Latest

13 August 2019

Program Azam Usahawan Muda Johor 2019 Peringkat Daerah Kluang

Pada 8 Ogos yang lalu, telah berlangsungnya pertandingan Azam Usahawan Muda peringkat Daerah Kluang Tahun 2019. Memandangkan Juju dah berpindah ke daerah Kluang, makanya Juju terlibat secara langsunglah dengan program ni. Hehe, sadis betul, baru je pindah dah kena buat program. Tapi memandangkan program ni dah lama dirancang jadi kenalah teruskan.

Nak dijadikan ceritanya daerah Kluang ni adalah program pembukaan. Jadi memang kena buat perasmianlah. Lepas ni baru daerah-daerah lain akan bertanding pula. So, jom baca apa YB kita sampaikan sempena majlis pembukaan ini.

Mahu koperasi sekolah terus berdaya saing
Barisan peserta Program Azam Usahawan Muda Johor Tahun 2019
Kerajaan Negeri Johor mahu program pembudayaan keusahawanan di dalam kalangan para pelajar di negeri ini diperkukuhkan agar selari dengan pembangunan usahawan dirancang kerajaan negeri melalui Program Azam Usahawan Muda Johor dalam Belanjawan Johor 2019.

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Sheikh Umar Ali berkata, pencapaian akademik semata-mata tidak menjamin para pelajar menjadi insan yang berjaya kerana mereka memerlukan satu platform bagi mengaplikasikan teori yang dipelajari dalam bentuk latihan untuk mendapatkan pengalaman.
Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Sheikh Umar Ali
"Koperasi sekolah merupakan wadah berkesan untuk para pelajar berniaga, menjadi usahawan, mentadbir dan mengurus koperasi serta mendapat kemahiran-kemahiran insaniah, malah penglibatan mereka ini mampu memperkukuhkan jati diri yang menjadi pegangan koperasi.

"Pelbagai program telah dilaksanakan oleh koperasi sekolah dalam mendidik semangat keusahawanan di kalangan para pelajar sekolah kerana penerapan dan pendedahan kepada budaya dan nilai-nilai keusahawanan ini juga merupakan salah satu proses pembelajaran juga," katanya.

Beliau yang juga Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh berkata pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Azam Usahawan Muda Johor Tahun 2019 di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hwa 2 di sini hari ini.
Majlis Pelancaran
Turut hadir ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Johor, Mahmud Kadar dan wakil rasmi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) Kamaluddin Mohd Tahir.
Majlis Pelancaran
Menurutnya, sekarang juga sudah menjadi trend kebanyakan kebanyakan koperasi sekolah mewujudkan kiosk dan ini adalah satu perkembangan yang lebih baik kerana koperasi turut memainkan peranan penting kepada asas ekonomi negara.

"Sebagai contoh, Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senggarang Batu Pahat Berhad telah berkembang dari sebuah koperasi sekolah menjadi sebuah koperasi yang mempunyai outlet menjual barangan runcit termasuk barang makanan basah dan makanan sejuk beku.

"Mengikut rekod juga, jualan bulanan koperasi ini boleh mencecah sehingga RM100,000 manakala jualan tahunan boleh mencapai sehingga RM600,000 dan ternyata koperasi ini telah keluar dari zon selesa dan tidak hanya menjual peralatan persekolahan semata-mata," katanya.

Menurutnya, beliau juga berharap agar pihak sekolah dan guru sentiasa boleh memikirkan cara dan kaedah terbaik untuk mempelbagaikan aktiviti bagi mendedahkan para pelajar kepada dunia keusahawanan dan menceburkan diri dalam aktiviti perniagaan yang bukan stereotaip.

Pada masa sama, terdapat 268 koperasi sekolah di negeri ini dengan jumlah ahli seramai 231,513 orang selain jumlah syer sebanyak RM3.15 juta serta perolehan aset sebanyak RM53 juta dan koperasi sekolah yang terpilih akan mewakili negeri Johor ke pertandingan Konvensyen Young Entrepreneur Strive For Success (YESS) peringkat kebangsaan.



Okeh, jom kita layan gambar pula..



















PERTANDINGAN AZAM USAHAWAN MUDA JOHOR PERINGKAT DAERAH KLUANG DAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM AZAM USAHAWAN MUDA JOHOR TAHUN 2019

Dirasmikan Oleh 
Tuan Haji Sheikh Umar Bagharib Bin Ali
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Negeri Johor

Tarikh: 08 Ogos 2019
Tempat: Dewan Sjk(C) Chong Hwa 2, Kluang
Bil Penyertaan: 5 Buah Koperasi Sekolah

Objektif Program
1. Memupuk Minat Pelajar Sekolah Menceburi Bidang Keusahawanan
2. Mengaktifkan Keusahawanan Koperasi Dikalangan Pelajar Sekolah
3. Menjadi Satu Platform Bagi Memilih Projek Yang Mempunyai Nilai Komersil, Kreatif Dan Berpotensi Untuk Dikembangkan

Juri
i. Skm
ii. Mara
iii. Bank Rakyat

Kategori Yang Dipertandingkan
1. Projek Terbaik
2. Persembahan Terbaik
3. Guru Pembimbing Terbaik

Pemenang:
Projek Terbaik
1. Koperasi Kolej Vokasional Kluang Berhad 
2. Koperasi Smk Simpang Renggam Kluang Berhad
(2 Buah Koperasi Ini Akan Bertanding Di Peringkat Negeri)

Persembahan Terbaik
Koperasi Kolej Vokasinal Kluang Berhad

Guru Pembimbing Terbaik
Puan Faridah Binti Md Pungot (Koperasi Kolej Vokasinal Kluang Berhad)

5 comments:

Warisan Petani said...

Tahniah kepada pemenang

Umi Nazrah said...

alhamdulillah tahniah, sangat bagus program ni untuk pelajar ^_^

Melur myler said...

Menariknya buat program mcmni.. Nice

Jom visit https://theathra.blogspot.com/ after a long hiatus hehe

mamapp said...

Bagus jikandipupuk lebih awal

Uyul Rosli said...

Bagusnya program macam nih. Boleh cungkil bakat terpendam.