Breaking

30 April 2019

Kamar Kamariah Episod 1 - 13


SINOPSIS KAMAR KAMARIAH 
Kamariah, bekas GRO yang baru bertaubat setelah bergelumang dengan maksiat. Keluargnya tidak tahu tentang pekerjaannya. Kepulangan Kamariah agak mengejutkan tetapi sebagai anak yang banyak membantu meringankan beban keluarga, keputusan Kamariah diterima dengan tenang. Ibunya Kalsom mencadangkan supaya Kamariah berkahwin dengan Murad, anak kenalan mereka.

Bapa Kamariah, Pak Manan kurang setuju kerana Murad dikenali sebagai pemuda liar. Kalsom memberitahu, Murad sudah insaf. Di awal perkahwinan, Murad berterus terang perangai masa lalunya. Kamariah menerima Murad seadanya namun Kamariah merahsiakan kegiatannya. Sebenarnya, Murad masih terlibat dengan kegiatan maksiat dan jenayah di Kuala Lumpur. Dia hanya mengaburi mata ibu bapanya dengan mengahwini Kamariah. Di depan ibu bapanya, dia seorang anak yang baik.

Walaupun ramai kekasih, Murad tetap memberi keutamaan kepada Kamariah. Enam bulan pertama perkahwinan mereka. Murad mula rasa kehidupannya lebih teratur sehingga dia terfikir untuk menghentikan kegiatannya. Bagaimanapun kekasihnya Sally melarang dan enggan berpisah dengan Murad.

Satu hari, Murad terkejut apabilan kepulangannya disambut dengan tangisan bayi yang baru lahir. Kamariah telah melahirkan anaknya, Qhalif berseorangan di rumah. Selama ini Kamariah merahsiakan kehamilannya dari Murad. Murad terkejut, bagaimana Kamariah boleh bersalin sedangkan mereka baharu enam bulan berkahwin.

Murad mula menjadi baran dan mendera Kamariah. Kamariah terpaksa merahsiakan yang dia menjadi mangsa deraan Murad kerana bimbang Murad akan membunuh anaknya. Didepan keluarga, Murad melayan Kamariah dengan penuh kasih sayang.

Tujuh tahun berlalu, Murad masih terus menyeksa Kamariah dan membenci Qhalif. Kamariah turut melahirkan Qistina dan Qayyum. Murad melayan mereka bagai menatang minyak yang penuh.

Barisan Pelakon
Fizz Fairuz sebagai Murad
Nabila Huda sebagai Kamariah
Tasha Shilla sebagai Sally
Syafie Naswip sebagai Qhalif
Riena Diana sebagai Ratna
Aidil Aziz sebagai Hisyam
Ku Faridah sebagai Hafsah
Shuhanty Hanafiah sebagai Sarah
Zetty Shahibullah sebagai Maimun
Ismail Yaacob sebagai Pak Jalil
Rose Aida sebagai Ummu Jannah
Mohamad Sobri Hussain sebagai Ustaz Kahiril
Halimah Naim sebagai Kak Peah
Syaza Irwinie sebagai Shila

Tonton Drama Kamar Kamariah di channel You Tube rasmi TV 3
https://www.youtube.com/playlist?list=PLaXOt0nSNIuYtcGE85Ds79ejzWVfHV3a1

2 comments: