnya. Ha, suka ke tak kalau dapat satu set produk penjagaan untuk bayi? Okeh jom kita go through satu-satu.

So dalam kotak ni dia ada:
Asmak Baby Care
1/ Baby Wash Top to Toe
2/ Losyen Bayi 
3/ Essential Oil
4/ Bedak
5/ Sevenis Hair Oil

Langkah 1
Baby Wash
Mandikan si manja anda dengan Mandian Bayi Asmak dari hujung rambut ke hujung kaki. Kandungannya yang pekat, hanya perlu picit sedikit dan sapukan ke seluruh tubuh dan rambut. Dengan haruman bunga ros dan chamomile menjadikan bayi anda lebih wangi dan selesa. Ia juga mengandungi minyak kayu putih, minyak aprikot dan vitamin E.
Sukanya dia mandi guna sabun Asmak 


Langkah 2
Losyen Bayi Asmak
Sapukan Losyen Bayi Asmak Baby Care ke seluruh tubuh si manja. Urutlah dengan kasih sayang dan biarkan si manaja merasai sentuhan kasih ibu. Ia dapat mengeratkan lagi kasih sayang anda dengan si manja. Losyen bayi mengandungi haruman yang menenangkan dan akan membuatkan si manja anda tenang dan kulit akan menjadi lebih wangi. Kandungannya dari minyak halia, ekstrak bunga portulaka dan minyak cengkih.
Losyen ni dia sapun sendiri :P

Langkah 3
Essential Oil
Gunakan Essential Oil di bahagian yang berkenaan. Anda boleh sapukan beberapa titis sahaja ke bahagian yang tertentu untuk memberikan kesan yang menenangkan dan bayi lebih mudah tidur. Ia juga boleh melegakan bayi ketika kurang sihat. Memberikan mereka rasa selesa dan bau lebih harum. Essential Oil ini juga boleh digunakan ibu-ibu menyusu yang mengalami masalah kekurangan susu. Kandungannya dari clove oil (minyak cengkih), nutmeg oil, peppermint oil dan sweet almond oil.

Langkah 4
Bedak bayi asmak
Sapukan Bedak Bayi Asmak pada tubuh bayi dan ratakan. Amat bagus sekali digunakan selepas bayi mandi. Haruman lavender essential oil membuatkan si manja berbau harum, berasa lebih tenang dan dapat tidur dengan lena. Bahan utama adalah tanah liat jenis kaolin yang terbukti bagus untuk kulit. Bedak bayi asmak juga mengandungi ekstrak betik dan ekstrak bunga portulaka.
Peace yaw

Langkah 5
Sevenis Hair Oil Asmak
Sapukan rambut si manja anda dengan Sevenis Hair Oil Asmak untuk rambut lebih sihat, kuat, bersinat, lembut dan berbau wangi. Ia diperbuat daripada 7 jenis minyak yang memberi khasiat dan manfaat kepada rambut si manja agar menjadi lebih kuat dan sihat. Kandungannya terdiri daripada light mineral oil, tea tree oil, babassu oil, VCO, olive oil, argan oil dan haruman yang berbau sangat harum.

Pengalaman Juju
Okeh jujur Juju katakan Juju suka sangat dengan produk-produk ni. Lebih-lebih lagi minyak rambut dan essential oil tu. Memang sangat-sangat membantu dalam menguruskan kehidupan si Firash seharian.

Bau minyak rambut tu memang sedap sangat. Bau dia melekat dekat tangan. Lepas pakaikan dekat Firash Juju akan letak sikit dekat rambut Juju. Memang menenangkan sungguh.

Harga untuk 5 item ni hanya RM159.00 sahaja. So, kalau nak beli satu-satu pun boleh. Tiada paksaan untuk beli satu set ni tau. Trial set pun ada. Cepat-cepat contact agen yang berhampiran dengan korang sekarang.

Untuk keterangan lanjut dan pembelian boleh ke:

Website: 

Facebook Page: Asmak Baby Care
Instagram: @asmak.babycare
Hotline: 019-9708897