Kasih Juju: Eksiden

Showing posts with label Eksiden. Show all posts
Showing posts with label Eksiden. Show all posts

September 27, 2017

Malang Tidak Berbau - KasihJuju Kemalangan Kecil

Ini adalah kisah semalam.

Pagi tadi seperti biasa, lepas salam mak dan menggomol si Firash KJ pun menuju ke kereta. Masuk dalam kereta, baca doa naik kenderaan dan ayat kursi KJ pun memulakan perjalanan ke tempat kerja. 

Jam di dashboard telah menunjukkan angka 6:39 pagi. Sambil KJ menjenguk ke luar jendela kereta. Matahari telah mula memancarkan cahaya. Sambil dalam hati berkata 'aduh! Awalnya matahari naik, pasti silau mata di kawasan kebun sawit yang tanam semula tu'.

Sepanjang perjalanan dalam kepala ni dah berfikir-fikir nak buat apa harini. Sambil sesekali mengerling jam di dashboard. Sempat ke tidak sampai pejabat jam 7:30 pagi ni. Minta-mintalah tak terlewat.

Tiba di satu jalan yang tegak dan menaiki bukit, dari ekor mata KJ dah ternampak satu sosok yang tiba-tiba meluru melintas jalan. Sempat juga KJ mengerling cermin pandang belakang dan kereta dari arah depan. Dengan kelajuan 100km/jam, KJ tak sempat nak mengelak dan gedebuk KJ langgar sosok tu.

Sosok itu adalah seekor binatang yang berkaki pendek. Korang tekalah sendiri binatang apa ye. Tapi kalau korang follow IG KJ, mesti korang boleh teka binatang apa yang KJ maksudkan.


Tapi KJ tak terus berhenti. KJ memperlahankan kelajuan dan berhenti di kawasan lapang di Bandar Tenggara. Malas nak berhenti di kawasan stesyen minyak. Nanti mesti ramai yang bertanya. Mesti ramai yang prihatin. Tunggu dekat dataran tu pun ramai je pemandu lori yang hon-hon KJ. Ceh, perasan betul. Padahal dia hon kawan dia yang parking sekali dekat dataran tu.

Mengigil jugalah kaki dan tangan KJ. Keluar dari kereta. Snap gambar bahagian yang remuk dan terus sent pada Whatsapp keluarga. Lepas tu KJ terus call suami. Minta dia datang ke tempat KJ sebab KJ tak berani nak drive. Bukan fobia, tapi sebab KJ nampak ada tangki yang bocor.

Daripada keadaan fizikal memang nampak terukkan kereta KJ tu. Hurm... Redha dengan dugaan ini. Terima kasih sudi baca. 

July 10, 2017

Tips Ringkas Jika Kereta Dilanggar Dari Belakang

TIPS

Tip Ringkas Jika Kereta  Dilanggar Dari Belakang;

1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.

3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit dan keluar daripada kereta anda.
Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti steering lock, parang, peralatan yg diperbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kpd org lain dan harta benda awam.

4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi.

5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya,janganlah terus maki hamun kepadanya.

6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain.

Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.

8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Bagitahunya, dari segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yg melanggar itu.

9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi saya ingatkan, tak perlu mintak wang drpdnya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda.
Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh-tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

10.Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.

11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.

13. Dgn report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yang langgar kereta anda tadi.

14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim utk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.
Itu sahaja!

Mudah bukan? Tak perlu gaduh-gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah.

Dah tahu tips berguna ni jangan lupa share pada org lain supaya sama-sama mendapat manfaatnya.

Kredit : MD Azizan Marni
Perkongsian dari facebook.

October 8, 2012

Dugaan 07/10/2012

Assalamualaikum semua..

Semalam adalah malang SukaGelak.. Huhu..

Nak balik KL malam tadi sebelum masuk tol baru perasan kad parking opis xde kat tempat yang sepatutnye.
Puas dah selongkar laci bawah radio, belakang radio, bawah karpet kete sume xde..
Terpaksalah teruskan perjalanan dengan fikiran kusut..

Lepas tu SukaGelak eksiden..

Serius tadi menggigil teruk.
Tak pernah lagi eksiden macam tu.
Kene langgar depan belakang.
Tak sempat nak brek pun.
Langgar je kete depan..
Dan inilah hasilnya.....


Sedih betul..
Yang ini pulak kene langgar dari belakang.


Masing-masing tak sempat nak brek.
Hentam je lah.
Benda dah nak jadi.

Ini bahagian SukaGelak.
Jadi, SukaGelak terima dengan redha.
Tapi ade sikit fobia. Kuat betul kete belakang tu hentam kete SukaGelak.
Rase macam terbang semangat dalam badan ni.
Syukur alhamdulillah, tak de ape-ape kecederaan pun.

Wassalam......

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign