Cerita Cuti Sekolah Hari Raya Haji 2019

Kasih Juju
Assalamualaikum semua,


Kisah Hari Raya Haji
Macam dah terlambat je nak cerita pasal Raya Haji kan. Well, Raya Haji Juju biasa-biasa je. Tahun ni turn beraya dekat kampung Juju. Beraya dekat rumah atok je. Lepas tu balik sebab kawan abah nak datang beraya.
Firash belum mandi lagi masa ni. Tak boleh join ambil gambar.
Lauk-lauk raya memang dah siap masak dah. Menu wajib burasak dengan ketupat. Mak siap masak asam pedas ikan parang ikut stail Bugis pure. Guna tebu. Masak guna api kecik selama 8 jam. Fuh, semerbak bau dia satu rumah tau. 

Kenapa kena masak sampai lama gitu? Ha sebabnya ikan parang tu kan banyak tulang. Stress betul makan ikan ni. Tapi disebabkan dia tu sedap, gigih jugalah mengasingkan tulang bercabang dia tu. Tapi bila kita masak dia lama, tulang dia akan jadi lembut. Jadi tak payah risaulah kalau tercekik tulang nanti.

Kisah Firash dan Boboiboy The Movie 2
So, weekend haritu Juju bawa Firash layan Boboiboy The Movie 2. Beli guna voucher MBO yang dapat haritu. Sebelum dia expired, eloklah kita guna. Juju pegi beli tiket dulu dekat Kluang Mall dan balik rumah ambil ayah Firash pulak. Mujur Juju beli awal. Wayang full house weh. 
Suka eh dapat tengok Boboi
Berbaloi sangat tengok wayang kali ni. Macam nak tengok lagi sekali cerita tu. Tapi tunggu dia keluar dekat Astrolah. Hehe.

Firash ke Melaka
Dan penutup cuti sekolah Juju bawa Firash ke Melaka. Rumah pakcik Juju. Anak dia bertunang hari Jumaat malam tu. Jadi kami plan turun hari Khamis dan balik hari Sabtu. Dapatlah tidur 2 malam dekat Melaka.
Dah sampai Melaka. Makan dulu.
Pakcik Juju carikan hotel yang ada swimming pool. Fuh, memang puaslah budak-budak mandi kolam. Dapat pulak kolam tu memang takde orang lain. Anak beranak kita je. Hehe.

Kami stay dekat Riviera Hotel and Suites. Tak sempat Juju nak ambil gambar bilik. Dah bersepah macam ape tah. Huhu. Jadi Juju ambil gambar dekat swimming pool jelah yek. Korang pun faham-faham jelah kalau travel bawa anak kecik ni, kejap je bilik tu bersepah.

Tapi swimming pool dekat sini memang best. Dia ada indoor dan jugak outdoor. Puas betul dapat main dua-dua pool. Agak-agak matahari dah keluar, kitorang semua serbu pool indoor pulak. Tak taulah kenapa diorang yang menginap tu tak nak mandi pool. Rugi betul. Tapi untungnya dekat kitoranglah. Muehehehe.
Pool outdoor
Pool indoor

Hamboi... Melayan perasaan ke tu?
So lastly, untuk sepupu Juju. Jangan ikat lama-lama sangat. Tengah darah manis ni macam-macam dugaan. Semoga berkekalanlah hendaknya ya sepupu.

Sepupu yang belah kanan. Yang belah kiri tu bila lagi?