Spageti Segera Keluaran Master Pasto

Kasih Juju
Salam and hi everyone,


Korang tau tak yang salah satu makanan kegemaran Juju adalah spageti. Macam-macam jenama dah Juju cuba. Tapi semuanya kena rebus dulu mi dia dan kuah dia pun kena masak. Tapi kalini Juju dah jumpa dengan spageti segera wey. Mudah. Tak payah hidupkan dapur gas pun.

Master Pasto
Master Pasto - Sapgeti Segera
Apa dia Master Pasto ni?
MASTER PASTO adalah sebuah kedai dalam talian yang menjual pasta segera. Lioco Food SDN BHD telah ditubuhkan sejak tahun 2017 di Pulau Pinang, Malaysia dan sejak itu, syarikat ini telah berkembang setiap hari. Mereka berusaha untuk menjadi salah satu pengeluar utama dan terbaik bagi makanan ready-to-eat dalam pasaran semasa.

Dekat sini ada 3 jenis spageti. Iaitu Spageti Bolognese Ayam, Spageti Aglio Olio Ayam dan Spageti Sos Cendawan Berkrim.

Cara penyediaan
Untuk cara penyediaan dia sangat mudah. Dekat sini ada 2 cara. Cara yang pertama ialah menggunakan air panas mendidih.

Cara dia cuma masukkan pek mi dan kuah dia ke dalam air panas yang mendidih. Tak perlu buka dulu pek tu. Rendam je semua. Rendam dalam air panas yang mendidih dan biarkan dia dalam air mendidih tu dalam masa 3 minit. Lepas tu baru koyakkan pek dan hidangkan mi dalam pinggan.

Cara kedua pula korang keluarkan mi dengan kuah dia. Plating cantik-cantik dalam pinggan dan masuk dalam ketuhar gelombang mikro (microwave) dan panaskan selama 1 minit. Mudah sangat wey. Tak perlu nak masak segala bagai tu. Dah boleh terus makan.

Sangat-sangat sesuai untuk korang yang nak travel kemana-mana. Selalunya kalau nak travel kita asyik bawa megi je kan, apa kata kali kita upgrade sikit. Bawak spageti pulak. 

Sedap sangat-sangat. Juju dah cuba ketiga-kita perisa dan semuanya kena dengan tekak Juju ni ha. Perlu korang ingat yang spageti ni dia dah masak dah. Mi dia pun tak keras. So kita cuma perlu panaskan sahaja. Jimat masa wey.

Spageti Sos Cendawan Berkrim
Spageti Sos Cendawan Berkrim
Ramuan: 
Spageti
Cendawan butang
Cendawan Portobello
Minyak Sayuran
Tepung gandum
Bawang merah
Bawang putih
Serbuk susu
Gula
Garam
Krimer
Stok ayam
Tepung kanji
Daun pasli
Lada hitam
Garam Sodium

Maklumat elergen:
Mengandungi susu, produk tenusu dan tepung gandum. Dihasilkan di kilang pengendali telur, susu, produk tenusu, gluten dan kacang soya.

Spageti Aglio Olio Ayam
Spageti Aglio Olio Ayam
Ramuan:
Spageti
Ayam 
Minyak Sayuran
Tepung gandum
Bawang merah
Bawang putih
Gula
Garam
Stok ayam
Tepung kanji
Daun pasli
Lada hitam
Garam Sodium
Cili kering kisar
Basil
Rosemary

Maklumat elergen:
Mengandungi susu, produk tenusu dan tepung gandum. Dihasilkan di kilang pengendali telur, susu, produk tenusu, gluten dan kacang soya.

Spageti Bolognese Ayam
Spageti Bolognese Ayam
Ramuan:
Spageti
Ayam 
Minyak Sayuran
Tepung gandum
Bawang merah
Bawang putih
Gula
Garam
Stok ayam
Tepung kanji
Daun pasli
Lada hitam
Garam Sodium
Tomato
Sos pekat tomato

Maklumat elergen:
Mengandungi susu, produk tenusu dan tepung gandum. Dihasilkan di kilang pengendali telur, susu, produk tenusu, gluten dan kacang soya.

Pek spageti ni dah tersedia dalam bungkusan yang direka untuk tahan dengan kepanasan air mendidih. Jadi sila jangan ragu-ragu untuk rendam bungkusan spageti dan kuah dia ni ke dalam periuk.


Review Juju
Okeh kalau korang nak tau, Juju tak rebus pun pek ni dalam air mendidih. Dekat pejabat ni manalah ada cerek elektrik mahupun dapur gas. Yang ada pun cuma air yang guna dispenser tu je. Sebelah air panas sebelah air sejuk.

Jadi apa yang Juju buat ialah untuk pek mi tu Juju bukak dulu dan masukkan air panas lepas tu rendam sekali pek tu dalam air panas. Rendam dalam 5 minit je. Untuk kuah pulak Juju rendam jer dalam 5 minit. Lagipun spageti ni dah masak, kita cuma nak panaskan je.


So, overall memang Juju suka sangat dengan spageti ni. Ketiga-tiganya berasa kuahnya dan dah tentulah sedap. Memang sesuai sangat kalau travel bawak spagethi ni. Mudah je tau. Macam-macam perisa pun ada.