Breaking

13 September 2019

Friday, September 13, 2019

Bio-Life Astaxanthin 6mg

Hai semua,

Harini Juju nak membebel pasal supplement ataupun dalam bahasa melayunya makanan tambahan. Ada orang yang tak percaya langsung pasal makanan tambahan ni. Tapi ada pula yang bergantung sepenuhnya dengan makanan tambahan ni. Ha, salah dah tu.

Nak ambil supplement food ni pun sebenarnya kene ikut dos yang dah di tetapkan delat label. Tak bolehlah main sedap korang je nak telan. Agak-agak macam tal nampak je perubahan dia korang terus tambah dos. Ha dah salah tu. Dibuatnya supplement tu ade side effect, naya kat badan wey.

Sebab tu korang kena ikut dos yang dah ditetapkan dan paling penting sekali korang kena minum air masak yang secukupnya. 

Bio-Life Astaxanthin 6mg

Astaxanthin adalah pigmen berwarna merah jingga yang ditemui secara semulajadi terutamanya pada organisma laut. Oleh kerana potensi antioksidan yang tinggi dalam Astaxinthin ini, ianya boleh berfungsi sebagai perisai untuk memberli perlindungan dalaman kepada kulit untuk melambatkan proses penuaan

Biodiesel Astaxanthin 6mg yang mempunyai kekuatan tinggi Astaxanthin diekstrak daripada microalgae yang diuji secara klinikal. Produk kosmetik yang dihasilkan boleh digunakan untuk mengatasi masalah penuaan kulit seperti kedut, kendur dan sebagainya.

Apa itu Astaxanthin 6mg?
  • Astaxanthin 6mg is derived from microalgae, Haematococcus pluvialis.
  • Astaxanthin 6mg contains 6mg of active compound (Astaxanthin).
  • Astaxanthin 6mg serves as an antioxidant on our skin to scavenge free radicals and protect skin cells from oxidative damage.

Bagaimana Astaxanthin 6mg membantu dalam membanteras penuaan?
-Astaxanthin 6mg mengumpulkan perisai yang bertindak sebagai penghalang kepada kekurangan air dalam kulit dan menjadikan kulit lebih lembut dan dalam masa yang sama menambahkan kelembapan kulit.
-Astaxanthin 6mg menghilangkan radikal bebas dan melindungi kulit daripada tekanan oksidatif.
-Astaxanthin 6mg memperlahankan proses kehilangan kolagen kulit
-Astaxanthin 6mg mempercepat pemulihan serat kolagen kulit yang dapat mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit.

Siapa yang digalakkan untuk mengambil Astaxanthin 6mg?
- masalah penuaan
- masalah kulit kering
- masalah kulit berkedut
- masalah kulit kendur

Cara pengambilan?
Dewasa: Satu kapsul sehari atau seperti yang dicadangkan oleh pengamal perubatan bertauliah.

Apa ciri-ciri yang ada dalam Astaxanthin 6mg?
- Kandungan Astaxanthin yang tinggi memberikan kesan yang optimum.
- Anti-oksidan untuk mencegah penuaan kulit.
- Terbukti secara klinikal untuk memperbaiki kulit dalam masa 2 bulan. 
- Teknologi bebas pengekstrakan digunakan bagi mengekalkan kualiti premium dalam Astaxinthin.
- tiada GMO dan bebas gluten.
- Kapsul yang diperbuat dari sayur dan sesuai untuk vegetarian.

Kandungan
Powderized Haematococcus pluvialis Extract 333mg
(equiv. to Astaxanthin 6mg)

Pack Size
30 capsules

S1: Bolehkah saya mendapatkan khasiat Astaxanthin dalam makanan?
Ya. Anda boleh dapatkan khasiat Astaxanthin dalam ikan salmon.

S2: Adakah saya perlu menggunakan produk kecantikan selepas mengamalkan Astaxanthin sebagai makanan tambahan?
Ya. Anda boleh mengekalkan rutin harian kecantinkan anda dan amalkan makanan tambahan Astaxanthin dalam masa yang sama. Kedua-duanya boleh bekerjasama bagi memastikan kulit sentiasa sihat dan mengekalkan keremajaan kulit.

Dimana boleh dapatkan Bio-Life Astaxanthin 6mg?
Korang boleh beli dekat Guardian ataupun Caring Pharmacy. Kalau nak beli secara atas talian pun boleh. Shopee ke Lazada ke, semua ada jual. Harga pun lebih kurang dalam RM 80.00. Kalau korang beli time offer boleh dapat murah lagi tau.

Juju pun baru jer mula amalkan Bio-Life Astaxanthin 6mg ni. Jadi belum nampak lagilah kesan dia dekat kulit muka Juju ni. Tak sabar nak tunggu kesan dia.

So, korang pun tunggu ape lagi tuh? Jomlah jaga kulit muka sama-sama. Walaupun umur dah banyak, tapi muka kena maintain muda remaja tau. Barulah suami sayang hari-hari. Muehehehehe.

12 September 2019

Thursday, September 12, 2019

Peluang Tambah Pendapatan dengan Amore Double Chip Cookies

Hai semua pembaca blog Juju,

Harini Juju nak review satu produk makanan yang memang kita sebagai rakyat Malaysia ni suka sangat-sangat. Hehe, Juju nak review biskut je. Tapi ada kelainan sikit dengan biskut ni. Ha kalau korang nak tau apa yang lainnya korang kenalah baca sampai habis.

Amore Double Chip Cookies
Amore Double Chip Cookies
Okeh, first sekali Juju nak bagitau yang produk ini adalah keluaran bumiputera tempatan. JUju sendiri dah cuba dah biskut ni. Duk berebut dengan dak Firash. Memasing nak makan lebih.. Ihiks. Rangup betul.
Rindu pada gigitan pertama
Rasa dia bukan macam yang femes tu tau. Jauh sekali macam yang banyak jual dekat kedai tu. Yang plastik dia warna kunig jugak tu. Ha rasa dia lain sikit. Lain yang sedap tau. So kalau korang nak tau rasa dia cemane, korang boleh dapatkan detail dia dekat akhir entri ini nanti.
Firash suka sangat makan Amore Cookies
Pada Juju, gabungan kacang dan coklat dia memang sangat padu. Haritu lepas makan Juju lupa nak ikat dan masukkan dalam bekas. And guest what? Dia tak lemau wey. Fuh, sambung lagi krup krap depan tv.

So, kalau korang jadi jadi ejen, boleh pilih pakej-pakej yang ada dekat bawah ni ya.

Super Dropship
Modal permulaan untuk menjadi super dropship amore

Modal = RM 120.00/10 pek
1.  Anda akan dapat 8 pek Amore Cookies dan percuma 2 pek percubaan
2.  Pos percuma Semenanjung Malaysia
3.  Reward Top Dropship
4.  Offer pengedar / agent
5.  Support group whatapps / contest strategi buat duit

Untung = RM 80.00
1. Anda mestilah menjual pada harga yang disarankan dan dipantau oleh HQ
2. Harga jualan 1 pek = RM20.00 ( rate discount harga jualan RM15 – 20 )
3. Harga dah termasuk charge cod jika hendak melakukan penghantaran (biasanya customer bila mintak cas cod diorang sukar untuk membeli )
4.  Kadar keuntungan 1 pek RM8.00 ( jika tiada diskaun )

Penting
·         Anda mestilah mendapatkan testimoni pelanggan, gambar serta video untuk meningkatkan jualan anda.
·         Anda usaha, anda buat, anda dapat.

Untuk agent
Modal permulaan untuk menjadi agent amore

Modal = RM480.00 / 40 pek / 2 karton
1.  Anda akan dapat 36 pek Amore Cookies dan percuma 4 pek percubaan
2.  Free postage semenanjung
3.  Reward top agent upgrade stokis
4.  Support group whatapps
5.  Dapat offer stokis negeri
6.  Group contest

Untung = RM320.00 / 40 pek / RM20.00
1. Anda mestilah menjual pada harga yang disarankan dan dipantau oleh hq
2. Harga jualan 1 pack = rm20.00 ( rate discount harga jualan rm15 – 20 )
3. Harga itu include charge cod jika hendak melakukan penghantaran (biasanya customer bila mintak cas cod diorang sukar untuk membeli )
4. Kadar keuntungan 1 pack rm8.00 ( jika tidak berlaku discount )

Penting
·         Anda mestilah mendapat testimoni pelanggan, gambar serta video untuk meningkatkan jualan anda.
·         Anda usaha, anda buat anda dapat.


Untuk maklumat lanjut, layari:

Website

Facebook

Instagram

Whatssap 
011-3770 1174



9 September 2019

Monday, September 09, 2019

Persiapan ke Kota Kinabalu dan Kundasang 4 hari 3 malam

Hi guys,

So bulan lepas, Juju, Mak, Adik yang nombor 3 dan 2 orang lagi makcik Juju ke Sabah untuk bercuti. Agak lama jugalah untuk plan cuti kali ni. Dah memasing sibuk kate nak naik kapal terbangkan. Jadi Juju tunaikanlah permintaan diorang. Kita travel dalam negara dulu yek. Ada rezeki lebih kita pergi luar negara pulak.

Persiapan sebelum ke Sabah.
Kota Kinabalu dan Kundasang
Kereta Sewa
Untuk kereta sewa, banyak tempat jugalah Juju mencari rujukan. Kita ni kalau boleh dapat yang murah, nak murah lagi kan. So, survey punya survey Juju pilih perkhidmatan kereta sewa dari Kaizen Car Rental. Juju sewa Proton Saga VVT. Muat sangat untuk kami berlima. 1 hari RM100.00. Kiraan dia bermula dari pukul berapa kita ambil kereta, sampai pukul berapa kita pulangkan kereta tu.

So, total untuk kereta Juju dah asingkan RM400.00 siap-siap. Ada lebih boleh buat tambah beli minyak kereta nanti. Eh, memang ade lebih pun. Juju ambil kereta pukul 9.45 pagi hari pertama dan pulangkan jam 2.00 petang hari keempat.
Nakkan background gunung punya pasal, park dulu kereta dekat tepi.
Senang sangat deal dengan owner dia. Kita boleh pilih dekat mana kita nak ambil dan pulangkan kereta tu. Juju yang baru pertama kali menjejakkan kaki di bumi Sabah ni plan untuk ambil dan pulangkan saja kereta di airport. Mudah.

So kalau korang nak contact boleh ke:-



Hotel di Kota Kinabalu
Alang-alang dah book kereta untuk 4 hari, maka Juju pun buatlah survey untuk hotel pulak. Memandangkan dah terbook kereta sampai 4 hari, makanya Juju pun mencari hotel yang jauh sikit dari pusat bandar. Jauh sikit je. Yang penting berbaloi bayar kereta sampai 4 hari. Muehehehe.

Okeh kalini Juju booking guna Air BNB pula. Asyik guna Agoda dan Trivago je kan. Kali ni kita beralih ke Air BNB. Sajalah nak cuba rasa sendiri. Orang kate dekat Air BNB ni banyak homestay. Tapi kalau dapat homestay yang macam hotel pun syok juga kan.

Setelah puas buat survey dan kiraan sikit makanya kami sepakat untuk menginap di Jia Homesuite di KK Times Square. Betul-betul sebelah pusat membeli-belah IMAGO. Jalan kaki je sampai. Dan part yang paling best sekali dekat dengan dobi dan kedai makan. Ada kedai mamak je dekat situ. Bolehlah buat alas perut beli sarapan.
Jia Homesuite
So kalau korang nak cuba guna web Air BNB ni korang boleh klik --> https://www.airbnb.com

Hotel di Kundasang
Kiram's Village
 Untuk hotel di Kundasang, Juju ada juga survey dekat blog kawan-kawan yang dah pernah sampai ke sana. Dalam banyak-banyak review tu, Juju dah tersuka dengan Kiram Village. Bila tengok tempat ni memang Juju dah jatuh suka dah dengan tempat ni. Terus Juju contact owner tempat ni.

Kalau korang nak book, korang kena ke website Kiram Village di --> http://kirams-village.com/
Anak panah kabin
Dekat situ nanti dia akan bagi nombor telefon untuk korang hubungi tempat ni. Macam Juju, Juju whatsapp dulu. Lepas tu dia akan minta deposit untuk confirmkan booking. Nanti dia akan bagi instructionlah macam mana korang nak bayar deposit tu.
Depan kabin brokoli

Untuk pakej-pakej ke pulau semua tu Juju dan family main terjah je. Nanti Juju akan ceritakan pengalaman Juju semasa ke pulau-pulau tu ya. Sama juga dengan Kundasang, kami terjah jugak. Acah-acah macam dah biasa dengan tempat tu. Padahal tak pernah pergi lagipun. Terima kasih jugaklah dekat kawan-kawan blog yang dah share pengalaman korang ke sana.

Jadi, kalau korang memang takut nak terjah, Juju ada satu travel agent yang Juju nak recommend dekat korang. Jom baca dekat bawah ni.

ARBA Travel.
Pernah korang pegi travel ikut travel agent lepas tu korang kena bawa dekat satu tempat yang tak masuk dalam senarai program. Eh, sebenarnya masuk dalam senarai, tapi tak jelas. Senang kata korang ke 'Tourist Trap' lah.

'Tourist Trap' ialah tempat yang korang kena paksa beli. Selalunya korang akan 'dikurung; dalam bangunan dan terpaksa dengar pasal ceramah jualan pasal jed, ginseng, ubat dan macam-macam-macam lagilah.

Rasa tertipu betul kalau Juju kena macam ni. Rasa rugi pun iya jugak. Sampai dalam kepala Juju ni dah cop semua travel agent ni sama. Fuh, agak kejam jugak statement Juju ni kan.

Tapi, lepas Juju jumpa satu website ni, Juju rasa sangat teruja sebab di menjanjikan NO TOURIST TRAP. Hmmmmm... Menarik juga nih. Dah alang-alang jumpa ni, Juju pun nak share jugalah dengan korang. Biar korang pun tak terjebak sama dengan tourist trap tu.

Okeh jom tengok Pakej Percutian ke Sabah yang diorang tawarkan ni.

Perbezaan Pakej Sabah ARBA Travel Berbanding Yang lain
1/ PENGINAPAN PEMANDANGAN GUNUNG KINABALU
Menginap di kawasan berlatarbelakang keindahan Gunung Kinabalu di Kundasang. Kami hanya memilih penginapan yang selesa & mempunyai servis yang baik.

2/ SUASANA SEPERTI ‘NEW ZEALAND’
Nikmati scenery cantik sambil bergambar/selfie dengan Lembu ‘New Zealand’ di DESA Cattle Farm. Dapat juga nikmati aiskrim GELATO yang freshly made, anda try sekali pasti nak lagi!

3/ BERGAMBAR DENGAN IKAN NEMO DAN CORAL
Anda berpeluang snorkeling sambil selfie dengan ikan nemo dan coral di Pulau Sapi dan Pulau Manukan, pengalaman ‘rare’ dan menyeronokkan!

4/ PENGALAMAN FISH SPA DENGAN IKAN KOI BESAR
Anda dapat rasai pengalaman fish spa yang berbeza; ikan koi yang besar dan warna warni sangat best untuk rasai foot massage dan bergambar. Tiada limit masa untuk anda rendam kaki, sangat relaxing!

5/ TOUR GUIDE MESRA & BERBERPENGALAMAN
Driver guide kami sangat faham citarasa anda. Mereka mahir tentang destinasi dan sangat ‘sporting’. Mereka pandai tangkap gambar, jadi banyak gambar untuk anda kongsi di media sosial.

6/ LEBIH MURAH BERBANDING PRIVATE TOUR
Anda bayar harga pakej untuk 10 orang walaupun pergi berdua sahaja. Sudah tentu harganya jauh lebih murah berbanding biasa. Harga yang anda lihat sudah termasuk tiket penerbangan pergi balik.
Klik untuk lebih jelas
Harga yang dekat atas ni dah termasuk dengan tiket kapal terbang. Dan kalau korang pilih pakej yang premium tu, termasuk makan dari pagi sampailah ke malam. Tapi kalau korang nak pilih pakej bajet pun boleh jugak. Ikutlah pada kemampuan masing-masing.
Pakej mengikut bajet. (Klik untuk lebih jelas)


8 September 2019

Sunday, September 08, 2019

Lirik Lagu Pura-pura Bujang - Baby Shima



Lirik Lagu Pura-pura Bujang - Baby Shima
(Jangan sayang pura-pura bujang)
Kantoi sekali lagi
Ada cinta tiga segi
Adakah dah bertunang
Dah berbini

Hati berbicara
Makin lama makin rasa
Sesuatu yang tak kena dengan dia

Kau fikir ku tak tahu
Tak payah nak menipu
Kau pecah tembelang

Mengapa oh mengapa jatuh cinta
Sedangkan kau sudah berpunya
Selamba oh selamba kau menggoda
Jangan sayang pura-pura bujang

Dia atau aku
Yang mana pilihanmu
Katakan saja aku ingin tahu

Baru kau nak peninglah
Kerut-kerut kening
Guling-guling, guling-guling
Macam tenggiling
(Guling-guling, guling-guling
Macam tenggiling)

Kau fikir ku tak tahu
Tak payah nak menipu
Kau pecah tembelang

Mengapa oh mengapa jatuh cinta
Sedangkan kau sudah berpunya
Selamba oh selamba kau menggoda
Jangan sayang pura-pura bujang

Berwas-waslah bila bercinta
Jangan dipatuk kasih pria berbisa
Jangan sekali dibelitnya

Mengapa oh mengapa jatuh cinta
Sedangkan kau sudah berpunya
Selamba oh selamba kau menggoda
Jangan sayang pura-pura bujang

Ooooo... Ooooo
(Jatuh cinta)
Sedangkan kau sudah berpunya
Ooooo.. Ooooo
Oooooooo
Jangan sayang pura-pura bujang

Jangan sayang pura-pura bujang

5 September 2019

Thursday, September 05, 2019

Shopee 9.9 Super Instagram Contest Start Now!

Game On: Highest Number of Repost Wins RM1,000 Shopee Cash Voucher
Shopee 9.9 Super Instagram Contest Starts Now!


Be the lucky winner to win RM1,000 Shopee Cash Voucher when you join the Shopee 9.9 Super Instagram Contest. Just follow @shopee_my on Instagram and repost the Instagram post (https://www.instagram.com/p/B2BlJ-1Hs7A/) with the caption "Buy everything at Shopee! #Shopee99SuperShoppingDay #Shopee99SuperContest". 

The highest number of repost will win RM1,000 Shopee Cash Voucher. Fifty (50) winners will also win the consolation prize of RM50 Shopee Cash Voucher each. Contest starts now and ends on 9 September 2019, 11:59PM. Winners will be announced on Shopee MY's IG. Terms and conditions apply.

The contest is part of Shopee’s signature annual shopping event, 9.9 Super Shopping Day. Taking place from now until 9 September 2019, the campaign offers greater deals and discounts across categories from brands such as Nutox, HP, L'OrĂ©al, Vinda, Photobook Malaysia, Enfagrow, Universal Traveller, realme, MR DIY and Nestle. To enjoy further savings, Shopee is bringing down the minimum spend for free shipping to RM9. 

Shopee also recently revealed its newest brand ambassador, Cristiano Ronaldo and he will be working with Shopee across its seven markets in a wide range of activities to engage and inspire people in the region.

Find out more about 9.9 Super Shopping Day at https://shopee.com.my/m/99


Thursday, September 05, 2019

Lirik Lagu Wany Hasrita dan Dato' Jamal Abdillah - Belenggu Rindu



Lirik Lagu Dibelenggu Rindu Nyanyian Wany Hasrita dan Dato Jamal Abdillah
Kalau benar bagai dikata
Aku rela serahkan semua
Ingin ku dimanja,
Hidup serba mewah

Bukan benar bagai dikata
Godaan manisan pujangga
Dah kita dicipta,
Bukan tuk bermegah

Saat dihanyut asmara
Asmara riang membara di jiwa

Sia-sia jika diturutkan hatimu
Yang terleka dibuai kata-kata palsu

Sia-sia jika tak dicuba dahulu
Kerna hati ku dibelenggu rindu

Pasrah, pasrah, pasrah, bila diperdaya
Dan terasa pedihnya bila hatiku dibelenggu rindu

Kalau benar bagai dikata
Maka sudah dia berpunya
Sungguh tak kuduga begini akhirnya

Saat dihanyut asmara
Asmara riang membara di jiwa

Sia-sia jika diturutkan hatimu
Yang terleka dibuai kata-kata palsu

Sia-sia jika tak dicuba dahulu
Kerna hati ku dibelenggu rindu

Hati yang buta raga binasa
Jaga ku sampai sedar semula
Hati yang baik benangkan ia
Tenun kan jiwa dan raga
Harus bersulamkan cinta

Sia-sia jika diturutkan hatimu
Yang terleka dibuai kata-kata palsu

Sia-sia (sia-sia) jika tak dicuba dahulu
Kerna hati ku dibelenggu rindu

Pasrah, pasrah, pasrah, bila diperdaya (diperdaya)
Dan terasa pedihnya bila hatiku dibelenggu rindu
Pasrah, pasrah, pasrah, di hatiku
Dan terasa pedihnya bila hatiku dibelenggu rindu

4 September 2019

Wednesday, September 04, 2019

Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum semua,

Harini bermulalah peperiksaan UPSR. Mesti adik-adik darjah 6 sekarang ni tengah gemuruh sangat-sangat. Dulu Juju pun macam tu jugak. Macam-macam doa Juju baca sebelum masuk dewan tu. Lagi-lagi doa supaya apa yang Juju dah ulangkaji tu keluar dalam soalan peperiksaan tu. 

Tapi dah lama dah zaman peperiksaan tu berlalu. Juju ambil UPSR tahun 1996. Hah! Kira umur Juju ke tu? Hehe.. Masa tu masih lagi empat subjek. Juju ni pulak duduk dalam kelas pandai. Tapi Juju ni tak berapa nak pandai. Kena pulak bersaing dengan budak-budak yang pandai ni. Huh memang mencabar betul.

Lebih-lebih lagi bila kesa psiko mental. Mana taknya, diorang boleh kusyuk belajar je. Dah tu takkan Juju nak tengok je kan. Eh mestilah ambil buku, join diorang study. Hmm.. Rindu pulak zaman sekolah rendah.

Okeh, untuk adik-adik yang nak ambil exam tu, boleh baca doa ni ya.

Kalau nak diikutkan ada banyak lagi doa untuk korang hafal. Tapi Juju bagi doa yang boleh hilangkan rasa gemuruh adik-adik semua ya. 

Selamat menjawab soalan.

3 September 2019

Tuesday, September 03, 2019

Honda Bloggers Drive Johor Bahru 2019

Salam and Hi guys,

Pada 28 Ogos yang lalu, telah berlangsungnya program Honda Bloggers Drive di Johor Bahru. Alhamdulillah, Juju telah diberi kesempatan untuk merasai sendiri pengalaman memandu kereta Honda yang dibawakan khas untuk kami cuba pada hari itu.

Antara kereta yang kami cuba adalah Honda CRV 1.5L Turbo, Honda HRV 1.5L Hybrid dan Honda Civic 1.5L Turbo. Fuh, macam mimpi rasanya dapat memandu ketiga-tiga kereta ni.
Honda Bloggers Drive Johor Bahru 2019
Program pada pagi itu dimulakan dengan sedikit penerangan mengenai ciri-ciri yang ada pada setiap kereta ini. Bermula dari reka bentuk kereta itu sendiri sehinggalah kecekapannya di jalanraya. Masa penerangan ni berlangsung, kami semua masih dalam keadaan 'blurr'. Haha, sadis betul kalau tengok muka memasing.
Hi driving partner
Bila kami di bawa melihat sendiri kereta-kereta ni depan mata barulah kami faham. Macam ni rupa bentuknya apa yang diterangkan tadi. So, Juju pun dengan berbesar hatinya nak ajak korang untuk sama-sama menyaksikan kehebatan kereta Honda ni.
Flag Off by Ms Daphne
Nampak tak Juju tengah drive Honda CR-V tu?



Honda Sensing CR-V 1.5L Turbocharged
Honda CR-V 1.5L Turbocharged
Untuk model kereta CR-V ni dia menggunakan Advanced Safety Technology yang membawa maksud kereta dengan teknologi paling selamat untuk dipandu. Dan Juju sendiri memang tak boleh nak menyangkal dengan teknologi keselamatan yang dipertaruhkan.

Juju sangat suka dengan teknologi Adaptive Cruise Control (ACC), Forward Collision Warning (FCW) dan Lane Keep Assist System (LKAS). Nak tau sebab apa Juju suka dengan semua ni? Ha cuba korang bayangkan korang tengah memandu dalam kenderaan yang tengah sesak. Mesti korang asyik nak tekan brek dan control gear kan. So, dengan teknologi ACC ni, korang cuma perlu control stering kereta sahaja.
CR-V interior
Ha macam tak percayakan. Tapi percayalah, memang ada teknologi kereta yang canggih macam tu. Cara dia mudah je, kita setkan 30 km/j atau lebih dan biarkan kereta ini mengawal jarak dan gerak dengan sendiri. Fuhhh.. Canggih sangat nih.

Untuk FCW pula, fungsi dia adalah bila kita terlalu hampir dengan objek di depan, lampu amaran akan hidup secara automatik di skrin dashboard. Mula-mula Juju macam tertanya-tanya jugalah kenapa ada amaran tanda seru di dashboard. Rupanya Juju dah dekat sangat dengan kereta depan. Ha, masa tu cepat-cepat jaga jarak semula.

Dan untuk LKAS pulak dia akan auto detect line yang ada dekat atas jalan raya. Kalau kita tersasar, dia akan bawa kita kembali ke asal. Kalau korang nak tau, dekat skrin di dashboard tu kita sendiri boleh nampak line dekat atas jalan tu. Jadi keselamatan semasa memandu memang sangat-sangat terjaga.

Kalau bercakap pasal boot capasity memang tak boleh lawan keluasan CR-V ni tau. Kita boleh turunkan seat di bahagian tengah dan keluasan dia boleh mencecah sehingga 1084 liter. Besar gila wey. Ni kalau bawak pegi Ikea beli almari baju pun selamber je boleh masuk dekat dalam. Sangat practical.
Keluasan boot 1084 liter bila seat dijatuhkan semua

Boot yang sangat luas. Boleh hangkut semua benda bawa balik kampung.

Honda Civic 1.5L VTEC Turbocharge
Honda Civic 1.5L Turbocharged
Juju suka betul dengan design Civic ni. Sangat-sangat sporty. Nampak je luaran dia macam kecil, tapi bila kita duduk dekat dalam sebenarnya dia luas tau. Selesa walaupun naik berlima.

Dan Juju suka dengan fungsi auto unlock bila kunci kereta tertinggal dalam kereta. Almaklumlah, kita ni orang perempuan kadang-kadang clumsy sangat. Pegang barang kiri kanan sampai lupa kunci kereta masih dalam kereta. Ha, kalau jadi situasi macam ni, korang memang tak perlu risau sebab kereta tu takkan terkunci sendiri.

Andai kata korang dekat luar tengah makan, tapi cuaca panas sangat. Mesti korang dah terfikir nak masuk dalam kereta nanti mesti panasnyalah hai. Ha, dengan sistem auto start yang ade dekat remote kereta ni korang boleh hidupkan enjin dan sejukkan dulu kereta ni dengan pintu yang berkunci. Wow sangat.

Bonet pun korang nampak macam kecik je kan. Tapi sebenarnya dia sangat luas tau. Kalau korang anak ramai pun takde masalah. Boleh sumbat je semua. Macam gambar dekat bawah ni. Keluasan bonet dia boleh mencecah sehingga 519 liter.
Juju suka dengan boot dia ni. Betul-betul luas.

Kelebihan yang ada pada enjin dia adalah, walaupun enjin dia hanya 1.5L, tetapi performance dia sama dengan enjin 2.4L. Hah, nak tau sebab apa? Sebabnya dia dibangunkan dibawah Honda Earth Dreams Technology.

Dan kalau korang nak tau, kereta ni juga sangat jimat minyak. Memang sesuai sangat dengan keperluan Juju sekarang ni. Haha, Juju bukan mencari alas untuk tukar kereta tau. Juju baru nak survey je. Kereta-kereta yang jimat minyak ni memang masuk dalam list awal-awal.

Honda HR-V 1.5L Sport Hybrid i-DCD
Honda HR-V Hybrid
Varian Honda yang ni pun memang menarik perhatian Juju juga tau. Dengan design dia yang memukau pandangan. Memang tak lepas mata memandang. Haha, dah macam fanatik tengok artis K-Pop gayanya.

Kombinasi motor elektrik High Power Lithium Ion Battery dan enjin 1.5L dengan direct injection memastikan keghairahan memandu setanding dengan enjin 2.0L disamping memastikan pembakaran bahan api dengan cekap dan berkesan.
HR-V interior

Honda HR-V interior

Kereta ni juga dilengkapi dengan 7 kelajuan dual clutch transmission dengan kuasa motor elektrik yang tinggi. Dual clutch memastikan gear ditukar dengan cepat untuk meningkatkan penggunaan kuasa motor elektrik.

Sama seperti CR-V, HR-V juga mempunyai keluasan boot sehingga 991 liter. Sangat luas untuk memuatkan basikal dan juga alatan perkhemahan korang. Ianya juga dilengkapi dengan 6 airbags. 2 di depan, 2 di tepi dan 2 lagi di tepi tingkap.
Boot HR-V juga sangat-sangat luas. Sesuai untuk perjalanan jauh.

Terima Kasih 900K
Jadi, bersempena dengan 900,000 unit milestone campaign, Honda dengan berbesar hati nak hadiahkan korang 9 buah kereta. Yes, betul apa yang korang baca ni. Honda nak bagi kereta free weh. Jom cepat-cepat rebut peluang ni sebelum habis.

Ada 4 cara yang boleh korang menang kereta-kereta Honda ni. Cara-caranya adalah:-

1/ Honda Malaysia
Klik gambar untuk lebih jelas
Cara yang pertama ni mudah sangat-sangat.
  1. Layari https://www.honda.com.my/microsite/900k/
  2. Klik New Entry dan isi butiran anda.
  3. Klik Submit. Pengesahan melalui e-mel akan dihantar kepada anda.
  4. Kunjungi pengedar sah Honda berdekatan anda.
  5. Di pengedar sah Honda, layari semula honda.com.my.microsite/900k
  6. Klik Existing Entry dan masukkan nombor kad pengenalan anda
  7. Selesaikan salah satu atau kesemua aktiviti untuk mendapatkan e-tiket
  8. Masukkan emel pengedar Honda
  9. E-tiket akan di e-mel kepada anda
  10. Hadiri Grand Finale pada hujung bulan September 2019.
Pengedar Sah Honda Batu Pahat

2/ Tealive X Honda
Honda X Tealive : Road To Breakthrough standee
Untuk menyertai di Tealive pun mudah juga. Cara-caranya adalah:
  1. Ambil gambar air Tealive anda dan Tealive X Honda : Road to Breakthrough standee
  2. Lengkapkan slogan "Tealive dan Honda adalah......" tidak melebihi 90 patah perkataan.
  3. Hantarkan penyertaan anda melalui aplikasi Whatsapp di nombor yang tertera dekat flyers dalam standee tu.
Kalau korang nak tengok contoh selfie boleh tengok gambar Juju dekat bawah ni ya. Slogan yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang. 
Contoh selfie...

3/ SYOK-nya menang Honda!
Klik gambar untuk lebih jelas
Kalau korang memang peminat setia Radio Astro mesti korang dah banyak kali dengar pasal iklan Honda ni kan. Cara-cara penyertaannya teramat mudah.

Korang cuma perlu download aplikasi Syok di app store atau play store cari banner iklan SYOK-nya menang Honda. Dan nyatakan kenapa korang layak untuk memenangi sebuah kereta Honda dan seterusnya lengkapkan butiran peribadi korang.

Senang giler wey.

4/ unifi X Honda
#khabarbaik
Last but not least, kalau korang pelanggan Unifi, korang juga boleh menang kereta Honda ni. Cara-caranya adalah:

  1. Muat turun myunifi app di App Store ataupun Google Play.
  2. Kemaskini profil anda dan jawab soalan yang diberikan.
  3. Submit dan anda berpeluang untuk memenangi Honda HR-V Hybrid.
Jadi, apa yang duduk termenung lagi tuh? Cepat sertai kempen ni sekarang jugak. Jangan menyesal dikemudian hari pula nanti ya.

Wassalam.