Big Bad Wolf 2019 Mydin Mall Mutiara Rini, Johor Bahru

Hai semua,

Bersempena dengan cuti sekolah yang dah pun bermula dari 22 Mac 2019 hingga 30 Mac 2019 ni, apa kata korang bawa anak-anak atunpun ahli keluarga korang untuk ke pameran buku Big Bad Wolf yang sedang berlangsung sekarang ni dekat Mydin Mall Mutiara Rini.

Jangan lupa selfie
Yeay BBW dah ada dekat Johor. Kalau sebelum ni memang ada dengar pasal jualan buku BBW, tapi semua dekat Kuala Lumpur dan Selangor je. Bila BBW dah turun Johor ni makanya Juju wajib terjah juga. Dan kebetulan pula buat waktu cuti sekolah, memang Juju angkut dak Firash sama-sama cari buku untuk penuhkan musim cuti sekolah dia.

Kalau korang nak tau, ada pelbagai genre buku yang ada dijual di sini. Bukan sahaja ada buku untuk kanak-kanak dan remaja, untuk kita yang dewasa ni pun ada juga. Senang kata semua yang korang nak cari ada dekat sini. Bermula dengan buku ilmiah membawa ke buku masak-masak, dekorasi rumah, aktiviti kanak-kanak. Fuh memang rambang matalah.


Novel ni RM10.00 je senaskah.
Dah nak puasa dah ni, nesti laku keras buku-buku resepi ni
Selain itu, BBW ni sebenarnya aktiviti yang wajib korang dan satu keluarga buat. Tengok aksi si Firash sendiri, dia yang paling teruja untuk mencari buku-buku yang dia suka. Tenmpat pertama yang dia tuju mestilah dekat buku Boboiboy dia tu. Dan mama pun ambil buku kamus bergambar untuk dia.

Kemain membelek, padahal tengok gambar je tu
Memandangkan masa Juju ni datang ke sini Juju belum gaji, jadi terpaksa kawal sikit nafsu membeli tu. Banyak belikan buku untuk Firash je. Biar cuti sekolah dia ni tak main je. Kena selak-selak juga buku. Walaupun belum pandai membaca lagi.

So sambil-sambil korang membeli buku tu, jangan lupa untuk selfie sekali tau. Masukkan tanda pagar (hashtag) #BBWJOHORSELFIE2019 boleh memang voucher buku RM50.00. Wow, dapat banyak juga buku dengan RM50.00 tu.

Antara buku yang menarik perhatian Juju adalah buku keluaran Little Hippo ni ha. Nak tau sebab apa Juju tertarik? Sebab dia boleh tengok dalam 3D. Cuma download aplikasi Little Hippo Book dan korang dah boleh rasai sendiri kartun tu muncul dekat atas buku tu. Juju dah beli 2. Rasa macam nak tambah lagi ni. 1 buku ni rm15.00 je.

Punya happy dapat buku ni.




Dan korang mesti nak tau buku apa yang Juju dah beli kan? kan? kan? Okeh, jujur Juju bagitau yang budget Juju memang tak banyak. Jadi Juju memang peruntukkan RM50.00 je untuk beli buku-buku dekat sini. Walaupun hati memberontak nak beli lebih lagi, tapi apakan daya.

Hasil rembatan :P
Ha meriah kan? RM50.00 pun penuh beg plastik tau. Berbaloi sangat-sangat. Macam-macam jenis buku boleh dapat. Juju belikan sekali puzzle tu untuk Firash. Eh memang semuanya untuk Firashlah. Juju punya kena tunggu next visit. Muehehehehe.

Muka bangga dapat siapkan puzzle
So jangan lupa temujanji kita yek. Big Bad Wolf Mydin Mutiara Rini ni bermula dari 21 Mac 2019 hingga 31 Mac 2019 jam 10 pagi hingga 12 tengahmalam.

5 Comments

Sunah Sakura said…
eeee tak sabarnyeeee nak pergi! nak cari buku yang best nak bawak gi travel!
amboi..kemahin happy dak firash tu kan...rm50 pun dah banyak macam tu kan juju...ok sangat dah tu...nanti boleh repeat lagi
Sheila Adziz said…
berbaloi 50 ringgi macam-macam dapat... seronok la firash tu....
Ika.S said…
Wah rm50 mcm mcm blh dpt. Hehe. Best nya BBW. tak sabar nk gi BBW dkt sini pulak nt.

Ika datang singgah sini.https://ikashoid.blogspot.com/2019/03/book-review-samurai-by-dekna-lee.html?m=1
Sis Lin said…
Kita pun baru tadi pergi...pun beli bahagian kanak-kanak jerr untuk Mia.
Lebih sikit beli untuk diri sendiri hehehehe