Breaking

4 May 2019

REJOICE Melancarkan Hijab Perfection Series Sebagai Penyelesaian Kepada Penjagaan Rambut Terbaik Untuk Hijabista Pada Ramadhan Ini

Formula baharu direka untuk memastikan rambut bersih dan segar dari Sahur ke Waktu Berbuka, kini
ditawarkan di MYDIN dan kedai-kedai runcit di seluruh negara
Elfira Loy posing with the newly launched Hijab Perfection 3-in-1 Perfect Cool Shampoo and Conditioner from Rejoice.
‘Hijab’ merupakan satu simbol keagamaan dan identiti sebahagian besar wanita di Malaysia dan golongan yang mengenakannya atau Hijaber pada setiap hari akan berhadapan dengan kebimbangan mengenai keadaan rambut mereka di bawah tudung berkenaan. 

Bagi menangani kegusaran ini, para saintis P&G Rejoice telah menemu ramah ratusan pengguna dan mendapati terdapat peningkatan jelas dari aspek suhu dan kelembapan di bahagian kepala yang dilitupi kain berbanding persekitaran di luar. Menurut kajian yang dilakukan baru-baru ini, tiga kebimbangan utama berkaitan rambut dan kulit kepala yang dialami oleh golongan Hijabista hari ini adalah masalah kelemumur, bau yang kurang menyenangkan dan kekusutan. Sehubungan itu, pada 3 Mei dalam satu acara media khas, Rejoice dengan bangganya memperkenalkan koleksi syampu dan perapi baharu, Hijab Perfection Series yang didatangkan dengan formula 3-dalam-1. 
Dr Rebecca Kan, Principal Scientist for P&G Asia Pacific Haircare sharing the breakthrough innovation with a live demonstration of how Rejoice Hijab Perfection Series works.
Pada majlis pelancaran berkenaan, Rejoice telah berkongsi sains di sebalik formula baharu, selain dari paparan demonstrasi sains interaktif oleh Dr Rebecca Kan dari Bahagian Komunikasi Saintifik Penjagaan Rambut P&G Asia Pasifik. Produk terbaharu berkenaan menyelesaikan: 
1) Masalah kelemumur dengan sifat-sifat kebersihan tambahan dan anti kelemumur 
2) Rasa panas dan bau tidak menyenangkan dengan kedinginan tambahan daripada Mentol dan bau yang menyegarkan dari haruman bunga kasturi 
3) Masalah rambut kusut dengan memastikan kelicinan tambahan yang tahan sepanjang hari. Oleh itu, siri baharu ini semestinya solusi penjagaan rambut yang terbaik bagi golongan Hijabista.
(second from left to right) Mr. Sahil Sethi, Beauty Care Commercial Director, P&G Malaysia, Elfira Loy, and Dr Rebecca Kan, Principal Scientist for P&G Asia Pacific Haircare sharing their thoughts on the new offerings from Rejoice at the talk show.
“Saya telah menjadi wajah jenama Rejoice pada peringkat awal kerjaya, malah dikenali ramai sebagai ‘Gadis Rejoice Bertudung Hijau’. Saya amat gembira untuk sekali lagi berganding tenaga dengan Rejoice untuk menjadi sebahagian daripada pelancaran Rejoice ‘Hijab Perfection Series’ yang baharu pada hari ini. Saya begitu gembira mengetahui bahawa produk baharu ini memastikan rambut saya kekal dingin dan segar sepanjang hari. Selain itu, saya juga jatuh cinta dengan rekaan pek yang menarik dan dilihat sebagai simbol seorang Hijabista moden seperti saya. Saya tentunya mengesyorkan siri baharu Rejoice ini kepada Hijabista-hijabista lain di Malaysia pada bulan Ramadan ini,” kata Elfira Loy, pelakon popular dan usahawan, setelah menyempurnakan produk baharu tersebut.
Mr. Sahil Sethi, Beauty Commercial Director for P&G Malaysia sharing his thoughts about the brand and the motivation behind the creation of the Hijab Perfection Series.
“Dengan ‘Siri Hijab Sempurna Rejoice’ baharu, para pelanggan MYDIN kini berpeluang untuk merasai formulasi inovatif yang akhirnya akan memberikan penyelesaian untuk mendapatkan rambut yang sempurna di bawah hijab. Formula dan pakej yang lebih inovatif dan terkini, kami menjangkakan maklum balas positif daripada pelanggan menerusi pelancaran siri baharu daripada Rejoice ini.” ujar Datin Wira Dr Hjh Siti Hawa Mohd, Pengarah Mydin Mohamed Holdings Bhd.

Sementara itu, Encik Sahil Sethi, Pengarah Komersial Penjagaan Kecantikan P&G Malaysia, berkata: “Rejoice sentiasa menjadi sebuah jenama yang pertama melancarkan sesuatu di pasaran. Ia termasuk syampu 2-dalam-1, syampu anti kelemumur kosmetik serta syampu Minyak Panas yang pertama di pasaran.Ia sentiasa meletakkan penanda aras untuk rambut licin sempurna dan menjadi salah satu jenama penjagaan rambut paling dikasihi di Malaysia.

Meneruskan kejayaan inovasi ini, kami melancarkan Siri Hijab Sempurna baharu yang menangani masalah kelemumur, rasa panas dan bau kurang menyenangan serta rambut kusut dalam satu langkah, menjadikan ia solusi sempurna bagi Hijabista pada Ramadan kali ini.”
(from left to right) Mr. Sahil Sethi, Beauty Commercial Director for P&G Malaysia; Elfira Loy; Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Bin Mydin, Marketing Director of Mydin Mohamed Holding Bhd.; Kok How Goh, National Sales Manager of P&G Malaysia during the official launch of Rejoice Hijab Perfection Series
Rejoice ‘Hijab Perfection Series’ boleh didapati dalam dua varian, bagi syampu - 3-dalam-1 Perfect Cool (untuk rasa dingin yang lebih ketara dan kesan kesegaran yang optimum) dan Perfect Perfume (untuk wangian yang berpanjangan). Varian-varian syampu itu disempurnakan oleh Perapi Sempurna 3-dalam-1 bagi rambut yang licin dan rapi. Perapi ini boleh dipadankan dengan kedua-dua varian dalam syampu Perfect Series 3-dalam-1. Syampu dan perapi Rejoice ‘Hijab Perfection Series’ boleh didapati dalam tiga saiz berbeza iaitu 170ml, 340ml dan 600ml. Rangkaian produk baharu itu ditawarkan di kesemua rangkaian MYDIN dan kedai runcit utama di seluruh Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Rejoice ‘Hijab Perfection Series’, kunjungi laman Facebook Rejoice Malaysia di https://www.facebook.com/rejoicemalaysia/ .

1 comment: