Neem Balm keluaran ZM Beauty - Melembabkan Kulit Anda

Kasih Juju
Asaalamualaikum korang,

Pernah dengar tak pasal Neem Balm? Kalau Juju memang pernah dengar pasal neem. Tapi tak pernah nak amik tau pun apekebendanya neem tu. Eley korang pun mesti tak tau juga kan. Lepas tu tak amik kisah pun nak tau. Sebab belum jadi lagi masalah kulit tu dekat korang. Okeh sekarang ni apa kata korang luangkan masa sikit untuk ambil tau apa itu Neem Balm ni.

Neem Balm Keluaran ZM Beauty
Sebenarnya neem tu bermaksud daun semambu. Alah daun yang selalu mak-mak kita guna kalau ada anak-anak dia kena demam campak ataupun chicken pop tu. Selalunya masyarakat India suka tanam pokok semambu ni. Ha nampak tak diorang dah lama tau pasal kelebihan daun semambu ni.


Oleh itu, dengan sedikit sentuhan teknologi, founder ZM Beauty telah menginovasikan daun semambu ni supaya sesuai dengan kegunaan harian kita. Makna kata takdalah setiap kali ada masalah kulit kering kena panjat pokok semambu ni. Boleh sapu guna Neem Balm je sekarang.

Kandungan dia sangat organik. Hanya menggunakan serbuk neem, minyak zaitun, minyak bunga, lavendar dan tea tree. So bila dah guna bahan-bahan yang organik insyaAllah tiada kesan sampingan.

Neem balm ini sangat sesuai digunakan oleh bayi sehingga orang dewasa. Dan yang paling penting, Neem Balm ini telah diuji di Permulab Sdn. Bhd dan telah mendapat kelulusan KKM NOT 181101999K. Jadi korang boleh gunakan balm ini tanpa was-was.

Pengalaman Juju
Juju dah cuba dah pun neem balm ni. Sapukan dekat kulit yang kering, sekejap je dia melembabkan semula kulit Juju ni. Kulit Juju ni kalau kena gigit nyamuk memang cepat je berbintat. Tak macam kulit si Firash. Langsung tak nampak nyamuk gigit dekat mane. Tapi Juju memang standby je bawak neem balm ni dalam handbag. Mana tau boleh guna saat kecemasan.

Lagi satu Juju suka sangat dengan bau balm ni. Wangi hoi. Bau dia sedap. Rasa macam nak makan. Ops, neem balm ni hanya untuk kegunaan luaran sahaja ya. Tak boleh di makan. Firash pun suka. Kerja dia asyik nak sapu dekat lutut je.


Cara guna pun mudah sangat. Cuma sapukan dekat tempat yang bermasalah. InsyaAllah akan mengurangkan masalah tu. Sesuai juga untuk korang yang sukakan kelembapan kulit dan wangikan kulit.

So kalau korang beli Neem Balm ni, dia datang sekali dengan bekas yang super cute ni. dan korang akan dapat termometer untuk cek suhu kalau anak korang demam. Cantik tak termometer yang Juju dapat ni? Warna pink tau. Macam tau-tau je termometer dekat rumah ni dah habis bateri.

Untuk pembelian dan maklumat lanjut, korang boleh ke:

Whatsapp : 601132484182