Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019


Assalamualaikum semua,

Rasanya semua dah mula bekerja kan hari ni. Ada yang masih bercuti lagi ke? Selamat bercutilah untuk yang baru mula bercuti tu ye. Juju dah mula bekerja hari Ahad haritu. Cukuplah dapat beraya empat hari dengan keluarga tercinta. Almaklumlah, mak sendiri dengan mak mertua tak jauh pun. Saudara semua masih dalam Johor. Alhamdulillah.

Tahun ni raya pertama Juju dekat rumah mertua. Walaupun jarak dengan rumah mak sendiri tu sejam je, tapi Juju dan suami tetap amalkan sistem bergilir-gilir. Sembahyang pagi raya tu yang penting. Suami kata lain suasana dia. Lagi pulak lepas sembahyang raya kami terus baraan. Senang bila dah siap baraan raya pertama, lepas tu dah boleh balik kampung masing-masing.

Dikesempatan ini Juju nak mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Juju juga nak minta ampun dan maaf andai ada ayat-ayat Juju yang menyentap hati dan perasaan korang. Pada yang mengenali diri ini Juju nak minta ampun dan maaf atas keterlanjuran kata-kata dan perbuatan, minta halal makan dan minum. Terutama sekali dekat geng JDT Blogger. Dengan ucapan "Bila kita nak gather-gather lagi?" Muehehehehe...
Beriya suruh amik gambar dia. Firash 4 years 10 month
Mama tengah setting kamera sementara tunggu ayah
MIL 💖
Kami lagi dan lagi
Selamat hari raya dari Juju sekeluarga
Puasa 30 hari apa yang kurus?
Okeh jom balik kampung, Firash dah membuta dekat belakang. Mama selfie sementara layan jem

8 Comments

Sis Lin said…
Selamat Hari Raya Juju..
Maaf Zahir Batin..

Jomlah gather-gahter, tak payah tunggu openhouse, tak suka nanti tak dapat nak borak lelama kannn...jom jom..
Anum said…
selamat hari raya aidilfitri
Yaya Azura said…
Selamat Hari Raya Juju..
kisah si dairy said…
selamat hari raya juju...ajom beraya
Delimasari said…
salam aidilfitri Juju sekeluarga
mamapp said…
selamat hariraya maaf zahir batin buat juju sekeluarga
Sunah Sakura said…
selamat hari raya maaf zahir batin kak juju n family!

jom laaa potluck raya!
Ciktie said…
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin