MBO CINEMAS Perluas Rangkaian Pawagam Mesra Keluarga di Johor Bahru - Kasih Juju

2 Jun 2019

MBO CINEMAS Perluas Rangkaian Pawagam Mesra Keluarga di Johor Bahru

Cawangan terbaru di AEON Bandar Dato' Onn menjanjikan pengalaman pelanggan yang berbeza dengan konsep tontonan unik untuk para pengunjung.

Entrance
Penggemar filem di Johor Bahru kini boleh menikmati pengalaman sinematik yang menyeluruh di MBO Cinemas yang telah melancarkan beberapa konsep tontonan unik di cawangan terbaru mereka di AEON Mall Bandar Dato' Onn, Johor.
Media Tour
Pawagam yang terletak di tingkat dua pusat beli-belah tersebut akan menampilkan tiga dewan tontonan khas MBO, iaitu KECIL yang mesra keluarga, BIG SCREEN yang mempunyai antara skrin
yang terbesar di Johor dan MX4D yang menjanjikan pengalaman yang imersif dengan teknologi 4D.

MBO BIG SCREEN dan MX4D juga diperkenalkan buat kali pertama di Johor.
Selaku peneraju konsep dewan pawagam yang mesra keluarga di Malaysia, MBO telah lama menubuhkan reputasi yang kukuh untuk dewan KECIL mereka, terutama dengan golongan kanak-kanak dan ibu bapa.

Antara aspek yang paling ikonik dan berbeza di dewan KECIL ialah pengenalan taman permainan kanak-kanak di dalam dewan pawagam.
Taman permainan
MBO Cinemas setakat ini telah menubuhkan sejumlah 9 dewan berkonsepkan KECIL di seluruh negara termasuk di cawangan terbaru mereka di AEON Bandar Dato' Onn.

MBO Bandar Dato' Onn adalah lokasi ketujuh di negara untuk menampilkan konsep KECIL dan ia juga akan menjadi cawangan MBO pertama di wilayah selatan untuk melancarkan dua buah dewan KECIL di bawah satu bumbung.
Entrance MBO Kecil
Ketua Pegawai Operasi MBO, Cheah Chun Wai berkata, "MBO Cinemas adalah rangkaian pawagam pertama di negara ini untuk memperkenalkan konsep dewan pawagam yang mesra keluarga melalui KECIL dan kami percaya ia telah membawa perubahan yang ketara dengan cara ibu bapa dan anak-anak berinteraksi di dewan pawagam."
Ketua Pegawai Operasi MBO, Cheah Chun Wai
"Kami amat berbangga menjadi syarikat pencetus perubahan di dalam industri pawagam tanah air, beroperasi dengan jumlah pawagam mesra keluarga yang terbanyak di negara," kata Chun Wai.

Chun Wai juga menyatakan kegembiraannya kerana akhirnya dapat memperkenalkan dua tawaran perdana syarikat itu, BIG SCREEN dan MX4D buat kali pertama di Johor.

"Dua konsep pawagam kami yang paling inovatif, iaitu BIG SCREEN dan MX4D memang digemari
ramai dan kami sangat bergembira untuk memperkenalkannya di sini untuk warga Johor," tambah Chun Wai.

Membawa Pengalaman Sinematik Yang Berbeza ke Pawagam MBO Bandar Dato' Onn, Johor Bahru
Antara dewan konsep khas yang dilancarkan di MBO Bandar Dato' Onn termasuk:
MBO Kecil: Konsep dewan filem mesra kanak-kanak yang pertama di Malaysia; berfungsi sebagai ruang khas yang disediakan untuk ibu bapa dan kanak-kanak dari semua peringkat umur dan saiz. Tidak seperti pawagam tradisional, MBO Kecil membolehkan anak-anak lari bebas dan bermain sambil menikmati filem-filem kegemaran mereka. 

Ciri-ciri utama termasuk:
- dewan yang lebih cerah
- audio yang lebih lembut
- tempat duduk yang luas dan selesa - family bed dan beanies
- sebuah taman permainan di dewan pawagam
Taman permainan
Sofa bed
Kids sofa
Dewan yang lebih cerah
MBO BIG SCREEN: Dewan pawagam yang memaparkan skrin terbesar dilengkapi dengan teknologi terkini dari hasil kerjasama MBO Cinemas bersama BARCO. Projektor laser yang digunakana di dewan ini adalah yang terutama di Malaysia - membawa prestasi visual yang unggul ke skrin besar.
Really big screen
Dewan yang inovatif ini juga dipertingkatkan dengan teknologi audio Dolby Atmos yang mengangkut penonton ke dalam cerita dengan audio bergerak yang mengisi keliling panggung wayang - malah di atas kepala - untuk menyampaikan pengalaman yang berbeza. Dolby Atmos telah menjadi pilihan untuk kualiti audio masa depan di pawagam dan telah dipakai guna oleh pelbagai studio utama pengarah filem dan organisasi di seluruh dunia. Pada masa ini lebih daripada 1,000 filem dikeluarkan dengan teknologi Dolby Atmos.
Dolby Atmos
Dolby atmos
MBO MX4D: Dilengkapi dengan teknologi MX4D® Motion EFX Theatre yang pertama Di Malaysia, MX4D memaparkan dewan pawagam yang lengkap dengan kerusi bergerak 4D yang bertindak balas dengan adegan filem yang dimainkan di skrin. Peminat filem akan mendapat pengalaman tontonan filem yang luar biasa di Teater EFX MX4D® di MBO Bandar Dato' Onn dengan elemen-elemen seperti:

MX4D® Seat EFX*:
1. Rumbler
2. Water Blast
3. Seat Popper
4. Back Poker
5. Leg Ticklers
6. Air Blast
7. Bubbles

MX4D® Theatre EFX*:
1. Air Blast
2. Wind
3. Neck Tickler
4. Scent
5. Strobe
6. Fog
7. Bubbles

* Ketersediaan EFX adalah berdasarkan kepada filem yang dipaparkan dalam MX4D®. Tidak semua EFX boleh didapati sekaligus.
Seat ni macam kerusi urut bila semua efek kau boleh rasa
Water blast and air blast
Leg tickle
Fog
MX4D
Bubbles
Pesat mengembangkan operasi mereka di seluruh negara, Chun Wai menyatakan bahawa syarikat tersebut komited untuk menyediakan hiburan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan untuk pelanggannya.

"Kami ingin memberi penonton kami pengalaman yang memuaskan bila-bila dan di mana sahaja mereka melawat pawagam MBO dan untuk itu kami sentiasa berusaha keras untuk melengkapkan dewan pawagam kami dengan teknologi audio visual tercanggih untuk keseronokan tontonan maksimum," kata Chun Wai.

Dengan lebih 203 skrin pawagam di seluruh negara, cawangan MBO di AEON Mall Bandar Dato' Onn adalah yang keenam untuk syarikat tersebut di Johor dan yang ke-26 di negara.

Facebook:
Instagram:
Website:

1 ulasan:

  1. nanti nak bawak budak² tu pergi ke sini lah...tak taulah tu nak tengok cerita ke nak main dalam tu...hahaha

    BalasPadam