Memaparkan catatan dengan label Muhammad Firash. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muhammad Firash. Papar semua catatan

14 Januari 2019

Kisah Firash dan Seluar Dalam Ultraman

Isnin, Januari 14, 2019 14
Kisah Firash dan Seluar Dalam Ultraman I Macam kelakar je bunyi tajuk blog Juju harini. Hehe. Tapi kisah ni Juju memang nak simpan dekat blog supaya bila dak Firash besar nanti dia boleh baca pasal perangai dia ni.

Kalau korang nak tau, dak Firash ni pergi sekolah selalu tak nak pakai seluar dalam. Jenuh jugalah Juju dan ahli kelurga yang lain memujuk. Tetap tak nak juga dia pakai. Yelah, memang Juju mengaku salah Juju sebab lepas dia mengumumkan talak 3 dengan pampers, Juju tak kenalkan dia dengan seluar dalam.

Juju fikir takdelah efek di masa akan datang. Rupanya ada. Huhuhu.. Sebenarnya agak lambat juga Firash nka cerai dengan pampers. Sepanjang bersekolah di tadika memang dia akan pakai pampers. Acah-acah sorok pampers dekat tempat lain pun tak berjaya juga taktik ni. Lagi mengharukan bila dia kata tak nak pergi sekolah kalau tak pakai pampers. Maka, kami sekeluarga pun akur jelah.

Nak dijadikan cerita, masa cuti sekolah hujung tahun, dekat kemaluan dia tu macam ada bengkak sikit. Puas belek kotlah ade cikenet ke, ade selumbar ke. Tak de pun. Tak tahu apa punca bengkak tu. Tapi bila sapu minyak gamat lama-lama surut jugalah.

Masa bengkak tu memang dia tak pakai pampers. Sebenarnya kalau dekat rumah memang dia tak pakai pampers. Pandai je pergi bilik air kalau nak kencing. Yang tak pandai kalau nak buang air besar je. Berebut berlari nak pakai pampers kalau sakit perut. Lepas tu menyorok belakang langsir.

Pernah juga Juju ajar dia cangkung dekat tandas. Tapi dia boleh jerit kuat-kuat. Dia cakap ape tau,
Mama, taik saya tak nak keluar
Haha. Tak berebut kau nak pakaikan pampers dekat anak tu. Karang terbantut pula hasrat dia nak melepaskan hajat.

Sejak peristiwa kemaluan dia bengkak tu memang dia tak pakai pampers dah. Yang peliknya kalau nak buang air besar boleh pulak keluar najis dia tuh. Hadoi. Mama kena game rupanya dengan Firash.

Okeh berbalik pada selaur dalam Firash, nak dijadikan cerita, Juju silap beli selaur track sekolah dia. Seluar tu nipis sangat. Jadi memang sejuklah bontot dia kalau tak pakai seluar dalam. Tapi dia tetap berdegil tak nak pakai seluar dalam. Dia ke sekolah pun tak pakai seluar dalam. Hadoi, kesiannya anak aku.

Seluar dalam Ultraman
Dan akhirnya Juju cari seluar dalam ultraman dia dekat Shopee. Agak mahal jugalah sebab 6 helai RM30.00 termasuk pos. Tapi nak mengajar dia juga supaya pakai selaur dalam ni. Kalau tak ajar dari sekarang nanti sampai ke sudah tak mo pakai.

Pengajaran untuk diri sendiri jugak. Lain kali lepas anak bercerai pampers kena terus ajar dia pakai seluar dalam. Muehehehe... Peringatan untuk anak seterusnya yang entah bila. Doakan untuk Juju ya :)

8 Januari 2019

Firash di Pra Sekolah

Selasa, Januari 08, 2019 8
Hai semua,

So tahun ni Juju tak sekolahkan Firash di Tadika lagi dah. Cukup dah masa untuk main-main. Umur dah 5 tahun jadi kene fokus untuk belajar betul-betul pula. Juju masukkan dia di pra sekolah. Alhamdulillah. Permohonan Juju diterima. Memang dah niat dari awal nak biasakan dia dengan sekolah rendah. Senang nanti bila dia dah biasakan diri dengan persekitaran sekolah rendah tu.

Tengah tunggu cikgu buka pintu
Untuk keperluan pakaian dia tak banyak sangat pun. Cuma perlukan tshirt putih berkolar dan seluar track suit warna biru gelap. Mudah sangat. Jadi Juju standby siap-siap 5 pasang terus. Kotlah hari hujan, taklah jenuh mama dia ni nak mengeringkan baju dak Firash.

Kasut pula cikgu dia tak menekankan sangat untuk guna kasut hitam. Sebab tahun ni masih belum wajib untuk guna kasut hitam lagi. Jadi Juju beli sepasang je kasut hitam dia. Kasut putih masa di sekolah tadika masih boleh guna. Jadi kita gilir-gilirkan kasut dia.

Yuran sekolah pula tak banyak mana pun nak kena bayar. Bila tengok senarai yang perlu dibayar cuma RM30.00 untuk lelaki dan RM40.00 untuk perempuan. Yang perempuan tu lebih RM10.00 sebab termasuk bayaran untuk tudung.

Setakat harini cikgu belum minta lagi bayaran untuk beli buku ke apa. Ke memang tak de buku? Eh musykil pulka kita. Tak pelah. Asingkan duit untuk buku dia siap-siap. RM100.00 cukup tak? Hmmm.. Lebihkan jelah.

Cabaran hari pertama bersekolah adalah nak kejut dia bangun tidur. Ya Allah. memang bercinta betul nak pujuk dia mandi. Macam-macam alasan dia bagi. Nak mandi dengan ayah, nak mandi dengan mak, tak nak kawan mama. Huish. Pagi-pagi mama dah jadi tarzan. Tapi yang peliknya lepas mandi elok je pulak perangai dia. Siap kata nak pergi sekolah dengan mama.

Ah sudah! Mama ni nak terus pergi kerja. Hantar awal kang dia duduk tercongok je depan kelas. Ah, cuba jelah dulu hantar dia awal. Tengok macam mana keadaan dia masa balik sekolah nanti. Dan semenjak kejadian mama hantar pergi sekolah awal, hari-hari pun dia nak mama yang hantar dia pergi sekolah. Hmm, apa-apa jelah nak. Yang penting dia seronok pergi sekolah.

Kalau ikut perancangannya, suami Juju yang akan hantar Firash pergi sekolah. Dalam pukul 7.15 macam tu. Takdelah lama sangat dia duduk melangok depan pintu kelas dia tu. Tapi dia dah selesa pula datang sekolah awal. Jadi kita layankan ajelah.
Muka baru bangun tidur lepas tu sibuk nak ikut mama pergi kedai
Hari-hari mama doakan semoga hati Firash diterangkan untuk terima segala pelajaran yang cikgu ajar dekat sekolah. Semoga jadi anak yang berjasa ye Firash. Sekian luahan hati mama untuk Firash 😘😘😘

4 Mei 2018

Firash Dijangkiti HFMD

Jumaat, Mei 04, 2018 9
Assalamualaikum semua, ini adalah kali kedua Firash down with HFMD. Tahun lepas dah kena sekali. Tahun ni kena lagi. Aduh. Manalah anak ni dapat virus ni. Senang sangat berjangkit. Huhu.. Sabar ajalah mama jaga Firash ya. 

Mula-mula Juju dah rasa dah si anak ni selera makan dia lain macam. Makan nasi sampai bertambah 3 kali. Banyak betul ruang dalam perut dia nak makan nasi banyak-banyak tu. Rupa-rupanya memang dah rasa nak demam ye.
Demam-demam pun sibuk ajak pergi pasar malam nak beli ultraman
Pagi tu pergi sekolah okkay je mood dia. Cuma lepas bangun tidur petang tu mak kata dah dedar badan dia. Juju rasa pun dah panas. Mandikan dia petang tu dia cakap ada tulang ikan dalam mulut. Bila masa pulak si Firash ni makan ikan? 

Kalau korang nak tau, Firash ni jenis yang tak suka makan ikan. Bau ikan tu pun dia tak suka. Yang dia suka ayam dengan telur je. Jadi celah mana pula tulang ikan tersangkut dalam mulut? Ah hati pun dah tak sedap.

Besoknya pagi-pagi lagi dah ajak suami bawak Firash pergi klinik. Klinik favourite Firash dekat Kluang ni Klinik Soh Pakar Kanak-kanak. Kalau bawa ke klinik lain memang tak serasi. Dah cuba dah 2,3 kali klinik lain. Lambat nak sembuh. Kalau bawa klinik Soh ni sekajap aje demamnya kebah. 
39.2°c. Panas wey
Lepas doktor siap buat pemeriksaan dia kata ada ulser dalam mulut. Terus dia cek kaki dan tangan. Dan doktor kata Firash kena HFMD. Adududu... Luluh hati mama. 

Pada yang tak tau, HFMD tu maksudnya hand, foot and mouth disease. Penyakit kaki tangan dan mulut. Memang mudah berjangkit. Doktor pun suruh kuarantin seminggu. Jadi, mama pun dapat cuti kuarantinlah kan. Marilah kita buat house cleaning besar-besaran.

Terima kasih sudi baca.

28 Mac 2017

Lazada Malaysia Big Baby Fair

Selasa, Mac 28, 2017 7
Assalamualaikum korang,

Wah, nampaknya Lazada ada buat kontes lagi untuk blogger. Walaupun saya tak menang untuk kontes yang sebelum ni, tapi tak bermakna saya dah merajuk dengan Lazada. Hehehe.. Anggaplah rezeki tu berpihak pada orang lain.


Kali ni Lazada buat sale untuk Baby Fair pula. Ha kalau korang yang dah ada anak tu mesti selalu je kan tengok barang-barang yang boleh beli bagi dekat anak. kalau beli untuk diri sendiri pun mestu ingat dekat anak-anak. Kalau korang semua ada sindrom yang macam tu, waktu yang macam ni lah paling sesuai untuk korang cari sesuatu untuk anak-anak. Mungkin baju, mungkin mainan, botol susu ke. Hmm...

Jenama lampin pakai buang kesukaan anda
Bercakap mengenai lampin pakai buang ni, saya sangat mementingkan kualiti. Sebelum setia dengan sesuatu brand, saya suka cuba dulu. Ada yang murah tapi nipis. Ada juga yang terlalu tebal. Yang mahal, murah. Semua saya dah cuba dan akhirnya saya pilih lampin pakai buang jenama Petpet.


Sebabnya lampin dia ni tak terlalu tebal. Nipis sangat pun tidak. Dia termasuk dalam kategori sedang-sedang aja. Dan yang paling penting sekali, walaupun saya pakaikan lampin siang pada waktu malam, dia tak bocor. Maklumlah, kita ni kalau dah seharian bekerja kadang-kadang terlajak tidur sampai tak sedar nak tukar lampin si anak.

Petpet ni sangat lembut dekat kulit anak kita. Walaupun pakai lama, Alhamdulillah tak keluar ruam. mungkinkah kulit anak saya yang tebal atau ada sesuatu dekat lampin pakai buang tu? Hehe, kalau nak tau korang pun kenalah cuba.

Pilihan susu formula untuk anak
Kalau bab susu ni pula seingat saya, ada 3 jenama yang saya dah bagi pada si Firash. Yang pertama, Enfalac. Yang kedua, S26 dan yang ketiga pula Dutch Lady.

Kalau korang nak tau, Firash ni masa lahir dulu berat dia 2.65kg je. Kecik je orangnya. Susu Enfalac tu memang nurse yang suggest. Dia kata bagus untuk tambah berat baby. Tapi bila saya bagi dekat Firash tak naik pula berat badan dia. Makin turun. Risau betul masa tu.

Lepas tu mak mertua suggest S26. Alhamdulillah, 6 bulan juga bagi dia susu S26 ni. Badan dia makin bambam. Siapa yang tak suka kalau badan baby dia macam kartun tayar Michelline tu kan. Berketul-ketul. Tapi saya tak teruskan susu S26 ni. Risau pula kalau obesiti.

Dan akhirnya saya bertukar pada susu Dutch Lady. Sampailah sekarang ni. Firash pun tak nampak tanda-tanda jemu dengan susu ni. Alhamdulillah. Serasi betul dia dengan susu ni. Selera makan pun tak pernah kurang.



Kalau diberi pilihan, dan saya pun memang dah lama tengok barang ni. Dapat ke tak saya nak bagi dekat Firash ni yek? Hehe. Tapi manalah tau kan kalau ada rezeki saya menag kontes kali ni. Saya nak belikan Firash motor ni.


Hah, mengancam tak warna merah motor ni? Dalam banyak-banyak benda dekat Lazada tu, yang ni jugalah yang menarik perhatian. Firash suka dengan benda-benda yang bergerak ni. Lagi-lagi kalau dia dapat bawa sendiri.

Sebelum ni kalau pergi shopping mall memang selalunya dia akan minta naik motor ni. Kalau tak motor pun kereta. Dapatlah puaskan hati dia. 10 minit RM6.00. Kalau satu hari asyik mintak main mende ni je dah boleh beli 3,4 biji dah motor ni kan.

So, korang tunggu apa lagi. Jangan lupa temujanji kita dengan Lazada Baby Fair ni pada 29 Mac 2017 hingga 2 April 2017. Sekarang ni dekat website Lazada --> http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/ sedang berlangsung satu kontes khas untuk korang like facebook diorang. Jangan lupa terjah website Lazada yek. Diskaun sehingga 85%. Ye betul. 85% weh. Marilah berjimat cermat.

18 Januari 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 13

Rabu, Januari 18, 2017 4
Tajuk hari ke-13: 10 perkara yang disukai dan tidak.

Holla. holla... Jenuh jugak ek nak mengabiskan cabaran 31 hari ni. Hahaha, eh, bukan mengeluh tau. Sekarang ni kerja tengah banyak. Tu yang rasa macam tak sempat nak menaip ha. Tapi saya kena menaip jugak. Dah nama pun cabaran kan.

Berbalik pada tajuk harini, kita mula dengan perkara yang saya suka dulu yek.

10 perkara yang saya suka.

  • Tidur - Heaven sungguh kalau dapat tidur lama-lama. Tapi tak boleh selalu. Nanti sakit kepala pula :)
  • Cheese - Kek cheese leleh, beger bakar cheese meleleh huihhhhh......Macam belon lah tak lama lagi.
  • Aidijuma - Dah masuk tahun ke 4 hokey :)
  • Bau masam Firash - Kalau masa dia bangun tidur tu lagi best bau die. hehehe...
  • Prosperity Burger - Nak dekat raya cina je baru ada burger ni dekat Mc Donalds.
  • Main bola tampar - Memang dari zaman sekolah rendah lagi suka dengan bola ni.
  • Travel - Cube bagitau saya siapa yang tak suka travel???
  • Dove dark chocolate - Kengkonon terpengaruh dengan Hanis Zalikha. Tapi dalam banyak-banyak perisa, yang coklat gelap ni jugak saya jatuh hati :)
  • Kopi - Lagi pekat, lagi suka.
  • Suka Gelak - Tak dapat dinafikan lagi.
Image result for coklat dove dark choc
10 perkara yang saya tak suka.
  • Kucing - Well, bukan tak suka kucing. Tapi saya sebenarnya alergik dengan bulu kucing. Pegang sekejap pun boleh bersin satu hari. Hazabbbb
  • Asam jeruk - Tak reti betul nak makan asam jeruk ni. Bau dia.. Perghhh.. Lagilah tak lalu. Masa mengandung pun tak makan jugak. Cemane yek rasa dia?
  • Lipat baju - Kalau bab basuh baju oke lagi nak layan. Tapi bab lipat baju tu ada masalah sikit.
  • Bau perfume strong sangat - Ada satu bau yang saya pening sangat kalau orang pakai. Saya tak tau apa nama perfume tu. Tapi dekat persekitaran saya ni ramai yang pakai. Boleh sakit kepala satu hari. Huh..
  • Mengata saya - Saya ni bukanlah nak kata ada 6th sense. Tapi bila ada orang mengata bukan-bukan pasal saya, mesti saya tau. Tak lama lepas tu mesti cerita tak best tu sampai dekat telinga saya ni ha. Pelik tak? Senang je nak tau ada orang mengata saya ke tak. Kalau tiba-tiba telinga saya berdesing tu memang ada lah yang mengata. (Sebelum pindah Johor ni memang berdesing kuat telinga saya ni. Rupanya........Hmmm, semoga korang diberkati Allah swt. Sila terasa :P)
  • Buat kerja tak habis - Lepas tu tinggalkan dekat saya. Eh, nak kene hempuk ke??
Alamak, macam tak cukup 10 jek. Tapi kira okey lah tu kan. Ada 6 je. Huhu, jenuh fikir apa lagi yang saya tak suka. Hehe.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam

23 Oktober 2016

Name Card Percuma dari Pixajoy

Ahad, Oktober 23, 2016 5
Hai korang,

Mesti lately ni korang nampak ramai blogger yang post pasal name card dari pixajoy ni kan. Ha, nak bagitau korang jugak ni. Saya pun sempat jugak grab peluang ni. Bukan selalu tau dapat peluang buat name card percuma ni.

Tapi saya rasa sekarang dah habis kot promosi name card percuma ni. Kalau korang nak buat jugak dengan pizajoy, korang kena bayar RM 29.00 untuk 300 keping. Kira murah lagilah tu hoi. Meh cepat-cepat grab hokeh.

Nak tengok ke name card saya? Alah, segan pula rasanya. Sebab saya punya simple giler. memang giler-giler punya simple. Haha, nampak tak nak bagitau yang memang betul-betul simple tu cemane. Meh lah tengok gambar ni ha.


See, dah cakap dah. Simple giler kan. Masa buat ni cuma bayar RM 8.48 je untuk kos pos. Murah yang amat lah sangat kan. Rugilah korang yang terlepas tu.

Tapi, saya bukan buat name card je dengan pixajoy ni. Saya print gambar sekali. Guna yang promosi punya pekej juga. 96 keping RM 25.00 je korang. Tapi yang tak bestnya promosi tu habis harini. Baik korang grab cepat-cepat. Mana nak dapat harga murah macam tu wey. Sekeping gambar tu cuma 26 sen je. Ha, masa nilah korang boleh print gambor selfie korang yang memang dah beribu-ribu dalam memory phone tu. Buat apa nak simpan banyak-banyak dala phone. Di buatnya tetiba memory card korang jahanam... Ha, tak menggelabah ke korang. Ngeh ngeh ngeh..

Saya print semua gambar si domok. Sape lagi kalu bukan Si Firash. Sejak lahir memang tak pernah nak cuci gambar dia. Sebelum gambar dia hilang semua lebih baik saya cuci siap-siap. Bila dah siap sume lega rasanya.
Okeh, dah boleh clearkan memory handphone. Boleh selfie banyak-banyak lagi lepas ni. Sebenarnya gambar anak yang penuh dekat phone. Gambar mak ayah die seciput je. Haha..

Okehlah korang. Jangan lupa ke website pixajoy.com.my .Sampai bertemu lagi.
Wassalam.

17 Julai 2016

Selamat Hari Raya Korang

Ahad, Julai 17, 2016 3
Assalamualaikum korang,

Lama sangat tak bersiaran nih. Mood puasa berjangkit terus ke mood raya. Langsung tak sempat nak hapdet cerita-cerita sibuk tersebut. Haha.. Apelah yang aku mengarut nih.

Saya tengok ramai yang berkongsi gambar-gambar raya korang dekat blog. Kemain lawo dan hensem lagi yek memasing. Maklumlah, semua nak bergaya dengan baju baru, tudung baru, kasut baru, henbeg baru. Ha... Apa lagi yang baru? Eksaited sangat kan.

Raya saya tahun ni sederhana je. Takde henbeg baru, takde kasut baru. Baju raya je baru. Alhamdulillah, bersyukur sebab masih dapat meraikan lagi hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Eh, sebulan ke? Haha.. Tetttt...

Dalam pada xde henbeg dengan kasut baru tu, saya sempat jugalah tukar baju baru dekat blog ni. Sebelum ni template blog ada masalah. Tak boleh nak view blog langsung. Terus di bawaknye ke page template yang saya download tu. Sakit hati betul. Mood nak hapdet blog pun melayang ntah kemane. Penyudahnya terpaksa cari adik-adik yang memang amik job design blog.

Alhamdulillah, akhirnya bertemu juga dengan sis Maisarah Sidi. Harga yang dia bagi pun berpatutan. Boleh pilih pakej yang kita nak. Lagi banyak yang kita nak, lagi tinggilah bayarannya. Tapi kalau bayar memahal, hasilnya yang macam blog saya ni ha, saya rasa takde masalah pun. Next time kalau rasa-rasa dah boring dengan template korang tu boleh lah minta sis Maisarah tolong edit kan. Hehe..

Okehlah korang, saya nak sambung buat kerja ni. Ada banyak kerja yang nak dibuat ni ha. InsyaAllah kita jumpa lagi di entri yang lain yek.

Wassalam.

14 Mac 2016

Firash dan tukang gunting rambut

Isnin, Mac 14, 2016 3
assalamualaikum korang,

okeh, pada adik-adik yang tengah bercuti sekolah tu, tahniah akak ucapkan (eh, boleh lagi ke panggil akak? haha, tak kira. aku nak jugak panggil akak). pada yang bekerja tu, marilah kita sama-sama bekerja dengan seikhlas hati ye.

sebenarnya terlupa harini budak dah cuti sekolah. punyelah kelam kabut bersiap sebab risau nanti bertembung dengan mak bapak yang nak hantar anak pergi sekolah. sekali sampai depan sekolah terus tepuk dahi. haha, lengang giler jalan dekat depan sekolah tu. yang lalu pun lori bawak bangla dengan indon nak masuk ladang.

tergelak sendiri dalam kereta. tak payah nak speed sangat bawak kereta la kan. santai-santai je mengadap jalan yang 60km ++ nak sampai office. eh, macam jauh je nak pergi kerja. kire okey la tu, kalau nak kire sebelum ni 80 ++ km hoi. syukur alhamdulillah.

macam dah jauh pulak dari topik sebanar nih. haha, intro pengenalan haruslah panjang berjela. barulah korang rasa dekat sikit dengan saya kan. hehe..

berbalik pada topik, untuk pengetahuan korang, si anak saya ni tak pernah di bawa gunting rambut dekat kedai. maknya pun hati keras je tengok rambut anak tu dah panjang. kalau anak tu gegirl tak kisah lah juga nak biarkan panjang-panjang. ini anak lelaki. sungguh tak sajak dengan rambut panjang. dengan lasaknya, dengan peluhnya, homaigad.

mehla firash, kita ke barber. kata si ayah pada anaknya. saya pun nak tumpang sekaki lah join diorang ni gunting rambut. tapi saya tak gunting pun. nak pegang si firash jek. maklumlah, kali pertama nak gunting rambut dekat kedai. korang rasa dia menangis ke tak?

haaa...confirm la menangis. sepanjang gunting rambut ni meleleh-leleh je air mata dia. bak kate mak sedara "kalau tadah airmata ni mau dapat secawan." hahaha.. ni lah akibatnya jarang bawak anak gunting rambut dekat kedai.

okeh firash, mama janji lepas ni tetiap minggu kite dating dekat kedai gunting rambut ye. kena biasakan. kalau tak nanti melalak jelah kerja die mase gunting rambut. india yang gunting rambut die pun buat kerja laju-laju. dah biasa agaknya gunting rambut budak mase tengah melalak.
Ha, kan nampak handsome tu anak mama. kalau nak lasak berpeluh pun tak delah nak masam sangat bau kepala tu. hehe.. yang sebelah firash tu kakak sepupu dia. sibok suruh firash pakai baju sama dengan dia. mama firash pun layankan aje.

Okaylah korang.. terima kasih sebab sudi singgah. jumpa lagi di entri yang lain pula.
wassalam.

25 Ogos 2015

Firash Turn's 1

Selasa, Ogos 25, 2015 6
Assalamualaikum u ollsss.. Firstly SukaGelak nak mintak ampun banyak-banyak sebab asyik join segmen je. Takde pun entri menarik nak kongsi dengan korang kan. Haha.. Bajet ade orang tertunggu-tunggu la SukaGelak punya entri baru. Perasannya hoi.....

Okeh okeh, back to reality. Tanggal 3 hb 8 2015 haritu, genaplah umur dak domok setahun. Sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru je lagi rasa die menendang-nendang dalam perut ni. Dah berlari dah kau sekarang nak. Tak terasa masa berlalu.

Untuk sambutan setahun ni, mama ayah dak domok ni tak buat majlis besar-besar pun. Buat majlis kecik-kecik je dengan sdara mara.

Meh SukaGelak belanja deko untuk memeriahkan majlis dak domok ni. Kebanyakkan barang ni SukaGelak beli dekat DIY. Senang. Semua ade dekat situ. Tinggal kreatif dengan tak je nak hias.

Simple je SukaGelak buat. Yang penting cantik dimata SukaGelak.. Haha.. Macam mamanye yang syok sendiri kan.

Kek, mak ngah and pak ngah dak domok belanja. Cup cakes dengan mini donut plak acik leha yang belanja. Nampak kecik, tapi cantik kan. Sayang giler nak makan. Haha, last-last kena baham jugak dengan budak-budak.

keluarga kecil kami <3


Entri buat paper bag ni ade dekat SINI

Dalam beg tu ade jajan je. Atok dak domok beli dekat kilang Apollo. Dah nama pun birthday budak kecik kan. Jajan je la yang budak-budak serbu pun.

Okeh, next majlis akikah dak domok pulak. Belum ada tarikh lagi. Masih dalam perbincangan.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

11 Jun 2015

Pertama kali berjauhan dengan anak

Khamis, Jun 11, 2015 4
Sebenarnye entri ni dah lama dah duk dalam draf. tak dapat nak habiskan mengarang. sebabnya tiap kali nak sambung mesti air mata bergenang-genang. lama betul baru hati ni nak kuat.

cube korang banyangkan. lepas bersalin, 24 jam masa dengan anak je. nak tinggalkan sekejap pun rasa tak tentu arah. kalau boleh setiap masa nak belek anak je. haha.. kemaruk sangatkan.

masa awal-awal bersalin tu memang tak fikir langsung pasal kerja. menggunakan sepenuhnya cuti bersalin 3 bulan tu. hati pun aman damai je duduk rumah. tapi bila masuk bulan ketiga cuti bersalin hati dah mula gundah gulana.

mana taknye, sukagelak ni weekend housewife. mase berdua dulu jumpa husband 2 minggu sekali pun takpe. sekarang dah bertiga. macamanalah nanti nak berpisah dengan si kecik. niat awalnya nak bawak anak tu duduk sekali dengan sukagelak dekat kl ni. tapi tiap kali sukagelak cakap dekat husband, mesti ade je kes baby dengan taska. kena dera lah, yang meninggal pun ade. terus husband tak bagi bawak balik kl. duduk kampung je dengan husband and family dia.

susah betul nak terima hakikat masa tu. paling susah nak berjauhan dengan anak. hari-hari terfikir, boleh ke die tidur dengan ayah die, agak-agaknya die tercari-cari tak bau mama die ni. yang paling kesian, mesti die tercari-cari nenen mama die. ala kesiannye.

akhirnya, saat berpisah pun tiba. dari tengahari masa packing-packing barang air mata dah start berlumba lari. tak boleh nak stop. mengalir tak henti-henti. memang tak kuat betul nak tahan perasaan. 3bulan tak pernah jauh dengan anak. rindu bau die, tangis die. hoi memang menyentap kalbu.

sepanjang perjalanan balik kl air mata tak berhenti-henti keluar. sedih giler hoi. selalu kepit anak, ni kene kepit henpon jek. tu pun nasib baik dah kidnap baju busuk anak.

sampai jek rumah sewa kat kl si husband buleh pulak hantar gambar anak tengah mengaruk. dari elok-elok dah berhenti nangis boleh sambung menangis. sedih sangat tengok anak mase tu.

dibedung baru senyap. tak mengaruk dah. tapi husband cakap malam-malam die mencari jugak susu mama die. siannye dekat anak. mama mintak maaf ye sayang. tak dapat nak fully breastfeed awak. 

malam tu sukagelak pun sambung menangis. bila terjaga dari tidur rasa lain macam je. selalu ade tangan kecik menguis-nguis mintak susu. ni rase sunyi macam.. huwarghh... mama rindu firash.

okeh kengkawan. itu cerita 7 bulan lepas. sekarang ni mama firash dengan firash dah boleh terima hubungan jarak jauh kitorang. tapi mase tinggalkan die 5 hari die pandai merajuk jugak tau. mama panggil die tak mo pandang mama pun. amboi.. kecik-kecik lagi dah pandai merajuk ye.

mama harap mama dapat pindah kerja dekat dengan firash, dekat dengan ayah. tak larat dah mama nak berulang tiap-tiap minggu kl - johor. semoga ada sinar di sebalik kesusahan masa sekarang. InsyaAllah.

terima kasih sudi baca.
wassalam.

2 Jun 2015

Cara Melegakan Melecet di Celah Kelengkang Bayi

Selasa, Jun 02, 2015 2
Assalamualaikum semua.

nak share dengan korang ni. haritu muhammad firash kena berak-berak. kesian sangat dekat die. lepas nyusu je mesti berak. bukan sekali. tapi mesti 2x kena tuka pampers die. kalo lambat kang takut melecet. lagi susah nak jaga. mak cakap budak nak beralih bulan memang macam tu. 

okeh, pening kepala jap nak buat macam mana ni. kesian pulak dekat budak tu.bagi susu je berak. tak bagi susu kang haus pulak die. serabut betul. penyudahnya mak suruh buat bagi susu jugak. tapi buat cair-cair.

tapi masih jugak budak tu berak-berak. last-last melecet jugak celah kelengkang die. tiap kali nak bersihkan mesti die meraung-raung. alahai, tersentuh hati. alangkan kite ni kalau melecet pun tak tentu arah, ni kan pulak baby.
bila mak tengok cucu die meraung-raung macam tu die pun suggestkan letak minyak dengan bedak cornstarch dekat tempat melecet tu. dan alhamdulillah, kesan melecet semakin kurang. kemain mujarab lagi petua mak ni kan.
Image result for simbol tambah

Image result for simbol sama dengan
Ha.. nampak tak. kemain happy lagi bila tengok kesan melecet dah nak hilang. yang jadi tak happynya sebab firash masih lagi berak-berak. okeh, risau masih lagi bersarang dalam hati.

besoknya bawak firash pegi klinik. doktor bagi ubat untuk berak-berak dengan antibiotik. extra krim untuk melecet jugak. yang ni sebab sukagelak mintak. mane lah tau kot-kot lagi cepat baik. hehe.. okeh, krim ni memang mujarab. beprogent cream.hilang terus merah-merah dekat montot dengan celah kelengkang die. weeeeeee......

lastly, meh nak belanja gamba budak nak beralih bulan ni.
ralit tengok iklan keriangan dekat tv3
terima kasih sudi baca.
wassalam.
(all picture source from google image execpt picture off my beloved son)


12 Mei 2015

Muhammad FIrash Warded Lagi

Selasa, Mei 12, 2015 4
Assalamualaikum semua.

Hari Rabu minggu lepas, suami bagitau si domok Firash punya nafas berbunyi kuat. Dalam hati agak mesti semput die nak datang balik. Risau sungguh masa tu. Maklumlah, tak dapat nak sama-sama pantau pernafasan dia. Penyudahnya petang tu suami hantar gambar kat bawah ni.
Ha korang jangan tertipu dengan keaadan tenang firash ambil neb tu. Sekejap je tengangnye tu. Lepas tu meronta-ronta tak mau sedut asap tu.

Malamnya suami bawak pulak pergi hospital. Tu pun lepas mak mertua desak sebab tengok firash dah nak sesak nafas. Amik neb 2 kali. Tengok nafas masih lagi laju. Penyudahnya kena tolak ke ward ler. Terpaksalah encik suami tu jaga anak dekat hospital. Mamanya tak berani nak drive malam-malam dari KL ke Kluang. Bahaya wooo. Karang kena follow ke, kena baling telur ke, naya je kan. Dah lah sensorang. Huhuhu.. Tak lena tidur dibuatnya.

Besoknya SukaGelak masuk ofis dulu inform bos nak cuti. Pukul 9 pagi gerak balik. Pukul 12.30 jugak sampai hospital. Bukan sebab jalan sesak. Memang nak tunggu waktu melawat.
Sampai-sampai jek tengok firash tengah amik neb. SIap tidur nyenyak lagi tu. Mak mertua cakap dari pagi dia tak tidur. Nak main je. Dah tengahari tewas jugak akhirnya. Encik suami tukar syif dengan mak dia sebab mata dah tak tahan katenye. Mengantuk giler sebab tak dapat tidur.

Untuk pengetahuan korang, ni kali kedua firash warded. Masa mula-mula dulu 8 hari woi tidur spital. Ting-tong kepala jadinya. Tapi demi kesihatan anak, tak pe lah. Mama buat apa je janji firash sihat. Meh layan gambar firash kat spital meh.

Bukan main aktif lagi. tapi ruang nak golek-golek tak cukup luas. kepala asyik terhantuk besi je. hehe.. nak buat macam mana. awak tu 'gembeng' sangat.

Hari Jumaat dah boleh discharge. alahai, mamalah orang yang paling happy. dapat tidur atas katil. yahoo.. hahaha. disebabkan firash budak baik, mendengar kata, mama upah jalan-jalan pergi kenduri kawen dengan pergi Jusco Tebrau. Harap-harap lepas ni anak mama tak masuk hospital dah. sembuh sepenuhnya. InsyaAllah, amin.
Terima kasih sudi baca.
jumpa lagi.
wassalam.

25 Februari 2015

Bila Firash Demam

Rabu, Februari 25, 2015 0
Assalamualaikum.
Hai semua. Ada ke yang baru naik kerja hari ni? Okeh, kita geng. Meh sep sikit. Mesti korang pun macam SukaGelak kan. Malas nak hadap jem kat hiway. Lebih baik duduk kat rumah bergomol dengan Muhammad Firash. Haha.. Heaven betul rasanya.

Cuti raya Cina ni SukaGelak tak pergi ke mana pun. Muhammad Firash batuk-batuk. Kesian sangat tengok die. Rasa macam nak suruh dia pindahkan segala penyakit dia tu dekat mama dia ni ha. Dengan kahak yang susah nak keluar. Tidur malam hidung tersumbat. Kuat betul die berdengkur. Kalau menangis mesti batuk-batuk. Sedih betul tengok anak masa tu.

Nasib baiklah Mak Lang ada balik kampung haritu. Memang pandai mengurut orangnya. Amik pakej urut Firash 3 kali berturut-turut. Meraung-raung budak tu bila kena urut dekat bahu die. Kesiannya anak mama. Tapi kalau mama tak urut Firash, lagilah mama risau Firash asik batuk je. Sampaikan gelak lebih-lebih pun tak boleh. Asik nak batuk je kerjanya.

Alhamdulillah, anak mama semakin sihat. Dah boleh gelak kuat-kuat, bila menangis pun tak batuk-batuk dah. Lega hati mama. Mak Lang pesan rajin-rajin letak vicks yang untuk baby tu dekat belakang badan dia, sambil urut-urut sikit. Biar dia rasa selesa.

Dulu SukaGelak ingat vicks ni cuma ada satu jenis je. Yang SukaGelak suka sangat bau masa mengandungkan si Firash dulu. Rupanya ade jenis lain yang untuk baby. Haha, nasib baiklah makcik bagitau beli vicks yang untuk baby. Kalau sapu yang biasa punya mau menggelupur budak tu. Hehe.
Pinjam gambar kat encik Google
Okaylah korang, lastly SukaGelak nak pesan. Kalau ada anak yang tak sihat jangan bagi dekat dengan baby, jangan bagi cium-cium. Baby kan  senang sangat nak berjangkit. Lagipun sistem antibodi die belum cukup kuat lagi.

Nak tau apa yang dia pandai lepas demam tu? Dah pandai pegang botol sendiri. Pandai pulak masukkan puting botol tu dalam mulut dia. Hehe, bijak anak mama ni. Membesar dengan sihat ye sayang. Meh mama Firash belanja gambar seround.
Terima kasih sudi baca.
Wassalam. :)


26 Januari 2015

Pertumbuhan Gigi Susu

Isnin, Januari 26, 2015 0

Bilakah Gigi Susu Mula Tumbuh?


Gigi susu yang pertama (gigi kacip rahang bawah) akan tumbuh ketika anak berusia antara 6-10 bulan. Gigi susu yang terakhir (gigi geraham kedua rahang atas) akan tumbuh sekitar usia anak 25-33 bulan.

Set gigi susu lengkap apabila anak berusia lebih kurang dua tahun enam bulan.

Apabila gigi susu tanggal pada waktu yang betul, ia akan digantikan dengan gigi kekal. 

Jadual Pertumbuhan Gigi Susu

Ilustrasi Kronologi Pertumbuhan Gigi Susu
(kebiasaannya gigi di rahang bawah akan tumbuh lebih awal daripada gigi rahang atas)



Dalam proses pertumbuhan gigi, anak anda mungkin :

  • menangis kerana tidak selesa
  • suka menggigit
  • melelehkan air liur
  • demam

Sekiranya anak anda mengalami masalah di atas, anda boleh :

  • mengurut gusi yang membengkak dengan jari atau tuala bersih
  • memberi anak sesuatu yang selamat dan bersih untuk digigit seperti 'teething ring'
  • menyapu sedikit ubat gel penahan sakit (teething gel)
  • membawa anak ke klinik jika anak demam 

Contoh 'teething ring'

Teething Gel
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum semua, selamat hari Isnin. 
Asal hari Isnin je baru nak update blog, asal update blog je mesti hari Isnin. Hehe
Dah moodnya datang hari Isnin, update jela yek. Karang berhabuk bersawang pula blog SukaGelak ni.

Okeh, berbalik kepada artikel yang SukaGelak share dekat atas tu.
Kalau anda ni macam SukaGelak, anak baru satu, nak masuk umur 6 bulan pulak tu. Perangai pun dah macam-macam. Mesti terfikir bila agaknya gigi anak aku nak tumbuh. Bila waktu yang sepatutnya gigi tu tumbuh?

So, SukaGelak pun apa lagi, terus merayau dekat alam maya dan terjumpa dengan artikel ni.
Tapi berdasarkan pengalaman orang keliling SukaGelak, depends on bayi tu sendiri. Ada yang 5 bulan dah keluar gigi. Ade jugak yang umur dah setahun baru nak keluar.

Okey lah kengkawan, sampai sini dulu. Nanti SukaGelak sambung membebel lagi yek.
Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

13 Januari 2015

Muhammad Firash Warded

Selasa, Januari 13, 2015 1
Assalamualaikum semua, macam lemau je naik taip entri hari ni. Tapi nak taip juga sebab minggu ni entri tak berapa nak ade.

untuk pengetahuan korang, ayat kat atas tu dah taip dari hari Khamis minggu lepas. Sungguhlah tak cukup masa nak menaip kat blog ni. Huhuhu..

Muhammad Firash masih lagi warded. Still berkahak lagi. Macam-macam cara dah buat kat sini. Lastly ade jugak improvement nye Walaupun sikit. Alhamdulillah, syukur sangat.

Degil sungguh kahak dalam tekak firash, tak mau keluar. Dalam 7 hari kat wad ni, cuma sehari je die muntah. Yang lain semua die telan. So, mama terpaksa lah gunakan teknik tepukan untuk keluarkan kahak dia.

Tapi, yang keluar cuma sikit je. Kire oke la jugakkan. Sekarang ni cuma berharap firash cepat sembuh. Macam tau-tau je cuti mama dah renew yek. Takpelah sayang. Yang penting anak mama ni sihat walafiat. InsyaAllah..




5 Januari 2015

Muhammad Firash 5 Bulan

Isnin, Januari 05, 2015 7

Assalamualaikum semua. Selamat Hari Isnin. 

Sekejap je rasanya masa berlalu. Dah 5 bulan dah budak montel ni. 
Rasa macam die masih lagi dalam perut. Hehe.

Sebenarnya sampai sekarang ni masih lagi tak percaya yang SukaGelak dah beranakkan Muhammad Firash ni. Bila die tidur, suka belek-belek dia. Terkilan tak dapat tengok perkembangan dia hari-hari. Membesar dengan sihat ye sayang. Mama sentiasa doakan awak sihat selalu. Jangan nakal-nakal duduk dengan ayah tau. Weekend mama balik ye.

Bersyukur sangat-sangat dengan kurniaan Allah bagi. 
Terima kasih sudi baca.
Wassalam :)

11 Disember 2014

Kebaikan Minum Susu Kambing Semasa Mengandung

Khamis, Disember 11, 2014 3
Hai korang, harini SukaGelak nak kongsi dengan korang kebaikan minum susu kambing masa mengandung. Hah, mesti ade yang kembang tekak bila sebut pasal susu kambing ni kan. Terbau-bau hamisnya kambing tu kan. Tapi lepas korang baca kebaikan yang SukaGelak nak kongsi ni mesti korang telan jugak air tu. :)

SukaGelak tak ingat kat mana SukaGelak baca pasal kebaikan susu kambing ni. Tapi lepas SukaGelak rasa sendiri faedahnya, SukaGelak nak share jugak dengan ibu-ibu mengandung dekat luar sana.

Kebaikan minum susu kambing semasa hamil.
1/ Anak tak kena kuning (jaundice)
2/ Kulit anak cantik
3/ Tak de masalah ruam susu pada pipi anak

Ha, inilah faedah yang SukaGelak dapat. Kalau ade ibu-ibu kat luar sana yang cakap tak minum susu kambing pun anak tak kena kuning pun. Itu kira rezeki masing-masinglah. 

SukaGelak pilih susu kambing jenama HiGoat. Kenapa HiGoat? Sebabnya bila bancuh susu ni tak de bau pun. Kalau korang masih jugak terasa kambing dalam susu tu, boleh bancuh dengan milo ke nescafe ke. Op op, jangan selalu sangat bancuh dengan kafein yek. Tak berapa bagus untuk baby dalam dalam perut.
SukaGelak ada jugak try minum yang fresh punya. Tapi kemain kambing lagi rasanya. Mungkin sebab SukaGelak pilih perisa coklat kot. Bila amik perisa plain rasa macam susu biasa pula. 

Meh belanja gambar si mudak montel tu sekeping.
Terima kasih sudi baca :)
Wassalam