Dr. Beau Pure Natural Skin Oil - Serum Untuk Jeragat

Salam chuollss. Harini Juju nak membebel pasal satu serum muka keluaran bumiputera iaitu Dr. Beau Pure Natural Skin Oil. Bila kita bercakap pasal serum muka mesti korang rasa was-was kan. Bagus ke tak? Ada kelulusan KKM tak? Kalau tak serasi dengan muka nanti ada efek tak?
Dr Beau - Pure Natural Skin Oil
Secara jujurnya Juju pun tak berani nak cuba serum muka ni. Tapi lepas Juju baca kandungan yang ada dalam Dr Beau ni Juju jadi yakin untuk cuba. Korang pun kena baca dulu kandungan yang ada dalam sesuatu serum muka. Kenal pasti kandungan yang perlu korang elakkan. Ada sesetengah orang dia ada alergik dengan sesetengah kandungan yang ada dalam serum muka ni. Jadi penting untuk korang ambil peduli pasal kandungan.

Jadi sebelum Juju membebel pasal lebih lanjut pasal produk Dr Beau ni, jom kita kenal dulu jenis-jenis kulit wanita Asia.

Jenis Kulit Wanita Asia
Kulit normal
Kulit normal atau kulit biasa iaitu jenis kulit yang licin, halus dan lembap apabila dipegang, pori-pori juga halus dan rata. Kulit kelihatan segar dan sihat. Kulit jenis ini sememangnya bertuah,hanya perlu menjaganya sahaja. Namun, Penjagaan kulit seperti jenis bedak yang digunakan, dan barang komestik perlu diteliti sebelum digunakan. Masalah yang biasa dihadapi kulit muka normal adalah kulit senang mengalami   kekeringan, bintik-bintik hitam dan pigmentasi, serta menimbulkan bintik hitam dan putih.

Kulit kering
Kulit kering pasti kelihatan kusam dan nampak tua dari usia. penyebabnya adalah kelenjar minyak yang kurang aktif dan terjadi di daerah yang cuacanya panas, atau terlalu banyak terdedah kepada penghawa dingin. Penyebab kulit kering ialah disebabkan oleh pemakaian pembersih muka yang banyak mengandungi alkohol, kurang minum air atau pengambilan ubat tertentu (roaccutane). Masalah yang dihadapi kulit kering adalah kulit muka menjadi mudah kelihatan tua, dan mudah menimbulkan  bintik-bintik hitam (freckles) garis hitam di sekeliling mata, pigmentasi dan muka kelihatan pucat dan tidak bermaya.

Kulit sensitif
Kulit muka yang sensitif terjadi kerana rangsangan faktor dari luar atau salah guna produk kosmetik.  Jenis makanan harian juga harus diperhatikan agar tidak terjadi alergi, produk make up atau kosmetik, faktor lingkungan/ cuaca panas atau dingin harus diperhatikan juga. Masalah yang selalu terjadi ialah kulit boleh pecah-pecah, merah, perit, mengelupas dan mengalami pigmentasi dan bintik-bintik hitam dan berjerawat.

Kulit yang bermasalah
Kulit yang bermasalah biasa dihadapi oleh hormon remaja yang kelenjar minyaknya terlalu aktif hingga menyebabkan kulit berminyak dan menimbulkan jerawat. Pori-pori yang terbuka mengeluarkan minyak yang berlebihan dan terjadi tumbuhnya jerawat dan apabila tidak dirawat dengan betul boleh menimbulkan pembiakan bakteria.

Apabila wanita dalam masa period atau haid hormon menjadi tidak seimbang dan sering tumbuh jerawat di bagian sekitar muka tapi itu hanya sementara. Masalah yang dihadapi ya itu tadi tumbuh jerawat/jerawat batu, pori-pori terbuka dan bintik-bintik hitam pada muka.

Dr. Beau
Dr Beau
Vitamin E dari bahan herba semulajadi telah terbukti berkesan dan digunakan oleh ramai selebriti dan pakar kecantikkan di dunia.

Kandungan
1 bekas ada 30 kapsul
Vitamin E yang merawat kulit.

Rosehip Oil yang melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.

Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.

Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.

Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif.Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.

Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.
Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.

Semua gabungan hebat ini terkandung dalam Dr Beau. Sebab itu ianya sangat sesuai untuk kulit wanita Asia. Ianya meresap ke dalam kulit dengan pantas. Dan kalau korang nak tau, ia berbau harum dan wangi semulajadi tau. Tak melekit dan rasa segar dan nyaman je lepas sapu dekat kulit.

Cara penggunaan
Kapsul Dr Beau
Bersihkan kulit muka anda, Setelah kulit bersih, teteskan Dr. Beau pada talapak tangan, kemudian, sapu dengan cara menggosok-gosok telapak tangan untuk membantu memudahkan penetrasi pada kulit.

Selanjutnya, usapkan ke seluruh atau sebagian kulit muka hingga batas leher secara merata. Terutama, pada kawasan yang biasa terlihat garis-garis penuaan.

Kalau tak tahu macamana nak apply dekat muka, korang boleh tengok macam Adira Suhaimi ni pakai.


Setelah Dr. Beau disapu, dah bleh pakai bedak atau sunblok . supaya hasilnya lebih berkesan, Dr. Beau sebaiknya disapu waktu pagi dan malam . Pada pagi, Dr. Beau digunakan untuk menjaga kulit dari udara kotor sepanjang siang. Dan,malam boleh merehatkan dan memulihkan kulit.

Kandungan / Isipadu
30 biji per botol.
100 gram
Simpan di tempat suhu kurang dari 27°C (Suhu bilik)

Untuk maklumat dan keterangan lanjut, boleh ke:-
Facebook: drbeaumalaysia
Instagram: drbeau_official
No telefon: 0169633443
Me with serum Dr Beau









2 Comments

Sis Lin said…
Sis paling suka pakai serum, sampaikan yang serum Ardini tu pun dah beli kali kedua...baguss...pakai jangan tak pakai hehehehe
Sunah Sakura said…
tak melekit ek...bagus juga dia letak dalam biji2 gitu, senang nak agak berapa banyak yang perlu guna untuk satu muka...