1 December 2018

Hello December!

Hai semua, assalamualaikum.

Cepat sangat berlalu bulan November. Sekarang dah masuk bulan Disember. Biasanya kerja harian Juju memang akan meningkat di penghujung tahun. Lebih-lebih lagi bulan November yang lalu company buat event. Sibuknya mengalahkan apa pun tak tau. Nak balik kampung pun tak sempat. Maafkan anakanda mu ini ayah bonda.

Eleu, sebenarnya manja sebab tetiap minggu balik kampung. Tak boleh kalau tak tengok muka orang tua. Rindu. Muehehehe.

Semoga Juju sempat speed siapkan semua kerja yang tertangguh sebelum bercuti panjang. Yeay, tak sabar nak me time. Anakanda Firash nanti mama balik ber me time nanti mama fikir nak bawa Yash jalan-jalan mandi kolam dekat mana ya. 😜😜😜

Wasalam.

4 December 2017

A December to Remember

Hai korang, dah masuk bulan Disember rupanya ye. Entri bulan November pun macam sendu je tu. Huh, sadis betul. Tak sempatlah nak menaip entri. KJ cuti bersambung-sambung. Ditambah pula dengan koperasi yang close account bulan Ogos, September dan Oktober. Semua nak kena kejar. Kalau tak kejar nanti tak dapatlah KJ nak sambung cuti bulan Disember ni. Muehehe..

Sebenarnya salah statement tu. Kalau KJ tak kejar, kerja KJ juga yang bertambah-tambah nanti. Tak ada siapa yang boleh tolong. Jadi kenalah siapkan sendiri. Betul tak?

Seronoklah korang yang berjalan-jalan cuti sekolah tu. KJ perati je sorang-sorang jalan kemain jauh lagi ye. Tak pe. Tak pe. Lepas ni turn KJ pula. Yeayy..

Psst, kalau korang tak tau nak pergi mana cuti sekolah ni boleh terjah panggung wayang. Banyak cerita baru tengah tayang sekarang ni. Boleh tengok dulu trailer dia dekat showtimes2u.com. Nak tengokwaktu tayangan pun boleh. So lepas ni boleh buat movie review pula ye.

Happy working you all :)