Best ke Sunway Hotel Big Box Johor?

Kasih Juju
Sebelum plan cuti-cuti join Family Day Johor Bikers di Desaru haritu, encik suami sebenarnya ajak sambung tidur hotel lagi 1 malam. Stress kerja katanya. Juju pun apa lagi, laju-laju survey hotel yang best untuk menenangkan fikiran. Kalau Juju, Juju suka hotel yang dekat dengan shopping mall. Senang nak cari makan ke, nak urut ke, nak cuci-cuci mata.

Terkesima tengok nama ada dalam skrin. Hahaha

Mulanya Juju book Hotel KSL. Pernah 3 kali juga stay dekat sini. Memang dekat sangat dengan shopping mall. Tapi disebabkan dah 3 kali stay dekat KSL, maka Juju pun nak lah cuba hotel dekat tempat lain pula.

Setelah Juju jalan sana-sini, baca review sana sini, maka Juju dengan nekadnya memilih Sunway Hotel Big Box, Iskandar Puteri. Ya masih dalam negeri Johor ya. Suami Juju tak nak jauh-jauh sebab nanti Juju yang drive. Dia duduk sebelah je. Muehehehe. Ekceli Juju okey je kalau nak keluar dari Johor. Tapi tulah, kita kenal dulu negeri sendiri, baru kita teroka negeri orang lain ye.

Encik Rudi yang peramah.

Urusan Check-in

Masa sampai dekat hotel ni Juju parking dulu kereta dekat lobi. Settlekan urusan check in dulu baru cari tempat untuk parking kereta. Kalau barang korang banyak boleh drop dulu dekat lobi ni. Nanti takdelah korang kena angkut beg banyak dari tempat parking.

Urusan check in pun smooth je. Kalau masa korang datang ni orang tengah ramai, dia ada juga mesin untuk self check in. Kena letak deposit RM100.00 ya. Masa check out nanti akan dipulangkan. Staff di bahagian reception sangat ramah. Sembang dah macam kawan-kawan dah.

Parking Kereta

Tempat parking kereta dia dekat basement. Guard yang jaga situ pesan cari parking dekat bahagian West. So dari gate automatik tu kena pilih parking belah kanan. Lepas tu carilah eskalator dekat west. Jangan silap pula ya. So dari parking nak ke hotel tak delah jauh sangat pada Juju. Dia takde lif yang boleh akses sampai parking ya. Memang kena menapak sikit. Sikit je kan. Apa ada hal.

Keadaan Dalam Bilik

Dan kami sekeluarga terus naik ke bilik kami yang terletak di tingkat 2. Masuk-masuk je bilik si Firash terus cop sofa bed. Haha, sama macam hotel dekat Amansari dulu. Tak habis-habis dengan sofa bed dia. Nanti kita suruh ayah Yash belikan sebijik ya.

Tv dia jenis smart tv ya. Dalam tu korang boleh tengok menu yang ada dekat hotel. Nak tau info pasal hotel dan mall pun boleh klik klik je dekat tv tu. Dia dah auto connect dengan internet. Memang wow sangat.

Gambar dalam bilik boleh refer dekat bawah ni ya.

Katil saiz king dan sofa bed untuk Yash

Seterika dan iron board pun ada

 
Tumbler tu kosong ya. Korang boleh isi air dekat water station yang terletak di sebelah lif. Boleh refil banyak kali. Air dia pun sedap. Tak payau. Macam air jenama 'C'.

Toileteries lengkap.

  
Hand wash, body wash dan shampoo direka khas untuk Sunway Hotel dari Tanamera. Bau dia wangi betholll. (Klik gambar untuk lebih jelas)
 
  
Mini bar lengkap dengan peti ais dan cerek air panas.

Lepas dah berehat sekejap dalam bilik, kami pun decide nak cari makan malam pulak. Dak Yash nak mandi kolam dulu. Tapi Juju confiden je bitau kolam tutup sampai pukul 9. Rupanya pukul 7 dah tutup. Haha, maafkan mama ya Yash. Mama janji besok kita berendam puas-puas.

Sunway Big Box Shopping Mall

So dari hotel kami masuk ke Sunway Big Box Shopping Mall je. Reception kata kalau nak makan boleh jalan ke sebelah kanan, belah kiri cuma ada NSK, Book XCess dan gym. Tak banyak pilihan kedai makan. Yang Juju nampak ada satu restoran hotel punya dan kedai makanan korea Mr. Dakgalbi.

Belah kanan memang ada banyak kedai makan. Cuma yang ni korang kena menapak jauh sikit. Eh, jauh banyak hoi. Nasib ler masa ni Juju pakai kasut sport. Tak sakit kaki ku melangkah. Haha.. Sebenarnya manja. Tak excersize. Tak de stamina. Tapi berbaloi juga jalan jauh ni.

Masuk je dalam mall ada restoran Hans, Absolute Thai, A&W, KFC dan The Chicken Rice Shop. Ada juga stall Tealive dan Famous Amous. Kami sekeluarga pilih Absolute Thai sebab Chicken Rice Shop, KFC dan A&W tu dekat Kluang pun ada. Hehe.

Sempat jugalah kami masuk Mr DIY cari selimut dak Yash. Kesian pulak dia tidur kesejukan nanti. Sempat jugalah kami main permainan yang ada dekat dalam mall tu. Orang tak ramai pun. Jadi tak risau sangat pasal virus. Hand sanitizer pun banyak disediakan.

 


Breakfast

Untuk breakfast pula, harga yang Juju bayar ni dah include breakfast untuk 2 dewasa. Cuma tambah RM20 je untuk Yash. Kalau korang terlebih jumlah dewasa boleh tambah RM35/pax. Pada Juju memang berbaloi dah harga tu. Pilihan makanan pun banyak.

Kafe dia betul-betul sebelah swimming pool. Firash yang eksaited nampak pool dah tak sabar-sabar nak terjun kolam. Juju kata kalau tak habis makan tak boleh mandi kolam. Haha kena saiko lah sikit. Kalau tak nanti dia bising lapar. Tak kusyuk Juju nak berendam nanti. Buhahahaha.

Swimming Pool Sunway Hotel Big Box

Lepas breakfast kami pun tukar baju dan berendam dari pukul 9.30 pagi sampai 12 tengahari. Hah lama betholl ya kami berendam. Siap pesan dekat ayah Yash, pukul 12 nanti turun kat kolam. Tak bawak handphone dan tak tau masa dah pukul berapa. 

  
Yang kecik tu untuk kanak-kanak. Tuala pun ada disediakan kat sini. (Klik gambar untuk lebih jelas)

Kami dapat late check out pukul 2 petang. Memang dah termasuk dalam pakej yang Juju amik tu. Memang puaslah kami berendam lama-lama dekat situ. Orang pun tak ramai masa tu. Memang kolam tu Juju dan dak Yash punyalah.

Book Xcess

Petang tu lepas check out kami tak terus balik. Lepas simpan barang dalam kereta kami naik lagi ke mall. Nak explore Book Xcess pulak. Rugi datang jauh-jauh tapi tak masuk sini. Memang cantik sangat untuk amik gambar dengan cube Book Xcess tu.


 
Seronok weh explore Book Xcess. Tempat wajib masuk kalau ke Sunway Big Box.

Korang yang nak bercuti boleh cubalah menginap di Sunway Hotel Big Box ni. Hotel baru. Semua baru. Maklumat lanjut:-
Alamat: Persiaran Medini 5, Sunway City Iskandar Puteri, 
79250 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim, Malaysia.
Telefon: 607 - 533 6688
Email: sbbh.enquiry@sunwayhotels.com