23 November 2018

Resepi Ayam Masak Paprik

Resepi paprik ayam sebiji rasa macam kat kedai makan 😅😅😅


- Ayam bahagian dada dipotong dadu dan rebus kemudian toskan. Air rebusan jangan buang.
- Tumbuk sebiji bawang merah, 2 ulas bawang putih dan halia.
- Tumis bahan tumbuk tadi bersama sebatang serai.
- Bila dah agak garing masukkan cili giling 2 sudu. Kalau nak pedas masukkan lebih.
- Tumis sampai cili pecah minyak.
- Masukkan ayam yang dah direbus tadi. Gaul sebati. Kalau kering boleh tambah air rebusan ayam.
- Perasakan gula dan garam
- Masukkan daun limau purut, lobak dan tomato.
- Siap untuk dimakan.