Nutribear - Sihat Sambil Beramal

Kasih Juju
Hai korang,

Sebagai wanita yang dah masuk dipertengahan umur 30an ni, Juju sangat-sangat risau dengan nutrisi dan kekurangan zat-zat yang diperlukan dalam badan. Maklumlah, rutin harian bejrja pun tak memerlukan Juju untuk selalu bergerak. Kalau sampai masa kerja tengah menimbun tak perasan duduk je dari pagi sampai tengah hari. Sekali bangun dari duduk kemain sengal lagi segalan sendi-sendi yang ada. Uish.. Tak boleh diamalkan ni.

Duduk terlalu lama boleh menyebabkan ketegangan otot dan kecederaan kecil yang lain. Jadi untuk mengatasi masalah ni, Juju kena lakukan senaman regangan ringkas untuk meningkatkan peredaran darah dan mengelakkan tekanan yang berlebihan pada sendi badan.

Senaman ringkas
Berikut ialah senarai senaman ringkas yang boleh anda lakukan, disahkan oleh Universiti North Carolina State. 
Mata
Bagi melegakan mata yang kering, pejam mata anda ketat-ketat selama sesaat, dan kemudian beliakkan mata anda (ulang beberapa kali). Tumpukan semula mata anda seketika pada objek yang berada sekurang-kurangnya enam meter dari anda. 
Pergelangan tangan
Dengan meluruskan siku, bengkokkan pergelangan tangan anda ke dalam semaksimum mungkin, tahan selama tiga saat dan kemudian lanjutkan pergelangan tangan anda ke belakang sejauh mana ia boleh pergi. Ulang beberapa kali. 
Leher
Pusingkan kepala ke sisi secara perlahan dan tahan selama 10 saat. Ubah kepada sisi yang lain dan ulang beberapa kali. 
Bahu
Perlahan-lahan angkat bahu anda dengan gerakan putaran ke hadapan. Lakukan secara berselang-seli dengan gerakan putaran ke belakang. Sentuh hujung jari kedua-dua tangan anda di bahagian belakang atas kepala tanpa membiarkan tangan anda menyentuh kepala, gerakkan siku anda ke arah belakang, tahan selama lima saat dan kemudian regangkan badan anda. Ulang beberapa kali. 
Bahagian bawah belakang
Dengan tangan di pinggul dan kedua-dua kaki terbuka mengikut lebar bahu, condongkan pinggul ke hadapan dan bahu ke belakang secara perlahan-lahan. Regang dan tahan selama lima hingga 10 saat. 
Ketajaman mental
Wujudkan senarai harian untuk membantu anda memberi fokus pada perkara yang perlu diselesaikan dalam jangka pendek. Asingkan tugasan anda mengikut segmen yang spesifik supaya anda lebih jelas dengan kerja anda. Elakkan daripada bertangguh ke hari yang seterusnya. 
Kajian menunjukkan bahawa pekerja menghabiskan masa yang lama untuk mengarang dan membalas e-mel. Peruntukan masa untuk memeriksa e-mel supaya kemungkinan gangguan boleh dikurangkan. 
Kurangkan keadaan kucar-kacir di stesen kerja anda. Meja yang kemas bukan sahaja membantu anda mengatur kerja anda, bahkan dari segi psikologi anda akan berasa kurang tertekan untuk bekerja lewat di pejabat, kerana anda sering menepati tarikh penamat kerja.
Perkongsian dari: https://leaderonomics.com

Selain itu, ada banyak juga makanan tambahan yang boleh kita ambil bagi memastikan tahap kesihatan kita supaya berada ditahap yang memuaskan. Sebagai contoh NutriBear Collagen Supplement ni. Eh, apa itu kolagen NutriBear?

Nutribear - Collagen Supplement


Product Description
Extracted from the scales of freshwater fish, The Bear Essential is a pure hydrolyzed fish collagen supplement with a molecular weight of 3,000 daltons (making for easier absorption).

Ia mengandungi gliserin, proline, hydroxyproline, alanine, dan arginine dalam dos yang lebih tinggi daripada purata sehingga anda dapat melihat perbezaan yang ketara dalam peningkatan kesihatan korang.

Inilah yang akan berlaku bila korang consume The Bear Essential setiap hari:
  • Menguatkan sendi & otot supaya anda boleh menjadi lebih aktif
  • Menghidratkan kulit untuk melambatkan kedutan & garis halus
  • Mengurangkan selulit untuk penampilan yang lebih baik
  • Mencerahkan permukaan kuku 
  • Menyuburkan folikel rambut supaya rambut lebih bersinar dan kuat
Cara bancuh dia sangat mudah. Macam yang Juju buat ni, Juju campurkan 1 skop NutriBear dalam air minuman favourite Juju. Mudah sangat. Kalau korang nak campur dalam masakan pun boleh. Macam-macam khasiat yang korang boleh dapat.


Kalau korang nak ambil dengan supplement lain pun boleh juga.
Contohnya:
1/ Apabila diambil bersamaan dengan Vitamin C, hidrolisis kolagen dapat menyokong pengeluaran protein dalam tubuh - terutamanya kulit, tulang rawan & organ.

2/ Apabila diambil bersamaan dengan Vitamin D, Kalsium, Magnesium dan Zink, ia akan membantu dalam pembaikan tulang korang dari semasa ke semasa.


Setiap pembelian NutriBear akan menyelamatkan beruang yang terancam!
Dalam 10 tahun akan datang, populasi beruang di seluruh dunia dijangka menurun dengan ketara. Untuk membantu memerangi keadaan yang menakutkan ini, kami mendermakan 5% daripada jualan kolagen NutriBear untuk menanggung pemuliharaan.

Dengan setiap produk kolagen yang korang beli, korang bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan tapi dapat juga membantu menyelamatkan kehidupan beruang yang terancam. Matlamat kami adalah untuk mendermakan sekurang-kurangnya $ 50,000 menjelang akhir tahun 2023 dan itulah sebabnya kami mencari anda untuk menyertai keluarga NutriBear.

Jika anda mengambil berat mengenai kehidupan beruang, maka ikutilah kami untuk membantu menyelamatkan mereka daripada kepupusan.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh ke: