Kasih Juju: Jdt blogger

Showing posts with label Jdt blogger. Show all posts
Showing posts with label Jdt blogger. Show all posts

May 23, 2017

Potluck JDT Blogger Yang Pertama

Assalamualaikum semua,

Tanggal 20 Mei 2017 haritu kami di komuniti JDT Blogger telah sepakat untuk mengadakan Potluck kami yang pertama. Bagi lebih mengeratkan lagi talian silaturahim antara kami. Sebelum ni pun dah erat. Tapi kali ni nak lebih mesralah pula.

Daripada 19 orang ahli yang terkumpul, hanya 9 orang yang dapat menghadirkan diri. Walaupun sikit tapi kami tetap meriah hokey. Masing-masing ada hal. Jadi tak boleh nak paksa. kalau terpaksa datang nanti dah jadi cerita lain pula.

Pengisian haritu lebih kepada santai-santai je. Tukar-tukar hadiah dan makan. Simple yet meaningfull. Okeh, dah ready ke nak tengok himpunan gambar yang kitorang ambil haritu? Hehe, jangan jemu ye,.

twelve person in blue colour
Dari kiri bawah: Nona, MiaLiana, Suzlin, Uyul Rosli
Atas kiri: Juju, Mar Mansor, Siti Rohaida, Hernee Nazir, Mama Maszul
Tukar-tukar hadiah. Bajet RM30.00 ke atas :)
Senarai hadiah:
  1. Photoframe by blogger uyulrosli.com
  2. Powerbank by blogger mialiana.com
  3. Lunch and dinner tray by blogger herneenazir.com
  4. Propolis by blogger suzlinazreena.blogspot.com
  5. Lunch box by blogger maszul.blogspot.com
  6. Set mandian spa aloevera by blogger kasihjuju.com
  7. Large compartment ware by blogger kisahsidiary.com
  8. Tea maker by blogger jnjikita.blogspot.com
  9. Hadiah misteri by blogger nonasani.blogspot.my
pavlova, keropok ikan, nona manis, karipap, kek buah
Pavlova, Keropok ikan, nona manis, Karipap dan kek buah
Ketam lemak, ketam sambal, asam pedas ikan mayong, ayam goreng, sayur kobis goreng
Menu of the day : Ketam lemak, ketam sambal, asam pedas ikan mayong, ayam goreng, sayur kobis goreng
Fruit cocktail, sandwich telur dan sardin, karipap, sambal tempoyak, buah-buahan
Amacam? Tergoda tak tengok lauk dengan manisan yang kami hidangkan ni? Haha, sambil menaip pun KJ rasa lapar semula tau. Sedapnya asam pedas, lemak ketam, sambal tempoyak tu ha. Mendidih perut wey.

Tapi sekejap je perut mendidih sebabnya lepas tu dapat makan yang manis-manis dan sejuk-sejuk. Cuaca haritu pun nyaman je. Sambil menikmati makanan yang super duper sedap bawah pondok. Rasa nak baring-baring je lepas makan. Kikiki..


Seronok bila dah berada dalam komuniti JDT Blogger ni. Macam-macam perangai semua keluar. Walaupun perkenalan kami singkat, tapi ukhwah yang terjalin membuatkan kami rapat dan saling menjaga antara satu sama lain.

Tengok sajalah telatah kami bila dah berjumpa. Menyembang tak ingat dunia. Gelak ketawa memang memenuhi ruang pondok kami hari tu. Seronok sangat.

Itulah salah satu misi dan visi potluck kali ini. Bertentang mata sambil mengenali hati budi masing-masing. Bila dah kenal rapat macam ni barulah boleh proceed untuk event yang seterusnya kan.

Antara gambar-gambar semasa sesi pertukaran hadiah. masing-masing teruja dengan hadiah yang kitorang dapat. KJ pun seronok sangat dapat 2 set lunch box daripada Kak Hernee. Berkobar-kobar rasanya nak bawak bekal pergi kerja. Hehe.. Terima kasih Kak Hernee.

Memperkenalkan kak Eda, pemilik blog kisahsidiary.com. Kakak ni dah kena label kakak garang sebab dia memang garang. Haha.. Jangan marah ye kak Eda. Saya bergurau je. Setiap teguran dari kakak-kakak JDT Blogger KJ terima dengan hati yang terbuka. Mereka menegur sebab sayangkan kita. Kalau tak tegur tu maknanya diorang tak sayang. Muah ciked.


Sebelum balik, kami bergambar lagi. Entah bila dapat gathering macam ni lagi. Dengarnya nak buat kembara raya. Harap-harap menjadi kenyataanlah ye. InsyaAllah.

Terima kasih pada semua yang sama-sama menjayakan potluck ni. KJ minta maaf ye kalau ada kekurangan dari pihak KJ. Harap korang pun tak serik kenal dengan KJ.

Wassalam.

April 28, 2017

Celcom bagi data percuma untuk Facebook dan Whatsapp?

Seperti yang kita semua tahu, semenjak sebulan dua ni pengguna Celcom sering mengeluh sebab susah sangat dapat line untuk data Facebook dan juga Whatsapp.  Saya sendiri pengguna Celcom memang sangat-sangat kecewa dengan servis Celcom.

Bayangkanlah, selalunya kalau nak tengok video dekat Facebook tu dia punya loading sangat-sangat excellent. Walaupun video tu berdurasi satu jam ke atas. Laju je dia loading. Kalau tersekat pun sekejap je.

Bila masalah loading ni timbul, nak tengok video yang berdurasi satu minit pun rasa sakit jiwa. Baru tengok dua saat dia loading 30 saat. Eh, rasa macam nak tukar line telefon je. Tapi nasib baiklah line yang oren putih tu tak cemerlang dekat rumah ni. Kalau tak memang dah lama dah tukar.

Tapi saya tiadalah kepentingan sangat nak tengok Facebook hari-hari. Cuma geram jugalah bila Whatsapp tu lambat masuk.

Zaman sekarang ni kan semua pantas dan cepat dengan penggunaan aplikasi Whatsapp. Memang mudah sangat berurusan dengan pelanggan-pelanggan saya.

Dan tiba-tiba harini saya dapat mesej dari Celcom. Saya rasa pengguna Celcom yang lain pun dapat.
Eh, eh! Macam tiba-tiba je baik hati sangat si Celcom ni. Mungkin ini cara diorang untuk minta maaf kepada pelanggan setia dia.

Walau apa pun, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dekat Celcom sebab bagi data percuma ni. Selalulah reward pelanggan macam ni ye. Confirm pelanggan tak lari. Hehe..

Jangan lupa ye korang. Data percuma bermula besok sehingga 5 Mei 2017. Sila layari Facebook anda dengan berhemah.

Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi di entri yang lain.
Wassalam.

April 26, 2017

Hebahan: Ramadhan Care untuk Ibu Tunggal dan anak-anak Yatim

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera.

*Tim CSR Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru* ingin membuka peluang sekali lagi bagi tahun ini untuk meneruskan amalan membantu ibu tunggal dan anak yatim di sekitar Skudai menjelang Ramadhan tidak lama lagi.

Berikutan pengalaman tim kami sebelum ini, ada yang menitiskan airmata berikutan banyaknya bantuan yang diterima hanya menjelang Aidilfitri sahaja bukannya menjelang bulan Ramadhan yang dimuliakan maka, inilah sebab utama kami memutuskan agar amalan sebegini diteruskan bagi tahun ini. Insha Allah.

Anda boleh menghulurkan sumbangan mengikut kemampuan samada memilih :

1⃣ *Pakej A* - sekampit beras 5kg *atau* 10kg bagi 1 famili,

2⃣ *Pakej B* - satu set keperluan dapur iaitu minyak masak 5kg, tepung gandum, gula, garam, bihun, sekampit kecil bawang merah, kicap, sos atau apa sahaja yang dirasakan boleh menjadi keperluan asas di dapur,

3⃣ *Pakej C* -  sepasang telekung wanita dewasa *atau* telekung kanak-kanak yang baharu,

4⃣ *Pakej D* - wang tunai seikhlas hati yang sebahagiannya akan digunakan untuk membeli hamper kurma buat 1 famili.

Anda juga bebas memilih jika mahu menyumbangkan *kombinasi pakej* yang tertera.

Bagi *Pakej D (tunai)*, sumbangan perlulah dibuat secara *online ke akaun Maybank* Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru *5511 3750 7754*.

Mohon Whats App kan slip transaksi sumbangan atau menyerahkan semua barangan sumbangan (Pakej A, B & C) untuk dikumpulkan kepada *Puan Zulhaya Marzuki* di talian *013-765 2551*

Jika anda tidak sempat membeli barang-barang yang ingin disumbangkan, tidak mengapa. Anda boleh memilih Pakej D sahaja dan kami akan membelikannya untuk anda bergantung kepada barangan keperluan lain setelah kami kumpulkan.

Semua wang sumbangan & barangan sumbangan perlulah diserahkan *sebelum 17 Mei 2017*. Dan *serahan akan dibuat pada 20 Mei 2017*.

Kami juga amat mengalu-alukan *sponsorship* daripada mana-mana pihak yang ingin turut serta bersama kami di dalam *Ramadhan Care* tahun ini.

Semoga amalan anda dan amalan kita semua diangkat dan diberkati oleh Allah serta dapat memberi makna yang besar walaupun sedikit bagi golongan yang memerlukan. Terima kasih. 💐

Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-anak Yatim - Sesi Pengenalan

Assalamualaikum semua,

Kisah ini adalah sambungan daripada entri ini --> Episod Persiapan
Harini saya akan kongsikan denan korang semua apa aktiviti yang kami buat dengan anak-anak terpilih ni.
No automatic alt text available.
Awal pagi hari kejadian saya dah keluar rumah. Terus menuju ke hotel tempat Kak Hernee dan Kak Eda menginap. Nak ambil barang-barang yang perlu di bawa ke rumah anak-anak yatim ni. Sampai je dekat hotel tengok diorang dah gerak ke Rumah Anak Yatim. Hmm.. Laju berdesup betul. Semangat nak bergotong-royong katanya.

Perkara pertama kami pagi tu berkumpul di dewan mereka. Jumlah anak-anak dekat sini seramai 56 orang. Pada sesi ini, kami memperkenalkan blog masing-masing. Sambil tu ada juga penerangan daripada blogger MiaLiana mengenai kelebihan berblog.
Image may contain: 1 person
Our emcee of the day. blogger uyulrosli.com
Image may contain: 9 people, people sitting
Barisan JDT Blogger bersama anak-anak yatim
Image may contain: 1 person, smiling, text
Sesi Q & A
Image may contain: 1 person, standing and indoor
Sesi Q & A
Image may contain: 4 people, people sitting and indoor
Sedikit penerangan blog daripada blogger mialiana.com
Pendedahan ni sedikit sebanyak telah membuka mata anak-anak ini untuk berblog. Banyak sangat benefit untuk diorang ni. Dan kami juga ada buat sesi Q & A. Nak menghangatkan suasana sebelum gotong-royong. Kenalah kenal rapat dulu kan.

Majlis kami disempunakan dengan bacaan doa daripada suami blogger Wawa Ashihara. Ampun... Lupa nama suami Wawa. Hehe..
Image may contain: 1 person, indoor
Bacaan doa pembuka majlis.
Op op.. Sampai sini dulu. Sambung part seterusnya dekat entri lain ea.
Wassalam.

April 25, 2017

Lip Balm MamaMade, Mind Your Lips

Siapa dekat sini ada masalah bibir kering? Meh sini nak sep sikit. Kita genglah. Rasanya masalah bibir kering ni sejak dari sekolah memang tiada jalan penyelesaiannya. Bila dah elok, kejap je. Lepas tu dia jadi balik. Tangan pula gatal. Asik nak tarik je kulit bibir yang merekah tu. Sakit dia jangan cakaplah. Meleleh air mata.

Harini saya nak tunjuk dekat korang sejenis lip balm yang boleh selesaikan masalah kita dekat atas tu. Dah tak nak dah bibir kering ni. Tak cantik kalau pakai lipstik matte. Dah macam tanah yang kering-kontang tu ha. Eeewww.. Tak cantik hokey.

Memperkenalkan Lip Balm keluaran MamaMade, Homemade & Natural.

Senang je nak pakai dia ni. Bukan pakai masa hari siang tau. Pakai masa nak tidur. Ha... Boleh simpan dekat rumah je. Tak perlu bawak ke hulu ke hilir.

Saya dah try dah lip balm ni. Memang bangun pagi tu bibir rasa lembap je. Takde lagi dah kulit-kulit kering tu.

Jom tengok testimoni daripada mereka-mereka yang dah cuba Lip Balm ni.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.
Image may contain: text

Mind Your Lips (Lip Balm 5g)
Kandungan;
Virgin Coconut Oil, 
Castor Oil, 
Shea Butter, 
Beeswax, 
Vit E Oil, 
Lavender Oil.
No artificial fragrance, coloring and preservative

Harga; RM 9.00 
Cara pembelian: 
Boleh beli melalui Facebook rasmi diorang di --> Homemade & Natural by MamaMade

April 23, 2017

1st Photoshoot JDT Blogger - Horrormantic

Image may contain: text

Assalamualaikum korang,

Firstly nak minta ampun dan maaf sebab saya baru perasan yang saya tak buat lagi entri photoshoot haritu. Dah 3 bulan berlalu rupa-rupanya. Harap saya tak kena kecam dengan member JDT Blogger. Hehehe...

Tarikh yang dah dipilih ni memang kebetulan saya ada masa lapang di rumah. Terperasan post ni baru mula-mula request nak join JDT Blogger. Fuh, nasib baik saya jadi antara orang yang terawal jugalah join group ni.

Seronok sangat rasanya bila dapat berkenalan dengan blogger-blogger yang ada dekat area Johor ni. Selalu baca blog je kan. Bila dah jumpa ni baru tau perangai masing-masing. Semuanya gila-gila dan sporting. Best sangat.
Image may contain: one or more people
Yaya Cendana
Tema haritu dipilih oleh blogger Yaya Cendana. Berdasarkan pengalaman dia sendiri. Horrormantic tu singkatan daripada perkataan horror dan romantic. Pernah join teater dengan tema yang sama. Mesti seramkan teater yang Yaya join tu.

Rasanya ramai yang dah kenal dengan blogger Yaya Cendana ni kan. Kalau belum kenal lagi boleh terjah blog dia ye --> www.yayacendana.com
Image may contain: 1 person, text
Wawa Ashihara
Make up pula kami datangkan khas dari Kluang. Memperkenalkan blogger Wawa Ashihara. Kalau korang nak tau, dia adalah MUA yang cover area Kluang dan Batu Pahat. memang sangat-sangat cantik hasil make up dia. Ramai juga yang dah buat tempahan dengan dia. lebih-lebih lagi untuk hari persandingan. Ramai sangat yangberpuas hati.

Saya sendiri suka dengan make up dia. kalau korang nak tau, muka saya ni teruk. banyak bekas jerawat dan juga berminyak. Tapi, si Wawa ni boleh buat muka saya ni maintain lawa sampai petang tau. Ohsem sangat kan. Korang yang belum follow blog Wawa lagi boleh klik --> www.wawaashihara.com
Image may contain: 1 person, close-up
Uyul Rosli
Photographer pada hari tersebut ialah blogger Uyul Rosli. Didatangkan khas dari Batu Pahat. Dia ni sebenarnya kerja dekat kedai gambar. Tapi buat partime photographer. Banyak tempat dia boleh cover. Korang cuma perlu book awal sebabnya bila dia dah lock tarikh customer, korang dah tak boleh kacau dah tarikh tu. 

And the best part is gambar-gambar yang dia shoot cantik sangat. Korang boleh tengok teaser hasil-hasil shoot dia dekat Facebook dan juga Instagram. Search je Uyul Rosli. Confirm jumpa. Jangan lupa juga untuk terjah dan follow blog Uyul ye. Klik dekat --> www.uyulrosli.com 

Dekat bawah ni pula sebahagian daripada team JDT Blogger yang dapat hadir pada hari tersebut. Dalam entri sebelum ni pun saya dah kenalkan diorang ni. Tapi saya nak kenalkan lagi. 

Image may contain: 1 person, close-up and text
Mar Mansor
Image may contain: 1 person
Hernee Nazir
Image may contain: one or more people
Eh, macam familiar je. hehe, saya lah ni.
Inilah keluarga baru saya. Seronok sangat dapat berkenalan dengan diorang. Banyak sangat aura positif yang saya boleh ambil daripada diorang. Masing-masing ada kelebihan sendiri. 

Tapi yang paling saya respect dekat blogger Hernee Nazir dan juga Mar Mansor. Diorang tu partime blogger juga macam saya. Tapi sangat rajin update entri blog. Saya sendiri pun terkial-kial nak menaip setiap hari. Tapi diorang ni ada je cerita yang nak dikongsikan. Tabik spring toing toing. Hehe

Last but not least, jangan lupa singgah blog Hernee Nazir --> www.herneenazir.com dan juga blog Mar Mansor dekat link sini --> www.jnjikita.blogspot.com

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

April 7, 2017

JDT Blogger Uyul Rosli dan Mar Mansor

Assalamualaikum semua, sihat ke harini? Harap korang senua sihatlah hendaknya ye.

Harini saya nak membebel pasal kawan baru saya ni. Kawan baru geng JDT Blogger la. Harap korang semua bertabahlah membaca bebelan saya ni yek. Hehe

Image may contain: 2 people, people smiling, close-up
Tengok gambar dekat atas tu. Comel tak adik manis yang dekat sebelah saya tu? Mestilah comel. Giler tak comel. Saya yang berdiri dekat sebelah pun terus rasa betapa kerdilnya diri ini. Haha.

Kalau korang nak tau, inilah blogger uyulrosli.com. Korang dah terjah blog dia belum? Kalau belum silalah terjah sekarang. Bukan terjah je, follow dan tinggalkan jejak sekali tau. Nanti uyul datang terjah korang balik. Kalau tak percaya silalah buat.

Selain berblog, Uyul ni pun photographer tau. Kalau korang rasa tak tau mana nak cari photographer untuk majlis korang nanti, boleh hello-hello je dekat Uyul ni. Servis terbaik dia akan bagi.

Facebook www.facebook.com/uyulrosli
Facebook Page https://www.facebook.com/ByUyulRosli
Instagram www.instagram.com/uyulrosli

Image may contain: 2 people, close-up and outdoor
Yang atas ni juga dari team JDT Blogger, Mar nama dia. Pemilik blog jnjikita.blogspot.com. Saya dengan Mar ni sebaya. First time jumpa masa photoshoot haritu. Dekat Gunung Lambak. Peramah orangnya. Manis dan lembut je. Hiks..

Mar ni pula dia ada buat bisnes karipap frozen. Hari-hari dok publish karipap dia dekat Facebook. Tergugat iman saya. Nak oder dah lah jauh. Mampu tengok ajelah. Korang yang dekat dengan area Mar boleh kontek Mar ye kalau nak oder karipap.

Facebook https://www.facebook.com/mar.mansor.3
Facebook Page https://www.facebook.com/Janji-Kita-1440941382796528/
Instagram http://instagram.com/janji_kita

Korang jangan lupa terjah dan follow kawan-kawan baru saya ni ye. Sama-sama kita menambah kenalan di alam maya ini.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

April 6, 2017

JDT Blogger - Yaya Cendana dan Wawa Ashihara

Assalamualaikum semua,

Harini jom kita berkenalan dengan 2 orang lagi kawan baru saya dekat team JDT Blogger.
Caution! Cuteness overload. Wakakaka

Saya baru pertama kali jumpa dengan mereka dekat event 1st Photoshoot JDT Blogger. In fact, saya belum pernah jumpa kawan-kawan blog yang lain kecuali si bellaidura.com. Hehe, tu pun sebab dia dulu ex housemate, ex roomate.

Image may contain: 2 people, close-up and outdoor
Presenting Cik Yaya Cendana. rasanya ramai yang dah kenal dengan Yaya ni kan. Since dia pun memang quite famous among bloggers. Kalau korang macam blur-blur dia ni yang mana satu boleh terjah blog dia dekat sini --> www.yayacendana.com

First time jumpa dia ni rasa macam Ya Allah, betapa giantnya aku. Sebabnya Yaya ni kecil comel je orangnya. Nampak dekat gambar macam tinggikan. Tapi bila jumpa, laaa... kecil comelnyelah si Yaya ni.

Ehem, tengah darah manis ni. Tunggu masa je untuk melangsungkan perkahwinan.

Facebook www.facebook.com/GwiyeounKeAi
Facebook Page www.facebook.com/yayacendanaofficial
Instagram www.instagram.com/yayacendanaofficial

Yang atas ni pula pemilik blog wawaashihara.com. Wawa ni make up artist tau chu olss. Dia boleh cover area Kluang dan Batu Pahat. Area selain tu nanti korang boleh cuba PM dia sendiri ye. Nak tau canti ke tak dia make up, tengok ajelah muka saya yang dah kena make up tu. Habis semua bekas-bekas jerawat dia tutup. Bak kate omputih, the magic of touch. Fullamak. Speaking pulak kita ye.


Okeh, korang jangan lupa follow blog dan juga media sosial diorang okeh.
Jumpa lagi di entri yang lain.
Wassalam

March 28, 2017

Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-Anak Yatim - Episod Persiapan

Assalamualaikum semua,

Kalau korang ada follow instagram saya, mesti korang perasan saya ada publish pasal Program Kasih JDT Blogger bersama Anak-anak Yatim ni kan. Ape?? Tak amik port?? Okeh foine.. Sila follow instagram saya sekarang. Muehehe.. --> Instagram KasihJuju

Sebelum majlis ni berlangsung, macam-macam persiapan kami buat. Siapa yang tak nak majlis berjalan lancarkan. Alhamdulillah, kami berjaya mengatasi emosi yang macam-macam tu dengan jayanya.

Terima kasih dekat Blogger MiaLiana, Mar Mansor dan juga Yaya Cendana yang dah turun padang untuk melawat kawasan-kawasan yang bakal kami bersihkan dekat rumah anak yatim tu nanti. Ops, lupa pula nak bagitau. Kami pilih rumah anak yatim di Kluang. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Kluang (PKAYIK). Ada juga mencari di area JB. Tapi cuma yang dekat sini available.

pkayik kasihjuju.com

Dalam masa yang sama kami juga mencari para dermawan yang sudi untuk berkolaborasi dengan kami. Dan Alhamdulillah, sambutan daripada mereka juga sangat-sangat menggalakkan. Terharu sangat. Ramai yang bermurah hati nak sponsor macam-macam keperluan anak-anak ni.

pkayik kasihjuju.com

pkayik kasihjuju.com

Antara barang yang kami terima; beras, gula, tepung. biskut dan macam-macam lagilah. Petang sebelum hari kejadian tu, saya bersama-sama dengan kakak-kakak JDT Blogger ke Kluang Parade untuk membeli keperluan anak-anak yatim. Bonet kereta masing-masing dah padat. Tak mampu nak bawa dari JB.

Tengok jelah gambar dekat atas tu. Mau mendak kereta kalau bawak semua barang-barangt tu. Hehe.. Nasib baiklah dah bagi sama-sama. Berat sama dijinjing kan.

pkayik kasihjuju.com

Huh, sila abaikan muka saya selekeh itu yerk. Akak yang dua orang ni laju betul berjalan. Macam kena kejar hantu. Hehehe.. Takut kedai tutup agaknya. Saya pula jalan santai-santai je sebab bawak budak kecik. Jadi banyak tempat nak singgah. Lebih-lebih lagi kalau tempat tu ada ultraman. Alahai budak kecik nih.

Yang dekat bawah ni pula persiapan di dewan makan. Salah satu pengisian yang akan kami buat dengan anak-anak di sini nanti. Malam tu juga pihak penaja datang pasang belon. Tak nak tunggu hari kejadian. Sebab kami tak nak ganggu aktiviti utama nanti.

pkayik kasihjuju.com

pkayik kasihjuju.com

pkayik kasihjuju.com

Cantikkan dekorasi belon-belon tu. Suka sangat saya tengok. Gabungan warna dia pun cantik. Berharap sangat anak-anak ni suka dengan apa yang kami buat ni.

Kalau korang rasa nak buat surprise birthday party ke, anniversary ke boleh amik dengan sponsor kami ni. Cantik sangat deko-deko dia.

Tengok dekat sini --> surprise event equineconceptbp

Malam tu juga, blogger Hernee dan blogger Rohaida packing goodies. Goodies pun banyak yang kami dapat. Alhamdulillah. Rakyat Malaysia ni memang pemurah semuanya. Semoga bertambah-tambah rezeki korang lepas ni yek.
pkayik kasihjuju.com

Okeh, jumpa lagi dekat entri hari kejadian pula ye.
Wassalam.

March 20, 2017

Lazada Birthday Blogger Contest

lazada birthday blogger contest
The contest runs from 1st March until 23 March 2017 (11.59pm).  Klik banner di atas untuk menyertai.

Assalamualaikum semua, 
Wah, teruja betul saya sebab seminggu dua ni ramai betul blogger yang join kontes Lazada ni. Saya pun tak nak lepaskan peluang. Wajib join juga tau. Manalah tau kalau ada rezeki Allah dah tetapkan saya menang hadiah tempat pertama. Hehe.. Berangan dulu tak pe kan.

Kalau korang nak tau, saya memang tak pernah miss beli barang dekat Lazada ni setiap tahun. Tapi ini rahsia kita tau. Jangan bagitau dekat suami saya. Haha, macamlah dia tak baca blog saya ni. Hai abang..

Apa yang saya suka dekat Lazada Malaysia?
Kalau nak diikutkan banyak yang saya suka dekat sini. Tapi yang paling penting, payment dia sangat-sangat secure. Tak perlu risau kalau tetiba duit korang hilang ke apa sebabnya korang boleh pilih online banking ataupun cash on delivery.

Dulu masa duduk dekat KL memang selalu COD je. Tapi bila dah pindah Kota Tinggi ni servis COD tu hanya untuk barang yang terpilih je. Tapi tu bukan alasan tak membeli-belah dekat Lazada. Muehehe..

Selain tu, jimat sangat-sangat masa nak shopping. Segala macam barang ada dekat Lazada ni. Tinggal nak pilih dengan tak nak je. Dari sekecil-kecil barang sampai sebesar-sebesarnya. Semua ada. Kalau nak shopping barang keperluan rumah pun ada dekat sini. Tak payah nak fikir parking ke, anak berderet nak ikut pergi shopping ke, terlebih belanja ke apa. Senang sangat.

3 barang yang saya nak beli dekat Lazada.
Jom tengok apa barang yang saya dah ushar lama dah ni sebenarnya.

  1/ Air Fryer
air fryer
Sebenarnya memang dah lama mengidam nak ada air fryer ni. Sampai tahap meleleh air liur sebab tak dapat. Haha.. Okeh ini tipu. Sebenarnya menda ni dapat memudahkan kerja kita. Kalau menggoreng tu dah tak payah asyik nak tengok dekat dia je. Tinggal je. Boleh masak lauk lain pulak

  2/ 9 in 1 Make up Set
9 in 1 make up set
Ha kalau dah namanya perempuan, memang tak sah kalau tak tengok dekat section make up ni kan. Rugi kalau korang tak masuk dekat sini. Boleh cuci mata ambil berangan. Lepas tu terbeli. Hehe, dah biasa dah macam tu. 

Set make up ni antara salah satu barang yang bestseller tau. Maksudnya dah ramai yang dapatkan produk ni. Saya pun tak nak ketinggalan. Nak juga. Siapa yang tak suka cantik-cantik ni kan.

  3/ Pendrive On The Go
pendrive in the go
Yang ni part paling best. Macam jakun je tengok pendrive boleh terus connect dekat smartphone. Boleh download movie banyak-banyak lepas tu play dekat smartphone. Jimat space smartphone korang tau. Uishh.. Macam tak sabar je nak grab nih.

Macammana nak tingkatkan servis Lazada?
Okeh, so far saya memang tiada masalah pun berurusan dengan Lazada ni. Cepat, pantas dan efisyen. Itulah pandangan saya dengan Lazada ni. Kalau korang masih lagi ragu-ragu, korang boleh cuba dulu dengan pilih barang yang murah-murah. Kalau puas hati nanti baru boleh beli lagi dan lagi dan lagi. Haha, yang ni bahaya.

Birthday wish to Lazada Malaysia
Image result for animated happy birthday
To Lazada Malaysia,
Saya nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut ulang tahun yang ke 5. Semoga Lazada akan terus menjadi shopping platform yang paling hebat di masa akan datang. 

Dan saya juga berharap agar kita boleh bekerjasama di masa akan datang *wink*wink*
Klik sini --> LAZADA MY

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign