Anak Derhaka Jangan Ada Hati Nak Jadi Kaya - Founder Seri Lady

Kasih Juju

Anak Derhaka Jangan Ada Hati Nak Jadi Kaya - Founder Seri Lady
Puan Ju atau lebih selesa dipanggil ‘Ummy Ju’ 39 tahun. 
Aku membesar dengan melihat kesengsaraan, kepayahan ,ketabahan serta kesabaran hidup ummi dalam mencari rezeki membesarkan kami adik beradik.

Dalam keadaan membesar ini lah aku banyak belajar tentang erti ingin berusaha untuk mengubah kehidupan family aku terutama ummi. Kerana tak ingin ummi aku susah selamanya kerana membesarkan kami.

Ummi membesarkan kami dengan berniaga kantin kilang. Dari zaman sekolah aku dah mula bekerja part time untuk bantu ummi dan adik beradik.

Wanita ini nekad untuk membahagiakan ibunya, setelah melihat keperihan ibundanya, Puan Sharifah Rauzah,68.

Sangat menjadikan ibunya idola dan inspirasi sepanjang kehidupan dan perniagaannya, Puan Jue meletakkan segalanya adalah IBUnya di hadapan.

Pada tahun 2017 nekad untuk menghasilkan produk ‘Seri Lady‘ bermula hanya kerana kebengangan mempunyai susuk tubuh yang agak berisi, dan terus menjadi pembakar semangat untuk meneruskan perniagaan walau banyak dugaan yang harus ditempuhi.
Berkat kesabaran dan tidak melupakan sumber inspirasi ibunya, terus menjalankan peniagaan seri lady sehingga kini, malah telah mempunyai seramai 70 agen jualan yang berkualiti serata Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.
Sebahagian agen jualan yang sentiasa menjadi tulang belakang Seri Lady. Malah agen jualan juga menjadikan ‘Puan Jue’ sebagai sumber inspirasi kerana sifat rendah diri dan ketabahan menaikkan perniagaannya

Buat pesanan bersama tidak kira kita berkerja lebih lagi pada yang menjalankan perniagaan sendiri, kalau masih ada ibu, jadikanlah ibu kita sumber inspirasi kita, kerana mereka adalah pelajaran yang sangat mahal untuk kita jadikan sumber inspirasi. ‘Anak derhaka jangan ada hati nak jadi kaya‘

Hargai ibu yang masih ada, ❤️
Menghadiahkan pakej umrah Ramadhan 2019 buat ibunya.

Salah seorang anak didik Azizan Osman (Titanium) bersama dua rakan kongsi Cik Nazira Shariff dan Ain Hamid.
Bersama suami Encik Zamri, anak-anak yang sentiasa memberi semangat dan dorongan.
Keluarga besar, Puan Jue adalah anak ke 2 dari 4 beradik.
Gambar Terkini Puan Juzailah Shariff Founder kepada Jenama SERI LADY